Thursday, September 08, 2011

Buatlah Keputusan Demi Kebaikan


Seringkali apabila kita menghadapi persoalan dalam hidup, kita akan terfikir apakah keputusan itu untuk diri kita sendiri ataupun manusia di sekeliling kita. Apakah dengan keputusan yang bakal kita lakukan bakal mempengaruhi hidup semua orang di atas dunia ataupun hanya kita sahaja yang menikmati kegembiraannya. Tidak mustahil juga dengan membuat keputusan tersebut, kita yang bakal terluka walaupun ada pihak lain yang menikmati bahagia atas air mata yang kita tahan demi membuat keputusan tersebut.

Adakah dengan hanya memikirkan diri sendiri kita manusia yang hipokrit?
Manusia yang beku tanpa secalit perasaan disebabkan kita enggan menghadapai kedukaan yang perit?
Kita sudah enggan mahu menjerit?
Disebabkan kehidupan terasa agak pahit?

[Sumber gambar]

Demi kebaikan yang lebih utama, duduk sebentar dan fikirkan apakah yang kita lakukan sekarang ini memenuhi kehendak manusia lain ataupun sekadar kita sahaja.

Nota Kaki :
Jadual tidur sudah kembali gila.

Zara : Kegembiraan adalah satu terapi paling berharga.

6 comments:

takky said...

sedang memerlukan terapi kegembiraan....

webmdmk said...

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432 H Mohon Maaf lahir Batin

Wadi AR said...

gua kaki tido kak

MR. SYAH said...

kdg2 jgn kita asyik pentingkn org lain hingga diri kita yg derita.. hidup biar ada balancing..

sal adyza said...

Adakah dengan hanya memikirkan diri sendiri kita manusia yang hipokrit?

bila aku buat keputusan dgn mengambilkira diri sendre, ade org kate aku pentingkn diri..

AziE said...

Tengok keadaan, tika dan waktunya. win-win better.