Monday, October 31, 2011

Jangan Nak Kejam Sangat Boleh?



Awak.
Mari meraikan kematian.
Watak yang sudah tidak mampu berjalan.
Terberhenti disebabkan sebuah kegagalan.
Takdir menentukan bahawa ini bukan saat menggenggam kejayaan.
Ini saat belajar dari kesilapan.
Untuk buang kesialan.

Awak.
Dia menangis lagi.
Menangis bukan sebab cinta pergi.
Dia menangis bila dia terpinggir kembali.
Benda yang diusahakan tidak bernilai walaupun dia mahu berdiri.
Tangisan itu melumpuhkan sistem pertahanan diri.
Penuh rasa tidak dihargai.
Penuh rasa tidak diperlukan sesiapa di dunia ini.
Penuh dengan perasaan dia makhluk paling bodoh kini.

http://farm3.static.flickr.com/2510/3682893928_69819b77b5.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Itulah kulit sebenar dia.
Dia tidak perlu dihujani cinta.
Dia tidak perlu dilimpahi kasih sayang setiap masa.
Dia mahu segala terurus atas usahanya.
Dia mahu kejayaan yang diusahakan terlaksana.
Dia mahu buktikan bahawa dia juga masih manusia.
Dia mahu buktikan dia punya harga.
Dia mahu berikan nilai pada keluarga.
Dia mahu keluarga buka mata.
Apa yang dilakukan selama ini bukan sia-sia.

Awak.
Kali ini dia gagal kembali.
Sebaris ayat mampu buat dia terduduk rebah ke bumi.
Jiwa dia kosong tanpa isi.
Mata merenung lelangit kamar yang sepi.
Dan tanpa dia sedar air mata membasahi pipi.
Dia ulang tiga kali ayat - "Ini bukan rezeki"
Air mata diseka tetapi ia seakan tidak mahu berhenti.
Dia penat pujuk diri sendiri.
Biarkan mata buntang, senyap dan pipi kering terpalit manik mimpi.
Impian dia musnah lagi.

Awak.
Hati dia sukar mahu dipujuk.
Otak dia sudah mula menjeruk.
Tubuh dibiarkan terpuruk.
Perasaan menjadi semakin teruk.
Diri dirasakan semakin buruk.
Dua tiga kali pandang, dia rasa sudah serupa beruk.
Ah, dia rasa sungguh terkutuk.

http://farm4.static.flickr.com/3447/3750768436_ecc7406214.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Sakit itu buat dia makin gila.
Rasa terbuang buat dia tidak mampu mencerna jiwa.
Tapi dia tetap manusia yang serupa.
Tetap budak yang awak kenal sebegitu lama.
Kegagalan hanya buat dia makin gigih bekerja.
Kesakitan hanya akan buatkan dia lebih kuat berusaha.
Untuk buktikan bahawa dia mampu lunaskan apa sahaja.
Rintangan dan cabaran sudah jadi makanan ruji dia.
Air mata yang tumpah sebagai pelincir dia mahu butikan pada dunia.
Biarkan sakit diinjak membuatkan dia terjaga.
Kalaupun dia tidak mampu kali ini, suatu  hari nanti dia mungkin berjaya.
Walaupun terpaksa telan kesakitan sendirian tanpa bicara.

Awak.
Maafkan dia.
Maafkan dia yang berdusta.
Maafkan dia yang tidak mampu susun bicara.
Maafkan dia yang menafikan dia sedang menjeruk rasa.
Maafkan dia yang berselindung dengan ketawa.
Maafkan dia yang tidak mampu untuk diri setanding dengan awak yang bijaksana.
Maafkan dia yang enggan dilihat lemah depan awak - manusia yang dia cinta.
Maafkan dia yang gigit lidah agar tiada lagi deraian air mata.
Maafkan dia yang selalu mencintai awak hingga tidak mahu awak lihat dia derita.
Maafkan dia yang buat awak geram hingga berlalu pergi demi menghukum dia.
Maafkan dia yang tidak mampu tersenyum dengan ceria.

