Sunday, October 30, 2011

Tuala Wanita Perlu Dicuci Ke?




Perlu!
Pagi Sabtu (29 Oktober 2011), Twitter aku yang sepatutnya dipenuhi dengan saranan dan galakan menderma darah telah menjadi medan berkongsi cerita tentang tuala wanita. Ya, disebabkan pelik bila ada perempuan yang kata mereka takut darah, aku cuma menulis status menyatakan bagaimana perempuan tersebut mencuci tuala wanita mereka selepas digunakan jika mereka mereka tidak boleh menderma darah disebabkan takut darah. Takut darah (secara umum tafsiran aku) - adalah melihat darah. Banyak atau sedikit itu belakang cerita. Jadi, bila aku tulis sedemikian, ada tiga orang perempuan yang membalas apa aku tulis dengan soalan.

"Perlu cuci ke tuala wanita lepas guna? Bukan buang terus sahaja?"

http://farm3.static.flickr.com/2462/3790448728_2dc6c60124.jpg
[Sumber gambar] - Lebih kurang begini reaksi aku bila dapat soalan tersebut.


Ada juga lelaki yang tanya, tetapi disebabkan lelaki, aku bolehlah buang sedikit rasa pelik itu, tetapi perempuan, aku secara jujurnya, agak tertanya-tanya. Dan disebabkan itulah, garis masa Twitter aku dipenuhi dengan cerita tuala wanita pagi tadi. Ya, semestinya ada yang dengan marah dan tidak berpuas hati menyatakan pendirian masing-masing. Pendekatan aku mudah sahaja, aku cuma berkongsi apa yang aku amalkan selama bertahun-tahun dengan mendengar kata Puan Mulia dan guru-guru aku di sekolah dulu. Jadi, mari tengok apa yang aku tulis siang tadi. Maaf, aku nak buat cetakan paparan (baca : printscreen) tapi malangnya kicauan aku terlampau banyak. Bercampur aduk. 

Amaran : Ejaan di bawah ada yang sedikit pelik memandangkan aku menulis di Twitter. Terima kasih.

