Wednesday, December 07, 2011

Awak, Kisah Cinta Setiap Orang Berbeza



Awak.
Sudah masa untuk buka mata.
Awak dan dia patut duduk bincang bersama.
Apakah kebaikan dalam meneruskan hubungan bersama?
Apakah dengan berpura tabah dapat selesaikan segala?
Apakah senyuman dan lakonan sudah tidak bermakna?
Demi kasih sayang yang masih tersisa.

Awak.
Kisah jiwa penuh suka duka.
Terkadang awak melebihkan keluarga, dia boleh terima.
Lagipun, itu tanggungjawab yang sangat berharga.
Bahkan dia sememangnya bangga.
Sebab awak mampu buat semua.
Sehingga awak buang dia.
Ah, dia bagaikan mahu gila.

http://farm4.staticflickr.com/3262/3152941018_25bfff43ed.jpg
[Sumber gambar]


Awak.
Kisah jiwa penuh cerita.
Awak melebihkan kawan daripada dia.
Ada majlis penting, kepentingan dia awak terlupa.
Padahal itu majlis yang bakal menyatukan awak dan dia serta melibatkan keluarga.
Anehnya awak tidak rasa apa-apa.
Sekadar suruh dia redha sahaja.
Ah, dia sudah nanar bagai putus nyawa.

Awak.
Kisah cinta setiap orang berbeza.
Dia sedar itu semua.
Dia tunggu awak setiap hari untuk luang masa.
Tapi awak tidak muncul seperti yang awak sudah pasang kata.
Awak keluar dengan orang lain silih berganti bagai tukar celana.
Awak kata itu semua kawan sahaja.
Tapi awak mainkan peranan menggoda.
Dia risau, apakah layanan yang seorang kawan patut terima?
Hatta dia sebagai kekasih tidak merasa.

Awak.
Kisah semua orang tidak sama.
Awak jadikan dia sebagai medan tunjuk tenaga.
Tersilap sedikit, dia sudah jadi mangsa.
Tangan awak hayun bagaikan mahu menggoncang dunia.
Tunjuk lagak hanya untuk pastikan dia akur tanpa suara.
Dia mengangguk diam dan ikut semata.
Katanya dia tetap cinta.
Katanya dia tetap suka.
Sebab awak nyatakan itu semua tanda awak tidak hipokrit atau berpura.
Awak jadi diri sendiri, tapi serupa celaka.
Apa manusia tiada harga?

http://farm4.staticflickr.com/3081/3128900150_8834f4730e.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Hanya sebab dia tidak berpelajaran tinggi, awak pandang sebelah mata.
Awak kata perbelanjaan entah mampu tidak dia menyara.
Awak kononnya mahu dia sambung belajar demi bahagia.
Tapi awak gunakan itu sebagai alasan untuk lari dari dia.
Dengan kenyataan bahawa mahu menunggu dia lama.
Dan bila habis belajar, entah bila mahu bekerja.
Ah awak, hebatkah sangat diri awak sebagai manusia?

Awak.
Kenapa mahu cepat sangat terasa?
Tidak bolehkah awak buka hati dan anggap itu gurauan sahaja?
Dia sebenarnya mahu bermanja.
Mahu tarik perhatian agar awak lihat dia.
Tapi awak anggap sebaliknya.
Awak membentak dan mahu rahsia segala.
Mana janji awak pada dia mahu berkongsi rasa?
Hanya disebabkan dia penat dan tidak faham cerita?
Awak buang dia bagaikan tidak berharga.
Jadi mana kebaikan sebelum ini yang dia mendengar setia?
Hilang dan sirna?

http://farm4.staticflickr.com/3287/3083127170_764a07f399.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kisah semua orang memang tidak serupa.
Terpulang pada awak dan dia.
Bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam mencari bahagia.
Moga jalan yang dirancang penuh gembira.
Moga tercapai apa yang awak dan dia mahu bina.

Nota Kaki :
10 Disember ini. Ayuh meriahkan Uya Distro Subang Jaya SS15 sempena pelancaran 5 buah buku termasuk buku tulisan dua skuad Terfaktab iaitu Brader Leplep dan Lord Zara. Skuad Terfaktab yang lain turut akan berada di sana. Oh, ya. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan band Pretty Ugly, The Alif dan Aifaa Rizwan. Jumpa di sana ya! - Terfaktab

Zara : Orang mencuri hasil kerja aku lagi. Aku bukanlah manusia yang kedekut tidak mahu berkongsi, tapi alangkah baiknya kalau meminjam dan berkongsi dengan meletakkan pautan kembali kepada apa yang kamu ambil. Bukan sedut nikmat dan katakan itu kamu punya dan gembira bila ada orang lain puji. Tidak mengapa, kamu tunggu sahaja tindakan undang-undang nanti ya? :)

12 comments:

reenapple said...

cinta tu buta...

oshinz said...

pretty ugly???!!! wah.. rindu sama itu band.

@YUNID@TI said...

sedih... but suke bace...

naziyatul fatihah said...

terasa dekat dengan jalan cerita :)

cahayaharumankasturi said...

masa periksa sekolah, meniru.
masa bekerja, hasil kerja ditiru dan diciplak.

memang peniru profesional. teringat buku bogel menuju tuhan.

keep it up lord zara. teruskan menulis dari hati. :)

may Allah bless

fiey zara malaiqa said...

10.dec
macam menarik..teringin nak kenal kak zara :)

nomo said...

Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui..moga dipermudahkan smuanya.. :)

Zaidatul Aisyah said...

cinta tu kdg2 mcm main ragbi... mule sume nk kejar.. dpt kat sorg.. yg sorg peluk..jge elok2... tuk smpai kat garis die..lalu.. goal!!! kalau bernasib baik.. apape pun kene kuat.

Zaidatul Aisyah said...
This comment has been removed by the author.
~Dr.CiNta~ said...

saya dan awak :) hehe

Hizma Razliati said...

sungguh mendalam maksud yang tersirat dan terletak :) keep on writting.
Love to read

Terbang Bersamaku said...

sedih saya baca..kadang2 sebba kt sygkn & cintakan seseorg kt sanggup tutup mata, apa saja salhnya dia smeuanya betul saja di mata kt..