Monday, December 19, 2011

Awak, Usia Muda Bukan Judi Cinta



Awak.
Sayangnya pada usia muda.
Sayangnya pada usia yang mahu kenal dunia.
Sayangnya pada usia yang masih terlalu banyak untuk diteroka.
Tapi awak persiakan demi cinta.
Cinta gila.
Pada dia.

Awak.
Memang umur bukan kayu ukuran.
Untuk awak bermain dengan perasaan.
Setiap manusia ada rasa mahu hubungan.
Siapa yang tidak mahu kemanisan dalam kehidupan?
Tapi bersediakah awak menerima kepahitan?

Awak.
Selamat datang ke dunia yang kejam.
Sila buka mata luas, tolong jangan pejam.
Duduk senyap dan baca dalam diam.
Ketap gigi, mulut dikemam.

http://farm7.staticflickr.com/6151/6164989948_de88c9bc55.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Awak kata awak sayang dia.
Awak mahu buat apa sahaja.
Awak mahu buat dia gembira.
Walaupun dalam masa yang sama awak ditentang keluarga.
Awak yakinkan diri itu semua tidak mengapa.
Sebab ini semua demi cinta.
Awak sanggup hadapi segala.

Awak.
Awak biarkan diri ditengking bapa.
Awak biarkan tangisan bonda.
Awak biarkan bising adik beradik lain yang menyinga.
Awak kata awak sayang dia.
Awak kata akhirnya semua orang pasti akan terima.
Kehadiran dia yang awak cinta.
Dalam keluarga.

Awak.
Dalam seronok, awak menyulam cinta.
Dalam seronok, awak temui bahagia.
Dalam seronok, awak menghargai rasa suka.
Dalam seronok, awak memujuk keluarga.
Dalam seronok, awak mengharap keluarga terima.
Dalam seronok, awak akhirnya bersama dia.

Awak.
Malangnya kebahagiaan itu sementara.
Sekejap baik, sekejap bagaikan celaka.
Awak tertanya-tanya, tidak cukupkah cinta.
Kenapa kegembiraan itu tidak kekal seperti yang awak damba.

http://farm7.staticflickr.com/6213/6380980905_d226b1f8f1.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Tiba-tiba ada manusia lain muncul.
Awak terkejut kenapa manusia itu terpacul.
Dia pula buat tidak tahu bagaikan bahlul.
Dan awak pula terdiam macam bacul.

Awak.
Bila awak tanya, dia kata manusia itu bukan sesiapa.
Dia kata hanya kenalan biasa.
Tapi awak lihat mereka bagaikan teman mesra.
Hati awak gelisah, rasa tidak selesa.
Tidur malam semakin rengsa.
Satu benda tidak menjadi kerja.
Awak.
Dalam tidak keruan awak mendesak.
Tetap bertanya dengan hati yang semakin sesak.
Kenyataan yang dia berikan buat hati awak bagaikan terpacak.
Maruah seperti tergolek dalam lecak.
Terpalit kekotoran becak.
Hati awak koyak.
Ya, dia curang pada awak.

Awak.
Kebenaran terbongkar.
Tidak perlu awak menyelongkar.
Mula timbul bibit tengkar.
Dia kata pada manusia itu yang awak hanya bekas kekasih, hati awak gempar.
Pada awak dia kata, manusia itu sekadar kawan yang dia tidak berapa gemar.
Pembohongan dia buat jiwa awak seperti dicakar.
Hubungan baik mula bergegar.

Awak.
Dia pernah kata dia sanggup tunggu awak sampai bila-bila.
Sebab keluarga suka sama suka.
Dia sanggup buat apa sahaja.
Awak pula demi bahagia, sanggup buat segala.
Tapi mana janji setia?
Mana pergi sumpah manis belaka?

http://farm7.staticflickr.com/6115/6328276022_0cacc28ed5.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kebenaran terhidang depan mata.
Dia minta maaf, sujud segala.
Itu belum dikira berjuraian air mata.
Dia kata kerana khianat cinta, dia berdosa.
Dia buat hati awak terluka.
Dia buat jiwa awak merana.
Dan awak lembut hati lihat dia bersungguh, beriya.
Maaf dia awak terima.
Awak mahu bina hubungan kembali seperti biasa.

Awak.
Tiba-tiba awak dapat berita.
Dia sudah curang semula.
Dengan manusia lain itu juga.
Nah, sekarang apa awak rasa?
Mahu teruskan jadi keras kepala?
Demi cinta?

Awak.
Usia muda bukan untuk diperjudikan.
Ini masa kita mencari kehidupan.
Demi apa yang kita panggil kejayaan.
Bukan untuk hidup dalam kekecewaan.

Awak.
Fikirkanlah.
Pilihan di tangan awak, kaki itu boleh melangkah.

Nota Kaki :
Hari ini hari terakhir untuk menempah Kitab Terfaktab dan Hero (untuk penempahan pertama).
Boleh lihat di sini bagaimana caranya.

Zara : Walaupun hati manusia itu tetap dalam keadaan begitu setelah dikhianati, dicurangi, dibohongi dan sebagainya, percayalah, sehingga ia sembuh sekalipun, ia pasti tidak akan jadi seperti keadaan yang sama suatu ketika dahulu. (Shafaza Zara, 19 Disember 2011)

12 comments:

Ezra said...

"Sebenarnya ada beza Pengorabanan dgn Kebodohan..."

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Ezra :

Itu ayat Mat Luthfi, saya tahu :)

y-A-n-A said...

Saya pernah lalui situasi hubungan ditentang keluarga. Masa tu memang tarlalu muda. Sekarang dah tak ada apa, rasa macam terlalu banyak masa saya bazirkan untuk dia. T^T

gadis oren said...

mcm terkena jer , aku buntuu ! =.="

Reen Amir said...

Okay ini sgt sama dgn cerita saya. Family betul. Dah lama, baru sedar. Tapi dah terlambat sbb kena tipu. Mungkin betul, saya mmg bodoh.

kueh bakar said...

hati yang telah dicurangi
tiada pernah sembuh
tiada pernah lupa
tidak akan pernah

ia abadi tiada mati

Anonymous said...

tutt..tutt...
yang membezakan hanya, saya bukan 'dia', tetapi 'manusia lain'...

Anonymous said...

eh. ko amek cite aku ea? seriusly!
cinta nh membunuh ~ =(

-nikiysa

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nikiysa :

Hello.
I wrote this piece based on my friend's experience. And who are u anyway?

:)

Ezra said...

Yup.... its from matlutfi.. :)
n btol kan apa dy ckp..

sometimes people tend to sacrifice A LOT for someone they love...in ignorance with their own feeling...

bahagia mgkin..kerna dpt 'berkorban' segalanya utk org yg tsyg....
ntah la.. mmg sukar melupakan org yg kita pnah syg sepenuh hati...tp kne kuat! berdoa sje pd Allah... tglkan mereka yg mencurangi mu... InsyaAllah.. anda akan dpt yg lbh baik...

Ezra said...

Yup.... its from matlutfi.. :)
n btol kan apa dy ckp..

sometimes people tend to sacrifice A LOT for someone they love...in ignorance with their own feeling...

bahagia mgkin..kerna dpt 'berkorban' segalanya utk org yg tsyg....
ntah la.. mmg sukar melupakan org yg kita pnah syg sepenuh hati...tp kne kuat! berdoa sje pd Allah... tglkan mereka yg mencurangi mu... InsyaAllah.. anda akan dpt yg lbh baik...

Anonymous said...

ade persamaan mungkin. some post to u sometimes related to my life. now!

thnx 4 give me some spirit and motivate. may u have blast 1. ;)

bole tawu ape pengorbanan and kebodohan? (sori asking)

wassalam. ;))

-nikiysa