Sunday, December 18, 2011

Awak, Mahu Kekasih Lama Semula?



Awak.
Adakah awak sedang membunuh dia dalam diam?
Sakit yang dia rasakan bagaikan mahu pitam.
Makin lama, makin menimbun apa yang dia pendam.
Perasaan yang menghimpit sudah tidak kira siang atau malam.
Dia cuba usir rasa dendam.
Agar tiada nyawa yang padam.

Awak.
Dia sudah begitu setia.
Segala apa yang perlu dibuat dalam hubungan bertahan, dia rela.
Cuma dia harap pengorbanan dia tidak sia-sia.
Pada awak yang dia cinta.
Bukan pengkhianatan yang dia minta.

Awak.
Sang kekasih lama muncul semula.
Awak mahu terima?
Dan biarkan dia terbiar begitu sahaja?

http://farm8.staticflickr.com/7020/6490634377_226aac22d5.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Bila dia tanya, awak kata jangan risau.
Tapi sikap awak buat dia seriau.
Awak keluar dengan bekas kekasih - merayau.
Bagaimana dia mahu kawal hati dari rasa gulau?
Kesedihan dia bagaikan mahu dilontar ke pulau.

Awak.
Dia memendam rasa.
Sedikit sebanyak hati dia sudah mula naik gila.
Apakah awak akan berubah hati dan kembali kepada kekasih lama?
Anehnya awak kata semuanya tidak berubah dan macam biasa.
Tapi bagaimana layanan awak pada dia?
Sudah tiada lagi ungkapan mesra.

Awak.
Dia mahu diamkan sahaja.
Mahu lihat sejauh mana awak bersandiwara.
Mahu lihat sejauh mana awak buat drama.
Bersama dengan bekas kekasih lama.
Yang muncul menambah derita.
Bukan menguatkan bahagia.
Hanya menabur duka.
Derita.

Awak.
Kehadiran bekas kekasih lama buatkan dia menyendiri.
Awak makin hanyut bersama bekas kekasih yang pernah awak cintai.
Dia kalut mencari.
Awak hilang menyepi.
Dan dia bertambah sakit lagi.

http://farm8.staticflickr.com/7168/6422905001_75fcc02542.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Dia boleh terima kalau bekas kekasih awak datang sebagai kawan.
Tapi masalahnya bekas kekasih itu muncul sebagai lawan.
Bekas kekasih awak mahu awak kembali jadi pasangan.
Bukan hanya sekadar teman.
Merampas awak kembali itu sudah jadi impian.
Yang bekas kekasih pasak dalam otak dan mulakan permainan.
Agar awak dan dia tidak akan ada lagi hubungan.

Awak.
Bila dia tengok awak lain, dia tekad untuk tanya.
Antara bekas kekasih awak ataupun dia.
Jawapan awak buat dia terkesima.
Awak kata awak sayang dua-dua.
Walaupun hakikatnya sekarang dia yang setia bersama.
Awak katakan bekas kekasih itu cinta pertama.
Sampai mati pun awak tidak akan lupa.
Cuma awak keliru bila bekas kekasih muncul mahu kembali seperti dahulukala.

Awak.
Hati dia jadi reput.
Dia hidup dalam keadaan takut.
Awak sekejap ada, sekejap tiada macam biskut.
Dia tidak mahu merungut.
Takut muka dia akan cemberut.
Macam orang sakit perut.

Awak.
Dia tanya siapa yang awak akan pilih.
Dia mohon awak tidak berdalih.
Jangan menipu agar hubungan tidak berakhir dengan cerita sedih.
Tapi awak enggan menjawab lalu berkalih.

http://farm7.staticflickr.com/6225/6374521635_4d7933162f.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Dia kalau boleh mahu awak jauhkan diri.
Jauhkan diri daripada bekas kekasih lama yang sedang tagih simpati.
Agar awak kembali ke sisi.
Tapi dia enggan awak rasa dia mengongkong awak pula nanti.
Dia mahukan awak sampai mati.
Bahkan bukan dia rampas awak, bekas kekasih awak yang pergi.
Tinggalkan awak demi manusia lain yang dia minati.
Buatkan awak terpuruk sakit sendiri.
Dia datang mengubati.
Sekarang bekas kekasih awak kembali.
Awak mahu lemparkan dia ke tepi?

Awak.
Dia masih menunggu.
Untuk awak kembali ke sisi dia yang menahan pilu.
Dia tidak kisah akan semua kisah dahulu.

Awak.
Bolehkah awak janji?
Yang awak akan setia di sisi?
Dan tidak akan paut bekas kekasih lama kembali?
Tidak, dia bukan mahu awak simpati.
Cuma awak adalah manusia yang dia cintai.
Dan dia tidak akan sesekali mengkhianati.

Awak.
Apa jawapan awak agaknya?
Dia sedang menunggu dengan setia.

Nota Kaki :
1. Hujan tidak berhenti sudah masuk dua hari.
2. Aku buka tempahan untuk Kitab Terfaktab dan Hero yang bertandatangan. Sila rujuk sini.
3. Aku sudah jadi manusia yang tidak kenal cuti.

Zara : Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-dua-puluh-lima untuk Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat (Ya, Mak dan Abah aku). Entah bila tiba giliran aku agaknya. Aku tidak punya jawapan itu.


16 Ulasan:

  1. kekasih lama muncul untuk menduga kesetian hati pd yang dicintai kini..
    spatutnya hati tak perlu keliru..
    setia pada yang satu.. yang baru!

    ReplyDelete
  2. Just if he realize...
    huuuuu~
    at 1st je rasa sedeyh nangis2...
    sekarang suda hilang rasa itu seperti mana dia dihilangkan oleh diri sendiri.
    Good luck diri sendiri!!! :P

    ReplyDelete
  3. so sad!
    saya xmahu semua ini berlaku...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. i'm in this condition right now.sgt perit sekarang.sgt sakit.sgt terluka.murah air mata.saya boleh terima kalau dia berterus terang.jangan ada pujuk rayu sebab saya tahu saya kalah.tapi hati?siapa mahu pujuk?

    ReplyDelete
  6. DAMN!! saya lah 'dia' tu....sedihnye..hrp 'awak' sedar..='(

    ReplyDelete
  7. pilihan masing2..cuma kalau dibiar hati sendiri sengsara...kalau dihalang hati dia tidak kita punya..apa kan daya..soal hati sendiri kena kuat untuk ambil keputusan sendiri

    ReplyDelete
  8. "if u feel u love two person at the same time,choose the second...coz if u really love the 1st,u wouldnt hv fallen for the 2nd.."

    p/s: sadly..he juz too stupid to understand tht..

    ReplyDelete
  9. ade kaitan ngan sy nie...=)...so cm ne nak buat...kuatkn semangat...
    sbb jodoh itu rahsia Allah

    ReplyDelete
  10. Semoga dia buka mata. Dapat menilai cinta sape yg setia.

    ReplyDelete
  11. menghadapi situasi begini sekarang

    ReplyDelete
  12. situasi ini berlaku kepada saya. Sakitnya hanya tuhan saja yang tau. Mudah-mudahan dia dapat melihat say didepan matanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template