Saturday, December 24, 2011

Perempuan, Kalau Minat, Boleh Kawal Diri Tak?




Sebelum ramai yang sakit punggung tidak tentu hala, aku perlu ingatkan, ini adalah tulisan rawak di hari Sabtu yang tidak berapa indah tetapi cerah dan otak dalam keadaan pelik dengan sesetengah perempuan (batuk) yang mungkin tidak terkawal hormon di pagi hari. Yang menulis ini mungkin seorang perempuan juga, kalau kau kenal dia-lah.

Jadi, pagi ini aku berkicau seperti biasa di Twitter tentang Sherlock Holmes. Filem kedua dia baru ditayangkan pada khalayak, dan aku menulis sedikit tentang pelakonnya - Jude Law (dan juga Rachel McAdams). Aku memang minat Jude Law - dari segi lakonan dan ditambah oleh paras rupa, dia boleh dikatakan diminati oleh perempuan dan juga lelaki. Kenapa? Lelaki tak boleh minat Jude Law ke? Dalam kicauan aku itu, aku ada sebut yang Jude Law dengan jambang dalam cerita itu, agak kurang menarik. Wah! Terus diserang dengan pelbagai kicauan lain. Ada pula yang menghentam kononnya aku tidak tahu langsung tentang Jude Law, atau tentang Sherlock Holmes itu sendiri. Tapi, perlu ke aku ingatkan yang meracau semua itu bahawa watak yang dipegang oleh Jude Law adalah Dr Watson? #patdd

http://farm8.staticflickr.com/7001/6561737169_959276b411.jpg
Sherlock Holmes : Koleksi peribadi aku sendiri - Flickr.

Aku biasanya tidak akan memuaskan orang yang meracau tidak tentu hala, tapi pagi tadi aku bermurah hati meluangkan masa melayan mereka dan siap ambil gambar di atas. Jadi kalau kau setakat pergi menonton cerita tersebut tanpa mengetahui apa benda sebenarnya yang berlaku pada jalan cerita, dan menonton disebabkan gila pada pelakon semata-mata, aku cadangkan kau pergi menonton semua filem lakonan beliau dan juga buatlah apa benda lagi yang patut demi memuaskan kesukaan kau itu. Aku? Tinggalkan aku dengan kegilaan membaca aku dan kesanggupan aku menonton seorang diri sahaja.

Perempuan secara umumnya sering dikaitkan dengan kesukaan terlampau akan sesuatu, dan jadi fanatik bila apa yang mereka suka disentuh. Sesetengah perempuan boleh mengawal diri, kebanyakan daripada mereka boleh lupa diri. Ya, aku guna kebanyakan sebab yang aku jumpa lebih dari satu, dan hey, aku pun perempuan kan? (Mungkinlah kalau kau rasa begitu)

01. Artis kegemaran disentuh.
Ini biasanya boleh dilihat pada budak perempuan. Aku pernah jumpa di sekolah, budak perempuan bergaduh sebab kawan dia duduk atas meja dia, dan atas meja dia penuh dengan gambar pelakon kegemaran dia. Ala, abang badan berketak yang kejap jadi abang besar, kejap jadi lelaki yang asyik menangis, kejap jadi er, entah apa lagi. Aku suka juga dengan lakonan beliau tapi bila aku tengok budak bergaduh, siap hempas kerusi, tendang tong sampah dan menjerit perkataan kasar serta lucah sebab kawannya duduk atas meja, er, perbuatan begitu agaklah macam minta penampar.

Ini juga biasanya boleh diperhatikan serta dibaca di dalam komentar sesetengah blog hiburan. Ada yang sanggup bertekak bagai nak gila demi mempertahankan artis kesayangan mereka, macamlah artis itu baca apa yang aku tulis kan? Tapi itulah, demi artis kegemaran dan kesayangan, serta pujaan (apa perkataan lain yang perlu aku masukkan?) - ada orang boleh lupa diri tidak tentu hala sebenarnya. Oh, ini sekadar bacaan untuk rujukan. Benda paling menarik bila orang lupa diri akibat terlampau sukakan artis kesayangan. [rujuk pautan : Blog Hazrey]

