Tuesday, October 04, 2011

Curang Itu Satu Seni


Dalam Kitab Terfaktab, aku menulis tentang Curang.
Ya, kecurangan adalah satu daripada kekuatan aku dalam menulis kerana aku melalui beberapa fasa dalam hidup yang menunjukkan kecurangan itu membawa kepada siapa aku pada hari ini. Satu demi satu adegan dikhianati, ditikam dari belakang dan kecurangan itu adalah sebahagian daripada segalanya.

Ya, curang itu suatu bentuk seni.
Satu seni yang keji.
Satu seni yang sukar dipelajari.
Satu seni yang bakal memusnahkan hati.
Satu seni yang membawa kepada kemusnahan peribadi.
Satu seni yang menyebabkan orang menjerit sakit sendiri.

[Sumber gambar] - Jika manusia tidak pandai menghargai kamu, mereka tidak layak mendapat ruang dan waktu daripada kamu walaupun sekelumit cuma. Jaga hati sendiri.


Dan melalui proses kecurangan itu bukanlah sesuatu yang malang kerana kita sebenarnya adalah makhluk yang mampu menerima kesakitan yang lebih tanpa kita sedari. Pernahkah kamu terfikir bahawa hati yang kecil itu adalah satu simbol atau tanda betapa proses penggumpalan darah merah hingga membentuk daging itu mampu disimpan terlampau banyak rasa?

Aneh bukan?
Tapi itu rahsia keajaiban ciptaan Yang Maha Esa.

Kita tidak mampu melihat adakah hati yang kita sayang sepenuh jiwa itu penuh dengan kesan calar ataupun luka tikaman belati. Mengapa kita tidak mahu ketawa? Ketawa atas kesilapan yang mungkin kita lakukan, tetapi dalam masa yang sama belajar daripada kesilapan tersebut. Berjenaka dengan masalah yang kita hadapi serta kumpul kekuatan untuk menghadapinya dalam waktu kita menahan rasa itu. Menikmati segala kesusahan yang kita lalui dan jangan lupa untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Semuanya berpunca dengan sifat curang dalam diri manusia.
Ya, setiap manusia memang ada sifat curang.
Kalau tidak pada orang lain, akan ada kecurangan pada diri sendiri.
Tidak percaya?
Renungi diri kita dan tanya satu soalan yang sangat peribadi.


*******


#8 : Hilang : Dari coretan aku di sini.

Ada dan tiada.
Wujud dan tidak wujud.

Tiada.
Tidak wujud (lagi).
Hilang.

Kali pertama, tahu ada.
Kali pertama, mengerti wujud.
Kali pertama sedar tiada.
Kali pertama sedar tidak wujud.

Dia hilang.
Cinta itu pergi bersama dia.
Cinta hilang.

Air mata pernah mengalir.
Walaupun setitis ataupun cuma puncak kemarahan paling nyata, ianya hanyut begitu sahaja.
Dan apakah muncul kebahagiaan bila dia hilang?
Cintanya hilang, sesuatu lain pasti akan wujud.

Kebahagiaan mudah diucapkan walaupun sukar diperolehi dan bersifat sementara.
Malangnya ia sukar dilupakan apabila pembawanya pergi dan hilang (lagi).

Kita senyum.
Kita ketawa.
Kita ukir wajah riang.
Kita sedut nafas bahagia dari ruang atma.

Kalau dia benar seperti yang kita mahukan dan hanya keranaNya, sejauh mana dia pergi dan hilang, dia akan kembali pada kita.

Tapi kalau dia sudah tiada di alam fana?
Nah, redha dan titipkan sahaja Al-Fatihah.
Kerana dia tetap hilang, tetapi dia masih wujud.
Dalam ingatan dan kenangan kita.

Dan aku mungkin hilang (lagi), bila sekali lagi dikhianati.
Pasti.


[Sumber gambar]


Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini.


Kecewa?
Istilah itu tidak akan dapat lari dari diri.
Cuma, berapa lama akan membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan?
Itu satu persoalan yang berlegar dalam hati.
Diam, biarkan suasana sepi.


Manusia macam aku ada satu kelemahan yang sangat menyakitkan. Aku paling takut kalau aku membuatkan orang disekeliling rasa marah dan terasa hati dengan aku. Sungguh, aku memang takut bila aku terjebak dalam satu keadaan atau situasi di mana aku tidak boleh menang langsung demi menjaga manusia lain di tepi aku. Kelakar bukan?


Satu proses pelarian?
Bukan.
Ini satu proses kehidupan.
Aku memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan.
Bertanggungjawab dalam apa sahaja yang aku lakukan.
Berikan yang terbaik sementara aku masih punya kesempatan.
Ukir senyuman.
Lepaskan nafas perlahan.
Tiada lagi sebarang jawapan

Dan apalah erti sebuah kecurangan?
Bila kau berbangga dengan sebuah kemusnahan?
Celakanya sebuah kehidupan.

Nota Kaki :
Aku akan mula bertugas menjaga PMR.

Zara : Hidup sentiasa menawarkan suatu lagi peluang yang kita panggil sebagai hari esok. Gunakanlah sebaiknya.

8 comments:

zammuhammad said...

kitab terfaktab xnk tolak kat jepun ke?hehe

emy zulaiha said...

penulisan yg sgt teliti :)

Faaein Talip Roy said...

suka baca tulisan cikgu zara ni.. sentiasa ada isi untuk aku hayati.. nice!

selamat menjaga peperiksaan.. ^^,

deQli avem said...

aku mangsa curang...perkataan sakit, calar, kecewe tak mampu mendalami hati ni...mangsa curang mmg buta, mmg pekak...ya Allah!!

Naurah Iman said...

Suka la yang ni .. masih belum terkena penyakit curang atau dicurangi, tapi telah melihat sekeliling dicurangi dan curang .. btw dah follow blog ni .. datang la tgk blog saya ..

♛ dja sukhri said...

baru lagi tahu sal kitab terfaktab. dari http://terfaktab.blogspot.com/ . menarik. saya minat.

dan..
ulasan akak juga menarik. ^_^

Nazila Alynn said...

Bl sy syak sy d curangi .air mata pneman sy dan mgadap illahi.bl btul2 kcurangan mnimpa sy sy x mampu mngalirkan air mata.walaupun ht ingin mnangis...knp?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sebab awak dah terlampau biasa mungkin.

Tapi, mengikut pengalaman saya (dan nasihat Abah saya), kalau cinta tu kerana Allah, jauh mana dia pergi pun dia akan datang balik. Kalau cinta suka2, ikut nafsu, dia curang ke kita, kita akan sedih sekejap tapi kita takkan buang masa pada dia :)