Monday, August 08, 2011

#08 #Ramadhan : Hanya Sebab Dia Cikgu


Bangun pagi dengan perasaan gembira.
Tidur malam dihiasi senyuman hingga ke telinga.
Naluri hati dan ingatan bahawa pembenci akan diam bila kebenaran terbuka.
Ah, lebih-lebih lagi jika kemenangan sudah ternyata jadi milik kita.
Ya kan para penyalak dan penghina?
Ketawa.

Dan menjadi kebiasaan pagi, jam biologi badan setakat ini belum mengkhianati. Jam empat lebih atau lima pagi sudah terjaga dan badan bersedia untuk menerima segala cabaran sebagai pemula. Mata tertancap dengan gambar seorang kawan serta ayat dia yang penuh berbunga melampiaskan rasa cinta pada kekasih yang jauh di mata. Ayat mahu bangun sahur bersama. Ayat mahu kejutkan sahur bersama. Ayat penuh janji segala. Nah, aku hanya tersenyum sahaja melihatkan dia mabuk bahagia.

[Sumber gambar]

Tapi, dalam masa yang sama, ada seorang rakan yang menghantar warkah elektronik hanya untuk beritahu dia sudah tiada apa-apa lagi dengan seseorang yang selama ini dia puja dan cinta sepenuh jiwa. Nama kekasih itu sentiasa meniti di bibir ibarat sedang memuji Yang Maha Pencipta. Ah, berzikir itu boleh dibilang bila dan berapa. Memandangkan ada nota kaki supaya membuka 'pesanan segera' - maka selepas menjamah dadah dan tegukan air berkali-kali, curi peluang untuk berbual dengan dia.

Aku : Dah baca apa kau tulis. Apa jadi?
Dia : Dah tiada persefahaman.
Aku : Bulan puasa pun nak bergaduh ke?
Dia : Tak gaduh pun. Aku cakap baik-baik, dia rela.
Aku : Semudah itu?
Dia : Habis tu, kau ingat apa?
Aku : Tak suruh kau gaduh pun, cuma bukan sekejap masa kamu bersama.
Dia : Aku terangkan pada dia alasan-alasan aku. Dia bantah juga, tapi itulah. Aku menang juga.
Aku : Apa alasan kau?
Dia : Sebab utama adalah pekerjaan dia.
Aku : Dia kan kerja cikgu, apa masalahnya?
Dia : Gaji cikgu sedikit. Kau pun cikgu, mesti kau tahu.
Aku : Sekejap. Apa kaitan gaji sedikit dengan kau putuskan hubungan tu?
Dia : Bila gaji sedikit, tak akan membantu dalam rumahtangga nanti. Gaji aku dengan dia tak setaraf, susah. 
Aku : Tak faham aku. Sebab utama adalah gaji?
Dia : Gaji dan lambakan kerja dia antara punca utama.
Aku : Baiklah. Aku tak nak panas hati dulu. Apa kaitan dua benda tu?
Dia : Kerja cikgu banyak, dia akan habiskan banyak masa dengan kerja. Sudahlah kerja menimbun, tapi bayaran gaji sedikit. Tak berbaloi.
Aku : Main sedap mulut kau. Entah-entah kau ada kekasih lain.
Dia : Tak ada pun.
Aku : Habis tu, alasan kau semata-mata sebab dia cikgu?
Dia : Ya. Sebab kerjaya dia tu.
Aku : Ni macam menghina aku juga kau tahu?
Dia : Kau kawan aku. Tiada kena mengena pun.
Aku : Tapi ada kaitan dengan kerjaya aku.
Dia : Kerja tu mulia.
Aku : Tapi kau baru sahaja putuskan cinta kau hanya sebab kerja ini tahu?
Dia : Macam mana nak membantu ekonomi keluarga kalau duduk dalam bandar besar, kalau setakat gaji banyak itu sahaja? Dia sama masuk kerja dengan kau, mesti gaji sama kan? Jadi kau pun tahu berapa sangat duit yang dapat setiap bulan.
Aku : Sejak bila aku kawan dengan manusia yang pandang harta?
Dia : Ini benda nyata.
Aku : Tapi kau buat begitu pada hati manusia.
Dia : Aku dah buat keputusan dan aku rasa lega.
Aku : Terpulang. Aku tidak tahu nak kata apa dah.
Dia : Doakan yang baik-baik sahaja.

[Sumber gambar]

Tatkala ramai orang mencari pasangan hidup masing-masing, ternyata ada yang sebaliknya. Aneh-aneh sahaja hidup ini bukan?

