Friday, October 07, 2011

Belanjawan 2012 : Guru Dan Galakan Kahwin Awal


Semua orang membincangkan pasal belanjawan 2012 yang dibentangkan petang Jumaat tadi.
Ada benda baik, ada benda yang dikutuk.
Biasalah kan?

Dan yang paling teruk dijadikan bahan kutukan oleh segelintir masyarakat (ya, segelintir yang masih jumud pemikiran laksana tidak pernah mendapat pendidikan sempurna) adalah mereka yang kurang berpuas hati dengan imbuhan yang diterima oleh pekerja kerajaan ataupun kakitangan awam. Memandangkan banyak juga yang mengalir kepada sektor pendidikan, kerjaya sebagai guru atau cikgu dijadikan bahan kutukan. Ya, kerjaya aku itulah. 

http://farm7.static.flickr.com/6186/6023734653_2b39aff401.jpg
[Sumber gambar] - Awak tengok Belanjawan 2012? Kalau belum, tolong jangan baca sini dulu.

Berikut adalah status kicauan aku di burung biru petang tadi.

01 - Pencen umur 60 tahun? Er, aku sekarang baru kerja 2 tahun. So, lanjutan 2 tahun, aku akan kerja untuk 36 tahun lagi? Wee hoo. 38 tahun dalam perkhidmatan.

02 - 38 tahun dalam perkhidmatan. Baik aku jangan marah-marah, nak sampai umur 60 tahun, aku tak nak berkedut depan murid.

03 - 26 Oktober ni genap 2 tahun aku dalam kerja. So, untuk 36 tahun lagi, let's serve the best for nation 

04 - Kemain semua kutuk cikgu naik gaji sedikit dalam #belanjawan2012. Beb, meh sini cuba kerja cikgu meh. Sehari pun cukup :)

05 - Dan ya, let me remind U guys, budak2 sekarang tak sama dengan kita zaman sekolah dulu. :)

06 - Mana ada kerja yang tak letih? Penganggur pun letih kan? #sarcasm

07 - Lagi satu, hentikan pemikiran jumud cikgu balik kerja tengah hari, lepas tu dia boleh rehat balik di rumah.

08 - Ni kalau nak jumud sangat pemikiran, sentiasa nak marah orang lain dapat sedikit kenaikan, hentikanlah. Mari ikut aku ke sekolah esok

09 - Pekerja awam dapat setengah bulan bonus ke apa tu kau kata besar. Belum kena potong KWSP lagi tu sayang. Kau bonus 8 bulan amacam?

10 - Lepas ni mesti semua nak isi KPLI. Nak ambil pendidikan. Eh, bukan kau orang hina kerjaya aku yang gaji rendah ni ke? Ni isi borang pula?

11 - Selalu kutuk kerja cikgu, kerja banyak, gaji ciput. Ni bila dapat sedikit kenaikan kau kata rasa nak tukar kerja sebab cikgu menarik. Lalang?

12 - Kau cuma nampak duit dalam kerja sebenarnya. Sebab tu kau kutuk bila gaji kami tak banyak kan? Tapi, macam mana kau berjaya eh?

13 - Aku lupa. Kau mesti belajar sendiri. Sebab tu kau kutuk cikgu. Sekejap. Pekerja kerajaan bukan cikgu sahaja. Pergi kutuk kerjaya lain la.

14 - Ni apa kebenda ingat pekerja kerajaan/awam adalah cikgu sahaja? Banyak kerja lain jugalah wei. Menteri pun pekerja kerajaan.

15 - Tapi tak apalah. Kau kutuk pekerja awam/kerajaan. Nanti kalau ada urusan, kau buat sendiri. Online pun ada orang juga dibelakangnya :)

16 - Oh, aku dah tau. Kau tak suka pekerja awam/kerajaan sebab ada cuti? Eh silap. Kau benci cikgu sebab ada cuti sekolah? Kau memang LAWAK!

17 - Cuti sekolah pun kerja. Pernah dengar kelas tambahan? Pernah dengar pengawas peperiksaan SPM/STPM? Perkhemahan? Terima kasih awak kalau tahu.