  • Perempuan kalau takut darah, macam mana bersihkan pad? =.="
  • Perempuan yang kata takut jarum tu tak apalah kot? Mungkin dia tak ambil ERT masa sekolah dulu. LOL!
  •  Saya tweet tadi tu bukan saya marah. Saya cuma terkilan kalau orang beri alasan begitu tak nak derma darah.
  • Dah 3 perempuan tweet aku tanya - "Pad kena cuci ke? Tak pernah cuci, buang je". Homai!
  •  Hello girls. Pad cuci la wei. =.=" Even kawan aku yang berbangsa lain, cuci dengan sabun okay? Pastu baru buang.
  •  Awak, nak kata saya kolot cakaplah. Tapi dari sudut kebersihan & apa yang ustazah saya pesan dulu, cuci benda alah tu awak. Hish. :'(
  • Awak, kalau awak kata basuh pad tu geli, awak buatlah apa cara sekalipun agar benda tu dalam keadaan baik masa nak buang. *last cara*
  • Aku cuma tulis pasal derma darah tadi, dah melarat pasal basuh pad dah.
  • Maaflah pada yang rasa info ni merepek, tapi aku memang terkejut ada orang tak cuci benda alah tu. T__T
  • No wonder boleh nampak pad penuh dengan bahan buangan tu lagi kalau di tandas-tandas awam. T__T
  • Buat yang geli nak cuci pad sendiri, aku suggest basuh guna paip getah. sembur pad hala dalam lubang jamban. Biar darah tu mengalir masuk
  • Aku cerita pasal pad (tuala wanita). Kalau kau nak hentam balik cakap pampers anak tu pun nak cuci ke, etc. Terpulanglah.
  • Tampon pun cuci lah~ Dah2, pagi2 cerita pasal benda ni, pastu kena hentam. Tapi, saya peduli apa? Kat sekolah pun saya cakap benda ni.
  • Kalau budak-budak sekolah yang main gulung & buang dalam tong sampah biasa, memang nak kena. Orang dewasa pun? Hmm.
  • Pampers kat plastik ada tulis lampin pakai buang. Dekat luar plastik pad dia tulis apa? Tuala wanita. Maka tolong cuci bila dah guna.
  • Tak. Memanglah bukan ditujukan pada semua. Saya tujukan pada orang yang tak cuci sahaja. Kempen kesedaran cuci pad dibawa oleh #dsz. T_T
  • Aku cuma tulis benda yang aku tahu. Yang diguna bertahun sejak aku tahu apa itu haid/period dalam kelas di sekolah.
  • Sebenarnya, selain hal jiwa manusia, #dsz juga bawa kesedaran derma darah & terbaru kempen cuci tuala wanita (tetiba je).
  •  Selain cuci pad, marilah kita cuci kereta.
  • Dan ya, awek2 sekalian, adakah anda tahu kalau anda period, bau darah tu adalah menyengit? Yes, hidung aku paling peka bau tu selain kopi.
  • Aku nak pergi cuci Adam. Dia tak period merah. Period dia hitam. Minyak kereta kan? Okbai.
  • Macam ni lah. Kalau tak nak juga cuci (dengan alasan kalian sendiri), bolehlah bungkus elok2 guna kertas/old newspaper & plastik. Buang.
  • Dulu kalau cikgu sound pasal tuala wanita dalam kelas, mesti nak sorok kepala sebab lelaki ramai.
  • Tapi semenjak aku banyak baca artikel kesihatan (kesan Biologi bengap), maka aku tak peduli dengan jantina segala. Itu pengetahuan.
  • Jadi, kalau orang tanya, aku ada pengetahuan sedikit, apa salahnya aku kongsi kan? :)
  • Macam juga pasal derma darah. Aku dah derma banyak kali, orang tanya, aku jawab sahaja. =) Derma dara aku tak tahu.
  • Ye la. Ye la. Saya akan usaha hadkan ceramah (LOL!) pada anak murid di sekolah saja. Wait, awak ingat saya dengar kata ke?
  • Samakan darah haid dengan hingus? Homai! Homai! Homai! Dah2, saya tak nak argue lagi.
  • Kalau garis masa anda penuh dengan perkataan pad, tuala wanita, sanitary pad, cuci, basuh, itu memang kerja saya di pagi Sabtu ini.
  • Dan ya, walaupun saya berbicara mengenai tuala wanita pagi ini, saya bukan duta tuala wanita seperti Yuna, Lisa ataupun Adibah Noor
  • Ada lagi rupanya yang nak tweet pasal pad. Dah la awak. Tak nak gaduh. Terpulang nak cuci ke tak. Cuma iPad je jangan basuh. Okbai.

http://farm3.static.flickr.com/2286/2228621297_984a9aeba4.jpg
[Sumber gambar] - Comel kan? =.="

Itu baru setakat status yang aku tulis. Yang aku balas pada orang, yang orang bergaduh dengan aku, memanglah banyak. Siap kena limitasi tetapi memandangkan Twitter adalah makanan aku, apa ada hal kan? Kena limitasi, aku cari jalan untuk teruskan menulis menggunakan sumber lain - tetap masuk ke dalam Twitter (tepuk tangan kuat-kuat pada diri sendiri).

Aku secara jujurnya, merasakan bahawa hal berkaitan dengan tuala wanita ini hanya perlu diingatkan kepada budak sekolah yang asyik ke bilik guru dengan pertanyaan sama ada cikgu ada jual tuala wanita atau tidak apabila mereka bocor secara tiba-tiba ataupun di mana tuala wanita tidak dicuci dan dibuang sahaja ke dalam tong sampah bawah sinki. Rupa-rupanya, ada segelintir wanita dewasa di luar sana yang masih tidak mencuci tuala wanita mereka.

Baiklah.

Kenapa perlu cuci tuala wanita? 
Apa yang diajarkan pada aku selama bertahun-tahun ini adalah, darah yang keluar itu adalah darah kotor. Maka, seperti yang kita semua tahu, benda begitu adalah kegemaran syaitan dan iblis. Apalah salahnya mencuci darah tersebut dari tuala wanita yang kita tarik keluar dari seluar dalam sendiri? Ya, cuci tuala wanita tersebut, gulung atau lipat, bungkus dengan surat khabar atau kertas, dimasukkan ke dalam plastik, dan boleh buang terus ke tong sampah. Mudah.

