Monday, November 28, 2011

Porno Dan Senggama : Tabu Masyarakat Kita?




“Dalam masyarakat kita, apa yang tidak dilihat sebagai tabu oleh mata yang gemar menjeling, bibir yang kerap menjuih, ataupun mulut yang galak menghina?”
   
    
Lawak melihat ada orang menyalak tidak tentu hala melihat sesuatu yang tidak ada kena mengena. Seperti pernah digariskan sebelum ini, banyak benda yang boleh disentuh di dunia ini - hatta anjing dan khinzir dalam menghina orang lain, sebab itu terpulang pada kau sendiri yang akan dihitung pahala dan dosa. Ah, masyarakat kita masih tipikal dan tidak berfikiran terbuka.

“Sayang”

“Artikel apa yang awak tulis ni?”
 
“Oh, tentang masyarakat yang sering menjatuhkan hukuman pada orang lain. Kalau itu kesalahan orang itu, habis dia nak kaitkan dengan mak bapak, datuk nenek segala. Kalau boleh nak bongkar salah silah keturunan, mana tahu lanun di Laut China Selatan agaknya”
 
“Kali ini tentang apa?”
 
“Ala, pasal seks bebas. Benda biasa senggama ni kan?”
 
“Senggama itukan aktiviti manusia. Nak lepaskan ketegangan”
 
“Itulah. Tapi kali ini diperbesarkan macam apa dalam media.”
 
“Kenapa?”
 
“Masyarakat kita kan? Bila orang tua ditangkap bersenggama macam kuda dengan pucuk muda, mana tak orang kecoh?”
 
“Ala, masyarakat kita masih tengok umur segala. Entah apa-apa”
 
“Lagi pula, orang tua itu siak surau, memanglah orang pusing bagi sensasi cerita”
 
“Siak je pun”

Perempuan menggeliat. Lelaki pagung kepala. Tangan diletakkan di bahu terdedah. Elus lembut, jelling jam atas meja,  malam panjang sudah mahu berakhir. Malam Jumaat isi dengan benda berfaedah bagi  gembira bersama. Lelaki tolak perempuan ke tepi, bangun berdiri dengan segalanya berdiri juga.

“Sayang”
 
“Nak kena bersiap, maaflah”
 
“Baik. Jumpa lagi nanti”

Nota duit diletakkan atas meja. Lelaki sarung jubah dan pakai serban. Uban yang penuh di kepala ditutup kemas. Hotel murah busuk ditinggalkan dan atur langkah ke bangunan selang beberapa langkah. Udara pagi menusuk hidung yang mula merah. Jangan bersin sudahlah.

“Awal pagi ni Pak Imam?”
 
“Bangun awal, bang”

[Sumber gambar]

Selingan : Cerita pendek sepanjang 299 patah perkataan ini aku tulis untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Fixi. Alhamdulillah, telah meraih salah satu hadiah yang merupakan novel TABU itu sendiri. Novel itu belum dilancarkan lagi (khabarnya dalam masa terdekat). Nanti kalau aku dah dapat, aku akan buat ulasan macam biasa. Oh, juri tunggal adalah Redza Minhat

Komen hakim tunggal Redza Minhat: "Overall, albeit disturbing as expected (especially on a Saturday), most were clever and refreshing. Had a hard time finding the best 3. In the end I settled with animal cruelty, Imam porn and outright porn."

Untuk melihat senarai pemenang, sila baca di sini.


*******

Nota Kaki :
1. Cuti umum dan aku masih bekerja.
2. Kesihatan sedikit terjejas.
3. Emosi kurang stabil dan dilepaskan perlahan dengan memasak.

Zara : Senyum melihat matahari pagi. Banyak benda yang aku pelajari dengan hanya melihat langit dan matahari yang mencarah.

12 comments:

PointBlankShot said...

terhidu sisi sinikal di awal cerita.

diakhiri dengan ironi.

imam porn eh? kehkehkeh

Miss Dolce and Gabbana said...

Congrats sebab tercalon.Oh ya Zara jaga diri juga.Kesihatan itu kena jaga.Alam adalah guru yang terbaik untuk mengajar kita tentang erti hidup bukan? =)

Eyka said...

memang byk org hipokrit kat dunia ni..termasuk eyka..-.-

Panglima Muda said...

salam... imam tua oun ada nafsu jugak..kata orang masih berselera..manakala kaum hawa dijadikan untuk apa ?

hitamanis said...

aku msih blur. senggama tuh mnede?

izzad b* said...

imam gone wild? =.=

Aujinz said...

Owh, sinikal dan pedas.. hahahaha..

ahsfantasy24 said...

Aigooo..
btw, slamat bkerja!! :)


Eh?

1. Kau nak salahkan siapa bila dia curang?
2. Kau nak salahkan siapa bila dia tak ikhlas?

DanieL AdiE said...

Hipokrit memang merata-rata...

Keikhlasan sangat penting sebenarnye.

Zaira Fadzil said...

dashing writings!

molliesa said...

hebat!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ngeri dengan dunia zaman skrg-,-