Nota Kaki :
Bangun pagi dengan gembira. Elakkan perasaan benci sebab siapa yang ada sifat itu hati dia keji. Muka senyum berseri. Bukan macam muka selepas di baling tahi. Ala, macam mereka yang selepas kegelapan, penuh tinja berdiri. :)

Zara : Kadangkala kita akan senyum bila kita tahu apa yang kita mahukan dalam hidup bukan apa yang kita kejar selama ini dengan sia-sia. (Shafaza Zara, 8 Ogos 2011)

22 comments:

oda narwida said...

hanya melongo tatkala membaca entri ini. realiti adalah realiti, tetapi mungkin boleh diselitkan sekali mimpi bukan untuk membuatkannya sempurna dan memuaskan bagi diri sendiri. dia tidak merasa puas lagi dengan apa yang ada. biarkan dia berkelana sendirian dan mencari kepuasan yang realistik katanya.

yonna said...

sikit pun tak boleh bertolak ansur bab duit ni?

kau TERLALU materialistik.

ah.seorang surirumah pun boleh bahagia dengan lelaki jual burger sahaja.

pfffffttttttttttttttttttttt!

a kl citizen said...

pandangan masing-masing. prioriti juga berbeza. walau telah ditulis dalam manual kehidupan kita, carilah agama sebagai yang utama, masih ada yang tidak yakin. kita doakan yang terbaik bagi semua, terlebih lagi untuk diri kita.

asnizaziz said...

pasal lelaki tu seorang guru dia nak putuskan hubungan?alsan clash yang lain daripada lain..ini boleh bikin cikgu panasss...

mijie said...

sungguh tak faham orang sanggup tinggalkan seseorang kerana sebab harta..

org kata kalau kita mengejar harta, harta la yg kita akan dpt, tp bukan cinta dan kasih sayang

Liquid said...

Sungguh mudah melupakan cinta apabila dalam hati dan fikirannya harta semata-mata....


smoga dia sedar....

mamafarhan said...

pagi zara...

pelik sungguh kawan kamu tu.. org lagi nak kawin dengan pekerja gomen sebab boleh jamin masa depan tapi dia sebaliknya. rezeki lepas kawin tak der siapa yang tahu...

mamafarhan said...

pagi zara...

pelik sungguh kawan kamu tu.. org lagi nak kawin dengan pekerja gomen sebab boleh jamin masa depan tapi dia sebaliknya. rezeki lepas kawin tak der siapa yang tahu...

Wadi AR said...

kak, tabah dlm ape jua mksd :)

wrizuan.net said...

hihihihi....bila mana insan memilih pasangan dr sudut yang bertentangan dgn ajaran islam...:) sedangkan dalam islam sudah mengatakan pilihlah dengan melihat pegangan agama...:)

encik prada said...

biar kenal erti hubungan baru kenal apa itu perpisahan...jangan jadi mata duniawi...

Ainul Hayat said...

Salam Zara,
dah lama tak singgah sini. sebenarnya memang wujud golongan yg mcm tu. memandang gaji dan tak kurang hebatnya bila mula-mula dlm perhubungan dah di tanya "gaji sebulan berapa?"..huh.

Nurul said...

salam,
i was a trainee teacher and i just finished my teaching practicum. 3 months time being a trainee teacher had actually opened my eyes that being a teacher means to change one's life. that is a big responsibility but to see a human being learnt something from you is just beautiful.
but as you said, not all people can understand the beauty of it...
but someone told me:
"Don't feel down with this profession if people look down on you. It is more important to look good in the God's eye.."
that gives me the strength! ^_^

una berry said...

gaji cikgu sikit sangat ke?
it should be enough I guess
my parents both are teachers
okay je?
*tak faham*

cikpepel said...

hidup je pun kita ngan gaji yg sederhna ni... lambakan kerja jd kalau dibiarkan melambak..lgpn xde pun cikgu lelaki n ahli kluarga kt kl yg mati xmkn...

mungkin pendapat org berbeza..tp apapun..rasional perlu dilihat...

~ms.Cahye~ said...

alasan ke ape tu?heh
die keje ape gaji byk sgt?hallo?kao keje cmtu pon dr titik peluh cikgu ok?gaji x byk tp pahale sampai mati...die maseh blom belajar erti hidup...

Faiz Ezanee said...

Salam

Kerja doktor lagi berlambak. Boleh je doktor-sama-doktor hidup aman bahagia. Nak lagi best, sekarang gaji doktor dah kecil. Sebab sudah tiada on-call & sudah ganti dengan sistem shift. Duit boleh cari. Nak kaya, kena belajar main saham. Kerja makan gaji mana boleh jadi kaya.

mendatak hijau said...

ada benarnya.

jgn tanya sebab aku juga cikgu.

Hizami Rahim said...

huhu. terasa!!! adeh.

khaizarien said...

gaji seorang guru mampu memberi makan sepuluh orang anak. bersyukur die bekerja kalau hanya duduk rumah tunggu di suap itu baru boleh di tolak mentah2. xfaham dunia. makin kaya makin tamak harta.

Latifah said...

tatkala insan lain berusaha mencari pasangan hidup, dia dengan mudah memutuskan hubungan. manusia memang pelik.

apa dia tidak YAKIN bahawa rezeki itu datangnya dari ALlah? apa dia tidak sedar atau sengaja mencari alasan?

Allah... gaji banyak jika tidak berkat tidak akan ke mana... maka bersyukurlah dengan apa yang ada.

..mama HoLLiC... said...

Yer lah zara. kadang2 cinta itu kene tapis dan filter sebaik mungkin huhu