Awak.
Dia akan kembali.
Untuk buktikan bahawa dia layak dihargai.
Walaupun ia bakal mengambil masa, pastikan ada doa mengiringi.
Dia tahu dia mampu berdiri.
Walaupun awak hanya melihat dari tepi.
Itu sahaja semangat yang dia cari.

Nota Kaki :
Apa yang aku tunggu hampir seminggu sudah muncul keputusannya. Gagal mencuri hati panel penilai disebabkan aspek teknikal yang pastinya membuatkan aku sedikit jatuh. Tetapi tidak mengapa, aku doa agar selepas ini aku mampu gapai impian tersebut. Terima kasih buat mereka yang tidak henti mendoakan dan berikan aku semangat.

Zara : Aku hampir tidak mempercayai perkataan maaf disebabkan aku merasakan maaf itu sepatutnya diucapkan dengan syarat tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama. Tapi entahlah, aku masih lagi manusia, dan juga mereka juga.


Sunday, October 30, 2011

Tuala Wanita Perlu Dicuci Ke?




Perlu!
Pagi Sabtu (29 Oktober 2011), Twitter aku yang sepatutnya dipenuhi dengan saranan dan galakan menderma darah telah menjadi medan berkongsi cerita tentang tuala wanita. Ya, disebabkan pelik bila ada perempuan yang kata mereka takut darah, aku cuma menulis status menyatakan bagaimana perempuan tersebut mencuci tuala wanita mereka selepas digunakan jika mereka mereka tidak boleh menderma darah disebabkan takut darah. Takut darah (secara umum tafsiran aku) - adalah melihat darah. Banyak atau sedikit itu belakang cerita. Jadi, bila aku tulis sedemikian, ada tiga orang perempuan yang membalas apa aku tulis dengan soalan.

"Perlu cuci ke tuala wanita lepas guna? Bukan buang terus sahaja?"

http://farm3.static.flickr.com/2462/3790448728_2dc6c60124.jpg
[Sumber gambar] - Lebih kurang begini reaksi aku bila dapat soalan tersebut.


Ada juga lelaki yang tanya, tetapi disebabkan lelaki, aku bolehlah buang sedikit rasa pelik itu, tetapi perempuan, aku secara jujurnya, agak tertanya-tanya. Dan disebabkan itulah, garis masa Twitter aku dipenuhi dengan cerita tuala wanita pagi tadi. Ya, semestinya ada yang dengan marah dan tidak berpuas hati menyatakan pendirian masing-masing. Pendekatan aku mudah sahaja, aku cuma berkongsi apa yang aku amalkan selama bertahun-tahun dengan mendengar kata Puan Mulia dan guru-guru aku di sekolah dulu. Jadi, mari tengok apa yang aku tulis siang tadi. Maaf, aku nak buat cetakan paparan (baca : printscreen) tapi malangnya kicauan aku terlampau banyak. Bercampur aduk. 

Amaran : Ejaan di bawah ada yang sedikit pelik memandangkan aku menulis di Twitter. Terima kasih.

