Friday, December 09, 2011

Geli Dan Malu Beli Pakaian Dalam Sendiri?




Salam semua.
Ingat lagi aku pernah menulis tentang tuala wanita perlu dicuci suatu ketika dahulu? Aku yang serupa macam lelaki dari segi perwatakan pun tahu kenapa kita kena cuci dan sebagainya, menerima hentaman berbaur provokasi daripada golongan yang tidak mahu menerima kenyataan tersebut. Tidak mengapa, tak semua orang sama dengan kita kan? Jadi, aku buat tidak tahu sahaja pada komentar yang menyelar kenyataan aku itu.

Jadi, macam mana boleh keluar isu seperti di atas? 
Aku mudahkan cerita, pada hari Rabu, habis bertugas di dewan peperiksaan, aku ke salah satu pasar raya untuk makan tengah hari dengan kawan aku, salah seorang penulis Terfaktab. Jadi, sementara tunggu dia tiba, aku ke kedai buku dan disebabkan agak tertekan dengan satu berita yang aku terima, aku jadi sedikit wanita tipikal dengan sengaja menyertai acara membeli belah. Hujung tahun dan Hari Natal semakin dekat, tawaran dan potongan harga adalah mengiurkan. Salah satu benda yang menarik hati adalah ruangan pakaian dalam. Dihampiri oleh jurujual yang ramah melayan adalah baik sebenarnya, sebab dia memahami bila kita hendak sesuatu. Bukan yang mengekori kita tanpa henti tapi membentak bila kita minta mereka tolong. Ya, aku seorang yang suka membeli belah seorang diri. 

Jadi sementara buang masa menunggu kawan aku, aku berhenti memilih pakaian dalam yang aku rasa sesuai. Masa jurujual itu tunjuk pakaian dalam yang ada renda dan reben, terkeluar sebaris ayat yang membuatkan dia agak terkejut.

Aku : Saya tak minat benda macam perempuan ni.
Dia : (tengok atas bawah)
Aku : Er, saya perempuan. Cuma benda tu agak menonjol dan ya, saya suka aktiviti lasak. Tak kena dengan keperluan saya.
Dia : Saya terkejut oh!

[Sumber gambar] - Aku rasa jurujual tu nak buat begini. Tapi aku rasa aku pun sama dengan keluar kenyataan agak menakutkan sedemikian rupa kan? =.="


Aku kena kawal diri dalam masa akan datang. Supaya tak tersilap atau terlepas cakap benda begitu. Sengal sungguh rasa diri. Sambil memilih itu, berbual dengan jurujual yang aku rasa sudah mencapai tahap emak ataupun ibu orang.

Dia : Awak pakai macam mana punya?
Aku : Yang tak banyak sangat benda lain. Biasa punya (sambil tunjuk salah satu jenis)
Dia : Saya sudah lama perhati, ada macam-macam jenis orang.
Aku : Kenapa?
Dia : Ada yang datang mesti nak beli warna serupa. Coklat, krim atau hitam sahaja. Lain dari warna itu, mesti tak mahu beli.
Aku : Ada orang yang hidup dengan warna itu sahaja?
Dia : Itulah. Saya pernah cadang suruh warna lain, dia kata geli.
Aku : Geli? 
Dia : Pelik kan?
Aku : Saya suka beli warna macam-macam. Beli benda begini kan satu kepuasan pada diri sendiri sebab sendiri pakai. Cuma macam yang awak tunjuk tadi memang tak kena dengan keperluan saya buat masa ni.
Dia : Kenapa?
Aku : Sebab bila aktiviti lasak, badan berpeluh, takut gatal-gatal atau ruam.
Dia : Oh, betul juga.

Jadi semalam aku ada tulis mengenai ini di Twitter dan juga Mukabuku. Ada pelbagai komentar yang aku terima, dan ada sahaja jadi bahan buat aku gelak. Bagi yang kenal aku sejak dari dulu, memang menghentam sebab semua pun tahu kekasaran sendiri suatu ketika dahulu. Tapi jujurnya, aku tak mengabaikan pakaian dalam. Sebab dari segi kesihatan, itu antara benda yang dititik beratkan. Jadi mari kita lihat, apa yang aku dapat daripada apa yang aku tulis semalam.