Nak minat boleh, tapi berpadalah. Kau minat macam nak gila, nak rak sekalipun, kadangkala artis yang kau suka tu tak tahu pun. Tapi kalau yang ambil berat tentang peminat, dia akan tahu. Aku nampak sesetengah kenalan aku yang dapat kebaikan dari benda begini. Yang tak dapat apa-apa kebaikan tu yang agak, leceh nak layan.

http://farm8.staticflickr.com/7161/6534386169_1a628c749e.jpg
Ini artis kegemaran aku. Heh. | Koleksi peribadi - Flickr

02. Kelompok mereka disentuh.
Aku tidak feminisme  kata sesetengah orang. Kata mereka, tulisan aku tentang "Sepuluh ciri kononnya wanita terakhir dunia"[pautan] adalah bukti paling jelas dan nyata. Dah kata itu tulisan santai, nak mengamuk dengan tulisan aku, apa gunanya? Habis disebar ke laman sosial dan hentam aku tidak tentu hala. Aku senang lenang sahaja disebabkan aku dah beritahu itu santai dan sesetengah yang tidak berpuas hati terus suruh aku tukar jantina. Mih mih mih.

Dengan aku sebenarnya sangat senang berurusan. Aku orang yang tidak membezakan jantina. Aku peduli apa pisang atau strawberi asalkan kau dengan cara baik, aku terima dengan cara baik. Kau dengan cara yang tidak enak, aku layan baik juga. Sebab menyusukan orang begini adalah sukar memandangkan apa yang diberikan pasti ada riak tidak puas hati. Kalah gelombang ombak tahu? Heh.

Ada sesetengah perempuan yang neutral. Dia layan semua benda biasa. Kalau dia suka suatu benda tu pun, orang kutuk atau caci, dia ketawa sahaja. Apa sangatlah dengan cakap manusia yang entah betul ataupun tidak, dia sendiri yang suka, dia peduli apa dengan orang kata. Langsung tidak menjejaskan apa dia rasa. Tapi ada sesetengah (batuk) yang tidak boleh terima. Sudahlah tidak boleh terima, dia ajak segerombolan pengikut dia sama-sama menghentam bagi mencari gelaran juara. Eh, seronok juga, macam bergaduh ala samseng agaknya.

03. Lelaki yang diminati.
Bukan teman lelaki, tunang atau suami. Kalau yang dalam tiga tersebut, aku memahami perempuan hilang kawalan diri jika disentuh, diceroboh ataupun apa sahaja perbuatan yang mengancam kedudukan mereka. Benda biasa yang melibatkan perasaan suka. 

Tapi, ini kalau setakat lelaki yang mereka suka perhatikan?
Baiklah, mereka minat. Sebab itu mereka perhati, jeling ataupun curi tengok macam penjenayah upahan. Aku pernah ada seorang kawan yang menghempas buku di medan makan, sebab ada perempuan lain sedang berbual mesra dengan abang yang jual air di kedai minuman. Dia sanggup tak makan kalau meja depan kedai tu penuh, sanggup tunggu ada ruang kosong semata-mata nak tengok abang kedai minuman tersebut. Er, tidak termasuk sengaja menumpahkan air sebab nak tengok abang tu dari dekat mop lantai yang terpercik air sirap bandung. Ni nak kira apa ni?

Dia tak makan seminggu bila abang tu cuti dan bila abang tu kembali pada hari kelapan, kedua belah tangan ada inai. Terus dia boikot kedai minuman itu sampai kalau kita sebut nak beli air di situ dia akan buat muka menjeluak. Padahal, dia ada teman lelaki dah waktu itu. Tak faham, aku memang tak faham. 
[Sumber gambar] - Ini bukan aku punya. Tapi aku perlu beritahu yang aku tak minat menonton Twilight, membaca sahaja.

Aku malas nak menambah lagi. Nantilah kalau aku boleh fikir lagi. Apa lagi agaknya yang perempuan tidak boleh kawal diri bila dah minat ya? Kebanyakan perempuan maksud aku. Bukan semua perempuan perangai begitu kan? Dan kebanyakan lelaki mungkin boleh masuk apa aku tulis di atas.

Heh.

