Friday, August 19, 2011

#19 #Ramadhan : Awak, Sila Berhenti Menunggu


Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa.
[#14] dan [#15]
[#16] dan [#17]
[#18]

Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.


Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

[Sumber gambar]

Awak, sila berhenti menunggu.
Menanti sesuatu yang membuatkan hidup awak tidak menentu.
Membuatkan awak keras seperti batu.
Ya, menjadikan awak sakit dan berkematu.

Awak, dia tidak layak untuk dinanti.
Sekurang-kurangnya bukan oleh awak yang sakit pedih hati.
Awak yang masih setia atas nama persahabatan sejati.
Sudahlah awak, masih banyak benda menanti.

Awak, kerasnya sebuah hati.
Kerasnya kepala awak yang penuh berisi.
Tetapi apakah awak tidak sedar awak sedang disakiti?
Dalam diam awak sebenarnya sedang sendiri.

Tanpa sesiapa pun peduli.
Tanpa sesiapa pun mencari.
Tanpa sesiapa pun simpati.
Tanpa sesiapa pun di dunia ini.

Awak terus mahu menunggu kemunculan dia.
Awak kekal mahu menjadi manusia setia.
Tapi awak tahu awak bukan sesiapa.
Bukan manusia yang dia cinta.
Bukan manusia yang dia suka.
Bukan manusia yang dia puja.

Awak, dengar sini.
Awak, baca ini.
Awak, perhatikan dan renungi.
Dia bukan manusia yang awak kena tunggu lagi.
Berhenti!

Awak, dah terlampau banyak beban yang awak galas.
Kenapa tidak pernah rasa malas?
Kenapa enggan rasa culas?
Kenapa tidak mahu lepas?

Awak, berhentilah.
Suatu hari nanti awak akan mengah.
Sudah tiba masa awak mengalah.
Bukan sebagai tanda awak kalah.
Tetapi sudah cukuplah lelah.
Cukuplah.

[Sumber gambar]

"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis supaya awak sedar bahawa awak layak mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
(Shafaza Zara, 2011)


Awak, sila berhenti.
Kalau tidak, awak akan mati.
Dan tanggung sendiri.

Nota Kaki :
Hari ini hari penentuan sama ada apa yang diperjuangkan selama berhari-hari ini berbaloi ataupun tidak.

Zara : Orang yang paling berjaya dalam hidup adalah orang yang dapat menyeimbangkan segala benda dalam hidup dia. Aku kena berusaha ke arah itu. Sudah cukuplah menjadi manusia yang tidak teratur kimia diri sejak kebelakangan ini.

13 comments:

Fieza Areyza said...

Lord Zara : Entri #14-19 ni betul buat sy makan dalam. saya rasa macam saya lah awak itu. pada entri yg ke 19 ni buat saya terfikir untuk mengalah tapi... hmm mengalah sekarang? bagi sy,perjuangan masih awal. terus menunggu? difikirkan balik, sampai bile? sbb sy tahu bukan saya di hati dia, dan bukan senang utk tunggu dia- dengan penantian yang sgt menyeksakan, dengan bait kata dia kadang-2 sgt memedihkan hati. kdang-2 saya rasa penat dengan semua ni, mahu lari dari dia, mahu buang dia dari hati ni, tapi xmampu. dan dia pasti akan ketawa besar bila saya berhenti menunggu dia(yg tah bila dapat sy tawan hatinya).saya hanya boleh doakan Allah membuka hati sy utk insan lain, dan tunjukkan pada saya yg dia tak layak utk dinanti. terima kasih atas entri2 ini. tiap kali teringat dia, pasti saya teringat entri2 ini.

AsyieqiN Rkey said...

1 more inspiring entry..=)

Wadi AR said...

gudluck kakak

Mrza said...

ok. aku mmg touching bace ni. damn.

cik aletheea : said...

suke sangat2 entry nie ..

ishiko said...

ye saya sudah pun mengalah sekian lama... belum masanya mungkin

tp di muncul lg tiba-tiba

Ros Anisza said...

saya dah mengalah....sebab saya yakin dia tak layak untuk saya dan saya tak layak untuk dia...

mendatak hijau said...

aku dah pon mengalah

sebab

aku rasa begitu bodoh jika tak mengalah!!!!!!!!!!!!!

amirulaswad90 said...

baru jumpa blog ni.wow.serius tersentuh.especially bila boleh relate dgn diri sendiri.apabila budak jalanan impikan bidadari.cepat2 la kembali ke dunia nyata. (ok.ni pada aku.lol)

chibimarukochan said...

its all a matter of time . kite ni manusia biasa . tiada yang sempurna . tapi apakan daya . manusia terlalu lemah bila berkaitan dengan hati dan perasaan kan ?
btw . like this entry :D
you make me smile .
anddanndd .!! mengalah tak bererti kite kalah rite :)

Nadia @ ShahAlamCity said...

maksud yg mendalam...pasti memberi kesan pd sesiapa

linda said...

ye. sile berhenti menunggu. i've waited for him, for 7 years. i standstill here, in the name of 'friendship'. i was hoping he would fall for me.

last week, someone told me he proposed a girl. and that girl was not me.

i'm dying inside. and i cried hard when i read this entry.

amomimo said...

Zara, suka coretan kamu. ada yang kena dgn kehidupanku. aku juga penunggu setia. harap diizinkan aku share coretan kamu di laman aku. terimakasih :)