Monday, February 28, 2011

Jangan Salahkan Orang Bila Kau Terus Mengingati


Bila nak sambung memori sekolah darjah dua?
Nanti dulu. Banyak benda nak kena buat dalam masa terdekat ini. Lagipun, mungkin ramai yang tidak berminat tentang memori sekolah manusia beku ini (walaupun begitu, nanti ada masa, aku sambung lagi). Ah, persetankan segala mata yang memandang, sebab aku bukan manusia yang akan letakkan pancaindera aku bagi mereka yang berperangai mengalahkan jembalang.

Oh, sebelum itu.
Siapa yang menegur menyatakan kenapalah ada orang rasa sakit hati pada aku walaupun aku tidak cantik, aku sangat berterima kasih walaupun sebenarnya, tidak perlulah tulis dengan jelas sedemikian rupa. Aku kenal diri aku lebih dari yang kau perlu laungkan sekuat hati begitu.
Senyum kelat.
Tahan diri kuat.

[Gambar : Kalau tak cantik pun, aku rasa kau akan mengigau muka ni malam nanti.]

Tadi petang Busuk telefon aku. Dengan ketawa riang dia, perbualan kami di telefon memang sentiasa meriah. Kata-kata yang dia ucapkan, sebagai seorang sahabat, aku tahu, kenapa kami masih lagi bertahan sejak kenal dari tahun dua ribu lapan, sehinggalah sekarang. Orang yang betul-betul kenal aku, walaupun hati aku sembunyikan apa yang berlaku. Soalan dia petang tadi, membuatkan aku menghamburkan jawapan sambil tahan diri daripada keluar air mata. Jawapan dia akhirnya buat aku ketawa. Ah, kami memang suka menggila, dua sahabat yang sentiasa dekat.

Selepas aku pulang dari mengambil beg Deuter aku (nanti aku cerita tentang ini), mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan. Ah, lihat namanya, sudah dapat diketahui maksud panggilan yang akan ku dengar nanti. Status menghibakan sudah aku baca sejak beberapa minggu dan aku berharap, kali terakhir aku baca adalah status yang menggembirakan. Entah, aku lupa.

Kawan : Kau dah balik rumah?
Aku : Dah. Mana tahu aku keluar?
Kawan : Baca Twitter kau.
Aku : Oh, baik. Kau sihat?
Kawan : Macam yang kau tahu.
Aku : Sudahlah, berhenti.
Kawan : Aku dah cuba, tapi aku tak boleh.
Aku : Boleh, kau boleh. Kau tak buat, sebab tu kau masih sakit dan sedih sendiri.
Kawan : Dah macam-macam aku buat, tapi setiap kali, aku yang terhiris, terluka dengan sikap dia.
Aku : Kau yang cari dia balik, sudahlah.
Kawan : Dia milik aku kau tahu?
Aku : Itu dulu. Sebelum dia balik pada wanita itu.
Kawan : Apa salah aku? Apa kurangnya aku?
Aku : (diam) 
Kawan : Apa istimewanya perempuan itu pada mata dia sampai dia sanggup mungkir semua janji dia pada aku? 
Aku : Sudahlah.
Kawan : Aku puas suruh diri aku tersenyum. Tapi aku tak boleh. Aku tak dapat nak senyum macam kau. Kenapa aku tak dapat nak ubah apa-apa?
Aku : Sebab apa kau tak boleh senyum? Sebab apa kau tak berubah? Sebab apa kau nak terus ingat dia?
Kawan : Kenapa? Kau tahu ke?
Aku : Sebab kau tak paksa hati kau ikut berubah. Kau biarkan masa berhenti pada saat kau gembira dengan dia. Kau tak nak tengok yang pahit langsung, kau nak terus hidup dalam kenangan bahagia. Mana boleh? Kau kena sedar realiti.
Kawan : Aku tak boleh paksa hati aku.
Aku : Boleh paksa. Kau kenal hati kau, kau lebih kenal diri kau.
Kawan : Aku tak kenal.
Aku : Kalau kau tak kenal, itu yang jadi masalah. Masalah yang kau cipta bila kau ada masalah baru. Sebab kau tak kenal diri sendiri, bagaimana kau nak biarkan hilang sunyi? Sakit dalam diri?
Kawan : Aku tak boleh.
Aku : Boleh.
Kawan : Aku rasa sakit sangat.
Aku : Jangan jadi gila. Kau boleh. Aku sentiasa ada untuk kau.
Kawan : (menangis) Aku rindu dia.
Aku : Sudahlah. Kau simpan sendiri rindu kau, sebab dia tak peduli.
Kawan : Kau tak rindu manusia yang kau pernah cinta Zara?
Aku : Pernah.
Kawan : Jadi kau faham apa aku rasa.
Aku : Faham, tapi aku tak pernah biarkan diri aku berhenti terlampau lama untuk ingat benda yang sudah tiada makna pada sesiapa.
Kawan : Kau kejam.
Aku : Siapa kejam? Aku?
Kawan : Ya.
Aku : Kenapa?
Kawan : Kau bunuh hati kau sendiri. Kau bunuh perasaan kau sendiri.
Aku : (ketawa) Kalau itu dapat memastikan aku terus hidup di dunia, aku tak bersalah.
Kawan : Aku nak juga.
Aku : Kau boleh kalau kau mahu.

[Gambar : Kalau kau boleh tengok hati yang cedera dan menyemburkan darah merah, pasti kau tidak akan tergamak mengguriskan sekeping hati]

Tak.
Aku akan duduk sahaja, dan lihat sama ada kau mahu berubah atau tidak. Tangisan itu, aku sudah tidak mampu untuk tahankan lagi. Biarlah anak itu menangis seorang diri, meratapi apa yang dia mahu sangat, tapi aku mahu dia bangkit esok sebagai manusia yang lebih kuat. Sudah-sudahlah aku mendengar anak sebaik itu menjerit mengatakan dunia macam palat. Ah, dia sendiri entah tahu atau tidak apa yang dilaungkan sekuat hati itu sampai penat.

Kawan.
Kau mungkin boleh cuba berhenti dari mengingati ini semua.
Benda ini tidak mungkin akan kau lupakan, mustahil kecuali kau hilang ingatan. Cuma, aku minta kau berhenti dari kerap berkhayalan dan memasang impian. Cukuplah.

[Gambar : Apakah kau mahu benda sebegini berlaku?]

Aku tahu kau tidak akan lupa dia.
Aku bahkan percaya, dalam usaha kita melupakan orang, sebenarnya kita sengaja mahu mengingati dia. Sebab itu aku lebih suka teruskan hidup seperti biasa, cuma tanpa kehadiran orang yang kita dah terbiasa. lama-lama kita akan lebih tabah dan tegar.

Kawan.
Aku cuma ada tiga pesanan.

Berhenti dari tengok gambar dia.
Dia sedang menghadap wanita lain kawan. Sudahlah melihat kenangan beku masa itu, kecuali kau ada mantera yang boleh bawa dia kembali. Eh, kalau ada, mari kongsi di sini.

Berhenti dari tunggu panggilan telefon atau SMS dari dia.
Bukan kau lagi yang jadi keutamaan sehingga dia sanggup meredah cuaca buruk demi melangsaikan bil telefon - agar perbualan tetap berlangsung.

Berhenti dari tunggu dia di laman sosial.
Dia tidak akan tunjukkan diri lagi.

Sudahlah kawan.
Janganlah menangis lagi.

Nota Kaki :
1. Beg air dan beg galas Deuter aku dah tiba petang tadi. Alhamdulillah dalam keadaan yang sungguh hebat (pada aku)
2. Kalau kau mahu hentam aku dari sudut agama dan tarbiyah, bolehkah kau tuliskan dengan nada yang baik dan penuh hemah? Bahkan aku dahulunya seorang naqibah usrah.
3. Pandangan jijik mata manusia sudah lama aku hadam diam. Kenapa kau masih resah?
4. Orang tanya apa guna kalendar di tepi blog ini - itu untuk arkib penulisan aku yang lama mengikut tarikh tertera. Pilih sahaja.

Zara : Mungkin akan menghilangkan diri lagi. Sudah terbiasa tiada orang yang cari dan tunggu kepulangan sampai satu tahap aku pernah tidak mahu kembali. Ha ha ha. Ketawa. Aku rasa geli hati.

Sunday, February 27, 2011

Tolonglah, Dia Sangat Perlukan Susu Gantung.


Kau pacat?
Atau ketuat?
Entah-entah ketupat.
Ataupun lepat.
Ah, mungkin juga palat.
Ketawa jahat.

Susah sebenarnya apabila ramai orang yang dahagakan perhatian ini. Macam-macam cara dia akan buat asalkan cahaya dan tumpuan mata serta segala deria tertumpu hanya pada dia.Tidak, manusia yang dahagakan perhatian tidak semestinya kanak-kanak. Kalau kanak-kanak, senang kita mahu hiburkan. Ini lebih kepada orang dewasa. Ya, orang dewasa yang terdapat kemungkinan kekurangan susu cap gantung semasa kecil.

http://farm3.static.flickr.com/2193/2116890673_fa02abe445.jpg
[Gambar : Dalam sesetengah kes, tak payah tekan butang ini. Kau  hentam orang terus, contohnya di Twitter ataupun Mukabuku. Hebatkan kau?]