Cuci guna apa?
Cuci guna air paip biasa pun dah cukup wahai sayang sekalian. Ada kawan aku dari bangsa lain dan termasuk aku juga (pengakuan), basuh tuala wanita itu guna sabun. Bukanlah dalam erti kata menyental sambil berterabur kapas atau gel di dalam itu, tetapi memadailah sehingga darah itu bersih dan tiada bau. Tahukah anda bahawa darah anda itu berbau? Tidak wangi, itu pasti.

Kalau tak cuci, kena gigit hantu eh?
(Tarik nafas panjang)
Itu mungkin apa yang disampaikan secara turun temurun oleh ibu-ibu, atau nenek-nenek yang mahukan anak gadis dan cucu mereka menjaga kebersihan. Digalakkan cuci supaya haiwan ataupun syaitan serta iblis tidak menghampiri benda tersebut. Dapatkah anda bayangkan, anda buang sahaja tuala wanita itu dalam tong sampah rumah, dan sampah itu dikerumuni oleh haiwan. Anjing sebagai contohnya. Tuala wanita anda digonggong secara berlari-lari dan anda pula tidak membasuhnya? Wow! 

Tapi secara jujurnya, masa cikgu bercerita bahawa syaitan suka benda kotor begitu, aku boleh terbayang syaitan mungkin sedang jilat tuala wanita itu bagaikan budak kecil jilat jem strawberry di atas roti putih. Ngeri pula rasanya. 

Tuala wanita perlu cuci, lampin bayi tu pun cuci ke?
Setahu aku, ada orang yang buang dulu tahi anak mereka ke dalam tandas sebelum buang lampin tersebut. Ya, lampin pakai buang itu. Sekejap, ada lagikah orang guna lampin kain? Kalau ada, memang aku mahu tabik masih ada lagi orang rajin sebegitu. Aku melalui zaman membasuh lampin adik-adik sendiri. Kalau adik-adik degil, mereka kena ingat yang Along ini basuh tahi mereka dulu. Eh, jangan terpesong Zara.

Jadi bila ada lampin pakai buang, kalau air kencing, dengan gigih akan bungkus dengan plastik dan buang. Kalau yang mengandungi tahi, buang tahi dalam lubang tandas dan bungkus lampin tersebut dan buang. Ada juga yang tidak, tak mengapalah. Bungkus dan buang sahaja. Mudah. Tapi, itu bayi punya kan? Oh, mungkin juga orang tua ataupun yang sudah tidak berdaya punya.

Tapi, tuala wanita itu pun perlukah? 
Terpulanglah. 

Dah buang dalam tong khas, nak cuci jugakah?
Ada orang beranggapan, buang dalam tong khas, maka tak perlu cuci. Salah tu. Cucilah dahulu, baru buang. Bukankah dalam tu ada pelbagai jenis bahan buangan serupa? Dan juga, mungkin ada yang bebal dan buang benda lain dalam itu. Ini bukan rekaan sebab aku sendiri pernah pergi tampal poster amaran pada ahli asrama yang bengap dengan membuang makanan, sampah bilik hinggalah kepada entah apa-apa lagi di dalam tong khas untuk tuala wanita. Ya, benda itu berlaku di universiti.

Kalau tak nak cuci juga, boleh?
Boleh awak.
Boleh. Aku tak kisah. Tuala wanita masing-masing kan?
Dah kau tak nak cuci juga, apalah aku nak bising-bising.

Dan ya, dimanakah anda buang tuala wanita tersebut ya?

Baiklah.
Sebelum berpisah pada hujung minggu ini, aku suka untuk menyatakan, kalau lelaki (berdasarkan pandangan dari lelaki yang aku dapat di Twitter) pun memandang serius benda ini dari segi kebersihan dan tahu kenapa perlu mencucinya, apakah anda sebagai perempuan rasa kurang segan bila suatu ketika nanti suami anda menegur anda tidak mencucinya?

