Thursday, November 10, 2011

Bila Itu Sebenarnya Bukan Cinta.



Bila kau senyum dengan anggapan semuanya baik, maka simpanlah senyuman itu kerana dengan senyuman itu sebenarnya yang menjadikan apa yang dilalui adalah baik dan terbaik.

Awak.
Selamat datang lagi.
Kami semua fikir awak tidak akan muncul kembali.
Bagaimana dengan penyakit hati?
Masih belum dapat diubati?
Masih lagi jahanam dan keji?
Tidak letihkah awak membawa ia ke sana ke mari?

http://farm3.static.flickr.com/2642/3747658398_b6d5fc4ee4.jpg
[Sumber gambar] - Bagaimana kalau pada awak itu sebenarnya bukan cinta?

Awak.
Apa yang membuatkan awak sedar itu bukannya cinta?
Adakah bila dipanggil sudah tiada gema?
Adakah bila berpegangan tangan sudah lagi denyutan di dada?
Adakah bila direnung wajahnya sudah tiada getar rasa?
Adakah bila senyuman dia awak sudah tidak rasa apa-apa?
Adakah bila awak sudah tidak ambil kisah dengan apa yang dia buat di sana?
Adakah bila awak tidur malam dan sebarang pesanan atau panggilan tidak buat awak terjaga?

Awak.
Hati resah.
Hati gelisah.
Hati marah.
Hati menyampah.
Hati tidak tentu arah.
Hati mendesah.
Hati sudah serupa sampah.

Awak.
Khabar dia dengan orang lain awak hanya senyum sahaja.
Dia bermesra dengan orang lain hingga awak dilupa.
Benda yang dijanji bersama, dia sering alpa.
Awak penat mahu bertanya.
Awak biarkan sahaja dia hidup dalam dunianya.
Pertanyaan dia masih berkisar tentang benda serupa.
Awak tertanya, apakah dia punya amnesia?

Awak.
Dengan dia awak terlupa erti gembira.
Dengan dia awak lebih banyak mengenal erti derita.
Dengan dia awak lebih sugul daripada biasa.
Dengan dia awak tidak kenal erti cinta.
Dengan dia awak bukan seseorang yang istimewa.
Dengan dia awak wujud hanya sekadar teman biasa.
Ah, mulalah mahu rasa celaka.

http://farm7.static.flickr.com/6048/6328955548_c492b24996.jpg
[Sumber gambar] - Koleksi peribadi yang menghiasi dinding biru.

Awak.
Apa yang awak mahukan di dunia?
Apa yang awak inginkan saat ini, saat mata terbuka?
Apa yang awak dambakan bila mata tertutup, pejam erat tanpa meraba?
Apa yang awak nampak dalam lintasan fikiran yang berjaga?
Keluarga?
Kekasih yang awak puja?
Kawan-kawan yang menikam tepat tanpa rasa?
Sahabat - sahabat yang setia?
Jiran tetangga?
Masyarakat yang porak peranda?
Atau diri sendiri yang masih bernyawa?

Awak.
Buatlah keputusan terbaik.
Semoga nanti tidak berlaku benda pelik.
Sehingga awak sendiri merasa jelik.

Nota kaki :
Selamat ulang tahun yang pertama Terfaktab. Daripada sekadar pembaca, aku sudah menjadi sebahagian daripada penulis di sana. Semoga terus maju jaya. Boleh sertai pertandingan kami di sini.

Zara : Tidak mahu mencacatkan sebuah karya yang menarik dengan manusia yang tiada kecantikan mata kasar seperti yang orang selalu nilaikan di atas dunia. Biarlah aku cuma cantik bila aku lihat cermin panjang di dalam kamar yang aku suka.


13 comments:

Ariff Masrom said...

Hati, sila hati-hati.

Wahida Jumaat said...

terima kasih zara. ko punya tulisan memang selalu tepar dgn situasi aku.

:)
memang memberi kekuatan kepada aku.

selamat ulangtahun 21 tahun kepada aku juga... hari ni. heee

Eyka said...

tahniah untuk terfaktab juga :)

reenapple said...

susah nak klasifikasikan cinta tu

aku mahu jadi diri aku sebelom aku kenal dia..=)

Anonymous said...

bila itu sebenarnya bukan chenta
bagi awak
tidak mengapa

bila itu sebenarnya bukan chenta
bagi dunia
tidak mengapa

bila itu sebenarnya chenta
bagi saya
harap itu juga tidak mengapa

kueh

LittleSunshine said...

selamat ulang tahun terfaktab =)
1st time komen kt cni..
:)

fana said...

tsk tsk

Lieyanna Esmeralda said...

:)

Anonymous said...

saya suka karya-karya awak.
banyak menyedarkan saya yang cinta manusia bukan segala-galanya.
saya pasrah dengan apa yang terjadi. Mungkin ini yang terbaik..

Alip Apai said...

congrate buat team terfaktab. walaupun aku still mencari apakah itu terfaktab?

YNA said...

terfaktab tu apa? huhuhu

btw, salam kenal ya? :)

Amira Anorah said...

kenapa tepat dengan situasi.
kenapa cinta yang hangat . menajd hambar..
kadang hati tertanya,
kemana kehangatan tu pergi..
belum cukup kuatkah api cinta yg membakar..

*sigh*

kenapa perlu kita lalui perasaan seperti ni..

kenapa hidup ni x seumpama kertas lukisan di mana kita yang boleh corakkan..

*sigh*


@amiraanorah

feeza_rashid said...

hye zara ! first time drop here. your writing was really awesome. i like the way you put the feeling into a poem.
(sebenarnya ada rasa mcam ada kaitan juga wif my life. teheeeee)

salam perkenalan. :)