Seperti yang kita tahu, kalau mahu menembak, memerlukan sasaran yang jelas. Peluru perlu cukup, kemahiran perlu tinggi dan rasa malu itu sudah ditolak ke tepi bagi mencari kepuasan mendapatkan tumpuan yang tidak berbelah bagi. Badan pun entah sempat basuh ke tidak, mana tahu berdaki tetapi itu tidak penting seperti mahu mencari sesuap nasi. Yang menjadi keutamaan adalah perhatian serta pakej caci maki akibat perbuatan sendiri. Mari kita lihat, sasaran orang yang terlampau perlukan perhatian di mana.

(Bunyi lagu Bunga Api oleh Katy Perry yang seksi)

1. Laman sosial.
Di sini memang ramai. Terlampau ramai sebenarnya, tetapi jika tidak terlalu ketara, biarkan sahaja. Malangnya, orang yang suka dapatkan perhatian adalah orang lain yang mahu menunjukkan jagoan tidak kena tempat dan masa. Rasa macam dunia (dan lama sosial itu) dia yang punya apabila hampir semua benda ada nama dia. 

Contoh : Mukabuku (FB)
Orang yang komen tak kena dengan gaya tiba-tiba meracau tidak tentu hala. Dia tinggalkan komen, tapi tak kena dengan status, gambar, pautan ataupun apa sahaja yang penuh di dinding putih itu. Kalau status, dia akan SUKA dan tinggalkan komentar yang menyimpang jauh dari apa yang ditulis oleh pemilik dinding. 

Sebagai contoh, orang tanya "Bila agaknya nak dapat menunaikan umrah?" - Dia akan jawab, "Kau pergilah umrah, nanti mati tak boleh mengucap". Ni siapa ajar otak sengal sangat ni? Akal letak di patela ke? Mari sini aku tolong gerudikan atau tolong ketuk dengan tukul besi macam dalam eksperimen Sains Tingkatan 4.

Setiap apa yang ada di dinding orang semuanya dia komen yang mengarut - mangsanya bukan seorang dua, tetapi setiap apa yang muncul di hadapannya, semua dibalun dengan rasa bangga. Memang rasa nak lempang serta tinju dengan sepenuh hati supaya nafas lega dapat dilepaskan seperti perasaan baru keluar buang air besar, nikmat dunia. Ah.

[Gambar : Superman mungkin contoh sesuai. Dia sengaja pakai seluar dalam merah menyala yang menonjol di luar kan? Ketawa.]

Contoh : Twitter.
Setiap apa yang kita tulis, dia sudah menunggu di garis masa untuk menembak konon-konon penuh gaya. Soalan yang dia akan tanyakan adalah sungguh luar biasa bebalnya.  Sebagai contoh, entah dari mana muncul beberapa orang yang akan cuba untuk sarkastik dengan aku secara tiba-tiba dan entah menjelma dari mana setiap kali aku tulis sesuatu di Twitter. 

Hidup kau, kau yang tentukan. Bukan menyalak macam bajingan. Dan ya, kalau kau tak kenal erti sarkastik dan sebagainya, jangan bikin hidup orang lain celaka dengan kebodohan kau memahami sesuatu perkara. Mengkritik setiap status aku di Twitter tanpa alasan atau sebab munasabah hanya menunjukkan kau manusia yang tiada apa-apa. Sekadar menjadikan hidup orang lain sebagai satu kepuasan kau untuk kau terus hidup dalam dunia?

2. Hidup atas dunia.
Orang yang agak lunatik (bukan keluaran Apple - itu LunaTik) itu wujud dalam pelbagai keadaan serta tidak mengira kedudukan ataupun latar belakang seseorang. Kebanyakannya adalah orang yang bahaya, ya, bahaya dari segi mental dia sendiri. Perhatian yang dia dapat akan membuatkan dia bangga meluap seperti lahar gunung berapi mencurah.

Contoh : Pemandu kenderaan.
Setiap hari aku akan jumpa orang begini. Dia mungkin tidak mahu perhatian, tetapi sedar atau tidak (aku pasti dia sedar sebenarnya), kelakuan dia menarik perhatian yang bukan sedikit. Di atas jalan raya yang sibuk, di mana trafik bergerak lancar, tiba-tiba ada kereta memandu 30 km/j. Semua orang berebut mahu ke tempat kerja, tapi dia senang hati bawa perlahan sedemikian rupa. Bila kita tekan hon berulang kali, tiada reaksi. Seronok betul jumpa orang sebegini atas jalan raya, rasa nak maki. Sudahlah bawa kenderaan di tengah jalan raya, mahu memotong pun tiada ruang diberi. 

http://farm6.static.flickr.com/5211/5385539824_cc0ba353a3.jpg
[Gambar : Kalaulah permainan Marah Burung (baca : Angry Birds) ni boleh dimainkan di luar, aku dah gunakan untuk pecahkan cermin tingkap kenderaan sedemikian rupa. Terasa kalau tak dapat, benda hijau sedang gelak terkekeh-kekeh]

Banyak lagi sebenarnya.
Itu sekadar contoh sahaja.
Maaflah, aku sedang sibuk membaca.

Malas aku mahu layan.
Ada jasad yang aku ingin dodoikan.
Kalau kamu keluar seluar dalam, biar aku tolong sunatkan.
Kalau kamu tiada identiti, sila tengok kad pengenalan.
Kalau tiada telur dua biji di bawah atau gunung ganang di dada, aku boleh hantar ke Thailand

Sepatutnya aku tak tulis benda ini sebab dia akan jadi satu kepuasan kepada golongan ini. Tetapi tak mengapa. Biarlah kalau mereka mahu masturbasi dengan perkara begini. Kita tak boleh halang manusia yang perlukan perhatian seperti itu bekalan tenaga nyawa kan?

Nota Kaki :
Malam tadi terbuat satu kesilapan yang nyata. Lepas tersedar, rasa nak lempang diri sendiri guna kasut bola dan mandi di bawah pancuran.

Zara : Sedang seronok menggunakan bahasa atau loghat dan dialek negeri lain di halaman blog aku serta Twitter. Ada sesiapa yang mahu bergembira bersama?

Saturday, February 26, 2011

#Memori : Sekolah Darjah Satu Tahun 1994


Salam semua.
Darjah satu adalah sesuatu yang mungkin semua orang tunggu. Tunggu dapat lari dari tadika (aku masa umur 5 tahun pun dah lari dari tadika - umur 6 tahun masuk semula sebab nak bersama rakan sebaya kononnya), tak payah duduk makan ramai-ramai, baca doa ramai-ramai, menyanyi pakai baju warna warni ataupun entah apa-apa lagi. Darjah satu dijadikan pengukur bahawa dah lepas dari kawasan sekolah yang ada taman permainan serta sesi senaman ada main buaian ataupun papan gelongsor serta jongkang jongket.

http://farm3.static.flickr.com/2184/2222244131_3aff03fd7e.jpg
[Gambar : Dulu main ni rasa hebat. Bila orang tengah naik-turun, kau lompat dan biarkan dia terhentak ke bawah. Boleh retak tulang pelvis tahu?]

Hari Pertama.
Mak bapak orang lain tunggu anak masing-masing. Semua pegang tangan mak bapak, macam takut mak bapak lari tinggalkan mereka, padahal sebelum ni belajar di tadika boleh sahaja hidup. Aku? Mak dan Abah hantar aku dan terus tinggalkan sebab masing-masing pun kerja, nak kejar hari pertama persekolahan masing-masing. Jadi, diri dan dengar arahan cikgu-cikgu. Kali pertama nampak cikgu sekolah lebih daripada dua. Di tadika, seorang cikgu dan seorang tukang masak. Cikgu Faridah (yang sampai sekarang kalau terserempak masih kenal aku - budak lari dari sekolah) dan cikgu masak yang aku lupa nama dia tapi dekat dengan sekolah agama.

Dalam sibuk-sibuk hari pertama, duduk di meja masing-masing, mak bapak orang lain jengah-jengah dari celah jaring (dulu kelas aku tiada tingkap nako sebab bangunan lama), ada budak tiba-tiba menangis sebab mak dia hilang dari pandangan. Menangis sampai terkencing. Tak campur yang ada terberak dalam seluar. Sadis. Menggelabah cikgu yang sedang mengajar. Di tadika kalau nak kencing atau berak, boleh sahaja ke tandas sendiri sebab tandas dalam kelas. Ha ha ha.

Duit dua puluh sen dan bekal.
Walaupun Mak dan Abah adalah cikgu, duit belanja aku adalah dua puluh sen sahaja. Dari aku darjah Satu hingga Tingkatan Lima, duit poket aku biasanya yang paling sedikit berbanding kawan-kawan lain. Langkah penjimatan keluarga ke apa pun aku tak tahu. Dapat dua puluh sen pun dah bangga sebab pegang duit sendiri. Budak sekarang jumpa duit seringgit atas jalan raya pun boleh dipijak lagi. Macam celaka.

