Friday, August 05, 2011

#05 #Ramadhan : #FF #05 - Pemilik Rusuk Kiri


Salam Ramadhan buat awak pemilik rusuk kiri.
Ya, pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Awak yang masih belum saya temui walaupun sudah mencari dan kecewa beberapa kali.
Tidak, itu sebahagian daripada nikmat duniawi.
Ujian dan cabaran buat diri.
Dalam menyempurnakan misi.

[Sumber Gambar] | Tumblr Aku

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Tidak, saya tidak akan gunakan sistem GPS untuk mencari.
Alangkah Empat Segiempat (baca : Foursquare) juga boleh dimanipulasi.
Inikan pula sistem yang dibina manusia berasaskan teknologi.
Saya lebih rela guna kompas dan protaktor, ala yang bentuk separa bulat begini.
Eh, awak tak mengerti?

Tapi itulah pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya ada satu sifat yang sendiri pun kurang pasti.
Perasaan memiliki dan ingin dimiliki belum hadir sepenuh hati.
Pernah muncul sekali, tapi bila musnah, saya sudah hilang diri.
Hati sudah disakiti.
Ruang atma sudah dikhianati.
Akhirnya, saya sendiri undur diri.


Biarkan manusia lain jadi permaisuri.
Relakan sang putera bersama sang puteri.
Dan saya menjadi penyimpan mimpi.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Ramadhan kali ini sayu sekali.
Sayu kerana saya melaluinya dengan perasaan yang tidak enak - rasa sedikit keji.
Tidak, ini saya rasa sendiri.
Tidak ada kena mengena dengan air di kali.
Eh, ini bukan sawah bendang mahu ada ikan keli.
Ah, kacau begini.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Awak dah solat hari ini?
[Ambil protaktor dan kompas letak di sisi]

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya mahu pergi menunaikan terawikh malam ini.
Awak dah pakai kain pelikat dan songkok, mahu ikut sekali?

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Sudahkah awak bersahur dan bersedia menunaikan solat Subuh pagi ini?
Selepas ini perlu pergi bekerja mencari rezeki.

[Sumber Gambar] | Tumblr

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Satu sahaja permintaan saya kali ini.
Kalau ada tersimpul benang ikatan yang dinamakan jodoh suatu hari nanti.
Sila jangan bunuh jantung saga - segumpal darah bernama hati.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Kalau ada pertemuan hatta di dalam mimpi.
Satu harapan saya, awak jangan pergi.
Kekallah di sisi.
Walau hanya satu ilusi.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Izinkan saya menggelar awak sebagai pemilik rusuk kiri.
Sebelum saat awak muncul dan bergelar suami.

Nota Kaki :
1. Semua ayat diakhiri dengan huruf "I". 
2. Hati yang kecewa sebenarnya merupakan kesilapan sendiri.
3. Kesibukan melanda melaksanakan tugasan hakiki.

Zara : Cinta adalah tetamu yang selalu datang tanpa undangan tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan oleh sesiapa yang menghargai dengan sepenuh hati. (Shafaza Zara, 5 Ogos 2011)

30 comments:

kembatolo™ said...

puitisnye kak! hehe

EE said...

mungkin bekas pemilik rusuk kiri kamu bukan yang terbaik padahal kamu merasakan dia terbaik,pada Allah dia hanya cebisan terbaik untuk kamu.

Mungkin Allah x mahu kamu bersama bekas pemilik rusuk kiri pada ramadhan ini kerana khuatir kamu akan terlentok layu dalam kuasa pujukan nafsu.

Itu sebab DIA beri kamu bersendiri buat masa ini untuk memberi kamu merasai kebebasan dan yang pasti calon terbaik akan muncul.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

insya'Allah akan muncul jua si pemilik rusuk kiri =)

Wanie said...

Salam Zara,

Tersentuh dengan luahan rasa ini.
Akak doakan semoga pemilik tulang rusuk kiri itu hadir dan menyemai benih cinta dibumi Zara. Insya Allah.

Wanie

y u y u Z u l a i k h a said...

:)

Sharifah Fauziana said...

Situasi yang sama melanda diri,
moga ketemu cinta sejati,
pengikat hati,
peneman sepi.

eh..komen ke ni? hehe

maksu zerra said...

:')

kueh bakar said...

jangan jadi penyimpan mimpi
melihat sana sini sang permaisuri
kadang jiwa harus berani
agar mimpi jadi realiti

usah dibayangi
usah ditakuti
luka lama di memori
luka lama di hati
kerana masa pasti menemani
juga mengobati
segala sakiti
segala benci berbaki

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kembatolo™

hahaha.
ye ke?
segan kakak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@EE

Mungkin juga DIA tidak mahu saya kenal terlebih dahulu siapa pemilik rusuk kiri memandangkan ada banyak lagi urusan yang perlu saya penuhi.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid

AMIN.

Moga2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Wanie

Terima kasih kak.

:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@y u y u Z u l a i k h a

Wow!

The famous Yuyu Zulaikha!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Sharifah Fauziana

hahaha.

mana aku tau Dara >

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@maksu zerra

XD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@kueh bakar

dan ketahuilah kadangkala lebih baik meyimpan mimpi.
Jika mimpi itu membawa kemudaratan kepada hati.

selalu ada perasaan ada rasa said...

semoga cpt di ketemukan tulang rusuk kiri..:) amin

cik aletheea : said...

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Izinkan saya menggelar awak sebagai pemilik rusuk kiri.
Sebelum saat awak muncul dan bergelar suami.

indahnye ayat nie.suke

CikBennyLullaby~ said...

sweet. :')

ERNIEY ZAINAL said...

insyaallah satu hari nanti.. :)
aminnn....

Kaki Merapu said...

Rusuk kiri where r u???

cik lemon said...

so sweettt dear ^o^

yakin pada janji Tuhan...semoga bertemu ngn pemilik rusuk kiri yg soleh..amin~

luv u~

selamat berbuka puasa jap lagik

fqh.m said...

semoga berjumpa rusuk kiri yang sempurna...:)

^sue^ said...

SAYA SUKA ENTRY NI... :) tulis la lagi pasal pemilik rusuk kiri..

sebab kite same je..
sedang menjejaki dan memikirkan.. siapakah pemilik rusuk kiri itu...

Lucifer said...

Naiss. susunan aksara bertingkat yang membentuk sebuah puisi senada. Totally naiss!

lisa nurlisa said...

nice..sungguh puitis..izinkan share yer...

elnino moona said...

puitis, indah dan sayu semuanya menjadi satu dalam puiti ini..sgt BEST!..:)

sama seperti sy yang sedang mencari tulang rusuk kiri entah di mana berada..:')

FD said...

hurm.. sy tak pndai PUISI tapi layan je..

moga2 rusuk yang dijumpai itu bersalut dengan kehebatan dunia akhirat.. ^.^

ANDAINYA said...

pada semua yang bermimpi,
jgn biarkan hati menguasai diri,
segala kisah yang terjadi di bumi,
langit yang menjadi saksi,
hidup mahupun yang mati,
jelas adapun sembunyi,
itu semua ketentuan Yang Maha Tinggi...

enigma girl said...

your words just awesome
just make me fall in love to
and
hope u meet ur left ribs person :D