Friday, September 30, 2011

Cukup Dengan Sakit Itu.


Diam.
Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia sedang pendam.
Dia sendiri tidak memahami apa perasaan yang cuba dipadam.
Dia sendiri tidak merasai apa yang dipanggil dendam.
Dia hanya mahu segalanya tenggelam.

Perasaan itu kosong dan sepi.
Sepi bila dia sendiri tidak dapat melunaskan kehendak hati.
Pergerakan minda tidak seiring dengan kemahuan diri.
Dan dia hanya mahu berhenti.
Merenung infiniti.

Ada sesuatu yang menyebabkan dia berpaling kembali.
Meletakkan segalanya ke tempat azali.
Memulakan sesuatu yang dia sendiri tidak begitu pasti.
Bukan kerana mahu mencabar diri.
Tetapi lebih kepada cuba memahami hati sendiri.
Apakah dia sudah tidak dapat merasai sesuatu yang sangat halus dan seni?
Apakah dia sudah tidak kenal siapa disebalik tubuh yang gempal dan sering dimaki?
Apakah dia belum puas menyedut kasih nikmat atas dunia ini?
Ah, perasaan tamak manusia itu makin menebal setiap hari.

[Sumber gambar]

Dia enggan mahu berhenti.
Dia enggan biarkan diri mati.
Dia enggan sakit merajai.
Dia enggan duduk diam dan biarkan diri dikeji.
Sudah cukup dia makan hati.

Dia nampak suatu kekuatan yang buatkan dia senyum setiap hari.
Dan izinkan dia berlalu pergi.
Hilang sekali lagi.

Nota Kaki :
Sesiapa yang ada kelapangan pada 1 Oktober 2011, jemput ke Uya Distro. Ada pelancaran Kitab Terfaktab.

Zara : Berhenti mengejar bayang-bayang. 

2 comments:

takky said...

baru je bukak blog ari nie...
law taw, insyaAllah leh p sane...
nty kitab terfaktab ade publish kat kedai mane?

Saiazuan said...

jangan cepat mengalah~