Tuesday, November 22, 2011

Awak, Kadangkala Dia Mahu Perhatian.



Awak.
Dia cuma dengar dengusan nafas.
Dia cuma dengar hembusan udara panas.
Dia cuma dengar ketikan halus peluh berlengas.
Dia cuma dengar papan kekunci diketuk pantas.

Awak.
Dalam diam, dia ketuk dinding biru.
Apa yang dia sembunyikan, hanya dia sahaja yang tahu.
Dia cuba raih perhatian awak yang diam membisu.
Dia teringin beritahu segala tapi dia malu.
Hati dia bertambah pilu.
Bila dia sedar jasad awak wujud, tapi hati awak tiada di situ.

Awak.
Apa yang awak sedang lakukan?
Apakah awak sedang berikan perhatian?
Apakah awak sedar yang dia mahukan sedikit layanan?


http://30.media.tumblr.com/tumblr_lfgrcv1J7Q1qaecyko1_r1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia sebenarnya rindu.
Dia sebenarnya mahu awak hentikan waktu.
Biar awak dan dia dapat menikmati masa bersama tanpa silu.
Tanpa ada kelibat orang yang berlalu.
Tanpa sesiapa yang akan buat tuduhan melulu.
Dan kebahagiaan itu tidak diganggu.
Ya, itu yang dia mahu.

Awak.
Kadangkala awak mungkin pelik.
Entah kenapa dia bersikap sedikit jelik.
Entah kenapa dia macam puaka niyang rapik.
Entah kenapa dia jadikan dunia mahu terbalik.
Bersikap melulu macam mahu halau awak balik.

Awak.
Sedarkah awak kadangkala dia berubah?
Pada awak, dia yang dikenali seorang yang sangat tabah.
Dia seorang yang terima segala benda tanpa membantah.
Dia seorang yang angguk kepala pasrah.
Dia seorang yang ligat dan bermulut petah.

Awak.
Tapi dia mula lari sedikit demi sedikit bagaikan ada yang mencelah?
Kenapa kebahagiaan yang dibina seakan mahu rebah?
Kenapa kegembiraan bagaikan dikikis musnah?
Kenapa dahan tempat berpaut mahu patah?
Adakah dia sudah berubah?
Ataupun awak yang berubah?
Dan masing-masing tetap mahu berpura tabah?

Awak.
Dia tetap sayang.
Kasihnya tidak pernah goyang.
Hatinya tidak pernah bergoncang.
Kerana dia mahu kekal menjadi bayang.
Pada awak, manusia yang buatkan dia kenal apa itu jiwa melayang.
Pada awak, manusia yang buatkan dia kenal apa itu mabuk kepayang.
Pada awak, manusia yang buatkan dia kenal apa itu kasih sayang.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lfeyruvYZe1qaecyko1_r2_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia suka.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia gembira.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia enggan berduka.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia mahu kekal bersama.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia tetap setia.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia tidak pernah gagal panjatkan doa.
Dalam senyap sunyi, dia mahu beritahu yang dia sentiasa mengingati awak setiap masa.

Awak.
Tapi semuanya tidak diluahkan.
Dia lebih banyak melayan perasan.
Dia biarkan otak menerawang mencari jawapan.

Awak.
Kepalanya sesak dengan soalan.
Kenapa awak biarkan dia rasa keseorangan.
Kenapa awak hilang dan pergi meninggalkan.
Kenapa awak diam dan tidak tunjukkan sama ada awak punya perasaan.
Adakah itu cara awak berikan perhatian?

Awak.
Dan dia kaku dan kekal diri disalahkan.
Dia tidak akan menuding jari pada awak, pasti bukan.
Dia melayan pelbagai jawapan.
Yang bersusun atas kepala bagaikan awan.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lefvn5cW8x1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Walaupun tanpa suara.
Walaupun tanpa butir bicara.
Walaupun tanpa pesanan berjela.
Walaupun tanpa meluahkan rasa.
Walaupun hanya dengan detakan aksara.

Awak.
Dia mahu awak tahu yang dia tetap cinta.
Dia mahu awak tahu yang dia tetap menunggu awak di tempat yang sama.
Dia mahu awak tahu yang dia tetap akan berusaha.
Untuk menjadi seseorang yang mampu buat awak bangga.