Geli beli pakaian dalam sendiri sebab malu tengok kedai pakaian dalam.

Boleh eh begini?
Kalau usia belasan tahun bolehlah diterima akal. Tapi kalau usia sudah boleh menjadi isteri ataupun ibu orang, masih lagi rasa geli nak beli pakaian dalam sendiri, apa aku nak kata?

A : Saya tak pernah beli pakaian dalam sendiri.
Aku : Kenapa?
A : Sebab geli.
Aku : Geli kenapa?
A : Malu tengok kedai tu.
Aku : Nak malu apa?
A : Bila tengok ada macam-macam jenis, macam-macam warna, rasa geli. Malu pun ya.
Aku : Dah tu, siapa belikan?
A : Mak saya. Saya ambil sahaja.
Aku : Saiz yang sesuai ke tak tu?
A : Asal muat pakailah. Selalu macam muat.
Aku : Sampai bila nak suruh Mak beli?
A : Tengoklah. Tak ada rasa nak beli sendiri lagi. Geli.
Aku : Geli tak bila pakai?
A : Kenapa nak geli?
Aku : Manalah tahu geli tengok benda tu sampai tak pakai.
A : Geli bila nampak benda tu banyak berlonggok.
Aku : Eh.
A : Lagipun kalau beli, macam ada orang perhatikan kita.
Aku : Langsung tak pernah beli sendiri? Teman Mak awak ke?
A : Tak. Kalau Mak beli, saya pergi tunggu jauh dari situ.
Aku : Sampai begitu sekali?
A : Daripada saya dilihat menghampiri kedai tersebut.
Aku : =.="

http://farm7.staticflickr.com/6162/6218483227_e4b8a95cdc.jpg
[Sumber gambar]

Aku mula beli pakaian dalam sendiri masa aku masuk matrikulasi. Keadaan ini di mana, aku sudah pilih sendiri yang tidak serupa dengan selera ataupun keperluan budak sekolah. Jadi, kalau pergi dengan Mak, aku akan beritahu dia mana yang aku nak, dan itu bergantung kepada dia untuk belikan atau tidak. Biasanya aku pilih yang bersesuaian, jadi dia akan tolong aku bayar. Itu permulaan aku beli dan kenal diri sendiri.

Bila aku masuk universiti, keluar membeli belah dengan kawan-kawan buatkan aku terfikir, sampai bila aku nak suruh Mak yang belikan. Jadi, dari situ aku mula baca dengan serius ara bagaimana untuk membeli dan memilih yang sesuai dengan tubuh badan. Ya perempuan di luar sana, cantik sahaja tidak mencukupi. Penuh renda, reben dan elemen kewanitaan tidak mencukupi kalau kamu pakai coli yang tidak menepati saiz dan ukuran yang sesuai bagi diri. Mana boleh main beli sebab cantik, bila pakai di rumah, ketat nak mati. Kau sarung juga sebab dah rasa cantik? Seksa tubuh badan itu namanya.

Jujurnya, selain daripada faktor kesihatan, aku rasa pakaian dalam (tak kira seluar dalam ataupun pakaian dalam) adalah sesuatu yang menggembirakan. Macam mana kau suka tengok pakaian luar kau menarik dan sesuai dengan selera serta tubuh, begitu juga dengan pakaian dalam. (Lepas ini mesti ada yang akan keluarkan dalil kata pakaian luaran tak sepenting pakaian hati, dalaman dan jiwa). Tak mengapa, aku tulis secara dasarnya mengikut tajuk sahaja.

Jadi, bila aku buat soal selidik pantas (baca : quick survey) - ada beberapa pandangan. Salah satunya, yang menyatakan Mak atau Ayah tolong belikan sebab masih bersekolah. Kalau masih bersekolah, bolehlah terima akal wahai adik-adik sekalian. Tapi kalau sudah bekerja, tapi pakaian dalam masih keluarga yang belikan sentiasa (kalau sesekali sekala sebagai hadiah atau suka-suka tidak mengapa) dengan alasan malu nak beli, segan dan sebagainya, apa yang mahu kita lontarkan kepada mereka ini? Hatta beli secara atas talian pun tak mahu. Wah, gila!

