Thursday, December 29, 2011

#01 : Ini Cerita Seorang Perempuan.



Salam semua.
Hari ini bercadang menulis secara santai. Terlampau banyak benda yang aku tulis tentang manusia sehingga aku sendiri tidak mengerti - apakah aku seorang manusia ataupun bukan. Heh. Bila tengok orang lain boleh menulis tentang benda yang tidak diambil kira gaya bahasa, ejaan dan juga benda lain yang perlu dipastikan dalam penulisan, aku kadangkala cemburu juga. Cemburu dalam erti kata, mereka menulis dengan bebas tanpa perlu berfikir banyak (mungkin). Ejaan pelik dan agak memeningkan serta warna yang berkelipan sudah terlampau banyak hingga aku memilih untuk jadi manusia yang mudah sahaja. Ringkas. 

01 - Dulu aku pernah juga menulis dengan gaya sebegitu. Tulis apa aku mahu, bahasa yang aku suka (bahasa pertuturan kedua) - letak gambar sendiri, letak gambar makanan, berkongsi apa aku buat seharian. Cuma sesetengah orang rasakan aku terlampau hodoh untuk berbuat demikian. Benda itu, repekan gila, semua ditinggalkan di blog bahasa kedua. Sudah terlampau lama tidak menulis di situ.

http://farm7.staticflickr.com/6016/5991051426_40aece24b2.jpg
[Sumber gambar]

02 - Sejak kebelakangan ini, entah disebabkan faktor usia atau kerjaya (eh), aku mula lihat sesetengah benda agak menyesakkan dada. Ejaan ala rempit serta perasan comel dengan lambakan W sebagai contohnya adalah sesuatu yang sehingga kini aku tak boleh terima. Panggil aku Nazi Tatabahasa (baca : Grammar Nazi) sekalipun, aku tidak marah sebab otak aku tidak boleh hadam tulisan yang memualkan. Ternyata, benda yang paling aku takuti muncul tahun depan. Berhadapan dengan bahasa dan mengajar bahasa, tapi biasanya di sekolah orang tidak akan menulis ala rempit begitu kan?

Mungkinlah.

03 - Dalam bulan dua atau tiga tahun depan, aku akan jadi satu-satunya guru perempuan bujang di sekolah. Jadi, benda begini haruslah mempunyai perisai yang kuat sebenarnya.  Aku rasa orang di sekolah aku tidak ada masalah, cuma manusia lain yang risau tidak bertempat. Dengan mulut-mulut bertintakan iblis di merata tempat (hingga ke majlis pengkebumian sekalipun), aku cuma berharap kesabaran aku akan bertambah tinggi, tidak termasuk ketinggian yang ternyata sia-sia sebab aku tidak tinggi mana pun. Seratus limapuluh lima sahaja. Bila orang kata anak dia sampai empat orang lelaki menunggu dan terpaksa pilih yang terbaik daripada empat, aku cuma boleh senyum dan ucap tahniah sahaja. Aku? Nantilah kalau tiba masa, aku cuma mahukan seorang sahaja. Tidak perlu sampai empat lima orang beratur mahukan aku. Ah, ajaib oh kalau benda begitu berlaku.

04 - Perkahwinan benda yang mulia. Benda yang menarik bila bersama dengan orang yang kita suka, yang kita sayangi sepenuh hati selain ibu bapa dan keluarga. Tahun dua ribu sebelas bakal berakhir dan aku masih lagi selesa dengan status bujang yang aku tanda setiap kali mengisi borang. Benda itu pada aku, rahsia Allah. Sekuat mana pun aku berusaha, tapi Allah belum mahu beri, aku terima sahaja. Jadi bila ramai yang mahu jadi Tuhan ataupun wakil Tuhan dengan menghukum aku sewenangnya kerana belum berumah tangga, aku jujurnya mahu ketawa. Nah, kalau betul hebat, tolong datangkan aku seorang lelaki yang melamar aku menjadi isteri dan dia sebagai suami. Kalau tidak boleh buat demikian, aku mohon undur ke belakang, dan doakan aku dari jauh sudah cukup - daripada menghentam aku sesuka hati dengan gelaran anak dara tua. Ah, kalau umur dua puluh empat tahun digelar anak dara tua, bagaimana yang umur lebih banyak dari aku?

