Tuesday, November 08, 2011

Cinta Itu Kejam Dan Penuh Sengsara?



Ada orang merungut cinta itu kejam.
Ada orang membentak dalam diam.
Ada orang memberontak dalam pekat malam.
Ada orang sedang memendam.

Kenapa mahu menuduh cinta kejam?
Kenapa mahu tahan diri dan mata dipejam?
Kenapa mahu menyatakan cinta itu membawa kepada dendam?
Bukankah kamu yang memulakan dan tiba-tiba mahu memadam?

http://farm3.static.flickr.com/2435/3727450137_606b8642ab.jpg
[Sumber gambar]

Ada seseorang yang melaungkan betapa cinta itu kejam padanya.
Cinta itu membawa sengsara.
Cinta itu bahkan hanya mengundang derita.
Cinta itu buatkan dia tidak kenal erti gembira.
Cinta itu hanya menjadikan dia sentiasa berduka.
Cinta itu entah apa-apa.

Tapi, pernahkah kau lihat apa punca?
Mengapa terjadi sedemikian rupa?
Mengapa perasaan yang suci itu bertukar hingga tiada istilah bahagia?
Mengapa hidup kamu tidak lagi ceria?
Mengapa tiada lagi segaris senyuman di muka?
Pernahkah kau bertanya?
Bukan pada orang lain, tapi ya, kau, manusia yang menuduh begitu pada dunia.

Setia.
Ada orang kata mereka penunggu paling berharga.
Ada orang kata mereka peneman paling bermakna.
Ada orang kata mereka pasangan paling bahagia.
Ada orang kata mereka manusia yang penuh cinta.

Boleh sahaja.
Itu hak kamu, anda.
Itu hak mereka.
Itu hak sesiapa.
Itu hak bersuara.

http://i27.tinypic.com/5x0phy.png
[Sumber gambar]

Bukankah setiap manusia berhak memilih hidup mereka?
Kalau kau rasa sakit, tinggalkan sahaja.
Kalau kau rasa pedih, kenapa kononnya mahu tunjuk setia?
Kalau kau rasa sedih, kenapa enggan mencari yang boleh bikin gembira?
Kalau kau rasa sengsara, kenapa mahu menunggu dan biarkan diri terseksa?
Kalau kau rasa celaka, kenapa tidak mahu lari dari neraka dunia?

Aneh tahu?
Walaupun sakit, kau terus menunggu.
Walaupun sengsara, kau rela dibambu.
Walaupun derita, kau tetap membisu.
Walaupun payah, kau tetap terima melulu.

Sebab kau takut lari dan merindu.
Sebab kau takut kehilangan dan dihina sebagai andartu.
Sebab kau takut kehilangan dan digelar 'lelaki kertu'
Sebab kau takut untuk memulakan sesuatu yang baru.
Sebab kau rela terima asalkan kau tidak tinggal satu.
Sebab kau yang mahu!

Ya, awak ada hak yang awak boleh laungkan dengan gempita.
Ya, awak ada hak untuk beritahu apa sahaja pada dunia.
Tapi, bukankah lebih baik awak pilih gembira?
Daripada mengusung ke sana ke mari derita?

http://farm5.static.flickr.com/4070/4424650502_8bb2128b96.jpg
[Sumber gambar] - Tanya diri anda soalan ini. Apakah jawapan paling jujur yang anda boleh beri?

Hidup anda, yang tahu hanya anda.
Jangan bazirkan dengan sesuatu yang tidak memberi makna.
Apakah mahu terus hidup dalam derita?
Buang segala perasaan gembira?
Tenggelam dalam derita.

Pilihan di tangan - silalah pilih sahaja.
Hidup anda, anda yang tentukan segala.
Semoga berjaya.

Nota Kaki :
Terima kasih buat yang sudi menulis pada aku. Maaf kalau aku balas tidak sepanjang mana ya? Aku berusaha untuk menulis kembali kepada kamu semua. Peluk sayang.

Zara : Jika seseorang tidak mempunyai masalah untuk meninggalkan kamu begitu sahaja tanpa peduli dan rasa bersalah, kamu juga sepatutnya tiada masalah untuk menukar segala kata kunci dan juga mangga serta selak hati, jiwa dan perasaan kamu.

9 comments:

Nurul Syuhada said...

bukan main nak bercinta lg..hehehe...

cik katak myra said...

cinta sebenarnya indah cukuplah dengan harapan yang berpadah.

aku adalah salah seorang ''mereka''yang menjadi penunggu paling berharga.

reenapple said...

cinta tu memang perit bila ia jatuh kepada orang yang salah. memberikan perasaan cinta kepada seseorang yang tak tahu menghargai langsung. Ah. aku pernah alami semua tu..=)

keep smiling girl.=D

Eyka said...

like like like :P

"Jika seseorang tidak mempunyai masalah untuk meninggalkan kamu begitu sahaja tanpa peduli dan rasa bersalah, kamu juga sepatutnya tiada masalah untuk menukar segala kata kunci dan juga mangga serta selak hati, jiwa dan perasaan kamu" ^^

tak pyh pkir ni..dunia dunia dunia..iskh iskh iskh..keh keh keh :P

kueh bakar said...

its not, im happy being sad, its, im happy, i know she being not sad..

adakala
cinta itu kejam dan penuh sengsara
adakala
cinta itu kejam dan penuh bahagia
adakala
cinta itu adil dan penuh sengsara
adakala
cinta itu adil dan penuh bahagia

cinta-wujud dalam semua kategori.

takky said...

selalu tanya soalan 2 pada diri...
" am i happy being sad?"
my answer is yes n no....
yes because it make people who we love happy...
no because we cannot face it forever...
itz hurt...

JunAina said...

cinta itu umpama ikan masak sweet sour, kekadang terasa masamnya tetiba pulak terasa manisnya tetapi bila makan still sedap juga...

ishiko said...

kita yang memulakan
kita yang menentukkan
walaupun aneh, kita tahu
pilihan dtgn kita

kebenaran yg semua tahu, tapi taksedar ^^

Agus kmbr said...

Cinta itu mkan ati.
Cnta yg tak sehati,cma membuat skt hati..

Tak kala dgn seekor brg merpati yg ingn terbang tggi,tpi tak sampai ditjuan lalu jath lgi.