Sunday, November 13, 2011

Hello Kekasih Lama.




Catatan Awal :
Maaf kepada yang menghantar pertanyaan di Formspring, Mukabuku ataupun surat elektronik jika aku menjawab dengan nada agak sarkastik. Secara jujurnya aku memang memberikan peribadi aku sendiri, dan kalau kamu tidak berpuas hati dan mengharapkan aku setuju dengan kamu walau entah bagaimana cara, maafkan aku, aku tidak mampu buat kamu gembira.

Perlu diingatkan, setiap pandangan yang aku berikan bukanlah menjurus kepada terus memberikan kamu penyelesaian, kerana aku faham, setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah. Aku biasanya akan bertanyakan kembali soalan yang berkaitan, supaya kamu mampu duduk sekejap dan berfikir apakah yang rasional dalam hidup ini.
Noktah.

[Sumber gambar] - Wii - Wii - Wii - Sebenarnya lebih kepada monyet tersebut punya senyuman.

Jadi, apa kaitan hujung minggu dan kekasih lama?
Lambakan pertanyaan yang aku terima adalah berkisar mengenai kekasih lama dan mahu kembali atau tidak kepada mereka. Pelbagai persoalan yang aku baca, terus terang aku berani menyatakan bahawa kalian yang bertanya itu mahu kembali bersama bukan? Masih terselit perasaan kasih sayang yang menebal dan apa lagi gelaran yang harus aku nyatakan agaknya. Jadi ia membawa kepada persoalan, apa sebenarnya yang kalian mahukan dalam hidup sebenarnya?

01 - Kekasih lama itu cinta pertama.
Kebanyakan orang membuat tanggapan bahawa cinta pertama itu akan kekal selamanya walaupun datang lagi cinta kedua, ketiga, keempat hingga seterusnya. Memori, detik kali pertama menjalinkan hubungan dengan manusia yang membuatkan hati berbunga selain keluarga dan teman rapat, adalah kehadiran si dia. Dengan mengabaikan usia, tidak salah kalau kamu mahu kembali kepada kekasih pertama (atau berapa sahaja bilangannya) - asalkan, kamu tahu kamu sudah buat keputusan yang tepat dan berpuas hati dengan pilihan sendiri.

C : Kekasih saya datang balik.
Z : Sudah tu?
C : Perlu ke saya balik dengan dia?
Z : Kenapa?
C : Dia cinta pertama saya.
Z : Jadi, sebab cinta pertama, awak nak balik semula? Sebab itu sahaja?
C : Kami masing-masing cinta pertama.
Z : Jadi?
C : Saya rasa saya patut terima dia kembali.
Z : Dia rasa?
C : Dia yang datang, mungkin dia rasa dia perlukan saya kembali juga.
Z : Oh, main rasa-rasa rupanya. Rasa apa eh? Manis? Pahit? Masam?


Terpulang pada kamu mahu buat keputusan.
Hidup kamu, kamu yang tentukan.

02 - Kekasih lama itu kata sudah menyesal.
Ada ke orang yang kembali semula, menagih kasih akan bangga dengan perbuatan dia meninggalkan kita suatu ketika dahulu? Kalau ada, sudah tentu ada cerita yang sungguh menarik disebaliknya. Bukan mudah untuk memutuskan perhubungan dua manusia, lebih-lebih lagi hubungan itu bukan sekadar kenalan langgar-bahu-tepi-jalan sahaja. Jadi, sekurang-kurangnya, mungkin akan ada rasa bersalah atas perbuatan dia suatu ketika dahulu.

C : Dia kata dia dah menyesal.
Z : Memanglah kesal kan?
C : Dia kata dia tak dapat hidup tanpa saya.
Z : Selama ini dia bagaikan zombi?
C : Bukan. Dia kata dia perlukan saya dalam hidup dia.
Z : Dan adakah awak perlukan dia juga?
C : Saya memang sentiasa cintakan dia.
Z : Jadi, awak buatlah keputusan sebaiknya.
C : Tapi, macam mana kalau dia buat hal semula?
Z : Awak tanggung akibatnya.

Dah kalau ditakdirkan dia kembali kepada perangai lama, anda perlu bersedia.
Sebab itu sudah dipesan agar berhati-hati dalam mahu buat keputusan.
Adakah terima kembali atas dasar simpati?
Atau sendiri yang mahu menjalinkan semula kasih abadi?

[Sumber gambar] - Kalau buat hal lagi, maksudnya dia sendiri cari mati. Mudahkan?

03 - Kekasih lama itu baik dengan keluarga.
Ah.
Ah.
Ah.
Ini yang selalu buatkan orang nanar dalam membuat keputusan bergeliga.

Dalam otaknya sudah tersantak tekanan keluarga.
Dalam benak fikirannya sudah terlintas bayangan ayah dan bonda.
Dalam mindanya sudah ada kebarangkalian kekasih lama diterima dengan tangan terbuka.
Hanya disebabkan keluarga, bukan sebab dia kembali cinta.
Itu dia takut bakal menimpa.