Awak.
Sebagai seorang yang awak suka.
Sebagai seorang yang awak cinta.
Sebagai seorang yang awak mahu hidup bersama.
Sebagai seorang yang awak mahu cinta hidup selamanya.
Sebagai seorang yang awak tanamkan benih bahagia.

Awak.
Terima kasih atas segalanya.
Awak belum pernah gagal membuatkan dia senyum ceria.
Walaupun itu semua gunakan banyak tenaga.
Awak tetap yang terbaik hidup dalam dia.

Nota Kaki (Pantas penuh erti) :
Awak.
Ada orang curi luahan hati dia pada awak.
Mereka itu pastinya bahan lawak.
Perangai serupa biawak.
Hasil kerja dia habis semua mereka ciplak.
Tulisan dia, semua mereka sapu bersih macam pendayung kayak.
Habis mereka salin sampai nama kekasih mereka pun sama macam awak.
Kasihan mereka awak.
Peniru yang perlu dihantar ke neraka, ah, mereka layak!

Zara : Senyum dalam keadaan yang entah terkawal ataupun tidak. Menelusuri hidup yang semakin lama semakin menakutkan kenyataannya, aku sudah belajar untuk tidak melatah bila disergah.

21 comments:

ceklala said...

best!! love it! :)

cik ika said...

terharu baca..

!akurakura! said...

luahan hati sendiri ke ? terasa macam menikam2 jiwa ni . nak nangis . ;(

Ina Nadia said...

Mengalir air mata tanpa disedari.

shahirahkhairudin said...

ini boleh mengalirkan air mata cerekarama. serius. am touched !

great mush said...

situasi ini situasi saya dan sang kekasih sekarang.wuuu

azwa shamsuddin said...

siyesli la menarik utk 1 luahan hati lara seorang perempuan :)

Ms J said...

sangat tersentuh. Sama sepeerti apa yang saya sedang rasa.. :(

Miss Dolce and Gabbana said...

Penulisan yang ditulis melalui hati sangat mudah diserap masuk ke dalam jiwa.Tak tahu nak komen apa sebab everything is benar belaka.

tieha ismail said...

untunglaaa.....tapi memang tacing gilerrr la wehhh

shizu said...

"Awak.
Sedarkah awak kadangkala dia berubah?
Pada awak, dia yang dikenali seorang yang sangat tabah.
Dia seorang yang terima segala benda tanpa membantah.
Dia seorang yang angguk kepala pasrah.
Dia seorang yang ligat dan bermulut petah. "

memang sangat tepat kena dengan keadaan aku sekarang.thanx zara sebab baca hasil kau seolah2 aku baca luahan hati sendiri.

Mr K said...

Nice. Well said.

akufrazi said...

Woot woot.. Sgt puitis sgala'

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

terima kasih. seolah ia sudah melekat di hatiku. kesakitan yg kau rasai seperti keadaan yg berlaku padaku.

reenapple said...

hurm .. begitulah... =)

Cik Rose Cute said...

follow sini..

http://hairuliza-anakku.blogspot.com/

Cik Amyra said...

fuhhh. cry cry :'(

dayah said...

entry awak'..nice

Sofia Vy Nin said...

:'( terkena diri sendiri.

kueh bakar said...

awak
beritahu dia.
jika dia terus sayang saya
tidak mengapa.
jika dia terus merindui saya
tidak mengapa.
jika dia terus menunggu ditempat yang sama.
tidak mengapa.
beritahu dia.

awak
suka itu tidak boleh dipaksa
cinta itu tidak boleh direka
sayang itu tidak boleh di ada-ada
saya percaya dia faham
awak tak bagitahu dia pun tak mengapa.

awak.
jika satu masa.
akan ada satu masa.
dia tidak lagi menyanyangi saya
dia tidak lagi merindui saya
dia tiada ditempat yang sama lagi
juga tidak mengapa.
ini saya beritahu awak.

awak.
awak ni penyibuklah.
hahaha.

yananana said...

kak zara, yana link kan post ni kat blog yana ye? kelihatan seperti kita ada pemikiran dan kata hati yang sama :)