Noktah.

http://s2.i1.picplzthumbs.com/upload/img/f7/38/c0/f738c09428cb3ef0d1dcdc81ae14fac15591b0fd_wmeg_00001.jpg
[Koleksi peribadi] - Bukan duta tuala wanita walaupun warna tudung hampir sama dengan gambar tuala wanita di atas dan juga latar belakang blog ini. Sekian.

Nota Kaki :
Memang aku menulis dengan enggan mengemukakan dalil-dalil disebabkan akan ada sahaja provokasi bila kita berbicara berlandaskan agama. Jadi, aku menulis berdasarkan pengetahuan dan juga kebersihan.

Zara : Cuaca sekarang tidak menentu. Jaga diri anda semua.

71 comments:

yuyu Zulaikha said...

saya cuci!!! tapi sebab takut busuk tong sampah.. hmm T_T

et said...

oh? ade ke pad macam dalam gambar tu? uuu.

anyway,terkejut jugak bila tahu ada yang tak cuci pad.maybe masing2 ada alasan masing2.takpe.

thanx kak zara for sharing this with public. :)

Wadi AR said...

sape la yg tanya tu. kalo sy kak, jwb cmni je :

ehhh, buat ape cuci. susah susah jela

Cik Kamoo said...

wajib cuci sebelum buang, mak dah ajar dari kecil! Jaga kebersihan ... sebahagian dari agama Islam. So, sila cuci ya wahai kaum sejenis ku!

Iffah Afeefah said...

Da xsehat cikgu
erm apela soalan tu
kwn sy de y geli tgk darah. Jd die beli y gel
sng cuci
terpulang jnji jgn menyusahkan org lain sbb kne tgk darah ktor die tu euuuwww

#ciksuzlin said...

1st skali. syabas sebab buat entry ni. nampak macam enteng. tapi bagi kesedaran.
err~
saya buang kapas dalam toilet bowl. boleh ke?

Dayana Nasir said...

i remember someone told me kita kena cuci pad sebab someone yang berniat jahat boleh guna darah kita on that used pad untuk benda yang tak baik macam sihir tu. tak tahu betul ke tak. and lagi satu, saya pernah dengar kalau someone perah limau nipis on pad yang tak basuh tu, tuan punya pad tu akan rasa pedih pada tuuuutt. but i dont know whether it true or not

OrenLimau said...

kebersihan itu penting.
itula mcm pelik bila dpt tahu ada jugak yg x cuci. bila bc tweet someone pg tadi.

ermm..

cucilah.sekejap je pun.hee =)

una berry said...

apsal la malas sgt nak cuci
dah cuci balut la dgn plastik pad pastu surat khabar
haish, cuci pad pun geli tak boleh bayang rumah atau tandas rupa macam mana.

Anonymous said...

mak aii....cam err em bengong je xpernah cuci??

ohh apekahh...giler la weh


spender reti basuh, pad yg melambak darah xbasuh??sengal sungguh

han eba said...

hommai, ada rupenye orang yang tak cuci? Ya Allah. apa la nak jadi? Tak malu betul. Harus cucilah bkn main buang je, HOMMAI

FaFa said...

eeuuwww..tak basuh pad? gila ape?
rasenye budak kecik pun tau yang pad tuh kene basuh. sian la kat org lain yang tgk darah korang tuh. luruh kot ilmu kalau tgk darah haid org lain ! grrr....

erika nuris said...

tenkiu for the info..sama2 la kita mngingat antara satu sama lain..:)

Sofia Vy Nin said...

Senyum tengok entri ni. Bukan susah pun nak cuci pad (-.-)

@izY@N said...

erkkk.. x basuh pad??? konon2 pembersih kot, tp sebenarnya pengotor..darah kotor tu kan makanann syaitan..hmm dulu masa dok hostel pasal sorang x basuh pad terpaksala girls beratur ramai2 buat bulatan n pas pad yg x dicuci one by one.. depan dak laki plak tu..

anyway..entry yg sangat menarik..

KNue KnUe said...

cuci la pad tu oiiiiiii. x susah pownnnn.
dan owh ye.
jangan la sesekali buang pad2 sekalian tu dalam mangkuk jamban sbb nanti tersumbat n menyusahkan org laen. kalo kat asrama mmg semua penghuni kene beratur n kene pegang pas2 pad tuh dr toilet smp la ke tong sampah. euwwwwwww.

Anonymous said...

yashygsempoi

ehh betul la bab momok kunyah pad tu sebab akak dulu kat asrama kenaaaa dia nampakk momok jilat jilat lepas tu gigit2 sampai terabur kapas kapas berdarah hahhhahhahahhaa

Cik Eka said...

eka juga cuci!!

sama macam akak jugak,basuh dengan sbun bagi wangi kemudian amek surat khabar lama,balut dan buang dalam tong sampah..

sangat kotor kalau tak basuh,nak geli apa,darah sendiri...

*tahi bole cuci,kenapa tak darah?

Wawa.Wafiyyah said...

euw..x cuci? pengotor nye..mmg kne cuci dulu..bahaya la klau x cuci..mcm2 boleh jadi..huhu

Cik Saba said...

bukan bende tu mmg sptutnye kne cuci ke??..=_=

Nailah Azman said...

Assalamualaikum.

Errr Akak tak paham sebenarnya bila ada yang kata tak cuci ni. Takkanlah takde siapa yang ajar? Benda tu pada Akak basic dan kita tau benda tu kotor. Maka haruslah jaga kebersihan sebaik mungkin. =_=

eiz_ezzy said...

wajib cuci !! eiuww kpd sape2 x cuci. bau dan kotor tahu,

mazlina amira said...
This comment has been removed by the author.
b.i.n.t.a.n.g said...

mustahil cetek pengetahuan sampai mcm ni sekali :'(

Raden said...

mst cuci uuiii..gile ke xcuci. kesian insan yg keje kat tapak pelupusan smpah nanti. dan..yes..tkut kne geget antu. haha
boleh kn sebab2 ni? ^^

nureen said...

haha yeahh ! dulu dekat asrama pun ada kes hantu jilat benda tu. err sebab tu kena basuh and at least bg hilang bau. kalau bukan Islam tu maybe laa tak cuci, tapi yg Islam tu wajib okay !

Yong Sofea said...

Saya cuci! Pelik juga dengan orang yang tak cuci pad sendiri. Hmmmm. Tapi sejak pindah US ni makin susah nak cuci sebab lantai dia takde lubang untuk air lalu. Tapi saya gagahkan juga. Kikikiki ^^

syarifahsidrus said...

ada yg tak cuci..ish3

zainatul abu bakar said...

astaghfirullahalazim..ade jugak manusia yg tak penah cuci pad. dunia ni penuh dengan manusia manusia pelik,huhu

izzad b* said...

satu tajuk yg tak dijangka di hari sabtu.kekeke

cahya indah said...

a very good topic, dear. memang patut sebarkan kat perempuan2 yang still kurang faham bab kebersihan diri ni.

teringat kat hostel dulu, cikgu2 selalu takutkan kitorang..kalau toilet bowl tersumbat and puncanya pad, siap la semua orang take turns jinjing pad tu keliling sekolah..haha. nasib tak pernah kena macam tu..kalau pernah, tsk tsk malu betul.

naziyatul fatihah said...

dah akil baligh pon leh tak tahu tuala wanita kena basuh ke?aishhhhh

Matahari said...

alahai...tak basuh? pengotor nye dia huhuu...tlg lah basuh...penting utk kesihatan rohani dan jasmani.

Fieda said...

topik nampak mcm tak sesuai, tapi perlu sebab bnyk org ambik mudah. Saya kerja bidang penyelenggaraan bangunan. Rasa menyampah dengan perangai perempuan yg bukan saja tak reti basuh pad, bahkan melambakkan pad dlm mangkuk tandas..... Terasa sungguh malu bila tandas tersumbat, dan hero2 saya pergi baiki, akan terkumpul sekurang2nya 5-6 pad untuk setiap lubang tandas!!!!