  • Geli dengan pakaian dalam sendiri adalah sukar untuk aku terima dengan akal. Bagaimana kalau geli, kamu boleh pakai benda begitu?
  • Malu dengan pakaian dalam sendiri, bagaimana mahu letakkan di atas badan? Aku tak boleh bayang orang boleh hidup tanpa pernah memakai coli, seluar dalam dan sebagainya. Apa rasanya eh? (Kecuali atas sebab kesihatan yang kamu tak boleh pakai)
  • Malu nak beli sebab takut orang nampak atau perhatikan? Adakah masa beli kau cuba nak pakai di situ ataupun masa beli kau cium-cium benda itu, ala-ala 'pervert'?  Kalau begitu, bolehlah aku nak terima lagi dengan minda.
[Sumber gambar] - Ini kek sebenarnya.
Nota Kaki :
01. Sebenarnya ada benda lain aku nak tulis, tapi nanti dulu.
02. Untuk buku kedua aku bersama 4 penulis lain, HERO - Majlis pelancarannya akan dibuat di Uya Distro pada 10 Disember 2011, jam 4.30 petang.

Zara : Jangan cepat mahu memutuskan hubungan tanpa mahu berfikir terlebih dahulu. Cuba duduk berbincang dan cari akar masalah tersebut. Bukankah komunikasi itu penting?

30 comments:

Mra Mastura said...

da besar2 ni beli sndiri. mmg puas pun. kte tau kte minat mcm ne, nak design mcm mane. hehe :)

.saia. said...

saya x pnah pon beli sndiri.malu:) now da 21.pnah gk tfikir,kalo mama da xde mcm mne.tp,2 la malu.

jelah said...

no komen...

Diyana Munira said...

I'm still studying so mak lah yang belikan. As in dia bayarkan lah. I just choose what I want.

mysara ramlan said...

haahha.. betul bila saya dah masuk universiti baru lah nak beli sendiri! hahhaa

idhzaty farid said...

saya pernah nak shopping beli tu dengan abang. tapi abang tak tahu. mula-2 dia ikut je saya. bila saya sampai tempat tu. dia terus hilang. hehehe. =='

Ainul Hayat said...

Pernah je beli sendiri. Betul, memang kepuasan dapat pilih dan beli sendiri. sebab kena dgn selera kita.

cik LOLA said...

betol2.
dulu mak belikan, sume mak yang pilih
sampai satu masa tyme nak beli sndiri
kne kol mama then tanye saiz kat dye
haha. maluuuuuuu jek.:)

reenapple said...

hee.. aku daa besar3 ni beli sendiri la.. hehe. Malu nk suh mak belikan... err..

una berry said...

beli sendiri seronok
boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet
sambil2 tu boleh minta tips jurujual bekenaan

tasekM said...

kot mak mati sok... susah gak tu...

YiyiPutri said...

Saya suka yang berenda or beriben macam tu sebab nampak comel. :) And for me, tak best kalau pakai pakaian dalam yang plain colour. Hehe

lynnamill said...

dulu masa mula2 nak beli umur 16-17 memang malu la jg, tp lama2, da rasa biasa..lainla lelaki yang beli pakaian dlm wanita mesti la malu, tp perempuan/wanita beli pakaian wanita nak malu buat pa..

fyqa said...

saya beli sendiri bila lepas form 5. because kalau mak yg belikan kekdg tak sesuai dgn kita. and one more thing, kena fikir jaga kesihatan sebab dah baca banyak info penyakit datang dari pakaian dalaman. :)

nedd said...

beli sendiri! mak bayar. hahahah

Hanis Nizam said...

Gelinya kek macam tu . Yucks . Hahah

tan said...