18 - Siapa yang masih tak puas hati, aku cadangkan pergi berhenti kerja dan apply kerja cikgu atau mana2 kerja awam/kerajaan. I rest my case :)


[Sumber gambar]

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Dan aku, melihat ini sebagai satu medan di mana siapa yang tidak berpuas hati akan melampiaskan rasa marah mereka dengan sesuka hati dan meletakkan apa yang mereka percaya di belakang. Apa mereka peduli daripada mana mereka mendapat sedikit ilmu sewaktu di sekolah dahulu (mereka mungkin tidak pernah ke sekolah, kena pertimbangkan ini juga) dan dengan sewenangnya mengutarakan sedikit ayat (banyak sebenarnya) yang membuatkan aku sedikit terkilan.

Setakat bercakap mengenai soal gaji guru yang tidak seberapa pada sesetengah orang, (Alhamdulillah, cukup makan bagi aku) - dan bising tidak tentu hala hanya disebabkan mendapat sedikit imbuhan tambahan dari penyelarasan gaji dan sebagainya, apakah anda tahu bahawa untuk naik pangkat dalam kerjaya ini adalah merupakan sesuatu yang sukar? Bukan ada sedikit sahaja guru dalam Malaysia ini, tetapi tidak mengapa. Bukan pangkat yang dikejar dalam kerjaya ini. Banyak benda lain yang mahu dihargai. Anda yang hanya duduk memerhati serta menghadam sesuatu yang anda sendiri tidak pasti memang berkelakuan begini.

Sudah tentu aku mengerti.
Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi begini.
Aku sudah hidup bersama pasangan suami isteri yang bekerja sebagai guru selama dua puluh empat tahun. Aku sudah lihat mereka bangun seawal pagi pergi ke sekolah dan pulang ke rumah dengan keadaan longlai berdepan dengan pelbagai kerenah murid di sekolah. Dan mereka masih lagi setia dalam kerjaya ini walaupun rakan-rakan di sekeliling mereka mempunyai pekerjaan yang lebih baik (secara mata kasarnya).

Sekali lagi, bersihkanlah pemikiran tipikal serta jumud yang menganggap kerjaya guru hanya pergi balik rumah dan sekolah semata-mata. Masih banyak lagi urusan pejabat dan bagi menambahbaik mutu pengajaran yang kami lakukan. Tidak termasuk kerja pengkeranian dan pentadbiran. Jangan tinggal dalam suatu zaman di mana mungkin guru hanya melakukan satu perkara sahaja. Dan untuk pengetahuan kepada golongan tipikal pelik pemikiran di luar sana, sepanjang aku mengajar ini, aku sudah dua kali berada dalam ambulans menemani murid yang sakit. Tidak termasuk dengan aktiviti lain - sukan, kokurikulum, akademik dan sebagainya. Kadangkala tidak berada di rumah selama hampir seminggu juga. Sabtu dan Ahad kalau ada kesempatan rehat di rumah, sudah kira untung. Dan ya, masa dihabiskan dengan kerja.

Jadi, adakah aku hanya dari rumah dan ke sekolah sahaja?
Tidak.

Tetapi, dalam banyak-banyak benda dalam belanjawan kali ini, aku lebih banyak memberikan tumpuan kepada skim rumah pertamaku. Ya, rumah adalah benda kedua yang aku perlukan selepas aku sudah ada Adam Awraq. Mana tempat terbaik mahu letakkan bayi pertama selepas memulakan kerjaya? Sudah tentulah rumah. Dan bagaimanakah mahu mendapatkan rumah? Mestilah membelinya dengan kudrat serta segala apa yang dipanggil wang untuk dijadikan harta. Sekali lagi sebagai penegasan, tiada bantuan kewangan keluarga dalam aku mengumpulkan apa yang aku mahukan. Ajaib kalau mereka menawarkan bantuan. Terima kasih.

Bagi sesetengah orang, dengan adanya skim sedemikian - ia menggalakkan anak-anak muda (termasuk aku) untuk memiliki kediaman sendiri. Buat mereka yang sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga (yang mana agak mustahil bagi aku) - skim sebegini pastinya membuatkan mereka dapat menarik nafas lega. Eh, siapa yang suka menumpang di rumah orang dan memulakan hidup berkeluarga? Bukankah lebih menarik mempunyai rumah sendiri dan merancang kehidupan dengan lebih cemerlang serta gemilang? 

Secara jujurnya, melihatkan belanjawan kali ini, hati ada sedikit gusar dan risau. Terlampau banyak duit ditabur kepada rakyat. Baik itu memang baik, cuma aku harap tidak ada benda yang terselindung disebaliknya. Dengan pemansuhan yuran murid, aku mengharapkan dana pelajaran akan masuk awal supaya aktiviti di sekolah dapat dijalankan dengan lebih cepat. Begitu juga dengan pemberian wang kepada murid sekolah rendah dan menengah serta baucer buku sebanyak RM 200 kepada pelajar pengajian tinggi. Moga wang yang disalurkan akan digunakan dengan baik. Bukan membazir tidak tentu hala.

Mana ada kerja yang tidak penat?
Mana ada kerja yang senang lenang boleh dapat duit?
Yang berniaga MLM pun susah nak fikir cara nak ajak orang.
Heh.

Tidak.
Aku bukan menulis tipikal laporan belanjawan. Aku memilih mana yang dekat dengan aku.
Kahwin awal mungkin bukan satu daripadanya.
Mustahil buat masa ini.
Mustahil.

Nota Kaki :
Sabtu akan dihabiskan di sekolah. Kelas tambahan dan kerja yang diamanahkan. 

Zara : Kalau nak mengata aku hodoh, sila pastikan yang kau betul-betul lagi cantik atau kacak dari aku. Kalau tak, bolehlah aku belikan kau cermin secara berganda. :)

35 comments:

Halimatun Sa'adiah said...

wah..betul2 mgupas belanjawan neh..
sy baru je berkecimpung jd pjawat awam neh, x sangke dpt bonus da...hehehe

athira hoho said...

setujuuu ! im a future teacher too . ambek tesl tp ramai kwn kutuk sbb mostly dorg ambek kos kos yg gempak tanpa berfikir , dorg pandai pun sbb cikgu :')

APi said...

saya dari aliran perguruan tulen..
bukan KPLI..
keh keh keh

reenapple said...

yaaa.. kita sokong kamoo.. sape cakap cikgu macam tue.. kita tao la penat lelah cikgu macam mana sebab mummy kita pom cikgu.. selalu balik lambat.. kadang3 tak sempat nak berbual dgan dia sebab dia penat sangat.. =)

cik lemon said...

suke ^o^ suke ^o^

hairan ble org asek mention kakitgn awam tu kat guru semata..igt ckgu je ke kije penjawat awam..hadeiii..

aku pon rasa jdik ckgu ni life aku lebih byk kt skolah dr kt umah. tmbah2 bila dekat2 nak exam..klu wiken sila cari aku di skolah..hahaha~

so setuju cdngan kmo yunk...sape2 yg tak puas hati bila gaji ckgu naek..sila ikot kami ke skolah klu nak rasa...ko mampu???

cik ciput said...

tahniah cikgu zara =)

*memang susah jadi cikgu zaman sekarang..kawan2 saya ramai yang jadi cikgu..selalu dengar diorang cakap, budak2 zaman sekarang dah x sama mcm kita dulu..mencabar!

**saya ada intebiu penting rabu depan..doakan ya =)

Ratna Syazana said...

ahh, berdebar lak rasa time posting nanti

said...

Selalunya sambung kerja di rumah lagi. petang. malam. kadang2 sampai awal pagi. kat sekolah sibuk mengajar, menanda & mcm2 lg pengurusan file itu ini. lagi pulak sekarang suma nak kena online. nak harap internet sekolah mmg sangap la so kena jugak sambung kerja di rumah.

g0m0k9enDek said...

mana butang like kat sini?? mana?? huhu~

cahya indah said...

Yang, nak beli rumah kat mana?

**::CIKNUURUL::** said...

setujuu ngan cikgu,.kerjaya ckgu bukan hanya trun naik tangga pegi klas ikut jadual segala tu ye,.berlambak lagi kje lain yg ckgu kene buat,.belom lg masuk bab akhlak budak2,.kite laa yg kene bmbing dr kecik lg,.kalo x,macam mane nak jadi pemangkin negara,.nanti xmenjadi,cikgu jugk yg disalahkan,.tu nanti ade yg kecoh jugak,.huhu,..

oshinz said...

betul.. cikgu sekarang kerjanya makin rumit. budak makin kurang hormat pada cikgu. kakak saya selalu sakit dada bila balik dari sekolah. one more thing, suara dia jadi pecah bila selalu kena tinggikan suara. kalau tak budak buat derk je.

~ Cik Azz ~ said...

Ya, betul tu.. Mereka ni tau mengutuk dan tak puas hati je.. Abang sayapun cikgu jugak.. Dah nak pencen dah pun.. Kadang2 kesian tengok dia yang terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah murid.. belum lagi dengan pe'el mak bapak dorang lagi..

Selagi tak bersyukur, selagi tu la tak puas hati manjang... Sabo je la Zara... :)

norinaomar said...

Wahh..ramainya geng cikgu kat sini..sokong kamu Cikgu Zara..kasik depa ni ngajo sekerat hari ,buh kelas hat paling blakang..amek kau,setimpal ke tidak agaknya apa yang kita dapat..

saya nak warning kat budak2..next sapa yang masih dgn uniform buruk + busuk,kasut ceklat berkepam,pensel,pemadam , buku takde,,siapp korang! (mak mak bapak bapak senyum sampai telinga ni lagi2 kalau 10 anak yang skolah)

*sorry over panjang!

Fieda said...

sabarlah....kerjaya guru memang mencabar sekarang ni, imbuhan yang lebih wajar...akan tetapi, bila kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, memberi bonus, tetapi gagal untuk mengawal kenaikan harga barang....bukankah yang akan merasa peritnya adalah golongan swasta yang langsung tiada kenaikan gaji...yang tidak diberi bonus.... kasihan kan....gaji kecil, belanja mahal....mungkin itu antara sebab ada yang bercakap2....

Bella Bell said...

sis.. tak payah bagi sehari, bagi sejam je.. mintak depa kawal kelas dan sampaikan ilmu.. tengok boleh ke tak boleh capai learning outcomes.. huhuu!!~


*setahun lagi nak habis before jadi sorang guru sebenar.. :)

Qarl said...

"kami bangga menjadi guru
kerjaya dihormati
siap sedia mencurah ilmu"

gittew

pernahkah setiap manusia itu puas?

:)

anith said...

kakak, anith tkt la xdpt jadi pendidik yang bagus nnt!
anith tahu how hard this kerjaya.. lagi2 we are dealing with humains being!
hurm

Anonymous said...

cikgu ajak org suruh pergi sekolah.ikut sama, rasa bagaimana..tapi cuba cikgu sendiri ikut org lain pergi tempat kerja diorang...cikgu sendiri akhirnya akui kerja cikgu itu lebih selesa.

memang murid sekrg tak sama macam dulu..tapi cikgu skrg pun tak sama macm dulu juga.

hakikatnya, cikgu balik awal. sabtu-ahad cuti.cuti sekolah lama.dalam 365hari setahun kerja cuba kira berape hari kerja...bape hari cuti.tu belum kira cuti tahunan.

bagaimana boleh cikgu rasai peritnya kerja lain sedangkan lepas belajar terus jadi cikgu?
tanya cikgu kpli..semua jawap cikgu lagi baik.

kalo byk pembandingan, last2...cikgu akan cakap 'apsal ko tak jadi cikgu?'hahaha.

misya mialen said...

terima kasih zara sbb bt entri ni.ia umpama mewakili rasa hati yg sedih gara2 mereka yg x berpuas hati dgn kenaikn yg cikgu dpt.siap perli orang lagi..huhu

Naqib Mohamad said...

"Kemain semua kutuk cikgu naik gaji sedikit dalam #belanjawan2012. Beb, meh sini cuba kerja cikgu meh. Sehari pun cukup :)"

maksudnya semua nak gaji cikgu naik tinggi. bukan kah begitu?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

TERIMA KASIH :

Buat semua yang memberikan ulasan yang terbaik. :)

Buat Anonymous :

Ulasan dari "Anonymous" adalah paling lawak. Kan aku dah kata, semua kerja pun letih. Kau tak pandai baca?