Tradisi mak aku dari dulu memang bawakan anak bekal. Mak sampai sekarang pun bawa bekal lagi ke sekolah disebabkan perut Mak memang sensitif sedikit dengan makanan luar dan makanan ruji beliau adalah nasi. Ya, sesiapa yang kena makan nasi setiap pagi boleh kawan baik dengan Puan Mulia. Aku pun kalau pergi sekolah sekarang ni bawa bekal juga (kalau aku tak sempat makan di rumah - tapi Nescafe wajib aku tembak ke dalam diri setiap pagi). 

[Gambar : Memanglah bekal aku bukan dalam keadaan begini. Sumpah penuh kasih sayang kalau dapat bekal begini. Kalaulah dapat begini, memang aku cium-cium orang yang buatkan]

Bekal makanan aku selalunya jadi bahan kena kerumun dengan orang sebab Mak memang pandai masak. Selalu sembunyikan bekal, takut orang curi sebelum waktu rehat. Bekal yang selalu Mak bawakan adalah nasi lemak, nasi ayam, nasi minyak, mi goreng, bihun goreng, jemput-jemput, roti dan sebagainya. Semua Mak masak sendiri. Nah, kau kagum tak tengok jam 10 pagi, aku buka bekal di kantin dengan nasi ayam dalam bekas masa orang lain cuma makan bihun tegak?
(tabik hormat pada Puan Mulia sebab sampai sekarang dia masih begini - masak seawal pagi)

Pertandingan
Nak masuk pertandingan menyanyi, suara tak sedap kata cikgu. Nak main alat muzik, baju untuk darjah satu tak sesuai kata cikgu. Nak masuk sukan, lari tak kuat. Nak masuk berlakon dan sebagainya, cikgu kata ada budak lagi comel dan lawa. Kecil-kecil lagi dunia dah kejam, menolak paras rupa aku yang hitam, gemuk dan pendek ini dari diketengahkan di persada dunia (padahal pertandingan peringkat kelas, zon dan daerah sahaja pun). Haram, kecil hati tak ingat.

Balik rumah, bila cakap dengan Mak, kena gelak. Mak kata, takpe kalau tak masuk tu semua. Yang penting, belajar kena pandai. Jadi, mulai saat dalam darjah satu, sentiasa beritahu diri sendiri, belajar lagi penting. Muka tak lawa, tak comel, tak putih macam orang lain pun tak mengapa. Asalkan belajar pandai daripada orang lain. Jadi bila dalam kelas Matematik, sentiasa jadi orang pertama siapkan kerja kira-kira, terpilih masuk pertandingan 'Bijak Sifir' peringkat daerah. Meluap bangga terpilih. Matematik tak pandang muka lawa pun kau tahu?

Masuk pertandingan daerah, naik kereta cikgu yang semput-semput, siap sesat, Abah yang lambat dari kami dah sampai, siap beritahu penganjur yang aku dalam perjalanan ke tempat pertandingan (gila kentang, Abah sampai dulu daripada kami). Peserta paling akhir masuk dalam dewan, tapi peserta pertama yang siap semua soalan, dan semua jawapan betul. Dapat johan, nombor satu. Kena panggil ke depan, kembang hidung bangga, sambil bisik dalam hati, tak lawa pun dapat hadiah pertama, orang ambil gambar.

http://farm3.static.flickr.com/2514/4048256740_c41c64af84.jpg
[Gambar : Malas nak ambil gambar piala sendiri, aku letak ini pun jadilah kan?]

Pakaian.
Sejak tadika umur 6 tahun, dah tiada skirt dibenarkan oleh Mak dan Abah kalau ke sekolah. Maka, masuk darjah satu pun pakailah baju kurung dan tudung. Orang lain dengan gaun, aku dengan baju kurung. Orang lain dengan reben warna-warna ceria, aku dengan tudung litup putih yang selamba. Gila selekeh mula-mula, muka bulat, pakai tudung kain apa entah tu, melekat tudung di muka.

Hari Penyampaian Hadiah.
Masa ini semua orang berlawan-lawan dalam peperiksaan, tak nak kalah. Yang lawa ke, tak lawa ke. Semua nak tonjolkan diri yang terbaik sebab cikgu kata, kalau dapat nombor satu ada hadiah. Budak-budak kan gila penghargaan walaupun pensel sebatang (eleh, kau semua pun sama bila dah besar ni kan? ketawa). 

Jadi, lepas belajar kononnya, padahal yang penting kalau darjah satu, mesti tahu membaca (tadika dah ajar benda ni semua), maka dapatlah nombor satu. Terbaik dalam semua mata pelajaran. Naik turun pentas berulang kali. Balik rumah, penuh bawa hadiah, buka satu persatu, semuanya buku kerja mata pelajaran untuk Darjah Dua. Bijak betul cikgu zaman dahulu, dia bagi kita buku supaya cuti sekolah kita belajar lagi, bagi dapat nombor satu lagi tahun depannya (walhal di rumah, Mak belikan lagi buku supaya tak asyik tengok televisyen dan kartun)

http://farm4.static.flickr.com/3196/2983048019_65179ebff0.jpg
[Gambar : Dulu tengok kartun begini pun dah ternganga suka.]

Oh, masa darjah satu, dapat adik lagi (adik yang ketiga, merangkap anak keempat dalam keluarga). Maka, tumpuan Mak dan Abah tak adalah pada aku yang dah sekolah. Pandai-pandai mahu belajar sendiri, tiada tempat kelas tambahan dan sebagainya. Sekarang ini yang aku tengok budak baru tadika empat tahun dah pergi kelas tambahan. Sumpah aku tak faham. Gila betul ibubapa zaman sekarang ni kan? Semua berlumba-lumba demi masa depan anak-anak. Kalau anak-anak tak hargai, lebih baik kita picitkan sampai mati. Baiklah, itu agak keji.

Pendidikan adalah satu perniagaan kata kawan aku.
Tapi pada aku, pendidikan adalah satu tanggungjawab sosial.
Masing-masing ada pendapat masing-masing kan?

Nota Kaki :
1. Sedang belajar sendirian untuk peperiksaan.
2. Mungkin banyak aktiviti yang perlu dilupakan, sedang bertarung untuk masa depan.
3. Kalau rajin (dan orang suka), mungkin akan ada memori darjah dua pula, kalaulah kan?

Zara : Kebanyakan kawan-kawan aku yang mendirikan rumahtangga adalah yang lahir tahun 1986 dan 1988. Orang yang lahir 1987 macam aku masih kurang bilangannya. Baiklah, itu petanda tiada benda yang perlu dirisaukan sebenarnya. Ketawa.

Friday, February 25, 2011

Ujian Pertama : Penyeludup Adalah Perniagaan Antarabangsa


Setiap tahun, ujian pertama adalah pengukur, tanda aras bagaiman proses pembelajaran telah berlangsung untuk jangka masa dua purnama, lebih kurang sebab cuti sekolah menimbun tak ingat dunia. Aku akui, cuti itu menarik, tetapi kalau sampai masa budak dah tak ingat apa yang disumbatkan sejak hari pertama, mahu gila nak betulkan semula. Kan?

http://farm4.static.flickr.com/3613/3365104343_a9bd0156a1.jpg
[Gambar : Waktu begini, aku memang longlai sedemikian rupa. Sadis kan? Ketawa]

Menanda kertas ujian adalah satu terapi yang sangat diperlukan selepas berhempas pulas membuat soalan. Percayalah cakap aku, membuat, menyediakan soalan adalah lebih sukar berbanding menjawab soalan. Jadi, aku lebih suka menjawab atau mencari jawapan berbanding membentuk soalan ujian yang ternyata menyebabkan aku separa nanar.
Ketawa.

Berbuih aku mengajar di dalam kelas, tapi penyeludup adalah satu bentuk perniagaan luar negeri ataupun antarabangsa? Hebat betul kan?

Bila aku panggil ke depan, macam-macam pula dalihnya. Memang aku ketawa besar tapi aku lebih rela kertas jawapan kosong dari dapat  jawapan pelik begini. Baiklah, kita anggap dia kreatif dan sangat berseni (aku sedang berusaha untuk berfikiran positif dan terbuka ni).

Aku : Ni sejak bila penyeludup jadi perniagaan antarabangsa ni?
Budak : Dalam drama selalu macam tu cikgu.
Aku : Oh, dalam drama eh?
Budak : Cerita 'omputih' kan macam tu cikgu.
Aku : =.=

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184269_10150414850415543_885375542_17351012_4804391_n.jpg
[Gambar] Sejak bila pula 'airport' adalah jenis perniagaan luar negeri? Sejak bila? Import adalah.
Ya, baiklah, kita gunakan 'airport' untuk 'import'. =_=

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/179860_10150414850490543_885375542_17351013_6379811_n.jpg
[Gambar] Sila tengok tempat yang aku bulatkan. Kekurangan tenaga katanya sebagai alasan tidak siap.
Aduhai. Tenaga terakhir telah digunakan untuk menulis ayat itu agaknya.