=)...dalam hal pakaian dalam...teringat kata2 mama saya...dulu2 mse muda remaja...
"awak...lau keluar rumah...pakaian dalam tu biO yg elok sikit..."
saya: " eh npe...?

maksudnye kt sini...pakaian dlam kita ni kekadang xtahn lama...de yg dh gebeh sane sini...de koyak sane sini...tapi still nk pkai...hahah
sedap pkila ktekan...(mgkin ade juga dewasa kini begitu...alaa jgn malu2)

mama saya kate gitu...sebab...kita xtau ape yg jdik kt kite...mane tau tersigkap sane sini bju kita dll. x ke naye lau ternmpk bhgn koyak n xsepatutnye...huuu

takky said...

saya malu nk bli kalau org yg jaga kt situ ialah perempuan...
rasa diperhatikan saja bile nk survey mane yg saya nk bli....
last2 saya terus cabut lari dan p kedai lain...


tapi skunk dh ok....
sebab saya beli boxer or slua pendek je sebagai gantinya....
senang cite, x yah susah2....

owh, jgn salah anggap....
saya lelaki n saya cite pasal seluar dalam...
masih masuk tajuk nie bukan?

chummy cliche said...

betul.. baik beli sendiri.. kalau orang lain beli tak sesuailah, tak menepati citarasa..

Miss Dolce and Gabbana said...

Masa zaman sekolah dulu memang selalu Puan Mama yang belikan tapi semenjak masuk kampus dan mula memasuki alam 20 an mula beli sendiri sebab diri sendiri yang tahu dengan kehendak kita sendiri.Tapi selalunya kalau Puan Mama yang beli memang saya pakai sebab dia jenis tahu memilih.As for pakaian dalaman dia selalu remind make sure pakaian dalaman itu sentiasa bersih.Mama will always be like thatkan. =)

Eri-chan said...

hahaha...topik yang menarik zara. waluupun u nampak lasak but this girlie thing u tak abaikan. ya betul sila pakai coli yang sesuai...kalau asyik suruh mak beli mungkin nanti sampai dah kawin mak kena belikan? habis suami ko tengok kau berpakaian dalam nanti malu tak? ahahahaha...

good topic. really. btw aku suka keluaran cosway & avon buat masa ni.

kueh bakar said...

warna puteh
pada malam pertama.eloklah pakai warna puteh.ia warna lambang suci.bersih.sejati setia.puteh juga seksi semulajadi..

warna pink
eloklah dipakai pada malam jumaat
malam sunat.
ia punya aura menggoda
aura berahi
aura keghairahan

bintik2 macam rimau
eloklah dipakai selepas bulan mengambang penuh.
ia penuh ketidaksabaran
penuh keberanian
penuh kebuasan
aauummmm!!!

yang bawah bintik2 hitam
eloklah dipakai ketika taknak
ketika tiada mood
ketika rasa itu tiada


venue ; bilik kelamin.
apa yg aku karutkan ni?haha

ayie said...

errrr..okay sekian...

izzad b* said...

kakakaka!teriggt kes tuala wanita, saye pon hari 2 p bra section untuk beli bra.not for me, untuk project breast cancer.agak malu but hye, somebody got to do it :0

Meow Meow said...

kalau geli nak beli sebab bende tu berlonggok, habis kau basuh dan simpan dalam almari, bukan ke dah berlonggok ? tak geli pulak nak pakai ? =.=

ayesyah said...

.
bertuah siapa yang ada mak..parent sy divorce since 8 yrs ol..so sy start beli sendiri sejak sekolah rendah (camisole and so on)..buat x tau sudah..malu,,segan mmg tebal lah..berinci-inci..tapi bukan dorang yg bayarkan..buat x tau jer..hehehe **pernah nmpak perempuan cina beli bju dlm try saiz kt situ gak..muka bangga jer..ngehngeh..**

Heiladies Co. said...

Salam puan..
Jemput singgah ke blog Heiladies. Sedang menawarkan bra terhangat di pasaran GENIE BRA pada harga berbaloi-baloi. Fabrik bra sgt selesa dipakai. Stok kain cotton Vietnam pun ade..Tq

mitch james said...

comel je

Wansentat Fx said...

Yg mnjadi tnda tanya knpa bhagian pkaian dlm laki pmpuan yg jga? Kita niat nk beli trus xjd.

Bokoc Bmomv said...

Bli suardlam malu jgk tp bt mke selambar lgpn sume puan yg jual tu..