  • Perempuan kalau takut darah, macam mana bersihkan pad? =.="
  • Perempuan yang kata takut jarum tu tak apalah kot? Mungkin dia tak ambil ERT masa sekolah dulu. LOL!
  •  Saya tweet tadi tu bukan saya marah. Saya cuma terkilan kalau orang beri alasan begitu tak nak derma darah.
  • Dah 3 perempuan tweet aku tanya - "Pad kena cuci ke? Tak pernah cuci, buang je". Homai!
  •  Hello girls. Pad cuci la wei. =.=" Even kawan aku yang berbangsa lain, cuci dengan sabun okay? Pastu baru buang.
  •  Awak, nak kata saya kolot cakaplah. Tapi dari sudut kebersihan & apa yang ustazah saya pesan dulu, cuci benda alah tu awak. Hish. :'(
  • Awak, kalau awak kata basuh pad tu geli, awak buatlah apa cara sekalipun agar benda tu dalam keadaan baik masa nak buang. *last cara*
  • Aku cuma tulis pasal derma darah tadi, dah melarat pasal basuh pad dah.
  • Maaflah pada yang rasa info ni merepek, tapi aku memang terkejut ada orang tak cuci benda alah tu. T__T
  • No wonder boleh nampak pad penuh dengan bahan buangan tu lagi kalau di tandas-tandas awam. T__T
  • Buat yang geli nak cuci pad sendiri, aku suggest basuh guna paip getah. sembur pad hala dalam lubang jamban. Biar darah tu mengalir masuk
  • Aku cerita pasal pad (tuala wanita). Kalau kau nak hentam balik cakap pampers anak tu pun nak cuci ke, etc. Terpulanglah.
  • Tampon pun cuci lah~ Dah2, pagi2 cerita pasal benda ni, pastu kena hentam. Tapi, saya peduli apa? Kat sekolah pun saya cakap benda ni.
  • Kalau budak-budak sekolah yang main gulung & buang dalam tong sampah biasa, memang nak kena. Orang dewasa pun? Hmm.
  • Pampers kat plastik ada tulis lampin pakai buang. Dekat luar plastik pad dia tulis apa? Tuala wanita. Maka tolong cuci bila dah guna.
  • Tak. Memanglah bukan ditujukan pada semua. Saya tujukan pada orang yang tak cuci sahaja. Kempen kesedaran cuci pad dibawa oleh #dsz. T_T
  • Aku cuma tulis benda yang aku tahu. Yang diguna bertahun sejak aku tahu apa itu haid/period dalam kelas di sekolah.
  • Sebenarnya, selain hal jiwa manusia, #dsz juga bawa kesedaran derma darah & terbaru kempen cuci tuala wanita (tetiba je).
  •  Selain cuci pad, marilah kita cuci kereta.
  • Dan ya, awek2 sekalian, adakah anda tahu kalau anda period, bau darah tu adalah menyengit? Yes, hidung aku paling peka bau tu selain kopi.
  • Aku nak pergi cuci Adam. Dia tak period merah. Period dia hitam. Minyak kereta kan? Okbai.
  • Macam ni lah. Kalau tak nak juga cuci (dengan alasan kalian sendiri), bolehlah bungkus elok2 guna kertas/old newspaper & plastik. Buang.
  • Dulu kalau cikgu sound pasal tuala wanita dalam kelas, mesti nak sorok kepala sebab lelaki ramai.
  • Tapi semenjak aku banyak baca artikel kesihatan (kesan Biologi bengap), maka aku tak peduli dengan jantina segala. Itu pengetahuan.
  • Jadi, kalau orang tanya, aku ada pengetahuan sedikit, apa salahnya aku kongsi kan? :)
  • Macam juga pasal derma darah. Aku dah derma banyak kali, orang tanya, aku jawab sahaja. =) Derma dara aku tak tahu.
  • Ye la. Ye la. Saya akan usaha hadkan ceramah (LOL!) pada anak murid di sekolah saja. Wait, awak ingat saya dengar kata ke?
  • Samakan darah haid dengan hingus? Homai! Homai! Homai! Dah2, saya tak nak argue lagi.
  • Kalau garis masa anda penuh dengan perkataan pad, tuala wanita, sanitary pad, cuci, basuh, itu memang kerja saya di pagi Sabtu ini.
  • Dan ya, walaupun saya berbicara mengenai tuala wanita pagi ini, saya bukan duta tuala wanita seperti Yuna, Lisa ataupun Adibah Noor
  • Ada lagi rupanya yang nak tweet pasal pad. Dah la awak. Tak nak gaduh. Terpulang nak cuci ke tak. Cuma iPad je jangan basuh. Okbai.

http://farm3.static.flickr.com/2286/2228621297_984a9aeba4.jpg
[Sumber gambar] - Comel kan? =.="

Itu baru setakat status yang aku tulis. Yang aku balas pada orang, yang orang bergaduh dengan aku, memanglah banyak. Siap kena limitasi tetapi memandangkan Twitter adalah makanan aku, apa ada hal kan? Kena limitasi, aku cari jalan untuk teruskan menulis menggunakan sumber lain - tetap masuk ke dalam Twitter (tepuk tangan kuat-kuat pada diri sendiri).

Aku secara jujurnya, merasakan bahawa hal berkaitan dengan tuala wanita ini hanya perlu diingatkan kepada budak sekolah yang asyik ke bilik guru dengan pertanyaan sama ada cikgu ada jual tuala wanita atau tidak apabila mereka bocor secara tiba-tiba ataupun di mana tuala wanita tidak dicuci dan dibuang sahaja ke dalam tong sampah bawah sinki. Rupa-rupanya, ada segelintir wanita dewasa di luar sana yang masih tidak mencuci tuala wanita mereka.

Baiklah.

Kenapa perlu cuci tuala wanita? 
Apa yang diajarkan pada aku selama bertahun-tahun ini adalah, darah yang keluar itu adalah darah kotor. Maka, seperti yang kita semua tahu, benda begitu adalah kegemaran syaitan dan iblis. Apalah salahnya mencuci darah tersebut dari tuala wanita yang kita tarik keluar dari seluar dalam sendiri? Ya, cuci tuala wanita tersebut, gulung atau lipat, bungkus dengan surat khabar atau kertas, dimasukkan ke dalam plastik, dan boleh buang terus ke tong sampah. Mudah.

Cuci guna apa?
Cuci guna air paip biasa pun dah cukup wahai sayang sekalian. Ada kawan aku dari bangsa lain dan termasuk aku juga (pengakuan), basuh tuala wanita itu guna sabun. Bukanlah dalam erti kata menyental sambil berterabur kapas atau gel di dalam itu, tetapi memadailah sehingga darah itu bersih dan tiada bau. Tahukah anda bahawa darah anda itu berbau? Tidak wangi, itu pasti.

Kalau tak cuci, kena gigit hantu eh?
(Tarik nafas panjang)
Itu mungkin apa yang disampaikan secara turun temurun oleh ibu-ibu, atau nenek-nenek yang mahukan anak gadis dan cucu mereka menjaga kebersihan. Digalakkan cuci supaya haiwan ataupun syaitan serta iblis tidak menghampiri benda tersebut. Dapatkah anda bayangkan, anda buang sahaja tuala wanita itu dalam tong sampah rumah, dan sampah itu dikerumuni oleh haiwan. Anjing sebagai contohnya. Tuala wanita anda digonggong secara berlari-lari dan anda pula tidak membasuhnya? Wow! 

Tapi secara jujurnya, masa cikgu bercerita bahawa syaitan suka benda kotor begitu, aku boleh terbayang syaitan mungkin sedang jilat tuala wanita itu bagaikan budak kecil jilat jem strawberry di atas roti putih. Ngeri pula rasanya. 

Tuala wanita perlu cuci, lampin bayi tu pun cuci ke?
Setahu aku, ada orang yang buang dulu tahi anak mereka ke dalam tandas sebelum buang lampin tersebut. Ya, lampin pakai buang itu. Sekejap, ada lagikah orang guna lampin kain? Kalau ada, memang aku mahu tabik masih ada lagi orang rajin sebegitu. Aku melalui zaman membasuh lampin adik-adik sendiri. Kalau adik-adik degil, mereka kena ingat yang Along ini basuh tahi mereka dulu. Eh, jangan terpesong Zara.

Jadi bila ada lampin pakai buang, kalau air kencing, dengan gigih akan bungkus dengan plastik dan buang. Kalau yang mengandungi tahi, buang tahi dalam lubang tandas dan bungkus lampin tersebut dan buang. Ada juga yang tidak, tak mengapalah. Bungkus dan buang sahaja. Mudah. Tapi, itu bayi punya kan? Oh, mungkin juga orang tua ataupun yang sudah tidak berdaya punya.

Tapi, tuala wanita itu pun perlukah? 
Terpulanglah. 

Dah buang dalam tong khas, nak cuci jugakah?
Ada orang beranggapan, buang dalam tong khas, maka tak perlu cuci. Salah tu. Cucilah dahulu, baru buang. Bukankah dalam tu ada pelbagai jenis bahan buangan serupa? Dan juga, mungkin ada yang bebal dan buang benda lain dalam itu. Ini bukan rekaan sebab aku sendiri pernah pergi tampal poster amaran pada ahli asrama yang bengap dengan membuang makanan, sampah bilik hinggalah kepada entah apa-apa lagi di dalam tong khas untuk tuala wanita. Ya, benda itu berlaku di universiti.

Kalau tak nak cuci juga, boleh?
Boleh awak.
Boleh. Aku tak kisah. Tuala wanita masing-masing kan?
Dah kau tak nak cuci juga, apalah aku nak bising-bising.

Dan ya, dimanakah anda buang tuala wanita tersebut ya?

Baiklah.
Sebelum berpisah pada hujung minggu ini, aku suka untuk menyatakan, kalau lelaki (berdasarkan pandangan dari lelaki yang aku dapat di Twitter) pun memandang serius benda ini dari segi kebersihan dan tahu kenapa perlu mencucinya, apakah anda sebagai perempuan rasa kurang segan bila suatu ketika nanti suami anda menegur anda tidak mencucinya?

Noktah.

http://s2.i1.picplzthumbs.com/upload/img/f7/38/c0/f738c09428cb3ef0d1dcdc81ae14fac15591b0fd_wmeg_00001.jpg
[Koleksi peribadi] - Bukan duta tuala wanita walaupun warna tudung hampir sama dengan gambar tuala wanita di atas dan juga latar belakang blog ini. Sekian.

Nota Kaki :
Memang aku menulis dengan enggan mengemukakan dalil-dalil disebabkan akan ada sahaja provokasi bila kita berbicara berlandaskan agama. Jadi, aku menulis berdasarkan pengetahuan dan juga kebersihan.

Zara : Cuaca sekarang tidak menentu. Jaga diri anda semua.

Friday, October 28, 2011

Awak, Perasaan Dia Mungkin Mati.




Awak.
Adakah seronok melihat drama berjalan begini?
Anehnya ada yang sedang terbaring menunggu mati.
Anehnya ada yang ketawa terbahak geli hati.
Anehnya ada yang senyum sinis sampai nampak gigi.
Anehnya ada yang tahan bahu tunjukkan simpati.

Awak.
Apa yang mahu dikenangkan dalam hidup sementara?
Adakah kegilaan menukar pasangan satu catatan gembira?
Adakah kegembiraan menghiris perasaan itu satu kejayaan berganda?
Adakah kebahagiaan melihat orang lain menderita?
Adakah membina hidup atas laungan sakit manusia?
Adakah itu yang di cari di atas dunia?

http://farm4.static.flickr.com/3622/3658044275_1ca08c5330.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Tidak bolehkah hidup itu hanya mengejar bahagia?
Tidak bolehkah hidup itu mahukan gembira?
Tidak bolehkah kasih sayang itu menyapu rasa luka?
Tidak bolehkah rindu itu mengubat derita?
Tidak bolehkah tolak ansur itu dijadikan satu senjata?
Tidak bolehkah senyuman itu terukir buat selamanya?

Awak.
Apa yang awak mahukan dalam dunia ini?
Adakah sama dengan apa yang dia mahukan ketika ini?
Adakah kalian masih boleh saling mencintai?
Adakah hati itu mampu diubati?
Adakah kasih sayang itu hanya mimpi?
Adakah cinta mampu disemai kembali?

Awak.
Dan dia layak.
Layak untuk bersama dan teruskan hidup bersama.
Tapi, adakah itu boleh dilakukan tanpa usaha?
Bukan setakat doa.
Usaha yang mengiringi itu penting juga.

Awak.
Bagaimana kalau perasaan dia sudah mati?
Mampukah awak kembalikan dia seperti azali?

Nota Kaki :
Kita mencari apa yang kita mahukan dalam hidup sehingga terlupa satu perkara - ketentuan takdir itu sudah lama tertulis dengan jelas. Kalau kita tidak dimaksudkan meneruskan atau mendapat sesuatu benda, betapa kuat kita berusaha ke arah itu, kita tidak akan dapat. Ya, memang usaha itu penting, memang usaha itulah tangga atau eskalator kejayaan, tapi jika tidak mendapat apa kita mahukan, apakah kita patut meratap kuat?

Zara : Masih banyak lagi benda yang boleh kita tumpukan. Alihkan perhatian kita. Cuma, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula - menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Thursday, October 27, 2011

Awak Seronok Dengan Kecurangan Dia.




Awak.
Kemarahan menular?
Hati sedang terbakar?
Perasaan bagai dikelar?
Kesetiaan itu bunyinya kelakar?
Maka, selamat datang ke dunia sebenar.

Awak.
Sakit hati?
Jiwa bagaikan ditikam dengan belati?
Bukankah hati itu lembut bagai roti?
Dilenyek dalam air, bagaikan dilanggar lori?
Peroi, reput bagaikan tiada sukatan nutrisi.
Bagaimana rasa mahu membunuh kini?
Selamat datang ke dunia realiti.

http://farm3.static.flickr.com/2472/3561306161_ca39aac368.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Bagaimana rasa dikhianati?
Bagaimana rasa disakiti?
Bagaimana rasa impian itu hanya satu mimpi?
Bagaimana rasa ajakan kahwin itu hanya satu cara penipuan tersembunyi?
Bagaimana rasa kata-kata manis itu hanya satu cara melencongkan perbuatan keji?
Bagaimana rasa hati kini?

Awak.
Sakit?
Perit?
Mahu menjerit?
Keluar berakit?
Meluncur rempit?
Hidup sempit?
Nafas tahan berdikit?

Awak.
Ada manusia yang memang tidak tahan.
Ada manusia yang membiarkan diri dengan godaan.
Ada manusia yang suka sentiasa melayan.
Ada manusia yang dengan mudah tunjukkan rasa kasihan.
Ada manusia yang suka ambil ringan.
Ada manusia yang gemarkan penipuan.
Ada manusia yang anggap percintaan itu satu permainan.
Ada manusia yang rasa bangga dengan kecurangan.
Ada manusia yang mainkan cinta macam bentuk pelancongan.

Awak.
Cemburu?
Badan macam ditembak bertalu-talu?
Kesan belerang penuh di badan, berterabur peluru.
Hati bagaikan ditusuk sembilu?
Bengkak dan berbulu.
Kesetiaan awak dibalas begitu.
Bagaimana rasanya sekarang, dia masih yang satu?
Ataupun sudah tiba masa angkat kaki, dan berlalu?

http://farm4.static.flickr.com/3622/3576600913_a01691fbbd.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Masa untuk biarkan dia kekal dalam permainan.
Tahan hati dari terus merancang pembunuhan.
Biarkan dia terus bergetanyang bagaikan Dementor menyebar kesejukkan.
Sebab jauh mana dia pergi, dia tetap tersungkur ke bawah, depan.
Ya, depan awak bukan?

Awak.
Pujuk rayu dia ibarat manisan.
Tahan.
Apalah sebaris ayat penuh pujaan.
Sedangkan dia bermain hati yang sedang bertahan.


Awak.
Masa untuk kekal dalam permainan.
Masa untuk biarkan dia terus bergelak ketawa macam syaitan.
Masa untuk biarkan dia teruskan kecurangan.
Masa untuk biarkan cemburu menular bagai penyakit membunuh kesihatan.
Sebab kali ini cemburu ini ada alasan.
Kan?

Awak.
Permainan dia terlampau nyata.
Jangan anggap nampak sebelah mata.
Jangan mengalah kerana takut dianggap cemburu buta.
Ini masanya awak tunjuk jagoan juga.
Biarkan dia nikmati kembali apa awak rasa.
Biar kali ini berputih tulang, jangan putih mata.
Anehkah kalau membalas dendam itu manis bagai gula?
Jangan ketawa.
Awak sedang berperang dengan masa.
Demi cinta.

