Monday, November 07, 2011

5 Hari : Kenal - Luah - Cinta - Masalah - Berpisah



Berapa hari untuk bertemu cinta sejati?
Berapa hari untuk kenal hati budi?
Berapa hari untuk terpaut hati?
Berapa hari untuk masalah menghujani?
Berapa hari untuk mengalir air mata di pipi?
Berapa hari untuk mengucapkan selamat jalan dan berlalu pergi?

Tiada jawapan pasti.
Mungkin hanya sehari.
Mungkin seminggu tujuh hari.
Mungkin sebulan tiga puluh atau tiga puluh satu hari.
Mungkin setahun tiga ratus enam puluh lima atau enam puluh enam hari.
Atau mungkin seperti Kim K selama tujuh puluh dua hari?
Ia bergantung pada hati.

Sekali lagi.
Tiada jawapan pasti.
Tiada siapa tahu apa yang terselindung di tepi.
Tiada siapa yang tahu apa yang tersembunyi.
Bukankah itu percaturan, permainan mereka bersama hati?

http://farm4.static.flickr.com/3426/3711644901_ed6a198910.jpg
[Sumber gambar]

Dan semalam, raya. Ya, walaupun raya, nampaknya masih ramai juga yang menghantarkan surat elektronik (baca : e-mail) dan juga pesanan di Mukabuku. Pelbagai masalah, ada yang serupa, ada yang unik dan ada juga yang sengaja mahu menguji sama ada aku akan balas ataupun tidak. Kebanyakannya perempuan, walaupun ternyata ada sahaja yang aku pernah jawab ataupun tulis di blog. Maaf gadis-gadis, kalau kamu minta pautan, aku cadangkan kamu cari sendiri. Nanti aku letak kotak carian (baca : Search) semula. Memudahkan aku dan kamu juga.

Dalam banyak-banyak semalam, ada satu yang menarik dan aku sudah minta kebenaran gadis itu untuk menulis tentang dia. Daripada sekadar membalas di Mukabuku, dia minta nombor telefon aku untuk memudahkan perbualan. Dan, ehem, sila simpan sahaja nombor itu. Baiklah, tanpa membuang masa, aku tulis sahaja isi perbualan kami. Mari aku berikan dia satu nama, Fatin (bukan nama sebenar).

Fatin : Salam Zara. Nak tanya sesuatu boleh?
Aku : Salam. Tanya, boleh.
Fatin : Saya baru lepas putus cinta. Saya tak boleh nak lupakan dia walaupun saya dah usaha.
Aku : Dah lama ke bercinta?
Fatin : 5 hari.
Aku : Wow!
Fatin : Pelik kan? Sepatutnya saya tak perlu rasa apa-apa, tapi saya tak boleh langsung tengok muka dia dah sekarang ni. Sebab kami tinggal dalam kawasan yang sama, dan tempat kerja pun dekat, maka saya memang selalu terjumpa dia.
Aku : Er, sebelum saya tanya atau beri pendapat saya, boleh saya tahu, macam mana boleh 5 hari sahaja?
Fatin : Kami kan duduk dalam kawasan yang sama, boleh dikatakan selalu nampak dia. Terserempak la senang cerita. Suatu hari tu, entah macam mana, dia boleh tegur saya. Kami berkenalan, tukar nombor telefon, nombor pin BBM, minum bersama, lebih kurang begitu.
Aku : Baiklah. Itu hari pertama.
Fatin : Ya. Hari kedua, dia luahkan rasa suka pada saya. Jujurnya saya pun suka pada dia, sebab saya selalu ternampak dia, dan dia ada ciri-ciri yang saya suka. Jadi, luahan hati dia saya sambut dengan hati dan tangan terbuka. Saya pun luahkan jugalah yang saya ada menyimpan hati pada dia.
Aku : Jadi, itu hari kedua. Hari ketiga?
Fatin : Hari ketiga, kami keluar bersama. Habiskan masa macam pasangan bercinta yang lain. Makan, keluar jalan, menonton wayang, tengok perlawanan bola sepak dan boleh dikatakan seharian itu habiskan masa bersama, sebab kebetulan hujung minggu. Ala, benda biasa yang pasangan bercinta buatkan?
Aku : Mungkinlah. Sebab benda begitu memang dalam senarai yang orang biasa buat. Hari keempat?
Fatin : Hari keempat, mulanya baik sahaja. Tiba-tiba muncul masalah bila dia kata yang kami mungkin tidak serasi. Saya macam, apa masalah tiba-tiba kata tak serasi, padahal hari sebelumnya gembira sahaja.
Aku : Dia kata apa sahaja?
Fatin : Dia kata dia tak boleh teruskan hubungan ini sebab dia tak boleh walaupun dia cuba sepenuh hati. Banyak bertengkar pada hari keempat, walaupun saya ada beralah macam, kalau makan, saya bayar, apa salahnya kan? Kalau pasal bola sepak, saya sama-sama menyokong, apa salahnya kan? Saya bukan patung nak duduk diam, layan telefon ke apa. Mana ada orang buat macam tu kan?
Aku : Er, pasal begitu pun boleh eh?
Fatin : Itulah, saya pun tak tahu. Hari kelima, dia BBM saya, beritahu yang dia nak berpisah. Jangan cari dia lagi. Saya terus padam dia dari senarai BBM, FB semua sebab saya rasa macam takde harga diri. Macam tiada maruah. Dalam masa lima hari saya boleh kenal orang, bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.
Aku : Saya faham. Jadi, masalahnya sekarang ini sebab awak selalu terserempak dengan dia kan?
Fatin : Ya. Saya tak kisahlah nampak bodoh ataupun dianggap bangang sebab saya ditinggalkan. Tapi bila terserempak dengan dia, saya rasa malu, rasa tak selesa. Nak buat macam mana ni Zara? Saya terima kenyataan tiada jodoh, atau apa sahaja, tapi saya tak boleh kawal diri dengan hal begini.
Aku : Saya secara jujurnya rasa, awak perlu kawal diri. Sebagai contoh, kalau awak tahu jam berapa dia sellau keluar, atau tempat mana yang dia selalu pergi, awak elakkan dari pergi atau keluar pada waktu yang sama. Sekurang-kurangnya sampailah hati awak reda. Sampai hilang perasaan terkilan dan sebagainya.
Fatin : Tapi, kalau terjumpa juga bagaimana?
Aku : Buat tidak tahu sahaja. Buat macam dia tak wujud. Kalau awak boleh, awak senyum sahaja bagaikan tiada apa yang berlaku sebelum ini. Senyum macam dia adalah seorang jiran yang awak kenal.
Fatin : Saya cuba Zara, saya cuba. Terima kasih sudi dengar saya cakap ya?
Aku : Tiada masalah.

