Saturday, November 26, 2011

Berpisah Kerana Taraf Pendidikan




Tahniah.
Tahniah buat kawan baik yang melangsungkan majlis pertunangan.
Tahniah buat kawan sekursus di universiti yang sudah bergelar isteri orang.
Tahniah juga kepada rakan-rakan lain yang menjemput aku menghadiri majlis kalian.

Semalam ada berbual dengan seorang kawan lama. Ada urusan yang perlu diselesaikan dan ternyata, perjanjian antara kami tidak dapat dilunaskan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ah, aku kalau hajat hati dihalang oleh Puan Mulia, maka, aku sanggup buat apa sahaja untuk biarkan dia lihat aku sebagai anak yang mendengar kata, walaupun itu bermaksud aku perlu lupakan apa yang aku hajati. Baiklah, berbalik kepada perbualan aku dan kawan itu, selain daripada mahu ke suatu destinasi yang sama, hajat hati adalah mahu tahu suatu kisah yang dia tidak beritahu dunia, tetapi aku boleh baca daripada catatan ringkas dan kesan yang tertinggal di laman sosial dia.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_labl200Mg71qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Aku : Minta maaf aku tak dapat pergi bersama.
KY : Tak mengapa. Dah Mak kau tak berikan, mesti ada sebab.
Aku : Ya, ada. 
KY : Lain kali sahaja ya?
Aku : Baiklah. Ni sebenarnya, ada benda aku nak tanya pada kau.
KY : Tanya apa?
Aku : Dah lama nak tanya tapi aku senyapkan dahulu. Ingat bila jumpa kau depan-depan, aku nak tanya sendiri.
KY : Tanyalah. 
Aku : Kau dah tak ada apa-apa dengan RS?
KY : Kenapa?
Aku : Sebab aku terbaca sesuatu di laman sosial kau dan dia pun dah buang aku dari senarai kawan. Itu yang aku nak tanya. Kalau aku salah, aku minta maaf awal-awal.
KY : Betul, dah tak ada apa-apa.
Aku : Kenapa?
KY : Sebab dia dah bertunang.
Aku : Apa? 
KY : Tak sangka kan?
Aku : Bertunang dengan siapa?
KY : Sepupu ke saudara dia sendiri, macam tu lah.
Aku : Tapi, aku tengok kamu baik sahaja.
KY : Itulah. Dah orang tak nak, nak buat macam mana?
Aku : Apa alasan sebenarnya?
KY : Mungkin keluarga dia tak suka aku.
Aku : Kenapa tak suka?
KY : Macam kita berdua, setakat ini ada ijazah kan?
Aku : Sekejap. Dia tolak kau sebab dia sekarang ambil PhD?
KY : Macam itulah. Katanya nak yang setaraf. Aku kan baru ada ijazah sarjana muda, apalah sangat kan?
Aku : Tapi, aku tengok dia dulu tak macam tu pun.
KY : Manusia kan berubah.
Aku : Tapi, bukannya lekeh sangat tak ada PhD. Maksud aku, ada ijazah pun orang tak nak sekarang?
KY : Tak setaraf. Kau faham dik? Orang anggap tak setaraf bila aku ni setakat ijazah, dan anak dia ambil PhD. Bakal ada Doktor didepan, dan aku ni, macam kau juga, hanya cikgu.
Aku : Ada masalah ke kalau kita cikgu? Boleh sambung belajar kan?
KY : Memang, tapi buat masa sekarang aku belum sambung lagi kan? Anak dia dah nak habis belajar lagi pun. Nanti nampak sangat perbezaan. Mak dia malu agaknya. Sebab Mak dia pun pandai, terkenal.
Aku : Kaya eh?
KY : Bolehlah dikatakan berada. Kita biasa-biasa dik.
Aku : Tapi, tolak sebab perbezaan pendidikan, macamlah kau tak habis sekolah langsung.
KY : (ketawa) Aku dah tak nak fikir.
Aku : Tapi kalau dia kahwin, dia jemput kau, kau ajaklah aku.
KY : Kenapa?
Aku : Nak tengok dan belajar sesuatu. Bukan sekejap kau dengan dia, dari zaman belajar lagi.
KY : (ketawa) Sekarang ini aku fokus nak cari duit.
Aku : Cari duit dan nak buat apa?
KY : Beli kereta baru.
Aku : Bukan kau baru beli kereta ke?
KY : Lagi dua tahun aku nak tukar kereta.
Aku : Kereta lama?
KY : Nak bagi adik aku guna.
Aku : Tak jadi kahwin, bukan bermaksud kau kena habiskan duit simpanan kau macam tu.
KY : Habis aku nak buat apa? Kau beritahu aku.
Aku : Banyak benda lain.
KY : Aku nak beli kereta.
Aku : Aku doa dalam masa dua tahun ni, kau jumpalah orang lain.
KY : Kenapa?
Aku : Supaya kau tak beli kereta baru.
KY : Choi!

