Thursday, August 18, 2011

#18 #Ramadhan : Awak Sedang Sakiti Diri Sendiri


Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa.
[#14] dan [#15]
[#16] dan [#17]

Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.


Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

[Sumber gambar]

"Di saat dia memutuskan awak tidak berbaloi dan tidak layak buat dia, di saat itulah sebenarnya dia sudah menyakiti dan melukai awak"


Awak sedang menyakiti diri sendiri.
Menyakiti diri sehingga memutuskan segala hal ditolak ke tepi.
Bukanlah awak rasa cinta itu boleh bawa mati.
Cuma awak enggan tipu diri lagi.

Awak sedang yang awak sedang melalui kehidupan yang sukar.
Cara hidup dan gaya yang bikin Bumi laju berputar.
Pemikiran sekejap baik, sekejap nanar.
Tapi anehnya awak tidak gentar.

Awak sedang menyakiti hati sendiri.
Di luar awak nampak gagah berdiri.
Di luar awak nampah penuh keyakinan dan tabah hati.
Di dalam awak lembut macam roti.
Di dalam awak rapuh macam gigi.

Sedikit pun air mata tidak tumpah.
Hati pun langsung tidak menyumpah.
Awak sedar awak mungkin akan dihina seumpama sampah.
Awak tahu mungkin ada manusia yang menyampah.
Tetapi awak tahu yang awak langsung tidak kisah.

Awak sedang berkorban sendirian.
Mana pergi manusia yang menjaga kesihatan?
Mana pergi ikhlasnya sebuah senyuman?
Mana pergi diri yang penuh kekuatan?
Sudah hilang di tengah lautan?

Awak, dalam hidup kita kena tahu mana tempat patut berhenti.
Awak, dalam hidup kita kena tahu sehingga mana kita patut korbankan perasaan sendiri.
Senyuman dia, kegembiraan dia awak telan dan senyum sendiri.
Senyuman awak, kegembiraan awak, ada dia peduli?

[Sumber gambar]

Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia gembira.
Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia bahagia.
Awak buat apa sahaja asalkan awak tahu dia selesa.
Tetapi, adakah dia sedang buat perkara yang sama?

Awak secara jujurnya tidak pernah mengharapkan apa-apa.
Mungkin pernah terlintas untuk rasa ungkapan cinta.
Mungkin pernah mahu rasa bahagia bersama.
Mungkin pernah ingin gembira.
Tapi, ini sudah tiada makna.

Sejauh mana awak buat sesuatu untuk dia, bahagia itu bukan milik awak lagi.
Salah, dia tidak pernah menjadi milik awak pun selama ini.
Awak menggantungkan harapan tinggi.
Bukan pada dia, tapi pada hati.
Berdarah sendiri bila jatuh ke Bumi.
Ya, sekeping hati yang menunggu mati.

Awak gagahkan diri demi mahu terus bernyawa.
Setakat tikaman dari luar awak masih mampu ketawa.
Setakat kesusahan kerja awak masih gelak gembira.
Setakat kata nista awak sudah mangli dan terus ceria.
Tapi, itu cuma luaran sahaja.

Dalaman awak sedang rosak teruk.
Terjejas akibat kasih sayang awak dan hati yang menjeruk.
Sampai bila awak mahu terpuruk?
Sampai buruk?
Busuk?

Awak layak untuk bahagia.
Awak layak untuk gembira.
Awak layak untuk kecapi nikmat dunia.

 
Jangan musnahkan diri hanya sebab cinta.
Jangan biarkan senyuman itu sirna.
Disebabkan dia.

Awak, sila berhenti.
Berhenti dari tunggu dia yang tidak akan muncul di sisi.
Berhenti dari tunggu dia setiap hari.
Berhenti dari harap dia akan pandang awak di tepi.
Berhenti dari terus simpati.
Berhenti dari sikap menyakiti diri.

Sebab awak layak untuk dikasihi.
Sebab awak layak untuk dicintai.
Sebab awak layak untuk dirindui.

Kalaupun bukan oleh dia, tetapi oleh diri sendiri.
Ya, bayangan yang awak lihat dari cermin sisi.
Bayangan itu merayu agar awak kembali.
Kembali ke sifat azali.

Awak, carilah kebahagiaan yang kekal abadi.
Sebab di situ sahajalah tempat yang awak layak pergi.

Nota Kaki :
Kegembiraan bermula dengan satu senyuman, satu gurauan, satu pesanan, satu tepukan, satu panggilan tetapi ia mungkin akan berakhir dengan hanya satu kesilapan, satu pembohongan, satu penipuan. (Shafaza Zara, 2011)

Zara : Aku manusia yang sukar mencari manusia lain untuk melepaskan beban yang terpikul atas bahu sendiri. Kali pertama aku cuba mencari orang lain untuk bertukar kata, aku rasa beban yang aku pegang selama ini sudah mulai kurang deritanya.

17 comments:

-XaXao- said...

gua sentap 100% :(

anep said...

ada jiwa disebalik ayat2 itu

AsyieqiN Rkey said...

nice one..very2 nce...=)

y u y u Z u l a i k h a said...

wuuuu T_T suka nyaaaaa entry ni!

kueh bakar said...

kadang bila mencintai
kadang bila menyayangi
takdir tiada memiliki

tapi...
berbaloi untuk merasai

kerana kadang hidup
adalah tentang rasa
bukan tentang punya

*diam*

Nasuha Suhada said...

best!

suka nota kaki tu.

Bec said...

zara,
tersentak aku mbaca entry kau kali ni.sebab apa yg kau ckp semuanya btol.sjak dia tinggalkn aku, aku lukakan diri aku.sjak dia jmpa pgganti aku,aku hmpr bunuh diri. ya,aku syg dia lbh dr dia syg aku.aku snggup lukakan diri asalkn dia bahagia.namun,dia x pnah ambil pduli psl aku wpun aku msk hosp.namun aku msh syg dia....
-silent reader-

Beeha B. said...

zara perli aku ke erk? heehehe...

*tetibe*

khaizarien said...

terima kasih untuk entry ni zara :)

NSMA said...

saya setuju sangat. tapi hati yang kita kawal ni kadang kadang kawal diri kita hanya sebab satu 'catalyst' yang dipanggil cinta.

fatyn said...

semua yg kau tulis benar belaka. aku hilang diri sejak dia tiada di sisi. aku perlu berani, kerana esok pasti ada makna walau tnpa dia disisi. kerana aku punya harga diri,
thanks zara

fatyn said...

setuju ngan apa kau tulis
sejak dia pergi tinggalkan aku, aku sakiti diri hilang punca. kini aku sedar dan aku harus bangun dari mimpi, tanpa dia aku juga boleh bahagia dan esok perlu lebih punya erti walau tanpa dia disisi kerana aku masih punya harga diri
thanks zara

blogaku said...

penuh makna

yonna said...

rasa sakit ulu hati bila baca :(

tolong kuat demi untk pulihkan hati sendiri,sayang.

*hugs*

ishiko said...

rasa sebakkkk

a kl citizen said...

ramai betul yang sedang menyeksa diri rupanya

buDak.Kerek said...

assalamualaikum cik zara..
saya nak copy and paste siri awak nie..
harap boleh ye..
saya letak the original link back to your blog..