Nota Kaki :
Rasa tidak diperlukan sejak kebelakangan ini. Aku doa semoga masa berjalan lancar, pantas dan laju supaya aku kembali ke sekolah - menyibukkan diri dengan urusan supaya aku lupakan apa sahaja masalah yang melanda.

Zara : Selamat menyambut Hari Natal bagi yang meraikan, selamat bercuti bagi yang menggunakan waktu dengan sebaiknya. Aku tenggelam dengan pembacaan aku sahaja. Mungkin keluar untuk lihat ragam manusia jika cuaca mengizinkan.

15 comments:

afiqah airil said...

memang perempuan kalau dah minat sesuatu memang akan jadi 'obses' dengan apa yang diminati. tapi tak semua perempuan macam tu. ^^,

♥CIK SHA♥ said...

luckily i'm not the one of them..hehe..

ntah..kebanyakan perempuan ni cukup 'obses' dgn apa yg mereka minat walaupun realiti nye org yg mereka minat tu bukan tahu pun..ntah la.. pelik2 kan?

ahsfantasy24 said...

Toksah nak fanatik sangat,
tak kekal lama je sume tu~

Masa mentah2 dulu ada la jugak tekena :D

Latest Post:
1. Tuan hakim tolonglah, dia tu psiko!
2. Memang sudah ditakdirkan untuk sementara.

BH said...

Like2!! suka entry ni.. lg 1 contoh bila diorg minat artis korea. arghh.. geramnye. bile kite ni x minat apa yg diorg minat. mula la ckp kite ketinggalan zmn. pastu kite ni x blh diajak bersembang sb xtau pape psl korea. klu org tgur psl artis korea kegemaran diorg tu smpi nk block fb. sanggup ni duk blajar tarian korea, hfl lagu korea, blaja ckp korea. siap leb2 oppa.. grrr minat terlampau yg menjengkelkan.

sopi said...

betul sangat tu kak,especially budak2 yang minat kpop.walaupun tak semua,tapi bila bace blog hazrey tu,ngeri plak saye fikirkan 'generasi depan'kita ni =)

~NSFH~ said...

salam'alaykum.

suka dan hate sekadarnya sahaja.
Allah suka dengan sederhana .

(berpada-pada)

suka baca ayat-ayat dari hati :)

keep it up.

si ngokngek said...

perempuan tipular klau tak obses..klau boleh nk peluk trus klau terjumpa orang yg diminati tuh!!.hee

p/s:tittle mcm sentap kot..

reenapple said...

betul2..pompuan kalau daa minat sesuatu mungkin akan jadik obses... aku pun pernah jadi sebegitu... sekarang tak dah.. hehe. being natural in everything.. haha

nadz ruslan said...

tamba, "tak ada lelaki lain dah dalam dunia" punya type.

tak memilih suami orang, tunang orang, kekasih orang. tak salah berharap, tapi berpada=padalah

takky said...

la nie tgh musim korea...
mcm 2 la jadi ye...

suka biasa2 sudah...
fanatik sgt pun bukan artis 2 taw pun...
tul x?

saya pun minat korea jugak tapi x fanatik mana pun...
minat korea lagi2 utk variety show dorg...
sebab kreatif...

Honey Kumicky said...

nath la kak zara coz honey pun tergolong dlm glgn yg obses....hurmmmm...

♥ Juliana Violet ♥ said...

Kadang2 Vee nampak mcm obsess dengan pelakon sesetengah pelakon lelaki, tapi sebenarnya tak.

Topic 'Sherlock Holmes'... Buat Vee lebih excited untuk tengok movie ni berbanding tengok Jude Law. Gemar dengan filem yang puzzled dan membuatkan Vee berfikir tentang sesuatu solusi. :)

ADEEYA said...

Saya tak obses pun haha :) but majority perempuan memang obses huhuhu :/

zey said...

yes, it's true, zara..





kengkadang, ada kebykan gegurl mmg fanatik..sampai buat somthing y dia boleh malu..hoihh~

Eyzan Encha said...

kadang2 boleh, kadang2 tak boleh. hahaa.
pernah jugak buat perangai ala2 cam no.03 tu. tibe2 teringat abg 'carlos daniel' kt medan selera banting dulu. hahaa. =p

*nice entry* (^_^)