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lnuqq38cFg1qax024o1_400.png
[Sumber gambar]

Ya.
Aku faham dalam situasi di atas. Situasi yang dialami oleh KY. Bukan sedikit kawan-kawan aku melalui perkara yang serupa, apabila salah seorang daripada pasangan yang tinggi taraf pendidikan (walaupun belajar tinggi bukanlah kau semua dapat kerja : bak kata kawan aku) - mereka berpisah dengan alasan sedemikian rupa. Tidak dinafikan, bukan semuanya begitu, aku katakan segelintir sahaja yang berfikiran sebegitu. 

Secara peribadinya, aku orang yang memandang tinggi nilai pendidikan. Mungkin sejak dari kecil aku sudah disantakkan dengan kenyataan bahawa dengan ilmu, kita boleh mengubah kehidupan walaupun sedikit, maka aku - orang yang melihat pendidikan adalah perkara yang penting. Lagi pula, ilmu itu ada di mana-mana, maka dengan mengambil kira semua orang layak mendapat pendidikan, aku merasakan keperluan belajar itu antara perkara utama dalam hidup manusia. Dan, aku juga sudah bekerja sebagai seorang gur, pastilah aku mahukan agar semua anak didik aku memperoleh ilmu yang berguna untuk diri dan masa hadapan mereka kan?

Tetapi, itu bukanlah satu benda yang perlu dijadikan alasan atau faktor penolakan dalam hubungan. Adakah nak tanya pada orang setiap kali nak bersama, bercinta dan sebagainya - soalan seperti berikut? :
1. Awak dulu univeristi mana?
2. Awak punya SPM dapat berapa?
3. Awak dulu masa ijazah, kelas berapa? CGPA berapa?
4. Dulu dapat dekan berapa kali? Setiap semester ke tak?
5. Biasiswa ke PTPTN?

Gila ke? Mahu tanya itu semua? Soalan yang sering diajukan oleh orang dalam situasi ini adalah , "Kalau dah tahu aku cuma ijazah sahaja, dan dia nak ambil sarjana (baca : Masters) dan dia kurang selesa atau segan, kenapa dia tak beritahu awal-awal? Bukan aku tak nak sambung belajar, cuma tunggu masa sahaja". Faktor penolakan yang muncul secara tiba-tiba, walaupun tidak dinafikan, mungkin ada faktor luaran yang lain.

Aku : Ijazah, sarjana, doktor falsafah kan keluar dari universiti juga?
Kawan : Setiap dari itu kan tak sama?
Aku : Betul, tapi bukankah boleh berusaha untuk sampai ke tahap tinggi begitu?
Kawan : Maksud kau boleh sambung belajar?
Aku : Betul. Kan kalau ada ijazah, boleh sahaja sambung sarjana atau terus ke doktor falsafah, apa masalahnya?
Kawan : Masalahnya mungkin, masa kau tengah berusaha nak sambung sarjana, orang tu dah ada gelaran Doktor di hadapan nama. Jadi, secara mata kasarnya, dari taraf pendidikan, dah tak sama.
Aku : Macam alasan sahaja.
Kawan : Setiap benda yang berlaku kan perlukan alasan? Sama macam orang yang sama-sama ijazah, tapi sebab graduasi kelas lain-lain pun boleh jadi punca berpisah.
Aku : Sebab kelas pertama, kelas kedua atas, kelas kedua bawah, kelas ketiga pun boleh eh?
Kawan : Manusia kan pelik.
Aku : Segulung sijil itu mahu diletakkan di dalam dulang hantaran ke?
Kawan : Manusia semakin maju, maka pemikiran semakin pelik.
Aku : Dan jelik.
Kawan : Betul. Mungkin orang tua ataupun yang mahu berpisah itu tak sanggup dengar masyarakat mencemuh. Ala, yang itu PhD. Yang bakal pasangan dia cuma ijazah je?
Aku : Tapi, kasihan sangat kalau sebab begini.
Kawan : Memanglah. Macam aku dulu, sebab apa kami tidak bersama? Sebab dia lulusan luar negara, aku cuma dalam Malaysia, walaupun aku graduasi dengan sarjana muda kelas pertama. Kursus yang sama, benda yang sama belajar, tapi sebab dia dari luar negara dan aku cuma lulusan tempatan, keluarga dia kata tak setaraf. Aku ditolak begitu sahaja.
Aku : Benda begini balik kepada hati manusia juga.
Kawan : Ya. Tapi bila melibatkan banyak benda, kadangkala kita terpaksa terima.
Aku : Hadam walaupun berbisa.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_ld3khkSDt41qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Ya.
Aku akur setiap orang ada pandangan dan pendirian masing-masing. Ada sahaja yang tidak habis sekolah, hidup bahagia dengan orang yang kaya raya dan berpendidikan tinggi. Ada sahaja yang hidup bahagia walaupun dia cuma setakat SPM dan bersama dengan pemegang doktor falsafah. Benda begini bergantung kepada hati dan niat kita mahu bersama dengan seseorang. Apakah kita serius, ataupun sekadar mahu menduga sama ada permainan akan sampai ke penghujungnya?

