Monday, November 21, 2011

Awak, Kadangkala Dia Mahu Luah Rasa.




Awak.
Dia sudah penat bersedih.
Dia sudah penat melayan hati lirih.
Dia sudah penat melawan rasa pedih.

Awak.
Dalam bersama awak, dia gunakan banyak tenaga.
Dalam bersama awak, dia gunakan banyak masa.
Dalam bersama awak, dia gunakan banyak air mata.
Dalam bersama awak, dia gunakan banyak usaha.
Dalam bersama awak, dia gunakan banyak segalanya.

Awak.
Dalam diam, dia memendam rasa.
Dalam diam, dia memerhati sambil huraikan tanda tanya.
Dalam diam, dia memikirkan apakah salah silap menyulam rasa.
Dalam diam, dia menghapuskan rasa sakit dengan ketawa.
Dalam diam, dia mencipta khayalan dan teruskan berpura-pura.
Dalam diam, dia menolak segala benda buruk yang terlintas dalam kepala.


Awak.
Adakah awak tahu sukar dia mahu terima semua?
Adakah awak tahu yang dia berhempas pulas untuk berfikiran terbuka?
Adakah awak tahu yang dia lakukan segalanya untuk biarkan hubungan tidak celaka?
Adakah awak tahu senyuman dia sudah tiada rasa?
Adakah awak tahu yang dia pertahankan awak depan keluarga?
Adakah awak tahu yang dia menolak permintaan orang untuk dijodohkan dengan entah siapa?
Adakah awak tahu yang dia sanggup buat apa sahaja?
Demi lihat kelibat awak yang tersenyum bahagia?

Awak.
Kenapa mahu mendiamkan diri?
Kenapa mahu menghilangkan diri?
Kenapa mahu membisukan diri?
Kenapa mahu duduk diam sahaja dan memerhati?

Awak.
Adakah awak sedang menguji?
Adakah awak sedang melihat sejauh mana dia boleh pergi?
Adakah awak sedang berseronok tengok dia mencari?
Adakah awak sedang tersenyum hingga nampak gigi?
Adakah awak sedang ketawa melihat dia berusaha separuh mati?
Hanya untuk pastikan ke mana awak lari?

http://24.media.tumblr.com/tumblr_ler9a9W16k1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Kalau dia tiada di sisi, adakah awak teringatkan dia?
Kalau awak punya masalah, adakah awak mahukan kehadiran dia?
Kalau awak perlukan sesuatu, adakah awak akan minta bantuan dia?
Kalau awak perlukan seseorang untuk kongsi bicara, adakah awak akan menghubungi dia?

Awak.
Dia benci untuk jadi manusia tipikal.
Dia benci untuk jadi manusia sinikal.
Dia benci untuk jadi manusia kritikal.

Awak.
Dia enggan mengawal keadaan.
Dia mahu segalanya berjalan ikut perancangan.
Dia hendak segalanya menuju impian.
Dia tidak mahu mengongkong dalam percintaan.
Dia sedar masih panjang lagi perjalanan.
Untuk awak dan dia bersama sebagai pasangan.

Awak.
Dia mahu awak bahagia.
Dia mahu awak gembira.
Dia mahu awak ceria.
Dia mahu awak tersenyum mesra.
Dia mahu awak tiada gundah gulana.
Dia mahu awak rasa suka bila bersama dia.

http://27.media.tumblr.com/tumblr_lbi7cjQIy51qaecyko1_r2_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Walaupun dia tidak sentiasa luahkan dia suka, dia sebenarnya cinta.
Walaupun dia tidak sentiasa bermanja, dia sebenarnya gembira.
Walaupun dia tidak sentiasa bersama, dia sebenarnya perlukan awak juga.
Walaupun dia tidak sentiasa mengada, dia sebenarnya mahu dimesra.
Walaupun dia tidak sentiasa ketawa, dia sebenarnya sangat bahagia.
Walaupun dia tidak sentiasa faham segala, dia sebenarnya masih mahu belajar semua.

Awak.
Walaupun awak jauh, dia tetap awak punya.
Walaupun awak bukan di depan mata, dia tetap ingat setiap masa.
Walaupun awak menjauhkan diri, dia tetap menunggu awak muncul depan mata.
Walaupun awak tidak berada di sisi, dia tetap dapat rasakan cinta.
Walaupun awak hilang begitu sahaja, dia masih penunggu yang setia.
Walaupun awak tidak selalu luahkan rasa, dia duduk diam dan tunggu awak berkata.
Walaupun awak kutuk dia, dia tetap ukir senyum dan ketawa.

Awak.
Sebab apa?
Sebab awak dunia dia.
Sebab awak dunia dia yang kedua.

Nota Kaki :
01 - Semalam sudah menyiapkan tugasan dalam lingkungan yang dimahukan. Dua belas ribu perkataan sudah cukup rasanya.
02 - Kecewa bila lihat ada orang menciplak tulisan tentang 'hubungan-jarak-jauh' aku di Mukabuku dan mengaku itu karangan dia. Sebak hati sebab siri 'Awak-Dia : Kisah Jiwa' ini adalah garapan yang cukup dekat dengan aku.
03 - Cuti sekolah sudah bermula, tapi aku masih bekerja.

Zara : Demi kelangsungan sebuah nyawa, aku masih mahu menulis. Menulis kerana seseorang pernah beritahu aku, "Teruskan menulis, kerana dengan menulis itu, cara awak meluahkan rasa hati, cara ekspresi diri". Terima kasih sayang. Aku tidak akan pernah berhenti.

17 comments:

Nin Ahmad ツ said...

Awesome. :)

Ana Faryana said...

kenapa sukar meluah rasa itu?

ishiko said...

knp mahu ddk diam saja d memerhati?

adakah masih memerhati?atau sdh tdk endah..
nice kak ^^

oshinz said...

ya ampunnnnnnn... best gila puisi ni.

Anonymous said...

sentap sekejap.

Anisa Hang Tuah said...

entah

nur nabilah syazwani said...

tiba tiba sentak hati baca semua. kena sungguh dengan diri. nak menangis pun ada bila fikir kenapa dia tak pernah faham. kenapa semua mesti kita yang kalah? kenapa tak pernah nak faham apa isi sebenar kata kita? penat lelah mcm ni tau. :'( thanx zara sebab penulisan awak kadang kadang buat saya senyum.

impiana mayana said...

indah.. sampai ke hati.. :')

Edura Hanum said...

semuanya sebab C.I.N.T.A

Zaira Fadzil said...

huhu... kalaulah lelaki-lelaki boleh baca dan faham setiap bait penulisan awak ni zara...

safiyyah said...

this is perfect

zarazueyin said...

suka dengan tulisan zara ni
seolah olah zara bercerita tentang saya :)

reenapple said...

hurm.. keep being strong..

p/s- teruskan menulis..=)

misz aisya said...

ohsem kak zara! kan best kalau si dia bace ape yg akak tulis ni. baru dia tau menghargai sye dlm idup dia..

cik aletheea: said...

awak...
dah x mo tunggu lagi...
jgn rindu kan saye ye..

eiela said...

bestnya penulisan yg ni. Mendalam.

Si Gadis Semasa said...

rasa macam nak je bagi si dia baca ape yg kak zara tulis . buat dia phm T_T