http://farm4.static.flickr.com/3490/3810635044_5745670ac3.jpg
[Sumber gambar]


Benda begini selalu terjadi sampai kita sendiri mungkin tidak mengerti dan sukar untuk memahami. Apakah wujud lagi cinta sejati dalam hidup? Adakah masih ada lagi manusia yang akan setia dan menyayangi kita sebagaimana kita buat sedemikian dalam hidup dia? 

Ada.
Benda begitu masih wujud di dunia.
Mungkin bukan sekarang waktunya.
Mungkin akan gagal dalam pencarian dan tidak berjumpa.
Tapi, siapa tahu mungkin ada hikmah disebaliknya?
Mungkin bukan hari ini, tapi nanti suatu masa.

Jangan pernah ikutkan hati kecewa.
Sebab kita semua layak untuk gembira.

Nota Kaki :
Terima kasih yang sudi menulis pada aku. Terima kasih dan aku cuba sedaya upaya untuk balas.

Zara : Hidup kita kita yang tentukan. Jangan mengikut orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri. Itu sesuatu yang sangat membosankan. Jadilah diri sendiri, dan hidup sahaja baik-baik.


6 comments:

Si Gadis Semasa said...

cinta dalam masa 5 hari and terus kena dumped . ish , tak boleh bayang perasaan tu mcm mana .

cHeRyNa PiReS said...

jangan zara. Kak Sha pon baru 5 hari bercinta dengan si dia. Rasa nak tukar blog jadi bunga2...hahaha...

**::CIKNUURUL::** said...

salam zara,.

memang sangat mengejutkan la cite kawan tu,.fikir positif je la,.agaknya Allah nak tunjukkan oada perempuan tu yg lelaki tu ade silapnye,.

dan solution yg Fatin perlu buat adalah usaha sedaya upaya elakkan diri dari bertembung atau ape saje yg akan melibatkan laki tu hatta bayang2 skalipun,.btol la kate Zara tu

kalau masih ikut perasaan,nanti diri sendiri yang merana,.perempuan hatinya mudah lembut,.no wonder la die boleh terpaut dalam masa 5 hari je kan,.

NuR 'aQiLaH said...

lelaki...hmm~


zara,

mengapa ada pertemuan jika akan ada perpisahan...

Eyka said...

some word: cinta itu gila sama seperti org yang meminta untuk bercinta:)

namaakulynn said...

benar2 cinta5hari ni.*sighhhh*
simpati.