Entah.
Tapi aku suka untuk mengingatkan. Kalau ada sesiapa yang mahu meneruskan hubungan dan menjadikan taraf pendidikan sebagai satu alasan atau faktor untuk berpisah dengan ayat, "Saya tak nak nanti anak kita kata salah seorang daripada kita tak pandai" - aku mohon, tolonglah berfikir dengan semasak-masak dan sejelasnya, apakah matlamat sebenar anda dalam perhubungan. 

Itu sahaja.
Aku juga sedang memohon doa paling tulus agar mereka yang berada di sekeliling aku hidup baik-baik dan gembira sahaja. Bahkan mendoakan diri agar dijauhi dengan situasi sedemikian menduga. Aku secara peribadinya mengintai peluang untuk melangkah lebih jauh dalam memperbaiki taraf pendidikan (dan juga sahsiah) diri.

Nota Kaki :
1. Salam Awal Muharam semua. Kalau berkesempatan mahu berpuasa esok (Ahad), amatlah digalakkan ya. 
2. Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun pada petang ini (Sabtu)

Zara : Melihat rakan baik sejak tahun 1998 sudah mengikat tali pertunangan, aku hanya ketawa memikirkan adakah aku punya kesempatan untuk melalui saat sedemikian dalam hidup suatu masa nanti? Aku doa moga aku sempat mengecapi sedikit kebahagiaan dunia. Amin.

21 comments:

dindingkosong said...

aduhai..manusia...manusia...sampai macam tu sekali sekarang ni? tskkkk~
agak2, apa akan jd kpd bakal cucu wanita tua tersebut?

mendatak hijau said...

ade.aku jumpa


~aku SPM aje~

Zala Wajik said...

orang perempuan sekarang pon nak pandai2.

yang laki lebih selesa cari duit.


ok takut pulak .

M. Faiz Syahmi said...

Paling tak suka bila orang samatarafkan pendidikan dalam hal perkahwinan.

ZeBentPenzel said...

ingat Karem sorang je yang kene kes macam ni....ada lagi rupanya!

isk isk.

bagi saya ada kerja yang cukup menampung (bakal) anak bini nanti cukuplah. Apalah sangat postgraduate education tu. entah-entah tak dapat kerja pun sebab bukan banyak pun syarikat yang sanggup menggajikan PhD. overqualified beb!

Aziani Zolman said...

Saya dah jumpa kes macam ni. Mak dia dah cakap awal2 nak menantu yang pendidikannya setaraf. Kesian pulak bila ada lagi orang berfikiran sebegini. Apa2 pun jodoh sudah ditentukan. Wallahualam.
v(^_^)v

Dylla Fadzil said...

tak boleh nak deny zaman sekarang mmg camtu. kalau someone ada ijazah kahwin dgn lulusan spm sahaja, itu tak hairan kalau jadi issue. ni dah ada ijazah pun jadi issue semata mata anak dia phd? mmg dahsyat la. ijazah bukannya tak tergolong dlm highly educated pun.

oohhh zamannnnn sekaranggg.

cik fyza said...

ish.. tak suka la jenis mcm tu.. sennag je tinggalkan org ye? tahu tak kepandaian tu ALLAH yg kurniakan.. bila2 masa ALLAH boleh tarik..x payah nk bangga sgt le!!!!