Eri-chan said...

i ada jugak bebel dlm free sample libresse pad & pantyliner tapi tak sejelas u. haha..i memang nak muntah bila kena hadap darah dalm tandas. hampeh pengotor mereka2 yg buat pad tanpa mengulung. busuk ok...busuk......................

hidayahjamal said...

sila cuci pad masing2 ye perempuan sekalian &buang la dlm tong tersedia..yg xreti buat tu tlg blajarla tanggungjawab

dulu kat sekolah selalu ada isu lubang tandas tersumbat sbb2 pad, malu

NajaHmaDi said...

kena la jaga kebersihan..tapi sy pernah tanya kawan sy..dia mmg tak pernah cuci...dia tak tahu pun kena cuci..mak dia pon x ajar...peliks la.......mmg dia buang trus dlm tong sampah mcm tu jer...aduhai...

cikpia said...

bf aku pun penah pesan- u period jangan lupa basuh pad lak!! dan aku jawab-woi, hang ingat aku baru period pagi tadi ka sampai tak reti nak basuh pad?

maknanya laki pun tau benda tu kena basuh, naper ada pompuan yang tanya benda ni......???

Affan said...

owh ok thanks. tiba2 rasa nak baca lak topik ni sbb nampak macam ada ilmu baru kekeke. baru aku tau. ye tak ye jugak kan, busuk la kalau buang terus.

norinaomar said...

semputttt akak membacanya..
even tengah dating pon,saya kalau nak tukar pad,saya tetap cuci,bukan takat kat tolit rumah,kat public toilet hatta dalam kapal terbang pun saya cuci (dalam plane tu kalau dah terlalu emergency).

kesian pada yang baru tahu tu...

p/s:comel lah Zara..

Faaein Talip Roy said...

wajiblah cuci.. kebersihankan.. jawab atas dasar logik akal..

masa sekolah dulu. selalu aje dengar cerita disebalik cerita jika tak cuci pad tu. menggerunkan jugaklah. lebih-lebih lagi bila duduk di asrama.

fatinizzati said...

kak zara, thanks for the info. seriously tak pernah tahu ada yang tak cuci pad sebelum buang. pengotor kot. haha

Athirah ' S said...

kalau dak , takde namanya pakai buang. .

emieysandra said...

topik best! ye dulu, basuh sebab tkut kne ggit hantu..haha, kelakar tol.

aznee yunos said...

betul. aku terus hilang respect kat opismate aku bila kantoi dia tak basuh pad dan buang dlm toilet tandas mcm tu jer. gila arr!

Ekmi Rabat said...

teringat zaman sekolah, kat hostel ramai yg tak reti lahgi bab kebersihan pad. tp kalau dah besar sampai dh ada twitter takkan tak tau kot soal kebersihan nie.


nice topik!

FiqaSaleh said...

ek? ada yg tak cuci rupa2nye.

klu geli @ pun malas nak cuci, beli je pad jenis gel. sbb bila nak buang @ sblm buang siram je dgn air sampai pad tu kembang sbb gel tu menyerap. bila dh kembang pijak sampai pad tu pecah, gel tu akan keluar mcm manik2. d sbbkn itu pad, jadi manik2 tu warna merahlah. teehee!

p/s: pastikan dibuat d dlm tandas ye.. nnt bilik mandi penuh dgn 'manik2' merah tu. :p

tOyO said...

betul kata cikgu..kena cuci..

^^,

sweetie said...

hehe...baru ingat nak post pasal ni..

btw, boleh je kan kite buang cotton or gel tu dalam lubang tandas kan as dia boleh menyerap air dan x tersumbat...

yang salah kalau terus campak dalam lubang tandas tu je n x cuci...dia tersumbat sebab plastik berpelekat tu...

mas saari said...

salam perkenalan!

sebagai orang islam kita dah diajarkan tentang kebersihan, jadi perlulah cuci!

orang yang tak cuci tu memang bodohlah..

♛ dja sukhri said...

eh, cantik la pad tu.. ^__^

mysara ramlan said...

eee.... teringat zaman dulu2 time kat sekolah, budak2 lelaki jumpa pad yang ada darah dalam tong sampah... budak2 perempuan ni pun satu hal... basuhlah dulu.. eee.. kit apulak yang malu.. peringatan untuk diri sendiri....