http://farm7.staticflickr.com/6126/5983106910_73a89d4c3a.jpg
[Sumber gambar]

05 - Seorang perempuan yang banyak kelemahan. Seorang perempuan yang banyak buat kesilapan dan hanya tahu duduk diam memperbanyakkan tulisan. Mak tidak gemar tapi aku tetap teruskan minat. Mungkin disebabkan bila aku menulis, maka aku tidak keluar seperti anak gadis lain yang kalau bosan akan keluar merayau. Entah. Mungkin sebab dunia aku hanya ada beberapa tempat yang aku tuju, maka aku lebih suka pada kawasan selamat aku sahaja. Keluar bila perlu, bila ada yang mendesak. Kalau tidak, aku hidup dengan dunia aku sahaja. Lebih enak.

Nah.
Ini cerita seorang perempuan.
Seorang perempuan yang tidak kenal erti kesunyian.
Seorang perempuan yang menolak erti keseorangan.
Seorang perempuan yang benci makna kesepiaan.
Seorang perempuan yang enggan terjerumus ke lembah kehinaan.
Ya, ini dia ceritera seorang perempuan.

Nota Kaki :
Perbualan waktu senggang dengan sepupu dan makcik tadi buat aku ketawa besar dengan betapa kami sudah membesar sehingga tahap yang buatkan ramai orang rasa tercabar. 

Zara : Aku senang dengan cara aku, dengan hidup aku dan jadi leteran Emak Puan Mulia yang aku suka. Aku masih enggan tinggalkan ruang ini dengan senang hati. Banyak lagi yang aku mahu beri. Belum puas lagi aku berbakti.


22 comments:

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

ayat yg last tu..sgt sukaaa!!!

#banyak benda lg perlu d kejar.. :) as sbg sorg stdnt.. meraih kejayaan itu penting ^^ bondaa, tggu segulung ijazah bt kamu :)

Honey Kumicky said...

kadang2 manusia terlalu cepat menghukum bila melihat sesuatu yg x kena pada matanya..bersabarlah kerana ALLAH SWT sentiasa bersama insan yg sabar...

ungulavender said...

orang memang suka berkata-kata.. umur 24 tahun tu masih lagi belum boleh dipanggil andartu.. mungkin faktor sudah bekerja, kahwin menjadi isu.. takpe lah.. pedulikan kata orang, mereka bukan Tuhan.. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. semoga mendapat jodoh yang terbaik.. =)

budak kecik said...

kak lord zara.. percaya la. di luar sana ada yg sedang mengintai akak dari jauh. sape tahu, mungkin ada seseorang di luar sana yg suka dgn gaya penulisan akak. oh, itu bukan prkara mustahil bukan :)

teruskan berdoa akak. pedulikan mulut2 berpuaka itu. asalkan hidup kita tenang, dan pastikan perut kita diisi dgn makanan yg berkhasiat dan enak2 *eh, ade kena mengena ke? huahua*

Allah Maha Mengetahui. wallahualam...

aisyah said...

suka ayt anda...situasi hmpir sama jd sama2 bpgng pd tkdir Allah :)
nk mngis bc, blh x?..

Fieda said...

...peduli apa org kata, buat apa yang kita suka selagi ia tak melanggar batas manusia dan agama...:)

teruskan berkarya....adakalanya kita memerlukan tempat mencurahkan rasa...

ishiko said...

masih mudaa...

masih jauh dan luas terbentang lagi perjalanan hidup ni kak ^^,

~NSFH~ said...

:) masih tak puas lagi memberi kepada dunia untuk ke sana. nanti mati tak tahu nak jawab apa.

suka baca setiap ayat-ayat cikgu zara
terima kasih

Sofia Vy Nin said...

