Thursday, September 15, 2011

Kemewahan Yang Dimahukan Oleh Semua


Semua orang mahukan kemewahan dalam hidup. Siapa yang ingin hidup dengan penuh kepayahan, penderitaan serta kesengsaraan? Aku percaya tiada siapa menginginkan hidup penuh kesakitan setiap hari kecuali entah apa yang merasuk pemikiran sedemikian.

Dan anehnya, bila menyatakan kemewahan, semua orang akan memikirkan sesuatu yang bersifat kebendaan semata-mata. Tetapi adakah mereka tahu bahawa nikmat kesihatan, kasih sayang adalah suatu kemewahan juga? Dan aku memilih untuk mewah dalam kasih sayang. Ya, itu yang aku mahukan dalam hidup.

[Sumber gambar]

Jujurnya aku merasakan, apabila kita mewah dengan kasih sayang, segalanya akan mudah untuk mendapatkan nikmat kehidupan lain yang menyumbang kepada kasih sayang itu sendiri. Kesihatan, harta benda dan perkara lain. Jiwa yang tenang seperti yang diperkatakan oleh seorang jurugambar yang kacak di Twitter. @saupix mungkin.

Dan, apakah kemewahan yang anda mahukan dalam hidup sekarang ini?

Nota Kaki :
Hari terakhir di Melaka. Lega kepala. 

Zara : Senyuman itu sudah semakin lama, semakin sirna. Apakah itu petanda apa yang dimahukan dalam hidup sudah tersalah pilihan?

8 comments:

NeoBalanoCarpus said...

mewah dengan iman yg membawa kpd kebahagiaan, dan mencambahkan kasih sayang sesama manusia....

Yong Sofea said...

bersyukur dengan kemewahan kesihatan. cuma mengharapkan kemewahan ilmu pula. :)

vy nin said...

mau kemewahan kasih sayang dari zara lah macam tu, boleh? hehe :D

takky said...

nak balik johor dah ke??
saya ade dekat batu pahat la nie...
ade kursus, ^O^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

ada kat Muar dah :)

blog-tips-kurus said...

kesihatan itu mahal..

hi gumiho!! :)

Sara Ali said...

sy mahukan kemewahan dari segi iman dan ilmu,
ia senang membawa diri saya kemana2 sahaja,,,

insya Allah...

eiela said...

bersyukkur dengan segala kemewahan yang ada, mengharapkan kemewahan kesihatan shj nih.