Aku : Banyak salah, nanti buat pembetulan.
Budak : Kena buat ke cikgu?
Aku : Buat.
Budak : Cikgu doakan saya ada tenaga nak buat cikgu.
Aku : Mesti ada tenaga. Balik makan nasi. Minggu depan kalau tak siap, kena awak nanti.
Budak : Kalau ada tenaga, saya buat nanti cikgu.
Aku : Malangnya saya sentiasa bertenaga kalau nak denda orang.

Sebab itulah kalau menanda kertas jawapan murid, aku lebih suka menonton drama Korea ataupun apa-apa siri penyiasatan supaya kepala otak aku tidak jumud pada satu perkara sahaja. Gila kalau aku terlampau fokus pada satu benda sebegitu rupa (walaupun hakikatnya seronok baca dan ketawa seorang diri macam orang gila).

Nota Kaki :
1. Mungkin tidak akan ke Skudai esok.
2. Keletihan dan rindukan hujan.
3. Cubaan aku untuk terus senyum dan berjalan menjauh nampaknya menghadapi ujian kecil dari dalam. Hati, jangan degil dan terpesong dari apa yang ditetapkan serta dipateri.

Zara : Menukar kulit baru untuk blog sebagai suka-suka. Kacak tak?

Kita Kawan Dulu - Tapi Kalau Dah 8 Tahun?


Itu sendiri mahu fikirlah.
Aku tak boleh fikir untuk kau.
Otak aku sedang serabut dengan tugasan aku.
Kepala kena fokus, otak berbulu.

[Gambar : Mangkuk cinta. Tapi kalau kau buat perangai macam apa, maka kau layak digelar mangkuk]

Kawan : Kau jadi pergi Skudai hujung minggu ni?
Aku : Belum tahu. Macam ada kerja yang muncul tiba-tiba.
Kawan : Orang lain dah kahwin tak berhenti-henti, kita ni bila?
Aku : Kau tu yang dulu, aku lepak lagi.
Kawan : Untung betul muda ni kan?
Aku : (ketawa) Muda tak sangat, dah 23, cuma ya, aku memang muda dari kau.
Kawan : Aku ni dah bercinta lebih lapan tahun, masih tak ada apa-apa lagi.
Aku : Lapan tahun dah lama sangat dah kot?
Kawan : Ada orang lagi lama.
Aku : Satu soalan, adakah masih rasa bahagia?
Kawan : Bergantung juga. Hidup kan tak selalu cerah.
Aku : Lama sangat pun susah kan?
Kawan : Itulah. Bila ditanya, asyik kata kita kenal hati budi masing-masing dulu, kita kawan dulu, tapi dah lapan tahun.
Aku : Nak kenal apa lagi? 
Kawan : Entahlah. Penat menunggu tapi hati sayang lagi.
Aku : Kalau sayang, sila tabah ya?
Kawan : Kita ni perempuan, ada waktu yang sesuai untuk mulakan keluarga, melahirkan. Kalau dah lambat sangat, pergi mati dengan pandangan masyarakat, yang penting kesihatan diri bagi bayi.
Aku : Baiklah, itu aku tak boleh menidakkan.
Kawan : Kau muda lagi, takpe.
Aku : (ketawa)

[Gambar : Bila kita nak kahwin ni?]

Apa pendapat kamu semua?
Ada sesiapa yang dah bercinta bertahun begini juga?
Aku belum mahu mengulas panjang lagi.
Siapa mahu kahwin, jemputlah aku sekali.

Nota Kaki :
Sedang sibuk menanda kertas jawapan.

Zara : Aku masih seorang (seekor?) gumiho.

Thursday, February 24, 2011

Gambar Berdua Maksudnya Ada Hubungan?


Gila.
Jangan buat lawak sendu kononnya bagi mencari gaduh dengan pasangan masing-masing hanya disebabkan ternampak gambar berdua yang entah tahun bila pun sudah terlupa. Kalau teman lelaki kau jenis baik dan penyayang, tidak perlulah menguji dengan benda-benda begini yang boleh membuatkan dia makan hati. Apa kau ingat makan hati sendiri sama macam makan hati ayam, hati lembu? Boleh tambah zat besi? Alih-alih, kau yang makan besi guna gigi.

Aku memang benci pengintip perempuan.
Aku rasa keselamatan aku tergugat sebab segala benda orang nak laungkan.
Ketawa riang aku dengan manusia penuh perasan sedemikian.
Sudahlah perempuan.
Apa kau ingat semua perempuan yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian.
Sebab hidup kami bukan diawangan.
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan.
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan.
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan.
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian.
Ludah dan diam, aku kulum sendirian.
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan.
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan.
Ah, aku bukan syaitan.
http://farm1.static.flickr.com/213/457490052_c064715cf8.jpg
 [Gambar : Kalau gambar begini bolehlah kau nak tuduh sebarangan kan?]

Rasa kurang selamat.
Curiga tidak bertempat.
Seriau dan mudah fikir yang bukan-bukan.
Aku nak tanya kau satu benda, apa yang menyebabkan kalian memulakan hubungan ya?
Bukan asasnya adalah dasar percaya?
Ke aku salah?

Kawan : Beb, siapa yang kata teman wanita dia tengok kau punya blog?
Aku : Adalah. Kenapa?
Kawan : (ketawa) Aku nak buat permintaan sedikit.
Aku : Apa dia?
Kawan : Teman wanita aku ada tengok FB aku. Dia ada ternampak gambar kita dulu-dulu.
Aku : Gambar apa?
Kawan : Gambar berdua.
Aku : Bukan banyak ke gambar berdua? Zaman belajar dulu kan macam-macam program.
Kawan : Itulah masalahnya, dia boleh kata kita ni kekasih lama, padahal kau kawan baik aku.
Aku : Jadi, kau nak suruh aku buat apa?
Kawan : Dalam akaun aku, aku dah halang (baca : block) dia dari tengok gambar-gambar tu.
Aku : Jadi?
Kawan : Boleh tak kau buat yang sama pada gambar kita yang lain?
Aku : Nanti aku padam semua.
Kawan : Janganlah!
Aku : Biar puas hati dia, aku tak nak ada masalah.
Kawan : Kau kecil hati ke apa?
Aku : Satu perkara yang aku jaki adalah perempuan rasa tak selamat bila teman lelaki dia kawan dengan aku, jadi, sebelum dia rasa pelik dan fikir bukan-bukan lagi, aku baik jauhkan diri.
Kawan : Bukan dengan kau seorang, dengan kawan-kawan aku yang lain pun macam tu.
Aku : Jadi, dia nak kau bergambar dengan lelaki sahaja?
Kawan : Mungkin kot?
Aku : (ketawa) Kalau aku, baik pasangan aku ada gambar dengan semua orang.
Kawan : Kenapa?
Aku : Mana tahu kau boleh dikatakan homoseksual pula kan?
Kawan : Tak macam celaka ayat kan?
Aku : (ketawa) Kenapa teman wanita kau ni?
Kawan : Kami dah merancang nak bertunang. Jadi, dia nak imej aku bersih.
Aku : Jadi, gambar-gambar kau dengan perempuan lain macam najislah?
Kawan : Eh, jangan fikir macam tu?
Aku : Dia tak pernah gambar dengan lelaki?
Kawan : Siapa?
Aku : Teman wanita kau.
Kawan : Ada, tapi aku tak kisah.
Aku : Oh, dia ada padam tak?
Kawan : Tiada.
Aku : Mari sini aku lanyak dia di blog.
Kawan : Janganlah.
Aku : Identiti dirahsiakan.
Kawan : Sadis kau.
Aku : Lantak.

Lawak.
Itu memang sesuatu yang kelakar.
Kau boleh buat, tetapi pasangan kau jangan.
Kau bebas buat ikut kesukaan, tetapi pasangan kau perlu jaga hati kau demi jangan ada tunjuk perasaan?
Begitu?
Enak.
Bergambar berdua sahaja sudah ditebak ada hubungan istimewa.
Jadi, kalau si dia kau bergambar dengan pensyarah, dengan rakan sekerja, berdua pun kau akan kata ada hubungan cinta? Setakat berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku tanpa ada sebarang aksi mesra pun sudah dikatakan punya hubungan mesra?

Wah!
Begitu aku mahu ambil gambar dengan sesiapa sahaja.
Nanti boleh dilaungkan punya hubungan istimewa.
Teman tapi mesra.
Macam gampang sahaja.

http://farm4.static.flickr.com/3543/3682281370_4d33d0950e.jpg
[Gambar : Sekarang kita tak main lagi kunci hati, kita guna kata laluan. Canggih sedikit. Ketawa. Gila]

Satu benda ya, aku nak beritahu sahaja.
Benda yang dinamakan Internet ini mampu buat kau ketawa. Kau boleh cari apa sahaja, dan kawal pasangan kau seperti seorang raja memiliki takhta. Kawasan dia, empayar kau juga. Segala tindak tanduk dia, kononnya kau boleh hidu dan cium sama. Pergerakan dia, kau boleh lihat dan perangkap bila-bila masa.

Tapi, kau juga lupa satu perkara.
Bukan kau sahaja yang boleh buat benda gila. Masih ramai lagi tenaga kerja di belakang alam maya. Kalau rasa panas secara tiba-tiba, bukanlah bermakna kipas rosak atau penghawa dingin tiba-tiba bikin celaka. Mana tahu hati panas akibat perbuatan timbal balik secara tidak sengaja kan?
Nah, itu bukan ugutan.
Itu sedikit pesan.
Kata (kononnya) kawan.
Pengsan.

[Gambar : Adakah kau mahu pengakhiran sebegini? Bolehlah kalau kau suka]

Tulisan aku bukan untuk mencari pujian.
Perkongsian aku bukan untuk menunjuk jagoan.
Cuma aku ingin berkongsi satu perasaan.
Manusia ini ada had dan batasan.
Bukan kau sewenangnya langgar garisan.
Dan mengharapkan selamat sejahtera tanpa balasan.
Malangnya satu perkara teman.
Dunia ini pasti ada balasan.
Sama ada cepat, lambat atau kemudian.
Sebab itu aku selalu kata, hidup kita, kita tentukan.

Kau boleh kata aku apa sahaja.
Aku cuma pandai ketawa.
Nah, bukankah kau sudah lihat dalam video aku punya?

Nota Kaki :
1. Tugasan pertama sudah dilangsaikan.
2. Panggilan telefon bertanyakan tugas sampingan membuatkan aku melonjak naik tapi ada sesuatu yang aku simpan kemas dalam lubuk perasaan.
3. Berkejar menyusun atur hidup kembali dengan bekerja yang ternyata memberikan kepuasan hakiki.
4. Belajar dengan tekun sendirian, untuk menghadapi peperiksaan dalam masa sebulan.

Zara : Sekali lagi ada tawaran gila yang buat aku ketawa berdekah. Niat untuk berbesan? Pakcik, adakah sudah memikirkan sepuasnya sebelum membuka tawaran sedemikian? Apa yang dilihat kepada manusia beku yang tidak pandai dalam menguruskan hatta sebuah dirinya sendiri? Nantilah dulu ya? Tidak mahu terburu-buru menempah maut lagi.

Tuesday, February 22, 2011

Vlog #2 : Tanpa Solekan Dan Budak Adelaide


Salam semua.
Sebenarnya aku ada lagi satu video khas untuk dipaparkan, tetapi tidak mengapa. Itu aku simpan dahulu untuk seorang kawan dan adik kesayangan maya. Ya, hidup aku kan banyak dihabiskan berbicara dengan manusia yang lebih kenal aku dengan sepenuhnya daripada menerawang entah ke mana.
Sengih.

[Gambar : Conteng apakah ini?

Oh, hari ini dua puluh dua bulan dua, hari ulang tahun kelahiran Abah kesayangan yang ke lima puluh. Sudah boleh buat sambutan jubli perak pula kan?
Pang!
(Kena tampar)


[Vlog #2 - Ulang Tahun Abah]

Walaupun ada ayat yang menggigil sedikit getaran suara, tapi keseluruhan aku rasa lebih baik daripada Vlog #1 yang mendapat kritikan umum. Ketawa. Belajar dari kesilapan kan?
Senyum.

Oh ya, aku ada juga buat satu video khas untuk pemilik blog Oh Malaysia!, saudara Amir Said yang menjadi penaja baju yang aku pakai itu.


[Vlog #1-2 : Ucapan khas]

Maaflah kalau ada kekurangan lagi.
Sengih sahaja.

Nota Kaki :
Akhirnya hujan juga.

Zara : Esok adalah tarikh yang menakutkan. Moga kami tidak akan diuji lagi tahun ini. Moga-moga. Aku amat mohon Ya Allah. [sini] dan [sini]

Monday, February 21, 2011

Badan Berbulu Yang Panas


Bukan semua benda berbulu untuk kasi panas ke?
Baju panas berbulu untuk musim sejuk.
Selendang bulu untuk lindungi leher.
Tuala bulu sebab mana ada tuala dari plastik.
Kan?

[Gambar : Patung beruang sahaja yang boleh]

Dan aku, selalu kalah dengan badan berbulu yang panas. Setiap kali dia datang, aku akan jadi manusia pendiam atau manusia yang menjerit-jerit ketakutan. Panasnya serta kehangatan yang dibawa menjadikan aku manusia beku yang tidak sempurna.
Celaka.

Kawan : Kenapa kau tiba-tiba diam?
Aku : (diam)
Kawan : Apa jadi?
Aku : (diam lagi)
Kawan : Zara, kau tak sihat ke?
Aku : Kucing geselkan badan dia pada kaki aku. 
Kawan : (ketawa) Kau takut kucing?
Aku : (angguk)
Kawan : Tolaklah kucing tu.
Aku : Takkan nak tendang?
Kawan : Macam tu sekali kau punya takut?
Aku : Suka tengok, tapi aku tak pegang kucing.
Kawan : (ketawa) Tak apa, aku halaukan.
Aku : Tolong.

http://farm1.static.flickr.com/26/99890867_90c1e90437.jpg
[Gambar : Tak nak! Tak nak!]

Ya.
Aku kalah lagi dengan kucing tadi.
Patutnya kucing yang menyorok bila nampak manusia, tapi aku yang menyorok tepi peti ais bila nampak kucing sedang meregangkan badan. Oh, baik, otak aku tak berfungsi.

Rumah aku ada banyak kucing luar datang.
Kebanyakannya datang untuk bersalin.
Paradoks bukan?

Nota Kaki :
Otak aku tak berfungsi dengan baik akibat dos kafein yang terlampau berlebihan hari ini. 4 dos dalam masa kurang 3 jam bagi setiap satu.

Zara : Penat.

Teman Wanita Aku Baca Blog Kau Sebab Cemburu


Sungguh aku ketawa riang.
Adakah mungkin kau begitu rasa tidak selamat hingga perlu membaca setiap perkara yang berkaitan dengan aku sehingga begitu sekali? Ya, blog aku sememangnya berkisar tentang hidup aku, apa yang aku lalui setiap hari, tetapi adakah kau tahu yang bukan semuanya aku humban ke dalam sini?
Senyum nampak gigi.
Kau mula rasa sakit hati?
Gigit bibir sampai nampak gusi.

Gadis, ah tidak, kau seorang wanita.
Oh, apakah gadis sepatutnya yang aku gunakan?
Entahlah, itu bukan satu masalah sebenarnya.
Senyum sinis (sambil ketawa - ha ha ha)

Apa yang kau takut sebenarnya?
Apa yang kau nak curiga sehingga buat perkara yang gila?
Sekejap, kau buat begitu kenapa ya?
Aneh tahu?
Ketawa.

Kawan : Kau belum ada teman lelaki baru ya?
Aku : (ketawa) Aneh dengan soalan kau. Kenapa?
Kawan : Aku tahu bukan senang cari pengganti.
Aku : Tiba-tiba aku rasa ayat itu macam celaka, kenapa ya?
Kawan : (ketawa) Jangan salah anggap. Maksud aku, kau buka diri kau pada cinta secara serius selepas cinta pertama yang gagal - itu pun selepas empat tahun. Pasti tak mudah lupakan bukan?
Aku : Melupakan cinta sungguh bukan aku.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kalau berusaha melupakan, bermaksud aku letakkan orang yang pernah aku cinta dalam kepala. Aku tak mahu, biarkan sahaja berlalu.
Kawan : Jadi kawan sahaja?
Aku : Terpulang kepada keadaan.
Kawan : Kazuya?
Aku : (ketawa) Kau ingat lagi nama dia.
Kawan : Ingat sebab itu kali pertama aku lihat kau dekat dengan lelaki.
Aku : (ketawa) Benda begini aku tak mahu ingatkan kembali. Tersimpan dalam kalendar yang aku sudah lupuskan, kita tak selak kalendar ke belakang.
Kawan : (ketawa) Betul kata kau. Ni, teman wanita aku baca blog kau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Dia tahu kita rapat, dia takut kalau kau suka pada aku.
Aku : (ketawa) Kau rasa aku suka kau?
Kawan : Manalah aku tahu.
Aku : Ya, aku suka kau.
Kawan : Jangan main-main!
Aku : (ketawa) Kau kawan aku, mestilah aku suka kau. Ada orang kawan dengan manusia yang dia benci?
Kawan : Betul juga kan?
Aku : (ketawa) Jangan sampai aku kata belajar bertingkat-tingkat, bangangnya bertingkat-tingkat juga.
Kawan : Sumpah keji. Tapi teman wanita aku tetap risau.
Aku : Dia nak risau apanya? Kau cakap sahaja pada dia yang aku ada teman lelaki baru, habis cerita.
Kawan : Makcik.
Aku : Apa panggil aku makcik?
Kawan : Sebab kau cepat lupa. Kan aku kata dia baca blog kau, mestilah dia tahu kau belum ada teman lelaki baru.
Aku : Kau cakaplah pada dia yang aku ada teman lelaki baru, tapi aku sengaja tak tulis di blog.
Kawan : Boleh ke cakap macam tu?
Aku : Boleh, cakap sahaja.
Kawan : Kenapa perempuan benda kecil sebegini pun nak rasa tak selamat?
Aku : Itu sifat perempuan aku rasa. Sekali dia dapat sesuatu, dia akan jaga dengan sepenuh jiwa, tidak akan dilepaskan dengan mudah, lebih-lebih lagi pada perempuan lain.
Kawan : Jadi kau bukan perempuan.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Sebab kau lepaskan hak kau pada orang lain tanpa rasa kecewa walaupun sebesar kuman.
Aku : (ketawa) Kau tak tahu apa yang berlaku, maka kau tak berhak letakkan sebarang hukuman.
Kawan : (ketawa) Kau masih berselindung tentang cerita sebenar kan?
Aku : Tak perlu tahu benda peribadi sebegitu.

