Tuesday, November 15, 2011

Bila Perempuan Rasa Tidak Selamat Dalam Hubungan




Kadangkala semuanya baik.
Kadangkala semuanya biasa-biasa sahaja.
Tapi entah bagaimana, kita boleh dengar pasangan yang baik berpisah, sahabat baik berpatah arang ataupun keluarga bahagia berpecah belah. Termangu melihat perkara sedemikian rupa bagaikan adakah selama ini hanya satu persembahan semata-mata pada dunia. Biar di mata orang lain nampak gembira, padahal dalam diam, memendam duka nestapa.

Lelaki dan perempuan.
Dua jantina berbeza dan mempunyai sifat berbeza. Jadi, sebagai seorang perempuan (wah, ini pengakuan!) - aku suka untuk menulis tentang bagaimana aku melihat perempuan sebagai ciptaan yang unik. Bukan aku kata lelaki tidak unik. Lelaki juga unik, tetapi nanti mungkin aku layak menulis tentang perempuan buat masa ini - memandangkan secara tersiratnya, aku sedang menjawab persoalan yang diajukan pada aku. Kalau kamu baca, mungkin kamu tahu yang aku menjawab pertanyaan kamu wahai gadis-gadis.

[Sumber gambar]


F : Aku tak faham.
Z : Apa yang kau tak faham?
F : Kenapa aku dengan teman wanita aku nak bergaduh pasal benda remeh?
Z : Yang kau nak gaduh kenapa?
F : Bukan aku nak gaduh. Tapi aku tak faham. Benda yang sama, asyik berulang. Masa mula-mula bersama, aku nampak Nad sebagai sebagai seorang yang kuat. Tapi, makin lama, dia macam makin bergantung pada aku. 
Z : Aku rasa benda itu normal.
F : Aku ingat lagi yang aku yakinkan dia bahawa aku memang cinta dia, suka dia. Betapa dia penting bagi aku dan semuanya baik sahaja lepas tu. Banyak yang kami bincangkan, perhalusi dan kami berjaya lalui benda tu.
Z : Bagus. Dan apa masalahnya?
F : Masalahnya, lebih kurang sebulan dua lepas kami berbincang tu, dia buat hal lagi. Dia rasa tak selamat, tak yakin aku suka dia - macam dia tak pernah memiliki aku. Aku tak faham, padahal aku dah cakap dengan dia sebelum tu. Kecewa betul aku. 
Z : Gaduh lagi lepas tu?
F : Gaduh dan baik semula. Benda sama berulang kembali. Kena amnesia ke apa?
Z : Gila keji kau. 
F : Bukan keji, tapi aku tak faham kenapa aku kena ulang banyak kali.
Z : Sebab perempuan ada perasaan kurang selamat dalam hubungan.
F : Aku tak main kayu tiga, aku setia, aku dengar bila dia bercakap, apa yang salah lagi?
Z : Ada cara nak selesaikan - kan perempuan dan lelaki berbeza?
F : Takkan nak PMS sepanjang tahun?
 Z : Tidaklah sedemikan rupa.

[Sumber gambar]
 
Perempuan, secara asasnya mahukan perhubungan yang selamat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai pemikiran tipikal bahawa perempuan biasanya yang ditunggu, yang diberikan perhatian serta diperlukan. Ada suatu naluri dalam diri yang menyatakan sedemikian - bahawa, wanita perlu dijaga. Jadi, mungkin disebabkan itu, wanita paling mudah untuk rasa tidak selamat dalam perhubungan. 

Cinta sebagai contohnya. Perempuan sentiasa mahukan keadaan yang tidak terjejas dalam melalui suatu perhubungan. Kalau tidak, kita boleh lihat perempuan itu bekerja keras untuk berpura-pura yang semuanya dalam keadaan baik dan menyembunyikan keadaan yang dia rasakan tidak selesa dan berunsur negatif.

Bila seorang perempuan itu merasakan bahawa dirinya tidak selamat dalam sesuatu perhubungan itu, antara yang mudah dikesan adalah dia akan mengelakkan melakukan perkara yang diperlukannya - keluar bersama, hubungan intim (jika sudah berumahtangga) dan menyalurkan ketegangan diri melalui gila buat sesuatu perkara lain - mengamuk, gila bekerja, terlampau mengambil berat, ataupun membeli belah dan sebagainya - sebagai satu laluan keluar agar dia akan melupakan tekanan rasa tidak selamat tersebut. Tetapi, dalam keadaan sedemikian juga, akibat tekanan terlampau - terlalu memikirkan sesuatu - ia akan menjejaskan kesihatan dan membawa akibat yang lebih buruk.

