Thursday, October 13, 2011

Perasaan Itu Untuk Disimpan Selamanya.


Awak.
Awak muncul lagi.
Awak betul-betul kembali.
Adakah kemunculan itu sebagai satu bentuk persahabatan sejati?
Ataupun sekadar cubaan untuk menyakiti dia lagi?
Dan biarkan dia terpuruk mati?
Lagi.

Awak.
Perasaan dia itu menjadi bahan lawak.
Membuatkan dia langsung kelihatan tidak segak.
Menjadikan semuanya tegang, segalanya rasanya tegak.
Itu tidak dikisahkan betapa dia sebenarnya hampir rosak otak.
Sakit dengan cercaan yang mendesak.
Betapa dia melihat kemesraan yang membuatkan dada sesak.
Segalanya dia telan terus walaupun tersedak.

Awak.
Sakitnya dia tanpa dia beritahu sesiapa.
Betapa terjatuh, dia berpaut pada diri sendiri dan terus melangkah penuh luka.
Betapa sakitnya setiap tapak yang tertinggal penuh duka.
Dia tetap berpaling meninggalkan kesan penuh cerita.
Dengan harapan segalanya akan hilang begitu sahaja.
Segala kisah akan dipendam ke dalam jiwa.
Dihadam bagai julap yang membakar inci penghadaman ibarat neraka.
Tidak akan sebutir keluar walaupun keintiman hubungan kalian buat dia kecewa.
Jadi saksi benda yang menghiris rasa.
Tapi dia memilih diam seribu bahasa.
Merahsiakan sejuta kata.

http://farm5.static.flickr.com/4061/5162236087_102b7e81be.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Dia terdiam.
Kata-kata terakhir sebelum awak pergi tidak menjadikan dia pendendam.
Butir bicara itu sebenarnya menikam.
Membuatkan dia menjadi pemendam.
Perasaan yang tersimpan, dia purukkan lebih dalam.
Semoga dia tidak kenal lagi kesakitan yang menjadikan dia bertukar kejam.
Tetapi malangnya awak kembali dan buatkan luka kembali berdarah dalam diam.'


Awak : Betulkah awak sudah punya orang lain?
Dia : Kenapa?
Awak : Sekadar mahu tahu.
Dia : Awak yang sudah punya seseorang.
Awak : (diam) Tapi betulkah awak sudah ada hubungan dengan sesiapa?
Dia : Kenapa?
Awak : Kalau betul, tahniah.
Dia : Mungkin.
Awak : Kalau betul akan menamatkan hubungan dengan sesiapa tu, maaflah, saya tak boleh datang.
Dia : Kenapa?
Awak : (diam)
Dia : Kenapa? Apa yang berlaku?
Awak : Entahlah. Tapi saya pasti tidak boleh datang.

http://farm5.static.flickr.com/4044/4188867885_a168fec2d4.jpg
[Sumber gambar]


Awak.
Bukankah itu agak berbaur celaka?
Awak bagaikan membuatkan hati dia tertanya-tanya.
Apa yang sebenarnya awak cuba sampaikan dalam butir bicara penuh rahsia?
Awak timbulkan persoalan dan berlalu begitu sahaja.

Anehnya manusia.
Tetapi awak bahkan lebih gila.
Awak buat dia nanar dan termenung kembali hitung masa.
Apa yang awak mahukan sebenarnya?
Bunuh dan humban dia supaya lebih tidak tentu hala?

Sudahlah awak.
Biarkan dia simpan perasaan itu.
Adakah awak mahu mencabar sampai dia meluahkan perasaan yang tidak menentu?

Berhentilah awak.
Dia mahu kekal dalam ikatan persahabatan.
Bukan hidup dalam khayalan.

Nota Kaki :
Benci bila berat badan ibarat pasaran saham. Banyak naik dari turun.

Zara : Hello pemilik rusuk kiri. Awak sibuk sampai petang lagi? Bolehkah saya mencari pengganti sementara sebagai cara menghilangkan sebal rasa? Eh. Tiba-tiba.

11 comments:

Amirah Yusof said...

very nice entry..really love to see your entry coz it suit me well..
tanx for the inspiration :)

TRIPLE S ♥ said...

sangat suka post post akak :)

hidayahjamal said...

betul ke awak ikhlas bersama (sy tgh musykil di hati sendiri)

Anonymous said...

-nuyu

kak zara,im in this situation. nape dia dtg lagi tika hati ni dah macam boleh lupekan,nape perlukan hati ini berbolak balik lagi.

Eazy Izzuddin said...

awak...
akak i like
xD


Jom Join MyContest =)
Tarikh tutup semakin hampir =D : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

vy nin said...

awak,

hai :)

saja nak tebarkan kasih sayang dekat sini. hehe :)

iNtaN said...

nice..~

Anonymous said...

blog yang wajib di baca tiap2 hari...
tanx kak zara 4 inspiring me in writting.=)

http://diriyanglain.blogspot.com/

along nordin said...

saya suka entri ni,sgt mengena,rasa mcm nak bg pd seseorg tp biar lah :)

Anonymous said...

terbaik...terkesan...{{{saini}}}}}

AreYou said...

best2....