Sunday, August 07, 2011

#07 #Ramadhan : Mencari Harga Sebuah Ego


Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tidak sama, tidak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan pula harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.

Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal cinta.
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki cinta pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.

[Sumber gambar]

Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tiada lagi rasa gembira.
Pudar segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, itu sudah ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi, acapkali juga ia dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan mahu mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apakah benar dan pasti bahawa kumpulan itu adalah mengandungi sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang gemar membuat tafsiran sendiri. Entah-entah yang mahu dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan puak begini?
Ada yang mahu mengambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tidak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur di pasaran.
Kadang kala murah sampai rasa dicuri dari reban.
Kadangkala mahal sehingga menimbulkan baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.
Nota Kaki :
Entah mengapa badan rasa sangat lesu.

Zara : Hidup ini bagaikan kepingan gambar. Kita boleh lihat semula apa yang kita mahukan pada kenangan, tetapi kita tidak boleh mengambil gambar tersebut semula dengan keadaan yang sama. (Shafaza Zara, 2011)

6 comments:

cik hanum said...

ego kadangkala menjadi satu benteng yang kuat untuk melindungi hati dari hancur sekali lagi.

✿ boonga_kecik ✿ said...

ego kdang kala baik. dan kadang kala harus dikikis..

Kegilaan baru.. LOMOGRAFI!

CT said...

Betullah....akk suka entri ni :)

Anonymous said...

ni sbb afterdark ke?
zara, aq suka bahasa kau :)

yonna said...

tengok word "telur", ku tersenyum sendirian :)

Nasuha Suhada said...

suka entri ni..

dan caption yang last tu, kepingan gambar.. btw, saya suka penulisan zara :)