Ya.
Macam yang dituliskan di awal tadi - kita boleh lihat sekeliling, orang yang tidak pernah bertengkar boleh berakhir di ruang mahkamah syariah dengan menuntut penceraian, pasangan yang bahagia dan tiba-tiba dengar dimadukan dengan alasan bosan ataupun bermain kayu tiga dan sebagainya. Dalam kebanyakan kisah tersebut, kebanyakan perempuan biasanya menyimpan perasaan tidak selamat mereka, memendam rasa kurang senang - hanya untuk mengelakkan pertengkaran. Demi untuk hidup baik-baik sahaja, dalam diam, mereka sudah jadi lali, hingga hilang rasa untuk mencintai dan dicintai - hilang nilai kasih sayang dan yang tinggal mungkin perasaan kosong semata-mata.

Dan, apa jadi apabila yang negatif mengatasi yang positif?
Perasaan kurang senang melebihi rasa kasih sayang?
Cinta mati.
Kasih sayang hilang.
Bahagia berlalu pergi.

Perlu diakui bahawa mengelakkan pertengkaran itu perkara baik tetapi apabila ia dipendam hingga tertekan sehingga meletus pada suatu masa yang kurang sempurna, ia pastinya membawa kepada perkara yang lebih buruk pada penghujungnya. Mengalah juga baik, tetapi perlu ditimbal balik dengan meluahkan secara berdepan - komunikasi dua pihak untuk mengelakkan ada hati yang rabak.

[Sumber gambar]

Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

  • Perempuan perlu bercakap tentang perasaan mereka tetapi awas, jangan sampai disalah ertikan. Ya, meluahkan dalam erti kata, membersihkan diri daripada perasaan kurang enak - muhasabah diri mungkin lebih tepat.
  • Pasangan boleh memberikan sokongan moral  dengan mendengar serta menyedari bahawa, mungkin dengan pertengkaran itu, sebenarnya hanyalah cara si perempuan itu mahu diri dia didengari. Luahan dia tidak dianggap sebagai bebelan yang menyakitkan hati. Mungkin, dengan memberikan sokongan sedemikian rupa, ia akan membantu lelaki merasa lebih bebas daripada bebanan akibat terlalu memikirkan, kenapa perempuan bersikap sedemikian rupa.
  •  Perempuan perlu memahami bahawa dengan bersikap menyimpan dan mengamuk tidak tentu hala, boleh menyebabkan lelaki rasa dikongkong dan cepat bosan. Bercakap dengan baik dapat membantu lelaki untuk lebih merasa apa yang dialami oleh perempuan sebenarnya. Dan, perlu ingat bahawa, sesetengah lelaki kurang gemar perempuan beritahu apa yang perlu mereka lakukan.

Ada pelbagai cara lain, mengikut situasi sebenarnya, tetapi ini sahaja yang aku mampu kongsi buat masa ini. Maaf, kesibukan melanda membuatkan aku cuma mampu membalas pertanyaan dengan ayat yang kurang sempurna dan mungkin pendek sahaja.

Nota Kaki :
Keadaan yang dijangka sudah muncul semula. Tegarkah untuk berkelakuan baik dan anggap semuanya baik-baik sahaja? Entahlah. Tengok keadaan dan keperluan aku rasa.

Zara : Perlu banyakkan bersabar. Benda yang baik hanya akan berlaku pada keadaan yang baik dan kalangan yang baik dan betul sahaja.


20 comments:

Cik Kasma said...

nice..nice.nice... sedang melalui benda ini.. sentiasa rasa tidak selamat dalam perhubungan itu.. walhai si lelaki sudah meyakinkan akan keberadaan saya dalam hatinya.. tapi rasa keyakinan itu mampu bertahan untuk seminggu sahaja.. selepas itu.. kebimbangan akan muncul lagi.. dan akan mula mencari sebab untuk marah.. agar si lelaki memberi perhatian...=)

thanks 4 the nice entry

Anonymous said...

