Tuesday, November 01, 2011

Perlukah Kembali Bersama Selepas Berpisah?




Jawapan mudah - terpulang.
Ya, terpulang pada diri sendiri.
Pendapat orang kadangkala boleh diminta tetapi yang melaluinya adalah kamu. Siapalah aku untuk memberikan pandangan memandangkan aku tidak mengerti situasi bagaimana perpisahan antara kamu berlaku. Bagaimana kasih yang dikatakan dibina atas dasar cinta, kasih sayang dan segala benda manis mengalahkan gula boleh putus begitu sahaja dengan satu salah faham yang mudah untuk diselesaikan sebenarnya. Ya, benda itu nampak mudah bagi aku tetapi bila ia terjadi kepada kamu, ia mungkin sesuatu yang dipandang berat.

Apalah penilaian aku sebagai orang luar bukan?
Dan ya, aku boleh berikan pandangan peribadi, tetapi kalau kamu menekan aku dengan ayat - "saya mencari orang yang dapat meyakinkan saya untuk kembali bersama dia" - apa yang kamu mahukan sebenarnya? Kamu cuma perlukan alasan untuk kembali pada dia? Jadi, kalau kembali bersama, adakah ayat seterusnya akan begini - "Aku ada tanya Lord Zara, dia pun kata wajar bersama semula". Sungguh tahi kalau dapat ayat sedemikian rupa. Jangan babitkan aku dan kemudian bila semuanya tidak menjadi, ayat berikut mungkin keluar - "Salah Lord Zara ni". Lagilah tahi kuasa dua tahu?

http://farm3.static.flickr.com/2589/3686678252_8c31357f53.jpg
[Sumber gambar]

Setiap orang melakukan kesilapan.
Setiap orang melakukan kesalahan.
Setiap orang melakukan kecuaian.
Bergantung kepada siapa yang mahu memaafkan.

Awak.
Adakah awak tahu apa natijah kalau kembali bersama?
Adakah kasih sayang akan kembali bertaut mesra?
Adakah cinta itu masih cinta yang sama?
Adakah masih boleh bersatu dan melupakan kisah lama?

Awak.
Adakah dengan kembali awak mampu gembira?
Adakah dengan kembali awak akan nikmati bahagia?
Adakah dengan kembali awak akan hidup dengan ceria?

Awak.
Kembali bersama dan derita?
Kembali bersama dan mengusung sengsara?
Kembali bersama dan sentiasa berduka?
Kembali bersama dan dihantui kisah silam penuh celaka?
Kembali bersama dan tangisan itu peneman setia?

Awak.
Tidak mustahil untuk kembali bersama.
Ada sahaja orang yang mampu bahagia.
Ada sahaja orang yang lebih gembira.
Ada sahaja orang yang boleh melupakan kisah lama.
Ada sahaja orang yang mempunyai kisah hidup ceria.
Penuh dengan warna suka.

Awak.
Tetapi tidak semua orang sama.
Ada sahaja orang yang menderita.
Ada sahaja orang yang sentiasa berduka.
Ada sahaja orang yang sengsara.
Ada sahaja orang yang memaki diri, bodoh sebab kembali celaka.

http://farm3.static.flickr.com/2674/3684690381_bde70f1d89.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kalau masih punya rasa cinta antara kalian berdua - silakan.
Kalau masih punya rasa kasih antara kalian berdua - tautkan.
Kalau masih punya rasa saling memerlukan - teruskan.
Kalau masih punya rasa lebih dari sekadar kawan - jalinkan.
Kalau tiada halangan, kembalilah bersama dan teruskan hidup kalian.

Awak.
Tapi ada amaran.
Kalau mahu kembali untuk membalas dendam - lupakan.
Kalau mahu kembali untuk membayar  segala kesakitan - hindarkan.
Kalau mahu kembali untuk memusnahkan - jauhkan.
Kalau mahu kembali untuk menghitung kejahatan - tinggalkan.

Awak.
Hidup kita, kita yang tentukan.
Hidup kita, kita punya pilihan.
Jadi sekarang fikir apa yang awak mahukan.

