Monday, December 05, 2011

Awak, Sebab Dia Tunangan Orang.



Awak.
Selamat datang ke minggu baru.
Adakah awak masih dihimpit pilu?
Ataupun masih menebal rasa malu?

Awak.
Dia sudah jadi tunangan orang.
Dia yang awak pernah kata garang.
Dia yang awak pernah kata gila bayang.
Dia sudah bukan milik awak lagi sayang.

Awak.
Sedihkah untuk terima hakikat?
Dia yang pernah awak tolak, kononnya tidak mahu lekat.
Tapi sekarang awak teringat-ingat.
Belum sempat awak mahu menjerat.
Dia pula sudah dipikat.
Sudah terikat.

http://farm4.staticflickr.com/3121/2724760270_9b20c5078a.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Sejauh mana awak kata kawan, dia sudah tidak boleh diajak berjalan.
Sudah ada garis yang menjadi batasan.
Dulu pun sama, tapi pada awak, masih boleh cipta alasan.
Ada hukumnya awak bawa tunangan.
Lebih-lebih lagi dia itu bukan kepunyaan.
Adakah di hati awak terbit penyesalan?
Jual mahal hingga dia melepaskan tangan?

Awak.
Awak tetap mahu keluar dengan dia.
Keluar bersama bertukar cerita.
Awak mahu teruskan ceritera.
Dia ada masalah, dia buka kisah duka.
Awak tadah telinga, jadi pendengar setia.
Bila awak tanya tunangan dia marah atau tidak, dia geleng kepala.
Awak mula pelik dan tertanya-tanya.
Dia senyum dan yakinkan awak, awak terlupa.
Yang dia itu milik siapa.

Awak.
Tiba-tiba dia luahkan rasa hati.
Awak tersentak, tapi ketawa geli hati.
Rupanya tarian sebelum ini tidak pernah terhenti.
Dia hanya sembunyikan rasa akibat pernah dikhianati.
Awak mahu jujur dan awak katakan dia tidak pernah sendiri.
Sebab awak tidak pernah tinggalkan pentas tari.
Tempat dia dan awak pupuk cinta diri.
Tapi, awak ingatkah siapa dia kini?

[Sumber gambar]

Awak.
Awak khayal dalam dunia yang awak cipta.
Awak tenggelam ikut dia ke mana sahaja.
Awak lupa status yang dia ada.
Yang penting awak mahu dia gembira.
Yang awak nampak awak dan dia bahagia bersama.
Yang awak tahu lupakan tanggapan orang yang sibuk mengata.
Mereka tidak tahu masalah yang dia tanggung segala.
Bukankah manusia hanya tahu mencela?
Tapi, awak tak sedar awak baru menempah neraka.

Awak.
Awak ikutkan rasa.
Buat benda yang awak suka.
Asalkan dia lupa segala derita.
Dan hati awak berbalas dengan kosongnya cinta.
Awak biarkan kenangan tercipta.
Lebih dari sebelum dia menjadi hak orang yang entah dari mana.
Tapi awak, setiap benda pasti akan ada penghujungnya.
Sebab hidup ini bagaikan putaran roda.
Benda di atas akan turun juga.

Awak.
Tiba-tiba kelibat dia tenggelam.
Sudah tiada lagi istilah keluar malam.
Sudah tiada lagi gurauan bersulam geram.
Sudah tiada lagi khabar berita bahkan semuanya diam.
Awak rasakan dunia awak suram.
Awak rasakan dunia awak kelam.
Mana dia selama ini yang berkongsi rasa walaupun semasin garam?

[Sumber gambar]

Awak.
Tiba-tiba datang berita.
Dia sudah tiada lagi ikatan dengan tunangnya.
Sudah terlerai dengan kehadiran orang ketiga.
Manusia itu sudah terhidu bau dia tidak setia.
Maka dia sudah dilepaskan begitu sahaja.
Dan awak hanya mampu gosok telinga.
Pejam mata.

Awak.
Sekarang awak sudah rasa bersalah.
Hendak bernafas pun kedengaran payah.
Ada benda yang menghantui sehingga lelah.
Mahu bertanya pada dia, mahu menghubungi pun susah.
Awak takut sendiri, mana tahu ada yang datang mahu tuduh awak sebagai pesalah.

Awak.
Apa yang mahu awak lakukan?
Awak mungkin dituduh retaknya hubungan.
Walaupun pada awak, awak dan dia hanya kawan.
Cuma lebih rapat tapi tidak sampai ke tahap pasangan.
Masihkah ada jalan keluar dan mahu cari penyelesaian?

Awak.
Masa untuk jernihkan kembali.
Bersihkan segala perbuatan walaupun awak kata bukan awak bersalah kali ini.
Kalau bertepuk sebelah tangan pastinya tiada bunyi.
Dan awak perlu cepat tinggalkan pentas tari.
Itu bukan lagi tempat awak dan dia beraksi.
Ia sudah dipenuhi juri.
Yang datang untuk menghakimi.
Yang mahu menuduh dan berharap agar awak dan dia diadili.
Masa untuk berundur kini.

Nota Kaki :
Untuk memuaskan hati orang yang meminta bantuan daripada kita sememangnya payah. Bila kita cuba sedaya upaya, tetap dikatakan kita tidak berbuat apa-apa. Ah, kalau dah degil itu, curah dengan emas dikatakan pedih bagaikan kaca.

Zara : Bila janji yang termeterai sudah jadi serpihan yang terburai, itu bukan masa untuk mengungkit perut siapa yang patut terbarai. Keluar sahaja dengan senyuman bagaikan tiada apa yang berlaku demi senyuman kelangsungan hidup yang pastinya lebih membantu dalam menghadapi apa sahaja. (Shafaza Zara, 5 Disember 2011)


14 comments:

AdiE said...

Pabila dia sudah menjadi milik orang.............

Anonymous said...

its hard to say, just watch

saffiya_aleesya @ echa said...

kadang2 perasaan itu sukar untuk dimengertikan..

ahsfantasy24 said...

Berdosa kacau tunang orang :)

1. Bila Gaduh, Kawan Juga Yang Dicari
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

Tidak setuju said...

pabila rasa dihati terlalu cinta,
janganlah keluar dari tari cinta,
bertanggungjawab atas perasaan yang dirasa,
menari dengan penuh tatasusila,
ambillah tangan empunya hati,
bawa lari dan jagalah dengan sepenuh usaha diri,
usah takut dengan nista kata dunia,
pabila engkau rasa engkau sepadan dengannya,
kerna cinta itu susah dicari,
maka harus usaha sampai mati,
walaupon empunya cinta sudah memeterai janji,
tidak bermakna hati terikat pada hati,
hanya nikah menjadi pengikat sejati,
bawalah dia ke dalam hubungan direhdai Illahi,
bertanggungjawab pada kesalahan diri,
jadikan pemacu kecemerlangan rumahtangga sampai mati.

Anonymous said...

dia pon dh jd milik org lain (T_T)

Panglima Muda said...

salam... ,macam tu ke ceritanya .. awak

cik fiza said...

yg disayang dan suka jd milik yg lain mmg menyakitkan...

qurratu.kushairi said...

suka baca kak zara punya entry :DD

Muna rahimah said...

:')

Siti Nurhayati Dollah said...

Kalaulah awak berterus terang dari awal.

reenapple said...

perit...

Hamizah Binti Zulkifli said...

nice...love it so much....meaningful...=)

Cielo.Zunnurien said...

Tuhan aanugerahkan magis di hujung jemari anda :)