Tuesday, August 23, 2011

#23 #Ramadhan : Puaskan Hati Orang. Hati Sendiri?


Salam semua.
Mungkin sudah tamat siri panjang tanpa henti itu.
Mungkin juga akan bersambung dan itu tiada siapa yang tahu buat masa ini.
Senyum, geli hati.

Sejak kebelakangan ini, aku tertanya-tanya sampai bilakah aku mahu memuaskan hati semua orang di sekeliling aku? Berikan segalanya kepada mereka, asalkan mereka tersenyum gembira, tetapi aku sendiri, apakah aku mampu tersenyum melihatkan kebahagiaan mereka atas air mata aku sendiri? Oh, bukanlah bermaksud aku menangis, tetapi lebih kepada, derita aku tetapi kegembiraan mereka?

Mungkin juga sebab ini bukan kali pertama dalam hidup aku berikan seluruh kudrat dan tenaga termasuk kesihatan aku demi membuatkan manusia lain mampu tersenyum. Ya, tanpa mengira ataupun melihat aku sebenarnya sedang menanggung kesihatan yang teruk. Oh, tapi mungkin tidak seteruk orang lain, bukan? Membuatkan minda sendiri berfikiran terbuka memerlukan usaha sebagaimana sudah tidak menjamah nasi sejak bulan dua. Eh.

[Sumber gambar]

Kita biasanya mengejar sesuatu yang membuatkan kita rasa penat dan lelah tetapi kita tetap tidak mahu mengalah. Aku secara jujurnya mencari kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri di sebalik himpunan dan timbunan kerja yang tidak pernah berhenti. Ya, aku nampak aku sedang korbankan sebahagian daripada kehidupan aku untuk menjadi yang terbaik sehingga ada yang gelar aku lunatik. Ketawa.

Tidak.
Aku cuma mahu segaris senyuman kepuasan pada orang lain.
Sebab apabila orang senyum dan gembira dengan apa aku berikan, aku sendiri akan rasa kebahagiaan menyelinap dalam hati aku. Walaupun ternyata, aku masih bukan sesiapa dalam dunia ini, dalam dunia mereka yang serba besar dan penuh warna. Aku masih lagi manusia beku yang bermain dengan warna kegemaran dan cuba menconteng dunia.

Kesedihan.
Itu sebahagian daripada penolakan kegembiraan.
Dalam gembira ada sedih dan sebaliknya bukan?

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/296256_10150746905250543_885375542_20208979_4137533_n.jpg
[Atas meja kerja aku di sekolah]

Nota Kaki :
Senyum dan ketawa berdekah bila orang yang dianggap kawan menikam dari belakang semata-mata dia sudah punya kekasih baru. Begitu rupanya nilai persahabatan.

Zara : Kita kerap berlari mengejar sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan perhatian kepada kita. Mengapa kita tidak berhenti sejenak dan melihat ke belakang, mana tahu ada seseorang sedang mengejar kita juga? (Shafaza Zara, 2011)

9 comments:

Wadi AR said...

betol kak. jom main kejar kejar

NeoBalanoCarpus said...

moga shafaza terima tempias bahagia org lain...tempias juga bahagia bukan?: )

takky said...

kdg2 kite mula terfikir balik mcm mane kita boleh berkawan dgn seseorang 2....(based on nota kaki enry nie)

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

rasanya tak salah kalau kita hanya berlari dan mengejar sesuatu yang didepan asalkan tetap berada dilandasan diri yg sebenar.
Kiranya berhenti dan berpaling kebelakang walaupun seketika,apakah kita pasti mampu menjadikan ianya pedoman?Sedang byk org yang suka mengenang masa lalu biasanya tenggelam dalam harapan dan keinginan sendiri,sedangkan dunia sudah se kilometer di hadapan.

~** PROFFY **~ said...

mcm sama ja apa yg kita lalui..
:((

Eazy Izzuddin said...

sis...
hati kita pun perlu bahagia...
:)

natasya eddie said...

"sebab apabila orang senyum dan gembira dengan apa aku berikan,aku sendiri akan rasa kebahagiaan menyelinap dalam hati aku"


itu sangat betul :)

kueh bakar said...

aku seorang pelari
mengejar sesuatu di depan
dengan bersungguh
dengan harapan

kadang
aku menoleh juga ke belakang
dan
memperlahankan rentak larian
untuk 'orang belakang'
tapi dia tidak juga sampai di sisi
dan
tak mungkin aku berhenti berlari
jika begitu

namun
aku tetap pentingkan kepuasan
jika perasaan puas tidak tiba
aku akan berhenti berlari

Enh Ear said...

hanya DIA yang mengetahui segala-galanya.. mana tahu.. kita sedang mengejar sinar dihadapan.. dan mana tahu..jika kita berpaling kebelakang.. ada harapan yang sedang menanti...
yang penting doa... seupaya DIA tidak kuat kan hati dengan segala keputusan..