Ainul Hayat said...

Kena cuci sehingga diyakini hilang warna, rasa dan bau...

lynnamill said...

aku x penah derma darah, bkn x tergerak tapi tercium/terlihat darah yang byk blh buat aku pitam hoho..dan bila terpaksa kena ambik darah buat check up aku buat2 berani..

tapi aku tetap cuci pad aku hingga bersih..dulu cuci bersih2, bungkus dgn surat kabar baru buang..
tapi skrg aku p cuci bersih2, pastu aku bagi kuar kapas2 tu dan buang ke mangkuk tandas dan pam. yang plastik tu jak aku buang kat tong sampah..

aku memang takut darah tapi aku tak takutla tgk darah haid tu =)

mamafarhan said...

zara... bila baca pasal ni teringat sorg kawan.. dia mengaku yg dia x cuci pad n seluar dlam yg terkena darah kotor tu... just pakai buang shj...

akak ternganga mdengar.. ckp kat dia," tahukan benda tu kena basuh.." dia jwb "tahu"... haiiiiiyooooo

pengakuan ikhlas," basuh dgn sabun sampai hilang warna merah.. walaupun sebenarnya geli..."

Penyinggah said...

salam, random tersinggah di blog ini. Saya cuma nak bg pendapat apa yg saya belajar dari ilmu2 agama kelas2 ustazah.

Memang Islam mementingkan kebersihan, tetapi tidaklah pula ada hukum WAJIB cuci pad. Tu kena faham btul2 ya. Digalakkan? ya boleh terima. Tapi tidaklah sampai wajib. Ikut tempat juga kalo betul2 nak cuci.

Jika kita hidup dalam dunia yang air bersih susah nak dapat, air pun kecik, kemudian slalu takde air, kemudian kena plak kongsi dgn ahli keluarga yg lain, maka tidak perlu basuh pad tu. Cukup sekadar gulung elok2, bungkus elok2 dgn surat kabar 4-5 helai, kemudian masuk dalam plastik beberapa keping pun ok. Lepas tu buang elok2 kt tong sampah, tp kena jaga betul2 lah, letak batu atas penutup supaya anjing takleh buka. Last skali tawakal pada Allah.
Bukan apa, kdg2 ada pompuan cuci bukan main guna bnyk air sampai orang rasa membazir lah, disental2 kalo boleh nak jadi putih berseri balik. Agak membazir. Tp kalo nk basuh, basuh lah sekadar lalukan air kemudian perah (macam just nak 'cair'kan darah tu je. takyah smpai bersabun, bersental sental bagai nak rak, air pula dibiar mengalir di tepi.

contoh keadaan kedua, samalah kalo kite pergi stay kt tempat saudara atau kawan selama beberapa hari, tgk pula mereka tu jenis org susah. Jadi jgn lah kita menambahkan bil air dorang makin jadi banyak hanya disebabkan lama benar guna air basuh pad.

tp kalo taknak cuci, jgn pula buang merata kt lubang jamban etc, yg tu memang tak patut sangat.

wassalam :)

Anonymous said...

sokong penyinggah. Saya pun kadang2 tak basuh. Just balut elok2 dan buang.

iQapiQa said...

Nice one.sebab sy selalu jumpa pad yg tak dicuci kat hostel.Sungguh menggelikan bukan?Lebih-lebih lagi bila lady bin pon da penuh membuak2,ttbe terkeluar pad yang tak cuci.Busuk kan tong pad itu..hihi.Kebersihan sebahagian dari iman.

ceritera si pari-pari buruk said...

mintak share yaa!!

Reena B said...

Oleh sebab ketiadaan dalil, nah sy share: http://saramsa.wordpress.com/2011/03/02/mitos-atau-hukum-di-sekitar-permasalahan-haid-wanita/

English version pn ada.

Anonymous said...

saya pun tak cuci. Saya balut elok2 dan buang. TAk de kata wajibbb cuci. kalau dah dispose elok2..should be no problem.

fiqa syafiqah said...

pad mcm dlm gmbr kat ats tu ade jual kat mna ekk???aq cri kat supermrket x de la....