[Gambar : Maaflah kalau kamu tanya tapi aku tak pernah jawab dengan kata-kata]

Ketawa.
Sekejap, kenapa aku tulis ini semua?
Ya gadis, aku tahu kamu akan baca. Bukankah kamu sedang melekat pada blog aku bagaikan lintah yang dahagakan darah? Tolonglah dahagakan darah sahaja, bukan dara, boleh?
Ketawa kuat sambil meludah.
Tepat ke tanah.
Merah.
Sarkastik sedikit pula Cik Zahrah.

Aku : Sekejap, teman wanita kau cuma baca blog aku?
Kawan : FB, Twitter semua pun dia baca.
Aku : (ketawa) Sebenarnya dia bukan patut risau akan persahabatan kita berdua.
Kawan : Aku dah banyak kali beritahu dia.
Aku : Dia patut risaukan diri dia sendiri. Kenapa dalam banyak-banyak kawan kau, dia tembak aku?
Kawan : Sebab dia kata kau popular.
Aku : (ketawa) Sekejap, sambung berbual nanti, aku nak berak.

Sepanjang pagi dari jam lima pagi aku cirit birit. Benci betul kena guna Twitter dalam tandas tahu?
Ketawa.
Kalau kau baca Twitter aku dan jumpa #chamberofsecret - kau boleh teka aku di mana.
Eh?
Ha ha ha.
(Muka merah)

http://farm4.static.flickr.com/3495/3317405332_4e198ca069.jpg
[Gambar : Cuba tengah seronok guna Twitter, makhluk ini terjengul? Ampun, tak nak!]

Aku : Dah siap, sambung-sambung. Siapa kata aku popular? Aku bukan popular pun.
Kawan : Dia kata begitu.
Aku : Sebenarnya aku yang risau ni.
Kawan : Risau kenapa?
Aku : Sebab dia asyik baca semua benda tentang aku, aku takut dia jatuh cinta dengan aku pula.
Kawan : (ketawa) Gila puaka ayat.
Aku : (ketawa) Dah dia setiap hari dah jadikan benda pada diri aku sebagai benda wajib baca, bahaya tau?
Kawan : (ketawa) Gila kau.
Aku : Cakap dengan dia, tak perlu risau. Aku kenal siapa diri aku, aku kenal kau.
Kawan : Nanti aku cakap lagi.
Aku : Bagus. Kirim salam dia dengan ucapan, janganlah sampai jatuh hati dengan aku.
Kawan : Gila.
Aku : (ketawa) Dan lagi, beritahu jangan cemburu dengan aku.
Kawan : Baiklah.
Aku : Berbulu aku kalau perempuan cemburu dengan aku.
Kawan : Bukan semua orang berbulu ke? (ketawa)
Aku : Oit!

[Gambar : Ada pepatah Cina menyatakan, kalau kasut itu sesuai dengan kita, pakailah. Tapi aku tidak akan pakai sebarangan, begitu juga dengan kau kan?]

Kalau kau cemburu dengan aku, aku sendiri tidak mengerti apa yang kau perlu cemburu dengan manusia beku seperti aku. Hidup aku dengan cara aku sendiri, aku buat apa benda yang aku suka, yang menggembirakan aku. Dan satu benda lagi, aku tidak akan bina kebahagiaan atas deraian air mata orang lain. Kalau orang lain bina kegembiraan atas air mata aku, itu aku dah pernah lalui.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Isnin (21 bulan 2), adalah hari yang sangat sibuk.
2. Selasa (22 bulan 2) adalah ulang tahun lelaki yang paling aku sayang di dunia.
3. Minggu ujian bulanan bermula hari Rabu hingga minggu depan.

Zara : Kau cuba biasakan diri aku dengan ayat-ayat konon sarkastik kau? Maaflah. Itu bukan sarkastik yang menyakitkan, ia melucukan sebab sarkastik bukan ayat melucah. Kau salah guna dengan orang yang lebih mengerti hingga membuatkan aku ketawa senak perut sampai ke ulu hati.

Saturday, February 19, 2011

Menahan Perasaan Itu Sakit Ke?


Menahan berak lebih sakit aku rasa.
Tidak.
Menahan senggugut mungkin yang paling parah.
Mungkinlah.
Tapi menahan kencing lebih sukar.
Boleh tak dapat tidur tahu?
Senyum
(Lari ke tandas)

[Gambar : Ada orang kata, menyayangi diri sendiri itu terlampau menyedihkan seperti insan yang tidak punya apa-apa. Maaflah, kau mungkin salah.]

Kawan : Sakitkan bila kita suka seorang tu, tapi dia tak tahu.
Aku : Entahlah.
Kawan : Kau pernah rasa macam tu?
Aku : (ketawa) Perasaan aku bertebaran bagaikan debunga, jadi aku sendiri tidak tahu apakah aku masih punya perasaan tersendiri atau tidak.
Kawan : Mungkinkah kau ada sukakan seseorang?
Aku : (ketawa) Aku sukakan diri aku. 
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab tiada orang yang akan sayang dan suka diri aku macam aku sayang diri aku, mungkin.
Kawan : Kau cuma belum jumpa yang sesuai.
Aku : (ketawa) Itu kenyataan yang membosankan. Orang asyik cakap benda yang sama, walaupun ternyata menyukai diri sendiri adalah motivasi terbaik buat diri.
Kawan : Aku selalu sukakan orang walaupun orang tak suka aku.
Aku : Dan kau boleh tahan?
Kawan : Tak boleh. Jadi, bila aku rasa suka dan rasa suka itu tidak berbalas, aku akan larikan diri dan menyukai seseorang yang lain.
Aku : Ternyata sebab itu kau tak berjaya lagi.
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau tak yakin dengan diri sendiri. Kalau kau yakin kau suka, mesti kau dah buat sesuatu kan?
Kawan : (ketawa) Mungkinlah. Aku takut dengan apa yang akan terjadi.
Aku : Siapa yang tak takut dengan masa depan? Sesuatu yang tidak pasti tetapi tetap akan ditempuhi.
Kawan : Benar, jadi aku cuba untuk jadi lebih berani.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Berusaha mendapatkan sesuatu yang aku suka.
Aku : Ah! Sudah ada calon baru nampaknya.
Kawan : (ketawa) Pilihan keluarga, aku ikutkan sahaja.
Aku : Hebat!
Kawan : Asalkan keluarga aku tersenyum gembira, itu dah cukup bermakna.
Aku : Kegembiraan mereka dan kegembiraan kau mesti sekata.
Kawan : InsyaALLAH.

[Gambar : Kalau penat, ayuh baring]

Senyum.
Aku tidak punya daya untuk menulis lebih saat ini.
Maaf ya?

*******


MAKING PORTFOLIO FOR TALENT STUDIO PHOTOGRAPHY
Menyediakan perkhidmatan membuat/menyediakan PORTFOLIO bagi talent muslimah (bertudung)
Mari sertai kami dalam membuat portfolio di dalam studio untuk koleksi anda.Lokasi studio di Taman Kosas,Ampang Selangor.

Untuk pertanyaan dan temujanji :
#call/sms : +6019  7034676 hurriyyah
+6019 7734676 bert/safuan

Harga promosi sebanyak RM180.00/orang (makeup+photoshoot+cd)

Tambahan : Selain itu, boleh juga untuk perkahwinan, pertunangan, majlis, studio dan juga komersial.
http://fotomurasaki.files.wordpress.com/2011/01/nya.jpg
 Ini antara contoh gambar yang kalian boleh lihat di blog Murasaki.
Nanti aku tulis lagi tentang ini.

Nota Kaki :
Kaki sedang letih.

Zara : Senyum lebih kepada diri sendiri hari ini. Membuat pekerjaan yang menyebabkan manusia lain tersenyum sungguh baik buat aku.

Friday, February 18, 2011

Menyamar Jadi Teman Lelaki Demi Kegembiraan Dia.


Salam semua.
Terima kasih buat yang sudi menonton Vlog aku sebelum ini. Ya, kali pertama buat video yang sememangnya mendapat kutukan nasional dan juga antarabangsa. Tahap global sudah blog aku rupanya sebab ditonton selain dari mereka yang tinggal di Malaysia (padahal yang di luar negara pun kebanyakannya adalah orang Malaysia).
Senyum.

