Tuesday, October 11, 2011

Tolong Jangan Kembali Lagi.


Dalam perhubungan, pastinya akan berlaku perselisihan.
Mustahil segalanya akan berjalan cantik. Bagaikan sebauh cerita dongeng yang naratifnya menarik sentiasa itu sesuatu yang langsung tidak mencabar. Begitu juga dengan kehidupan, ada dugaan yang bukan sedikit dalam membina hubungan dengan mereka disekeliling kita (dan juga yang beribu batu jauhnya). Bagaimana mahu mengekalkan serta menambahbaik perhubungan?

Tolak ansur.
Ya, saling berbual.
Saling berkomunikasi - ada caturan perbualan supaya masalah dapat diselesaikan. Berdiam diri sekejap mungkin perlu dalam menghilangkan rasa marah, tetapi sampai bila mahu terus senyup dan menunjukkan ego tidak bertempat sedangkan tahu diri yang salah? Bercakap, gunalah apa juga cara sekalipun, agar tembok kekerasan hati dapat dilenturkan sedikit supaya ia akan membawa kepada keamanan di hati semula. Kalaupun bukan damai di hati si dia, sekurang-kurangnya damai di hati sendiri.

Betul sayang?
Saya minta maaf pada awak.
Sungguh.
Susah sangat ke nak cakap sedemikian?
Kalau susah, cubalah. Berlatih banyak kali kalau terpaksa sekalipun.
Adakah mahu kebahagiaan terjejas hanya disebabkan kedegilan diri?

[Sumber gambar] - Sehari tanpa perbualan itu sebenarnya waktu yang menguji di dalam hubungan jarak jauh. Otak berpusing, cuba mencari apakah sebenarnya punca berlaku sedemikian walaupun sebenarnya bukan ada masalah besar.

Cukup dengan tolak ansur.
Ada sesetengah orang tidak mampu bertolak ansur dan perhubungan itu berakhir dengan perpisahan. Terfaktab bak kata sesetengah orang. Masalah menimpa dan pelbagai cara dilakukan untuk memperbaiki hubungan tetapi gagal. Maka, kedua-duanya membawa diri dan cuba meneruskan hidup baru. Bergerak meninggalkan satu titik pertemuan selepas meninggalkan satu nisan perpisahan.

Tetapi, adat dalam kehidupan, kubur juga bernisan. Dan kubur juga dilawati. Kesan tinggalan perpisahan dilawati kembali. Melihat dan mencari kembali apakah mungkin ada yang perlu dipelajari agar kehidupan mendatang akan lebih baik. Mungkin menabur bunga tidak akan menyuburkan kubur tersebut, tetapi sedikit perasaan menyenangkan mungkin terselit. Aneh-aneh dengan perasaan sendiri dan berjalan pergi meninggalkan nisan yang pastinya terukir nama dua pemunya - tuan dan puan. Janji dengan diri sendiri tidak akan berpatah balik (kononnya).

Kembali lagi.
Bukankah ia umpama kubur?
Bertanda. 
Akan dilawati.
Kalau tidak sekerap mana pun, pasti setahun sekali akan dilawati.