Dan ya, Sabtu- Ahad cuti? Aku tak jumpa istilah cuti tu sepanjang 2 tahun aku kerja ni. Sabtu dan Ahad masih ada kelas tambahan di sekolah. Bukan aku seorang, kawan2 lain pun sama.

Jangan jumud Anonymous. Jangan JUMUD. :)

Cruelism said...

ah la mak .
ada jugak geng terfaktab ni cekgu kan .
respek ! . unexpected .

anak aLi said...

masih tak mengerti mengapa orang iri hati dengan cikgu.? kan ke mulia kerja cikgu~

mosazu said...

subhanallah..maaf tapi sabarlah byk2.bukan ke cikgu ni contoh dan role model kpd masyarakat.jgn cepat marah2..bengang2..sy pn penah jd cikgu.behave ples.klu rmai mak bapak terbaca komen2 cikgu sekalian..tp xpelah.stiap org berhak bsuara.

ya Allah, bimbinglah kami dlm hidup bermasyarakat,lindungi kami, berkati kami,ssungguhnya hanya Engkau ya Allah yg Maha Mengetahui, ya Maha Kaya, ya Maha Bijaksana.izinkanlah kami menumpang kaseh manusia2 sekeliling kami, dlm menempoh perjalanan hidup dunia sementara.ameen.

Ms J said...

setuju bab dana pelajaran. SUSAH nak jalankan apa-apa aktiviti kalau LAMBAT disalurkan.. -_-''

As the rest of the points, I'm second you! ^_^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@mosazu

Ni bukan penulisan yang bengang. Sebab apa? Sebab saya menjawab semula apa yang diperkatakan oleh orang lain (di dalam Twitter - kalaulah awak ada dan membacanya)

Saya menyuarakan pendapat dan pandangan. Oh, satu lagi. Kenapa cikgu perlu duduk diam bila dikata orang? sebab kita kena jaga imej baik walaupun kerjaya kita diinjak?

Begitukah?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@mosazu

Dan, apa kaitan dengan ibu bapa murid? Tidak memperkatakan mereka. Kami cuma menulis mengenai belanjawan. Itu sahaja.

:)

BlueIceCube said...

eh, mana bab yg ckp pasal kawen awal, tak jumpa pun. lol

secondly, ada penjawat awam yg take for granted position derang. mereka hanya mahukan constant income monthly dan security masa tua tapi bekerja mcm mahu tak mahu.

itu yang kita orang (penjawat bukan awam) marah.. nak berususan pun susah, telefon, memanjang takder, minumlah, meetinglah, outstation lah. bila dia takder, apa pun tak boleh buat, bila nak bergerak maju , berdaya saing bagai ni..

tunz said...

pebibahasa yang sesuai
KERANA NILA SETITIKROSAK SUSU SEBELANGA

missina said...

hermm,,semua kerja susah,,bebanan kerja bergantung pada gred,,makin tinggi grednya,,maka makin bertambah tanggungjwbnya,,,sy sebagai penjwt awam pun ingin merasa keistimewaan skim time-based ni yg hanya dikhaskan untuk cikgu,,,sedihhh,,

Anonymous said...

gua rasa lu orang tak dengar dan tak faham apa yang najib cakap. Kenaikan kepada semua penjawat awam, dia cuma bagi CONTOH KENAIKAN untuk jawatan guru. Dia tak cakap pun kenaikan untuk guru, dia cakap 'CONTOHNYA...., GURU...BLA BLA BLA... ' - fathul

takky said...

kerja cikgu mmg penat....
kalau staf x cukup, cikgu yg kene buat kerja2 am....
cikgu yg kena isi data2 pelajar...
cikgu yg kena uruskan rekod2 pelajar...
cikgu yg kena uruskan koko....
itu belum lagi aktiviti2 kat luar, kena pergi kursus, dan jadi cikgu ganti...
jadi cikgu mmg penat....

tapi sayang, orang luar x nmpak pengorbanan tu....

L@dyKichiMachiko said...

setuju dgn takky...org luar hanya tgok jd cikgu kejenya senang,tak perlu dok ofis sampai ofis hours..tp hakikat sbnrnya,adakah mereka tahu apa yg cikgu buat bila balik ke rumah? for those yg bujang,lepas siap uruskan diri..pastinya akn dtg semula ke pejabat guru dan siapkan kerja2 yg masih tertinggal..sediakan pulak RPH utk hari esoknya dan seterusnya..those yg berkeluarga??.. Kena pandai agihkan masa urus family,kl nak utamakan kerja semata2..habislah, bleh jadi runtuh institusi kekeluargaan seorg guru. Jd cikgu bkn saja penat fikiran malah fizikal pun sama. Hanya sesetengah guru (yg ambil mudah ttg kerja dan tgjwb), itulah yg mencerminkan bahawa guru itu kerjanya senang..byk rehat..tp bg seorg guru yg komited dan bertgjwb..byk perkara yg difikirkan utk memastikan para pelajarnya berjaya dlm pelajaran, jd anak2 yg berguna pada nusa dan bangsa.

srina said...

Salam...
saya selalu membaca entri zara (ups,tipu..kadang2 ada miss juga..hehe)
tapi jarang atau dgn jujurnya belum pernah bagi komen...tapi kali ni tergerak nak komen..mungkin kerna ada sangkut paut juga dengan saya.
kita dari golongan yang sama...muallim atau muaddib..

tetapi dalam konteks kini...kta bukan lagi semata2 muallim...tapi kita jugalah abi dan ummi...kita jugalah kerani...kita jugalah sport instructor...kadang2 creative designer, engineer serta technician...pendek kata, segala bidang lain yang dipelajari kwn2 kita di universiti akan kita pelajari juga serba sedikit di sekolah. kadang2 tak sempat belajar, dah terus kena praktikkan dan demonstrate to students.

SAYA APPROVE SANGAT2 KENYATAAN ANDA DAN KALIAN YANG LAIN TENTANG KERJA GURU YANG MELANGKAUI 5 HARI SEMINGGU DAN 8 JAM SEHARI...
saya pernah mengalaminya..sabtu ahad dan cuti sekolah bukan CUTI kami...itu hanya TIKET untuk kami berpakaian biasa ke sekolah...

mungkin Anonymous tu tak puas hati kerna sememangnya dia tak pernah merasa bergelar guru...malahan rakan saya yang pernah menjadi guru ganti dah mula sedar bahawa tugas guru memang tidak mudah.

Memang diakui jika dibandingkan kerja guru dengan kerja2 yang lain, guru lebih selesa. mungkin kerna kayu pengukur guru terletak pada manusia dan bukan kebendaan...malah sukar untuk menentukan guru sudah berjaya atau tidak kerna ukuran kejayaan itu tidak diukur dari pencapaian pelajar dalam exam sahaja malah berterusan sehingga pelajar itu dewasa dan menginjak kaki ke alam kerjaya...

Malah kerjaya guru agak 'selesa' kerana kami fleksible, multitasking, independent,committed, dan lifelong learner. Kerjaya yang lain barangkali tidak 'selesa' kerna tiada ciri2 sebegitu kot...Maaflah golongan haters, kami (golongan muaddib) tak kutuk anda...kalian yang mendedahkan kelemahan kalian sendiri...

Seorang guru akan rasa sangat berjaya apabila pelajarnya sekurang2 nya menunjukkan perubahan dan kemajuan dari waktu sebelumnya.. kemajuan itu bukan dalam bentuk gred peperiksaan sahaja..hatta perubahan dalam sikap sekalipun mencerminkan kejayaan tugas guru mendidik tanpa jemu...itulah kepuasan sebenar seorang guru...kami tidak kisah walau kejayaan kami tidak dikreditkan dalam mesyuarat, apatah lagi dihargai dalam bentuk hadiah bonus, komisyen, sijil dan anugerah cemerlang. kerna yang penting hati kami puas...

dan barangkali kerna itu...golongan haters di luar sana yang tidak memahami akan sentiasa tidak berpuas hati... kerna mereka mmg tiada kepuasan dalam kerja seperti kami.... maaflah ya haters. renungkanlah sendiri..LOL ;)