Awak.
Saya sudah sediakan segala kemungkinan.
Tolong jangan salahkan saya di akhir perjalanan.
Tolong jangan salahkan saya jika awak salah buat perhitungan.
Tolong jangan salahkan saya jika awak salah buat keputusan.
Sebab awak yang perlu tentukan sama ada awak mahukan dia atau tidak bukan?

Nota Kaki :
Terima kasih atas beberapa pesanan itu tuan. Saya mahu kembali beraksi atas pentas kehidupan yang memberikan kepuasan.

Zara : Senyum sahaja.

19 comments:

norinaomar said...

saya tak mampu nak berkawan semula dengan bekas kekasih saya.
saya tak sekuat itu.Dan saya tak mahu.

Tapi ada yang boleh menjadi lebih rapat daripada sebelum ni.Balik kepada ayat kamu,terpulang.

Cik Kamoo said...

saya suka entry ini. kadang2 kita punya sbb tersendiri utk kembali bersama.


Jodoh ketentuan Dia, kita tidak tahu apa yang Dia caturkan utk hambaNya. Kalau sudah jodoh tak ke mana bukan???

ciksyieda said...

tak mampu lagi rasenya.. sakit tu masih ada..

..robustness.. said...

betul tu, hidup kita kita yang tentukan..tapikan zara, selalunya mesti akan dipengaruhi dgn sekeliling~

Fieza Areyza said...

setiap orang berhak diberi peluang kedua. :D

*sedang menunggu peluang ke2 itu huhu

Munna said...

tgk sebab juga knp kita bpisah...then baru nilai semula patut ke bersama semula

khaizarien said...

yeah...terpulang. dan jawapan aku untuk itu,

aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku

oshinz said...

suka gila pesanan diatas ni sis!!! layout baru. terbaik!!

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

kn bgus klu sumanya b'akhr dgn kbgiaan..tnpa adanya sakit ht..
yg cuma ada ksih syg ;)

sgt sukaa pnulisan d ats..sy sdh ada jwpnnya ;)

TheBentPencil said...

well, for me it depends.

lagipun dalam terfaktab, kita banyak tulis pasal Ex ni.

NamaNami ambil pendapat bahawa jangan sekali-kali kembali pada ex. saya pula siap buat entri CARA kembali kepada ex. kahkah!

adik-adik kalau rajin pi la cari entri tu. kihkih

hafizah said...

TQ sis Zara for giving me your opinions..

reenapple said...

kalao saya.. saya akan cakap tak.. biarpom still ada sekelumt perasaan tue.. but still No..=)

Mira Marcello said...

macam dalam situasi mira sekarang. dia datang balik bila mira tengah bahagia. tapi, sorry tak dapat terima balik macam dulu. past is past :)

suarasepi said...

Asalam

izizn singgah,menarik entry

-syira- said...

tgh alami situasi mcm dlm entri nie..:)

mohd aizuddin said...

saya harap dia akan kembali selepas dia belajar atas ap yang dia minta... x semua lelaki blh tahan dgn perangai emo dia..for sure!!

Anonymous said...

kenapa logo MU -.-

Anonymous said...

saya masih sayang awak dayat walaupun dah 6 tahun kita putus. walaupun awak tak pernah cuba hubungi saya, tapi hati saya rasa awak masih sayangkan saya. bodohkah saya menanti awak?

Revorepublic said...

Kalau dh 6 tahun tu, rasanya terlalu lama dah tu. Tambahan pula si dia langsung tak hubungi. Ketidakadilan terlalu signifikan di situ. Eloklah berpijak di bumi nyata daripada bertepuk sebelah tangan. Bagi peluang pd diri sendiri dan org lain utk membuktikan cinta dan sayang sebenar. Itu lebih baik dari menunggu sesuatu yg tak pasti. 6 tahun terlalu lama utk sebuah penantian. Teruskan kehidupan dgn lembaran baru. Jgn terlalu dibuai masa lalu.