Saturday, September 24, 2011

Kenapa Saya Suka Annas Easkey?



Sepi.

Rama-rama terbang hinggap di sudut matamu.
Aku tahu kamu seorang yang ceria.
Kurniaan Yang Maha Esa sudah sempurna buat kamu.
Nah, hati terpaku.
Membisu.
Senyum.

Sayang.
Aku lama memerhati.
Adakah tarikh itu dapat aku lunasi?
Adakah aku mampu bersemuka dengan takdir diri?
Senyum.
Simpul.
Pegang rama-rama.
Jingga.


Bila tarikh itu datang sayang, aku pasti tiada disisi.
Tapi aku mahu kamu tahu, doa aku sentiasa buat kamu.
Cinta ini akan subur mewangi.
Aku tahu mungkin ada hati yang mati.
Mungkin ada sumpahan yang mengiringi, tetapi aku tetap mengagumi hasil kerja kamu.
Sumpah, sepenuh hati.
Oh, tarikh itu semakin menghampiri.

Sayang.
Cinta bakal menoktah juga.
Mungkinkah akan diabadikan bersama?
Aku panjatkan doa yang terbaik buat kamu dalam terus memberikan karya terbaik peribadi.
Baca dalam hati.
Senyap.
Sepi.
Biar aku simpan sendiri.
Merenung ke dalam diri.
Pasti.

*******

Aku percaya bagi setiap penggemar hasil seni terutama yang berkaitan dengan seni gambar pasti mengagumi hasil kerja Annas Easkey. Tidak perlu lagi diperkenalkan kerana dia sendiri sudah terkenal dengan sentuhan solekan (ya!) dan juga hasil tembakan yang menyenangkan setiap mata yang menikmati keindahan gambar yang tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata.

Dan, Annas kembali dengan satu pertandingan yang ganjarannya membuatkan hati aku terpaut serta merta.

[Sumber gambar]

Ada sebab peribadi kenapa aku menggemari Annas Easkey. Aku sekadar berkongsi beberapa fakta umum sahaja tentunya.

1. Mesra.
Tidak tahu bagaimana sesiapa yang pernah bekerja dengan dia secara peribadi, tetapi aku menyukai dia meluangkan masa membalas pesanan ataupun pertanyaan daripada orang yang menulis kepada dia di Twitter. Lebih tepat lagi, kalau berkicau di Twitter, Annas akan membalas walaupun mustahil dia kenal siapa aku kan?

Dan ya, Annas berkicau di Twitter seperti mana orang yang biasa-biasa. Maksudnya, dia masih seperti yang dinyatakan di dalam surat khabar, artikel-artikel bahawa dia masih seorang yang merendah diri (walaupun sudah terkenal tentunya). Sangat memuaskan hati bila menyedari ada juga orang yang terkenal tetapi tidak menyangkutkan hidung mereka di atas langit.

2. Sumber inspirasi - kasut tinggi.
Apabila Annas menguarkan projek dia setiap kali, maka setiap kali itu jugalah aku akan berdiri di hadapan cermin dan menyedari bahawa aku tidak akan mampu beraksi di hadapan kamera dan membiarkan diri dibidik oleh kemahiran dan juga kamera Annas. Salah satunya wajah, saiz tubuh (ya, kelemahan aku - masih ada sifat rendah diri ini) dan juga, bolehkah aku menyarungkan kasut sehingga lima inci tingginya? 

Malangnya, aku setakat ini hanya boleh memakai kasut setinggi 3 inci (itu pun dengan tapak rata - 'wedges') semata-mata. Paling tinggi pun adalah empat inci tetapi tidak mampu bertahan lebih satu jam. Dan, adakah aku layak untuk menghantar penyertaan pada Annas setiap kali ada projek terbaru beliau?

Aneh kalau aku mampu.
Senyum pahit.

Maaf Annas, saya boleh pakai kasut 3 inci sahaja. 

3. Solekan.
Pernah aku mencuba meniru solekan ala Annas Easkey di hadapan cermin. Hasilnya aku ke sekolah dengan muka yang unik, walaupun pasti ada orang lain yang menyatakan aku pelik. Dan untuk menutup mulut yang terlopong melihatkan gaya aku yang tidak serupa cikgu, aku dengan senang hati memakai cermin mata bingkai tebal aku. 

Ah, bila mahu merasai sendiri perasaan disolek dan didandan oleh orang lain?
Macamlah kau boleh Zara.

Dan ya, disebabkan keunikkan gaya dalam setiap hasil lensa dia, aku harap suatu hari nanti, aku akan ada peluang untuk bertemu sendiri dengan Annas Easkey. Walaupun mungkin bukan sebagai model (mustahil ini) di dalam set bidikan dia, tapi aku dapat melihat dengan dekat hasil kerja dia. Siapa dia di belakang lensa kamera.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/268767_10150236824363580_245198783579_7507510_5893185_n.jpg
[Sumber gambar - Annas Easkey]

Dan mungkin itu sahaja.
Keinginan untuk dibidik oleh Annas Easkey mungkin hanya bakal diperolehi dalam mimpi.
Senyum.

Jangan lupa singgah di blog Annas dan juga halaman peminat dia.

Nota Kaki :
Hujung minggu ini akan berada di Skudai. Ikuti sahaja garis masa aku berkicau di Twitter untuk mengetahui di mana lokasi aku berada (oh, kau rasa ada orang nak tahu ke mana kau ke Zara?)

Zara : Senyum sahaja demi satu kebahagiaan yang diperlukan dalam hidup ini.

8 comments:

Bella Bell said...

insyaALLAH zara boleh bertemu dengan Annas Easkey... ^^

tieha ismail said...

Annas seorang photographer yang unik! siriusly!

Faaein Talip Roy said...

memang cantik hasil lensa annas eskay.. cemburu dengan hasil 'tembakan' dia..

*rainyscream* said...

Gudluck zara!! saya pun cuba nasib juga ni. ngeh3

naziyatul fatihah said...

annas belajar sama tmpt dengan saya
sememangnya dia tidak pernah sombong..
insyaAllah zara bakal ketemunya

Eazy Izzuddin said...

suka dia juga sis...
:D

ahsfantasy24 said...

cun melecun!
:)

eiela said...

memang cantik karya dia.