C : Dia datang balik.
Z : Kau nak dia balik ke?
C : Keluarga dia suka aku.
Z : Jadi?
C : Keluarga aku pun suka dia.
Z : Kau suka dia lagi ke tak?
C : Entah. Tapi, keluarga aku suka dia.
Z : Memanglah kalau bersama, keluarga pun turut riang gembira, tapi aku tak faham kau ni.
C : Entah.

Mahu bersama kembali disebabkan tidak mahu kedua-dua keluarga kecewa?
Terpulanglah.
Kamu buat keputusan sendiri dan aku hanya mampu harap kamu bahagia.

Tapi, kalau hanya disebabkan keluarga, dan hati kamu sudah tiada rasa, bagaimana?

04 - Kekasih lama itu sudah tinggalkan kekasih dia.
Sudah tentulah dia sudah tinggalkan kekasih dia yang selepas kamu, atau beberapa orang selepas kamu, ataupun dia yang ditinggalkan oleh mereka. Karma kadangkala sangat menyakitkan tahu? Bila ditinggalkan secara kejam, tidak mustahil dia akan ditinggalkan dengan lebih kejam dan sadis pula. Takdir masing-masing mana ada sesiapa yang tahu?

C : Dia dah tinggalkan kekasih dia.
Z : Sebab itu dia datang pada kau balik?
C : Tak. Dia kata itu kesilapan dia - jadi dia datang nak tebus semula.
Z : Oh, begitu.
C : Tapi, boleh ke aku nak terima dia semula?
Z : Kenapa cakap begitu?
C : Manalah tahu dia balik pada kekasih lama dia balik. 
Z : Ataupun dia ada kekasih baru pula kan?
C : Kau janganlah cakap begitu.
Z : Kau yang cakap kemungkinan. Heh.

Aku mungkin kejam.
Mungkinlah.
Tapi apa pun, buatlah keputusan yang terhebat dan terbaik dalam hidup kamu.

Nota Kaki :
Sebelum berpisah dan mungkin juga kekurangan penulisan disebabkan akan mula bertugas sebagai pengawas peperiksaan bermula pada 14 November, aku ingin mengucapkan selamat berjaya buat semua calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini. Buat yang terbaik.

http://farm7.static.flickr.com/6114/6338753889_e918f0a352.jpg
[Koleksi peribadi] - 11 November 2011

Kali pertama nota kaki ada gambar.
Heh.

Zara : Kalau kau tidak punya alasan untuk senyum sekalipun, pastikan bahawa kau mencari sebab untuk terus mengukir seulas senyuman berharga.


13 comments:

Akim Iqbal said...

errr

Anonymous said...

ceh.. sume pun suh fikir sendiri
tlg la bg clue utk buat keputusan tu.

Anonymous said...

ni bukan nasihat pon.. mmg la tgh fikir. sbb tu tny. hadoiilaaa

Eyka said...

gua takkan terima ex gua yang pertama sebab gua tak nak banana float twoo time...keh keh keh :P

gua tak suka jilat ludah gua balik dgn terima dy balik..what for? hahaha :P


"Kalau kau tidak punya alasan untuk senyum sekalipun, pastikan bahawa kau mencari sebab untuk terus mengukir seulas senyuman berharga":

untuk apa menerima dia sedangkan eyka dah mampu mengukir senyuman untuk mereka yang sayangkan eyka kan? :)

"And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all...lalalalala "

jar of heart sesuai untuk latar belakang entri ni kan? keh keh keh:)

naziyatul fatihah said...

orang cakap sudah ludah jilat kembali :D

kueh bakar said...

seorang perempuan ingat cinta terakhir.seorang lelaki tidak lupa cinta pertama..

TiMbAHiJaU said...

kalau dah pernah clash, tinggalkan saja kenangan tu. bina kenangan yang lain. yelahkan, moga kenangan yang baru tu lebih bermakna, kan? keh keh keh :) sekalipun cinta pertama tu susah nak dilupakan.eh apakah??haha.aku pun tak paham..

setuju dengan eyka :)

p/s: tak pernah komen kat blog kamu :) selama ni silent readers je ^.^

missina said...

rasanya kesimpulan kat atas tu,,jgn sekali-kali terima ex semula,,baik cari yg baru dan lakar kenangan yg baru,,habih cita,,,setiap manusia berbeza2,,

whitelover said...

hello kekasih baru.

atieka erfyana said...

suda follow kmu...follow sy gak

NuR 'aQiLaH said...

#sedang merasai

dia yg ludah, dia yg jilat balik..
wat de......?

manusia,
kadang kadang cakap ikot nafsu,
tak guna akal..

ada jodoh, tak kemana kan?

Benjy said...

Fuhhh ! banyak sebab rupanya kenapa kekasih lama datang balik .. dan soal jawab tu best betul sebab ramai yang akan berhadapan dengan FAQ tu ... so bagi yang dalam delema ni b3njy syorkan baca entri ni ... dan ia akan membuat anda berfikir kembali ... nak terima ke tidak .. (menyeboklah kau ni B3njy ... suka hati orang lah ... yang kau nak campur pasal apa ? a'a ?)

norashikin meseri said...

Kembali pd kekasih lama sama mcm baca buku yg berulang kali, sdangkan kita dah tahu pengakhiran dia macamana.