Pedulikan apa yang orang lain kata, kan Zara? :)

chEntA said...

suka bce tulisan akak..teratur dan sgt kemas susunan ayatnya..^_^
saya kagum..hehehe..
suara-suara org ttg jdoh tu memag tak boleh nak tutup..hope,akk sabar je dan dlm usia 2thn sbnrnya..akak tak tua pun..masih muda..hehehe..
all da best utk akak1
^_^

MR. SYAH said...

hidup ni complicatedkan cikgu.. tapi itulah yang mengindahkan lagi hidup kita.. selama berjuang cikgu.. best apa sorang cikgu single kat sekolah.. lebih mendapat perhatian dari anak murid..

ahsfantasy24 said...

Persetakan semua yang orang kata,
dalam hidup kita, mereka hanya meneka,
bukannya merasa apa yang seadanya kita..


Latest Post:
1. Dulu takut hantu, sekarang takut yang lain pula.
2. Bila dia terlalu mengongkong.

agen xamthone plus tangerang said...

walahualam......allah mempunya sifat ilmun "maha mengetahui"

cik fiza said...

salam singgah :)

selamat menempuh 2012 yg lebih mencabar..

saya terinspirasi dgn jawapan sis berkenaan jodoh dan perkahwinan.. saya suka... :)

reenapple said...

takpe kita bujang sama-sama... hope kak zara akan jumpa jugak mr.right.. ceewah..=)

teruskan berbakti...saya kagumi anda..=)

ayie said...

btol33

cahya indah said...

emm..anak siapa yang sampai 4 orang tunggu tu? agak annoying la kan. habis nanti kalau suddenly salah pilih..and something happens? nak mengaku ke? anak saya salah pilih walaupun there were many choices. haha. yang tu je yang sentap sikit.

zennaya said...

Usah hiraukan kata-kata orang Zara. Dalam family saya,saya 28 thn next year,kakak saya 36,kakak sepupu 42 we all still single and an available. Kalau nak fikir cakap-cakap orang boleh jadi gila. Yang penting kita hidup,kita tak mintak duit orang,kita tak buat perkara yang melampaui agama dan batas,tak buat kesalahan undang-undang. Kami percaya jodoh tu ada utk kami,bila? Hanya Allah saja yg tau. Bg saya Zara masih muda,baru 24. Tgh single mingle ni,kita enjoy sepuasnya. Kami pekakkan telinga,klu ada org sindir ttg status kami. Klu ade kwn perempuan yg dh kawen sindir kami,kami ckp aje "I tunggu hubby you pinang I ni" terus depa terdiam. Taktik ni berkesan. Tryla buat,sure depa x berani nk tanya

mia.kasutmerah said...

05- serupa.

Sara Ali said...

org tanya mungkin sudah berpunya...
yang tak di tanya mungkin x berpunya...

seperti aku....
gagal dalam percintaan...
belum di kahwini..
sudah di madukan...

tidak ku sangka,
masih ade perempuan sebgini.
menjadi org ketiga,
mengaku diri org kedua.

melamar org....
mngkin sebab terpaksa...

arr.....ingin sahaja aku lari dan terus berlari tanpa henti....

DiNa-DiaNa said...

tersentu kerana ada cara penulisan saya yang syok sendiri...

tapi saya takde bakat macam kamu..

setuju dengan ungkapan, jika berumur 24 telah diistiharkan anak dara tua..bagaimana yg lebih berumur??

biarkan manusia lain mengungkapkan kata..kerana jodoh itu rahsia ALLAH..dan kita tak mampu menduganya...

thanks, zara...=)

Safinatunnajah Ahmadi said...

Salam...

Saya juga setuju dengan ungkapan Zara,

"jika berumur 24 telah diistiharkan anak dara tua..bagaimana yg lebih berumur??"

Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi ni. Jodoh dalam pengetahuan Allah. Siapa pun tak tahu.

Saya sendiri hanya bertemu jodoh di usia 32 tahun. Sebelum itu byayak dipertemukan dengan insan bernama lelaki..tapi Allah Maha Mengetahui..mereka bukan untuk saya.

Alhamdulillah..saya dan suami dipertemukan...dalam tempoh yg amat2 singkat..Allah merahmati kami dengan ikatan suci ini. Saya bertemu dengan seorang suami yang menjadi IMAM buat saya dan keluarga kami.

Zara...jangan terkesan dengan semua cakap2 orang. Jangan berputus asa. Allah mendengar DOA kita.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin...