Sunday, December 11, 2011

Ini Kisah Aku : Selamat Tinggal Semua.



Dalam hidup, aku tidak dapat bagi hati orang puas.
Walaupun semua mereka mengatakan berfikiran bebas.
Aku mencuba walaupun terpaksa berpura buas.
Tapi manusia, tidak hargai walaupun cuba hingga berlengas.
Ah, hati pula jadi panas.

Ini kisah aku.
Seorang manusia beku.
Yang kalau kau lihat tidak pernah pilu.
Yang kalau kau baca tidak pernah ada sendu.
Yang kalau kau perhati tidak pernah retak seribu.
Tapi kenalkah kau pada aku?

Ini kisah aku lagi.
Kisah manusia yang orang geli.
Kisah manusia yang orang tidak simpati.
Kisah manusia yang orang gemar mengeji.
Kisah manusia yang orang hinakan kalau abdi.
Kisah manusia yang orang anggap tiada nilai di sisi.

Aku masih lagi diri yang aku suka.
Tubuh yang aku sayang belum pernah mengkhiati jiwa.
Alhamdulillah, Yang Maha Esa masih berikan aku nyawa.
Peluang untuk bernafas di atas dunia.
Tanpa aku perlu rasa rengsa.

Ini kisah aku.
Manusia yang kau hina sebab malu.
Manusia yang kau keji sebab kau rasa perlu.
Manusia yang kau pandang rendah sebab tiada apa yang jadi milikku.

Tapi aku masih lagi teruskan senyuman.
Sebab aku tahu hidup atas dunia kadangkala penuh kekejaman.
Hidup juga mungkin dipenuhi dengan kesedihan.
Tapi aku memilih untuk buang penderitaan.
Aku perlukan kegembiraan.
Secebis kebahagiaan.

Dan itulah aku.
Manusia yang kau benci dahulu.
Manusia yang beku.
Manusia yang kau tidak akan pernah tunggu.
Sebab kau sudah curahkan dengan gelapnya biru.

Tapi aku masih suka diri ini.
Walaupun kau menyanggah benci.
Aku masih sayang senyuman ini.
Aku masih sayang diri.
Dan aku tidak akan pilih mati.
Walaupun kau paksa aku bunuh diri.
Dan pergi.

http://farm8.staticflickr.com/7163/6490776229_c2b1f2d7b8.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr : Pelancaran #Hero]

Nota Kaki :
Kaki besar saiz tujuh, lapan sembilan.

Zara : Dia masih lagi manusia yang mencari arah.

14 comments:

ayed said...

kita tak boleh puaskan hati semua orang. sama la juga tak semua orang boleh puaskan hati kita.fair la tu kan.:)

https://twitter.com/#!/syedayed

missina said...

kesimpulannya jadilah diri sendiri,,

naziyatul fatihah said...

senyum zara

shahiryusoff said...

hai si cantik :)

Cik Sibuk said...

Salam perkenalan..
Saya tak jumpa shoutbox u..so i tulis kat komen aje la..

Suka sangat theme colour blog u..header u pun i suka sangatt :)

Sofia Vy Nin said...

Kaki kecil, saiz tiga empat (-_-")

Aiman Ariffin said...

amazing. Well written. Honestly, well-done.

reenapple said...

kadang-kadang kita lagi suka diri kita .. biarla apa yang orang nak kata,,,
faham perasaan itu..=)

anith said...

cantek lah layout baru!
sorie baru berkesempatan nk datang menjengah!

*hug* kakak!!!

Halimatun Sa'adiah said...

menarik topi yg anda pkai tu..

Amira Amair The Poyos said...

lama aihh tak baca blog hg..
bz..rindu tgk muka hg..heee!

kueh bakar said...

manusia yang beku

satu masa, satu ketika,

adalah manusia yang cair juga...

JImmy said...

Where are you going? Where have you been?

niezam said...

nice pic Ms Zara :))