Anonymous said...

basuh atau tidak, yang pentingnya cara pembuangan tu. sebelum buang ke dalam tong sampah, pastikan pad yg telah diguna (basuh/tidak basuh) itu dibungkus elok/rapi dgn kertas, kemudian bungkus pulak dgn plastik agar tidak berbau.

Muhaimin said...

terjumpa blog anda semasa mencari maklumat pasal tandas tersumbat. btul apa kata anda tu mengenai cuci tuala wanita. sy sbg lelaki ni pun, ustazah dan ustaz yg nasihatkn supaya ingatkn sesape pun utk cuci mende tu. smuanya gara2 syaitan yg mcm anda ckp. ye, perkara ni ghaib kn? mmg kita xnmpk. tp sesungguhnya semua ni berkaitan dgn kebersihan dan bkn kerana syaitan shj.

ada yg sy dgr menyental dgn kaki. hina sgt ke darah yg lahir dr bdn sndiri tu?

Anonymous said...

UAI pun pernah ceramah pasal pad ni... pad yang digunakan adalah lebih baik tanam...

tapi rumah di bandar2 bagaimana nak tanam pad... so solusi nya adalah basuh dulu pad yang berdarah tu... dan bungkus elok2, dan buang...

Kenny Robert said...

Wow,ini yg menarik perhatian sy..Sy sbgai lelaki pon terkejut dan malu jika ada pmpuan yg x cuci pad sblum buang . najis kot takkan lah xde sape yg ajar kann ..boleh buat woo x basuh pad..peh..Nanti bila sy dh kawin , prkara ini lahsy akan tnyakan pd bakal isteri sy ..hurm,perlu menitikberatkan pasal kebersihan,,sama2 lah tegur pada yg lain ..

Anonymous said...

Sye pun sme masa masuk tandas sye nk buang air besar pastu nampak pad yg terbuka dn berdarah dkt dpn tepi bilik air pastu sye tanya kwn sye "fatin nk kne basuh ke pad yg org tak basuh ni??" Dia kta awk basuh lah" pastu sye kne basuh pad tu yg org tinggalkan memang geli lah basuh pad org

Anonymous said...

Yg tnggai pad x basuh tu msti diaorang ingt ada org nk tlong basuhkan .erm erm . Apa lah adik saya yang laki pon tahu pad yang dah guna kena cucih dulu .

Anonymous said...

Jika darah haid terkena pada kerusi dan dibiarkan begitu tanpa cuci sehingga ia kering..contohnya,ini berlaku di seminar dan someone tu tinggalkan darah haid pada kerusi begitu je, tanpa sempat untuk cuci..apa hukumnya??..

Anonymous said...

saya setuju dengan satu komen di atas. basuh/tidak yg paling penting is how you dispose them. ramai fikir, tak basuh = semestinya buang merata, terdedah, really disgusting.

boleh bungkus elok2 dengan kertas (or any adsorbent materials. kitchen towels lah contohnya guna berlapis2). & of course lah jngn guna the same roll utk benda lain pulak.

bungkus dlm plastic berlapis2 jugak. jerut terus. takde terbukak terburai. asingkan dengan sampah lain.

take a case where we are abroad/ jenis toilet tak ada air. especially when travelling/at uni/office where some ppl spent all day from 8am - 6pm or longer. mestilah kena ada alternative selain dari basuh. and saya disagree kalau ada suggest utk bungkus & balik basuh kat rumah (REALLY not hygenic since it is considered as biological waste where it should be disposed ASAP & properly.).

so tak perlu nak geli/melatah kalau ada orang tak cuci (no wrong in doing that). bersangka baiklah yg dia pandai nak wrap elok2 & jaga aib sendiri. kadang-kadang kita ni cepat nak menghukum & terlalu dicorakkan oleh gaya hidup/budaya. one way of doing things & it's my way, orang kata. yg lain semua salah.

Ery Alien said...

Umah saya tk de air. Cam mna nak cuci sekarang saya tengah period. Help me. Berikan jawapan di insta @eryberry17