Wednesday, November 23, 2011

#WW15 : Sebab Awak Impian Dia.



Dalam diam sebenarnya dia memendam rasa.
Awak menoleh ke belakang dan dia sentiasa ada.
Awak mengiring ke tepi dan dia masih mengikuti dengan bersahaja.
Awak berkalih tempat dia masih sempat ketawa.
Awak tertanya-tanya.
Kenapa dia masih tetap terus mengekori setia?

Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah dunia.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah teman mencipta bahagia.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah pasangan yang dia damba.
Awak mungkin tidak mengerti bahawa pada dia, awaklah sebahagian cita-cita.
Awak mungkin tidak mengerti apa-apa.

Awak adalah impian dia.
Yang dia akan kejar sampai bila-bila.
Dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

(Shafaza Zara Syed Yusof, 23 November 2011)

http://26.media.tumblr.com/tumblr_lap57cycHX1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Untuk membaca siri "Awak Dan Dia : Kisah Jiwa" ini bolehlah tekan sini.


Nota Kaki : 
Awak mungkin tidak sedar dia sedang menunggu awak lagi. Tiada sekelumit perasaan kasihan?

Zara : Satu benda yang aku sedari sejak kebelakangan ini adalah senyuman boleh direnggut bila-bila masa oleh orang yang sama walaupun aku cuba nafikan yang itu adalah dari kelemahan manusia. Anehnya, aku masih paksa diri untuk sama-sama ketawa bagai semuanya baik sahaja.


7 comments:

Ms. Anne said...

Walau dia xmenyedarinya@ sedar sekalipun... dia tetp membisu; walaupun... seketika lalu... aku n dia meciota bhgia yg kini durenggut olehnya.

terkapai2 aku seirangan dkm impian yg telah musnah

frogprincesz said...

luv ur words....but zara..i was just wondering...
sampai bilakah bila-bila tu?
adakah sampai mati?
atau
adakah sampai jumpe yang lain?

reenapple said...

follow your dreams...=)

uchica said...

yup..senyuman boleh diremggut bila2 masa oleh org yg sama wlpn 2 mmg kelemahan manusia...tapi kita masih mampu bertahan sebabnya utk elak rasa sakit sendiri...aneh bukan??

s u a r a h e a R t y said...

as usual , AWESOME !

kueh bakar said...

bila orang menunggu
dengan setia
dengan lama
orang yang ditunggu
pasti tertanya-tanya
sampai bila setia?

bila orang menunggu
dengan setia
dengan lama
tidak lagi menunggu
orang yang ditunggu
pasti merindui
tidak lagikah dia menunggu setia?

Eyka said...

gua suke ayat 2..hide the sadness with the smile..senyum tak perlu kata apa apa..senyum :)