ya.i'm a tipikal perempuan mmg mahu sentiasa rasa diperlukan.. sadly couple yg xpernah bergaduh mengakhiri hubungan di mhkmh syarie. Lelaki zaman sekarang kurang menghargai mungkin atau perempuan sudah letih mendengar janji2 palsu untuk mngubat duka. nice writting zara.

reenapple said...

kadang-kadang aku pom hairan dengan perempuan even aku perempuan..=)

Eyka said...

nak cakap entri ni besh gak boleh? keh keh keh :P

-syira- said...

hahaha..stiap kali singgah belog zara mesti entri tepat kena situasi.baru sbntr tadi bertekak hal nie..:)

hanaahmad said...

perempuan memang merumitkan, tetapi percayalah hati kita jika diterokai dengan halus mulus, pasti bahagia dan mengindahkan. apa yang penting salinglah berbagi rasa dan tolak ansur. :)

zarazueyin said...

sangat setuju dengan post ni dan sedang mengalaminya

moshi_boo said...

banyak yg betul ni...

zaisempoy said...

mohon share entry kali ni. sangat menarik :)

samanosuke_04 said...

huhu, baca entri nie pun aku dah rasa serabut.. sebab mmg betul, ade kawan aku yg asyik gaduh, gilfren die paranoid gila, takleh tengok kawan aku tue ckp ngan pompuan langsung.. huhu..

bagi aku, kalo pompuan tue paranoid sangat, agak annoying.. cam si F dalam cerita kat atas.,.

kalo kawen teruskan senang.. takyah nak bimbang2 dah.. huhuhuhu

Nana S. said...

wahh. terbaik la kak zaraaa. haha. ;P

izzad b* said...

tolak ansur dan saling memahami :)

whitelover said...

perempuan pelbagai gaya dan style. selera masing-masing :)

Dylla Fadzil said...

betullllllll... bukan tak percaya kat partner, tp mcm nakkan kepastian dan nak sentiasa berada dlm comfort zone...

Kujie said...

paling jelas , selalu nampak perempuan yang rasa tidak selamat dalam perhubungan akan berkepit dan cuba menguasai pasangan dia di tempat awam...

beratur beli makanan pun tergesel gesel tetapi lelaki tersebut menunjukkan bahasa badan yang sebalik.

blog-tips-kurus said...

wanita itu detail orangya. kadang2 suka berfikir yg bukan-bukan..

*saya ambil ikhtibar your last para.. :-)

One Hot Minute said...

Let's join One Hot Minute 2nd Contest, cute 2012 scheduler to be won! :)

http://onehotminutebybadidu.blogspot.com/

aki_san said...

aku ke nad dalam cerite diatas???lalalalala...haha

sal adyza said...

"Perempuan sentiasa mahukan keadaan yang tidak terjejas dalam melalui suatu perhubungan. Kalau tidak, kita boleh lihat perempuan itu bekerja keras untuk berpura-pura yang semuanya dalam keadaan baik dan menyembunyikan keadaan yang dia rasakan tidak selesa dan berunsur negatif.

Bila seorang perempuan itu merasakan bahawa dirinya tidak selamat dalam sesuatu perhubungan itu, antara yang mudah dikesan adalah dia akan mengelakkan melakukan perkara yang diperlukannya - keluar bersama, hubungan intim (jika sudah berumahtangga) dan menyalurkan ketegangan diri melalui gila buat sesuatu perkara lain - mengamuk, gila bekerja, terlampau mengambil berat, ataupun membeli belah dan sebagainya - sebagai satu laluan keluar agar dia akan melupakan tekanan rasa tidak selamat tersebut. Tetapi, dalam keadaan sedemikian juga, akibat tekanan terlampau - terlalu memikirkan sesuatu - ia akan menjejaskan kesihatan dan membawa akibat yang lebih buruk."

sorry sy quote ur words.. but this is exactly what I'm facing rite now. rasa tk selamat - tp si dia tk sedar dn tatau - elak kuar bersama, elak drp berjumpa, elak berborak melayan cite dn lawak bodoh si dia - sibukkn diri dgn keje, sibukkn diri g jenjalan shopping. semakin tertekan..

Kuchiki Rukia said...

isu ini ada dbincangkan dlm buku "men r from mars & women r from venus". memang perempuan ada rasa yang tidak selamat itu. kalau ikut pd penulisnya, perempuan ada "telaga" & lelaki ada "gua"nya sdiri. satu pkara yg menarik utk dkupas. ^_^