M : Aku rindu dia.
Z : Rindu siapa?
M : Rindu si dia.
Z : Kenapa tiba-tiba rindu dia?
M : Entahlah.
Z : Mungkinkah ada petanda untuk kembali bersama?
M : Hanya disebabkan aku rindu dia, bukan bermaksud aku perlukan dia kembali dalam hidup aku.
Z : Jadi rindu sekadar melepaskan kata?
M : Lebih kurang begitu.
Z : Jadi, apa kau buat?
M : Aku cuma duduk diam. Mungkin pergi balik tempat yang aku dan dia biasa pergi.
Z : Tak kisah apa orang kata?
M : Hidup aku kan? Peduli apa.
Z : Ada benarnya. Lagipun hidup kita bukan status Mukabuku untuk disukai oleh orang.
M : (ketawa) Bukan status Mukabuku eh?
Z : Boleh dikatakan begitu.
M : Aku sangat berharap dia tak kembali dalam hidup aku.
Z : Kenapa?
M : Aku penat. Aku dah cukup cermat jaga dia tapi akhirnya dia pergi juga.
Z : Dugaan, kau juga setuju benda ini dulu.
M : Aku mula merepek bila aku rindu dia.
Z : Faham.
M : Heh. Apa yang kau faham?
Z : Kau memang merepek. Esok kau akan datang pada aku dan kata kau benci dia.
M : Ceh.
Z : Dia tak akan kembali. 
M : Kenapa?
Z : Sebab kau tak buka ruang dan dia juga tidak membuka peluang. Ataupun sebaliknya.
M : Heh.
Z : (senyum)




Dan entah mengapa, aku rasakan lagu ini kena pada keadaan kawan itu. Mungkin jugalah disebabkan lagu ini dekat di hati aku (dan suka hati kau rasa lagu ni sesuai dengan orang lain). Sesiapa yang memahami makna sebenar disebalik lagu ini seperti yang aku kongsikan di mukabuku Terfaktab, pastinya akan mengetahui betapa lagu ini sangat mendalam dalam sesetengah situasi.

Semua orang menghadapi cabaran dalam hidup. Terpulang pada kita sebenarnya untuk mengatasinya dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan dalam menjalani kehidupan lebih bermakna. Lagi pula, mana ada sesiapa yang sempurna bukan? Ada orang menyatakan kita harus melupakan kisah silam. Tetapi pada aku, secara peribadi, kita tidak perlu melupakan kisah silam, tetapi melupakan manusia di dalamnya bukan pengajaran yang terselindung disebalik semua kejadian yang menimpa.

Itu sahaja.
Aku rasa.

Nota Kaki :
Belajarlah untuk memaafkan mereka yang mengkhianati kita. Mereka mengajar kita apa itu nilai kepercayaan sebenarnya. Dan ia mungkin akan susut selepas perbuatan mereka.

Zara : Jangan pernah mengubah apa yang kita rasa berdasarkan apa yang orang lain rasakan terhadap kita. Kita adalah tuan punya diri dan memaafkan manusia lain adalah sangat bermakna apabila mereka sebenarnya mengajar kita lebih banyak tentang apa itu hidup.

12 comments:

amoy nara said...

kenangan itu selalu mengekori walau sepahit manapun ia..

AziE said...

Kerana itu semua maka belajar lah daripada pengalaman.

Cik Bambam said...

sy pon suka lagu nieee!! huhuhu

myra yusreena said...

x berbaloi la tunggu someone yang tak menghargai kite..waste of time..me hate dat..urghh

ArtForAuction said...

"it's not important who's right and who's wrong, but it's whoever saying sorry first."-anonymous.

Amirah Yusof said...

copy something here.. :)tq

Aziz Syaidahtul said...

pengalaman...bukan sesuatu yang perlu dilupakan.biarpun menyakitkan. dan memaafkan diri sendiri dan orang lain akan mencipta ruang untuk improvement. i guess... =)

NajaHmaDi said...

kadang2 kita susah memaafkan diri sendiri..lantaran itu kita terus mengusung kekesalan & rasa bersalah sepanjang perjalanan hidup kita.....

ishiko said...

teman teman suka meluah perasaaan pd sis zara ye

JImmy said...

Terima kasih Zara, ini sangat benar kerna aku terfaktab di dalamnya sekarang. Dan entri ini sangat membantu.

takky said...

pengkhianatan mengajar kita utk lebih berhati2....
namun hati2 itu perlulah ada hadnya

Hafizah said...

Sis Zara, jika peluang itu ada & ruang dibuka, bolehkah sesuatu perhubungan itu kembali terjalin seperti sebelumnya?

Apa pandangan kamu?