Si Gadis Semasa said...

zaman sekarang . makin tinggi demandnya . haihhh . ada jugak yg ckp , perempuan belajar tinggi mana pun tetap duduk dapur . T___T sedih . kes yang macam ni ; ijazah and phd ? what the.... ????? susah kalau macam ni .

naziyatul fatihah said...

mungkin satu hari nanti sijil ijazah,master,pHd wajib diletakkan dalam dulang hantaran kan?

perlukah semua tu?

bergantung pada hati.

adanya pendidikan tinggi tak bermakna hidup bakal hormani bukan...

igt pada Maha pencipta.Dia tak pernah mmbezakan antara umatnya.yang putih,yang gelap.tinggi,rendah...
so apatah kita cuma manusia hina yang tak punya apa2.

delarocha said...

sabar je la..mungkin belum ketemu jodoh yg sepatutnya.

niezam said...

ye, dulu saya anggap perkara ni dongengan je kot. tapi benar2 berlaku kat orang yang saya kenal. cuba bayangkan mak ayah lelaki tu siap tanya, cgpa berapa masa lelaki tu bawak gf die jumpa mak ayah dia. wow! sangat perlu ke soalan seperti itu.

shaerin said...

takwod nye .
paling sedih sbb dibanding2kan .
paling pedih kerana hanya itukah alasan terbaik untuk memutuskan satu hubungan ?

xpelah . xde jodoh , nk wat camne .
maybe Allah nak bg kawan cikgu a better man .

"perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik . dan sebaliknya"

semoga kwn cikgu kuat !

Eyka said...

gambr pompuan yg makn nasi 2 comeyy sgtt! like like like! hahaha:P

kbai..keh keh keh :P

Miss Dolce and Gabbana said...

Susah bila pendidikan dijadikan sebagai ukuran.Saya rasa hidup ini terlalu sempit dengan byk sangat syarat.Syarat jadi anak yang baik,syarat pilih suami/isteri,syarat masuk universiti,syarat nikah,syarat mohon kerja..lampu isyarat?

Tidak bolehkah kita diberi peluang buat apa yang kita suka tanpa syarat? Persoalan ini sentiasa bergolk dijiwa saya sehingga ke hari ini.Moga kawan Cikgu terus tabah.

Liya Laa said...

Zara, kenapa contoh pendidikannya perlu tinggi2? kesian yang spm, diploma.

zey said...

isyh, tpkan kak zara, side lelaki pon ada ke y pntngkan pnddkan semua? sy ingtkn side pompuan je.

yela, klu gf degree, xknlah bf sijil


oh, well. makin pelik dunia~

Bidin@pidin said...

biaselah bile orang yang lebih tinggi taraf pendidikan tp bangang dalam membuat keputusan mmg akan buat perkara mcm tu.aku pernah jugak alami situasi yang sama.mase tu cakap nak fokus on study maklumla baru sambung ijazah(mmg harapan dia kononnya).taw2 die update kt laman sosial===>in relation ship.Nah kau Jah Meletup!!!!!.nak habak mai walau apapun skung nie aku dah ada kerjaya dan dalam masa yang sama aku lanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjanamuda elektronik(part time la tp)walaupun dulu aku kecewa nak sambung fulltime xdpat2:-)

hanis aleeya aka gadis sepi said...

:) setakat ni masih boleh terima dia walaupun pendidikan saya lagi tinggi dari dia. Paling penting dia bertanggungjawab.

✿✿ cik liya ✿✿ said...

mmg ade parents yg pikir cmtu...

~saye ade diploma je~ :)

Mera Humaira said...

aku ada masalah yang sama jugak. cuma aku skg tgh proses nak lanjut pelajaran ke luar negara. tapi 'dia' takat spm je.

tp jgn la overgeneralize sgt, sejujurnya, aku pun rasa pelajaran tu penting, tapi x prnh tpk pun, n agak x adil la kalau ia dijadikan alasan putus hubungan.

mak bapak aku mcmtu. tapi, 'dia' pun kena kuatkan hati. kalau x cukup kuat, then cinta 'dia' x berapa kuat sbenarnya.