Tidak menulis dan melihat matahari berlatarkan awan dan langit biru memberikan aku ilham merakam satu lagi video yang ternyata tidak sanggup aku muatnaik disebabkan tangan aku menggigil memegang telefon genggam sewaktu memandu. Ya, sengaja aku letakkan telefon dan cuba berkongsi dengan kamu semua tetapi entahlah, aku cuba buat lain kali, mungkin.

http://farm4.static.flickr.com/3663/3437584330_4bab6e37a0.jpg
[Gambar : Maaflah buat yang menyatakan aku buat Vlog disebabkan aku sunyi]

Panggilan telefon dari seorang rakan lama tadi setelah dia minta nombor telefon aku selepas sudah lama tidak berjumpa (berhubung menggunakan Internet serta hilang nombor aku) membuatkan aku tertanya-tanya. mengenai sesuatu Apakah persahabatan dan cinta itu membuatkan manusia acapkali keliru demi melihat sebelah pihak gembira atau kedua-duanya sekali menikmati bahagia?

Kawan : Eh, terima kasih sebab sudi bagi aku nombor telefon kau.
Aku : Tiada masalah. Apa benda yang kau nak cakap tadi?
Kawan : Ingat tak yang aku cakap aku baru bujang semula?
Aku : (ketawa) Geli dengar istilah bujang semula. 
Kawan : Kau pun sama kan?
Aku : Ceh! Tapi aku tak guna perkataan bujang semula ya?
Kawan : Ye la. Bekas teman wanita aku, sebenarnya kawan baik aku.
Aku : Tahu. Jadi?
Kawan : Dia datang jumpa aku siang tadi.
Aku : Eh, kenapa? Nak ajak rujuk ke?
Kawan : Ceh! Bukan. Cuma dia datang nak berbincang dengan aku pasal aku, dia dan teman lelaki dia yang baru.
Aku : Maksud kau, bekas teman lelaki dia yang dia ambil balik semula kan?
Kawan : Ya. Kau memang tak puas hati dengan dia kan?
Aku : (ketawa) Sebab dia boleh rasakan senang sangat dapat pasangan, padahal ramai orang lagi yang masih mencari.
Kawan : Emosional nampak.
Aku : Kenyataan dan aku tak merujuk pada sesiapa, hatta diri sendiri. Jadi, apa dia nak?
Kawan : Kau pun tahu yang keluarga dia tak suka dengan teman lelaki dia tu kan?
Aku : Kau ada cakap hari tu. Jadi, kenapa?
Kawan : Dia tanya pada aku, boleh tak aku kembali pada dia sebagai teman lelaki pura-pura. Kira menyamar kononnya kami dah kembali bersama untuk mengaburi pandangan keluarga dia.
Aku : Apa gila ke?
Kawan : Dia minta tolong sangat-sangat pada aku.
Aku : Kau gila kalau kau kata setuju.
Kawan : Aku belum bagi keputusan.
Aku : Jadi apa kau nak buat?
Kawan : Aku sayang dia, sayang sangat-sangat. Bahkan aku sebenarnya, cintakan dia lagi. Cuma, aku tak boleh nak halang dia kembali kepada kekasih lama.
Aku : Dan, kau nak kononnya masih bersama hanya nak selamatkan dia dari diketahui sudah kembali kepada kekasih lama yang keluarga dia tak restu?
Kawan : Lebih kurang begitu.
Aku : Kau gila.
Kawan : (ketawa) Mungkinlah walaupun kau lagi gila dari aku.
Aku : Tapi, ini soal hati. Apa kau nak menyamar sampai bila?
Kawan : Mungkin sampai hati dia terbuka semula untuk aku.
Aku : Dalam mata dia, dia tak nampak kau. Dia nampak lelaki itu sahaja.
Kawan : Untuk biarkan dia gembira, aku sanggup, sebab dia kawan aku.
Aku : Kau yang akan sakit sendiri nanti.
Kawan : Dia dah bagitahu pada keluarga dia tentang kami sebelum ini. Jadi, sebelum keluarga dia dapat hidu, lebih baik kami teruskan drama ini.
Aku : Apa yang kau nak sebenarnya dengan tolong dia ni?
Kawan : Kegembiraan dia.
Aku : Alahai. Dia gembira, tapi kau?
Kawan : Aku gembira bila dia gembira juga.

http://farm5.static.flickr.com/4070/4424650502_8bb2128b96.jpg
[Gambar : Adakah kau betul-betul gembira walaupun sebenarnya hati kau penuh duka?]

Aku sebenarnya mahu jeritkan kata marah kepada kawan itu sebelum aku tersedar bahawa setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza. Mungkinkah dengan menolong (boleh panggil menolong ke? Ludah!) bekas teman wanita dia itu, dia merasakan sedikit kegembiraan di dalam hati walaupun ternyata aku melihat kesengsaraan dia dalam cuba melepaskan bayangan cinta itu pergi.

Kali ini boleh bekas teman wanita kembali hanya dengan satu tujuan, mengaburi keluarga dia disebabkan dia kembali kepada bekas kekasih lama yang tidak direstui keluarga. Perempuan, betapa kau patut buka mata. Itu dikira menipu ya?

Bila menipu, dosa.
Mati seksa.
Masuk api neraka.
#ayatklise budak sekolah rendah.
(sambil goyang-goyang punggung dan penyekkan hidung)

http://farm5.static.flickr.com/4015/4518649911_5aa9557a66.jpg
[Gambar : Kau tahu kenapa badut lukiskan senyuman gembira di wajah dia?]

Kawan.
Kau tahu kenapa badut lukis senyuman gembira di wajah dia?
Ini mungkin disebabkan tiada siapa yang mengerti kesedihan dan kesengsaraan mereka.
Mereka membuat orang lain gembira tetapi di lubuk hati mereka, mungkin sedang menangis duka.
Kau mahu jadi boneka?
Permainan ketika suka?
Dilemparkan pergi bila bosan, buang begitu sahaja?
Kau mahu teman tercinta?

Kau jawab sendiri.
Itu sahaja aku mampu coret kini.

Nota Kaki :
1. Tangan cedera ringan akibat mengajar permainan bola tampar tadi.
2. Dalam mesyuarat sekolah, mendapat mandat menjadi kem komandan untuk perkhemahan ibadah (lempar seluar jeans ke tepi dan pakai baju yang labuh hingga ke lutut)
3. Mungkin tidak akan berada di depan komputer selama dua hari. Maafkan diri ini.

Zara : Salahkah aku terus tersenyum dan melangkah ke hadapan demi sebuah kehidupan? Tidak, kau bukan manusia yang pernah nampak aku jatuh, maka kau kurang layak untuk menegur aku sewaktu aku berdiri dengan bersusah payah mengemaskan diri yang bersepah.

Thursday, February 17, 2011

Vlog #1 : Walaupun Tak Comel, Aku Kacak.


Salam.
Ada yang kata tak boleh tulis salam.
Padahal ustaz aku dulu ajar, salam tu adalah kependekan yang lebih baik daripada ungkapan-ungkapan lain. Macam-macam benda mengarut sejak kebelakangan ini yang aku rasa lebih baik betulkan benda yang terang-terangan salah daripada meracau tidak tentu pasal.

[Gambar : Kalau kita tertekan, kita selalu akan pintal-pintal rambut kan? Ketawa]

Baiklah.
Malas mahu membebel panjang sebenarnya. Buat yang selalu tanya aku tentang suara aku, nah, ini kali pertama aku buat video tentang diri sendiri dan suara sendiri juga ada. Rasa sengal yang teramat sangat sebenarnya. Tapi apa pun, sila tonton video yang tak sampai 2 minit pun ini disebabkan aku tak boleh berfikir apa yang nak dicakapkan.


[Ini video kali pertama, cuma 1 minit sahaja]

Catatan ringkas tentang video di atas :

#Lupa bagi salam sebab dah terketar-ketar. Bajingan betul rasa, tapi tak apa, aku mohon maaf dengan segala anggota tubuh badan aku yang, baiklah, kamu boleh cari perkataan sendiri.

#Itu muka baru balik sekolah lepas latihan olahraga. Gila gelap kata Mak. Ya Mak, anakmu ini sudah jadi cikgu olahraga secara rasmi. Sila redha.

#Tukang rakam adalah budak berumur 11 tahun yang baru balik sekolah agama. Beliau diminta untuk merakam sambil berjalan, suapaya aku boleh bergerak. Gila kau berdiri kaku depan kamera? Sungguh bukan aku (walaupun ini kali pertama dirakam)

#Jam di tangan adalah 6.50 petang. Dah nak Maghrib, nasib baik tak terakam suara Mak menjerit suruh masuk rumah.

#Sengaja berdiri sebelah Adam sebab dia adalah bahan penting untuk mengelakkan nampak punggung besar. Ketawa. Pang! Tak senonoh perangai Zara.

#Suara menggeletar walaupun ini cubaan ketiga. Sengal menggigil.

#Cuba kira berapa kali aku sebut pertama. 

#Tangan bergerak-gerak sebab memang aku bercakap tangan akan bersilat.

#Baju itu lawa kan? Sungguhlah indie kononnya.

Itu sahaja.

Nota Kaki :
Layan sahaja video itu.

Zara : Lain kali kalau aku buat video, nanti aku belajar cara nak sunting. Ini memang video yang panas terus dimuatnaik. Gila kan?

Wednesday, February 16, 2011

Bila Jatuh Cinta Dengan Orang Yang Tidak Mengerti.


Diam mati.
Ini bukan masa untuk teruskan apa yang dikejar selama ini.
Tamat sebuah cerita tanpa seni.
Mustahil untuk benang takdir bercantum lagi.
Tiada alasan untuk berpatah balik kembali.
Senyum sendiri.


[Gambar : Apa yang kau renung dan dengar hanya sayu teriakan sebuah jiwa]

Pahit.
Sakit.
Kuat menjerit.
Apabila kita sebenarnya jatuh cinta dan menyimpan perasaan pada orang yang langsung tidak mengerti bahawa kita sejujurnya sangat menyintai dia tetapi terpaksa memendam perasaan akibat takut kehilangan manusia yang hadir dalam diri. Ada kalanya terpaksa mencari cinta lain sebagai satu alasan melarikan diri dari terus memikirkan manusia tersebut.
Sadis eh?
Entah.

Masih ingat tentang Moon dan lelaki kulit cantik?

Perkongsian dengan beberapa orang teman yang mulai risau akibat masih tidak mempunyai ikatan walaupun umur sudah semakin meningkat (baru dua puluh empat tahun pun dah risau ke? - Baiklah, itu pendapat masing-masing kan?) membuatkan aku terfikir betapa suatu ketika dahulu, aku sudah cukup bersedia untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa ada teman di sisi sebelum menukar fikiran sebentar, walaupun sudah kembali kepada pemikiran, tanpa teman di sisi sekalipun, hidup perlu diteruskan.
Senyum lagi.

Kawan : Aku ada suka seorang ni.
Aku : Dia suka kau ke tak?
Kawan : Entah.
Aku : Cuba jaya kalau kau nak.
Kawan : Malu.
Aku : Kalau malu, kau tidak akan dapat jawapan.
Kawan : Habis tu macam mana?
Aku : Terpulang. Mana tahu kalau dia suka kau.
Kawan : Kalau tak?
Aku : Kau redha sahaja.
Kawan : Aku rasa aku dah tua sangat nak sebut perkataan cinta.
Aku : Baru nak masuk dua puluh lima kot?
Kawan : Macam budak-budak benda ni kan?
Aku : Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni?
Kawan : Cinta ni untuk budak-budak sahaja kan?
Aku : Cinta monyet, ke cinta anak anjing ke apa ke mungkinlah kot? Tapi yang dewasa tetap perlukan cinta kan? Kalau tak, mana mungkin terjadi perkahwinan tanpa cinta, kasih sayang?
Kawan : Aku takut.
Aku : Kau takut dengan jalan yang kau nak pilih?
Kawan : Bagaimana kalau pengakhiran dia tak sama macam yang aku nak?
Aku : Kau dah nampak ke?
Kawan : Tak.
Aku : Dah tu kenapa nak jadikan diri kau pesimis?
Kawan : Bujang lagi senang kan?
Aku : (ketawa) Nah! Kau mula menyimpang.
Kawan : Betulkan? Kalau tak, kenapa kau masih belum berteman?
Aku : (ketawa) Aku muda lagi mungkin, dan aku masih banyak perlu aku kejar. Soal teman hidup dan sebagainya ini biarlah datang seiring dengan perjalanan aku nanti.
Kawan : Macam mana ni Zara? Nak cakap tak pada dia tu?
Aku : Terpulang. Aku cadangkan kau tetapkan hati kau dulu, doa banyak-banyak, buat solat hajat, istikharah dan sebagainya. Kalau kau betul-betul pasti dengan ini semua, insyaALLAH, semuanya akan berjalan lancar.
Kawan : Tolong aku.
Aku : Eh, tolong macam mana?
Kawan : Tolong cakapkan.
Aku : Kau gila? 
Kawan : Kau seorang sahaja yang aku percaya.
Aku : Boleh tu boleh, cuma aku nak kau betul-betul yakin. Kalau kau yakin, aku akan cuba untuk kau.
Kawan : Betul ya?
Aku : InsyaALLAH.

[Gambar : Sayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain]

#Banyakkan doa, solat hajat dan sebagainya.
Itu benda termudah yang kau boleh lakukan. Siapa lagi yang Maha Menolong dan Mengetahui? Tentulah Yang Maha Pencipta. Pada Dia kita kena memohon bukan? Maka, banyakkan doa dan semoga, jalan yang kamu mahukan akan terbentang luas serta dipermudahkan.

#Usaha.
Ya, tiada benda yang akan datang bergolek begitu sahaja. Perlu ada usaha dari diri sendiri. Selain doa, solat dan sebagainya, persiapkan diri sendiri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perkara sebegini. Ada orang yang lebih suka memendam perasaan dan membiarkan perasaan itu berkubur begitu sahaja sehinggakan rasa menyesal menghantui diri sepanjang hidup. Apa kau nak hidup dalam keadaan begitu sahaja?
Sanggup?

[Gambar : Ada sesiapa yang berangan mahu jadi seperti Snow White ke? Tunggu putera raja datang cium dan membangunkan diri dari lena yang panjang akibat sumpahan ibu tiri yang kejam? Boleh kalau nak simpan impian, silakan]

Kau : Nak tunggu ada orang datang melamar.
Aku : Nak tunggu sampai bila?
Kau : Tunggu sahajalah. Kalau ada, ada. Kalau tiada, bukan rezeki.
Aku : Tahukah kau menunggu sahaja tanpa usaha seperti menunggu teksi atau bas datang?

******

"Cinta bagaikan masa menunggu teksi.
Tak datang juga walaupun sudah lama berdiri, tapi bukan pula tiada.
Kerana tiada teksi yang kosong, inilah yang paling membuatkan diri ini berasa marah.
Mungkin akan dapat jika menunggu di jalan yang sebelah lagi.
Akibatnya, hanyalah dalam sekelip mata sahaja teksi telah dinaiki orang.
Tunggu dengan senyap pun teksi tidak akan datang.
Mencari dengan sedaya upaya pun tidak akan dapat.
Kalau tidak dapat, memang tidak akan dapat.

Tidak!
Sepatutnya, orang yang tidak akan datang, memang tidak akan datang.
Apabila meninggalkan kerana putus asa pula, beberapa teksi yang kosong akan datang secara berterusan..."
[Dari sini dan sini dan sini]

http://farm5.static.flickr.com/4151/5064648324_73cd1aabe4.jpg
[Gambar : Siapa tahu suatu hari nanti kesabaran akan berbayar?]

Kawan : Hari tu aku jatuh cinta dengan dia, tapi bila ada lain yang melamar, aku terpaksa berusaha lupakan dia.
Aku : Tapi sekarang yang lain itu dah tiada kan?
Kawan : Ya, tapi dia tahu hari tu aku dah bersama orang lain walaupun hakikatnya hati aku tetap pada dia.
Aku : Jadi?
Kawan : Macam mana aku nak beritahu pada dia yang aku pernah sukakan dia dan masih sukakan dia?
Aku : Dia pernah tahu kau suka dia?
Kawan : Entahlah, cuma ada kawan dia yang mengusik kami berdua.
Aku : Reaksi dia?
Kawan : Entah, khabarnya dia hanya tersenyum sahaja.
Aku : Petanda baikkah?
Kawan : Entah. Pening aku.
Aku : Cubalah kalau kau rasa kau boleh.
Kawan : Tapi sejak kebelakangan ini, dia seperti sudah punya orang.
Aku : Ah, benar? Dari siapa?
Kawan : Dari percakapan dia hari itu, dia seperti sudah ada orang yang dia suka.
Aku : Kalau begitu, dapatkan kepastian.
Kawan : Kecewa aku. Sungguh.
Aku : Belum pasti lagi kan?
Kawan : Betul, tapi hati aku rasa terguris sendiri.
Aku : Alahai.

Moga segalanya dipermudahkan.
Semoga segalanya berjalan baik.
Itu sahaja doa aku.
Buat kamu teman.

Nota Kaki :
1. Sejak kebelakangan ini banyak terjumpa orang dengan ayat klise.
2. Menunggu kedatangan budak yang nampaknya ponteng lagi.
3. Memulakan sistem merit sendiri dengan memotong markah murid yang tidak menyiapkan kerja.
4. Sudah pandai menggunakan sistem disiplin. Habislah siapa yang tidak buat kerja selepas ini. Surat amaran pasti akan keluar berterbangan dari mesin pencetak.

Zara : Buat yang mahu menaburkan benih benci dalam hati aku, maaflah. Kamu sedang memilih tanah yang tidak subur untuk meluaskan kawasan adu domba. Carilah kawasan lain yang boleh dibajai dengan najis iblis dan syaitan.

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template