Awak.
Selamat berjuang.
Semoga jangan kalah di medan perang.
Baliklah dengan kemenangan supaya dapat dijulang.
Bukan dengan kekalahan dan dianggap jalang.
Tapi apalah sangat berbanding manusia keji dan curang?

Nota Kaki :
Aneh-aneh melihat orang jumud dalam mengutarakan pendapat. Menulis sesuatu berdasarkan fakta dan pertanyaan dianggap menempah neraka. Ah, manusia semakin gila?

Zara : Kadangkala kita harus terima bahawa sesetengah orang akan hidup dalam hati dan jiwa kita buat selamanya walaupun mereka tidak akan ada dalam hidup kita seperti yang kita mahukan (Shafaza Zara, 2011)

Wednesday, October 26, 2011

Perempuan Itu Dan Kegilaan Dia.




Perempuan itu.
Kegilaan dia.

Hidup masih seperti biasa.
Dia bangun dengan jam biologinya tidak pernah mengkhianati masa.
Anehnya, dia sudah tidak dapat merasa gembira.
Peliknya, dia sudah tidak kenal erti derita.
Jiwa dia kosong tanpa rasa.
Tinggal sedikit nilai manusia.

Perempuan itu.
Dan masih lagi dengan kegilaan dia.

Jenguk wajah menerusi jendela.
Suasana gelap dan dia sedar masih belum ada sesiapa yang terjaga.
Terbaring merenung lelangit bilik yang gelap gelita.
Dia boleh dengar bunyi muzik sayup menyusup telinga.
Dia boleh merasa kesejukan terjaga jam tiga.
Tapi dia enggan bergerak dan lebih rela tahan mata.
Ada sesuatu yang tersekat di jiwa.
Dan dia tahan sahaja.

http://farm4.static.flickr.com/3568/3586670839_697fb06c83.jpg
[Sumber gambar]

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.

Fikiran menerawang mengingati cerita.
Kisah silam penuh warna.
Bila tersedar, dia tahu itu mungkin celaka.
Bila tersentak, dia tahu itu bukan khayalan semata.
Bila terpaku, dia tahu banyak yang dia belajar dari setakat sebuah ceritera.
Dan dia, masih lagi mengekalkan kegilaan yang sama.

Perempuan itu.
Bertahan dengan kegilaan dia.

Hidup dia biasa sahaja.
Hidup yang mungkin tidak bermakna.
Dia tidak kisah asalkan dia selesa.
Selagi dia bernyawa.
Dia mahu kekal di takuk yang sama.
Rasa selamat tidak boleh dibeli di mana-mana.
Anehnya, walau selesa, dia masih terkilan luka.
Penuh kejam bunuh sedikit demi sedikit tunas bahagia.
Dia tidak kenal lagi gembira.

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.

Dia hanya berharap hari ini ada orang buat dia gembira.
Dia hanya berharap hari ini ada manusia yang menyapa.
Dia hanya berharap hari ini tiada manusia yang buat dia menitiskan air mata.
Dia hanya berharap hari ini orang melayan dia baik-baik sahaja.
Dia hanya berharap hari ini bakal berakhir dengan sedikit suntikan nikmat ceria.
Dia hanya berharap hari ini dia mampu senyum seperti sediakala.
Malangnya, itu hanya harapan palsu semata.

http://farm4.static.flickr.com/3613/3602927222_7b40e9879c.jpg
[Sumber gambar]

Perempuan itu.
Berpaut pada kegilaan dia.

Disebabkan biasa terluka, dia pernah tidak percaya sesiapa.
Orang tuduh dia degil, dia hanya ketawa.
Orang kata dia pelik, dia masih ukir senyuman paksa.
Orang lihat dia letih buat semua, dia masih teruskan bekerja.
Kerana dia sedar dia keseorangan dalam dunia.
Teman itu sekadar dongeng manusia.
Dia tahu dia hanya punya Yang Maha Pencipta.

Perempuan itu.
Berjalan mengusung kegilaan dia.

Dia tidak pernah mahu mengalirkan air mata.
Dongak ke langit, dia percaya air mata itu akan masuk semula.
Tubir mata yang bergenang dia akan kata matanya berkaca.
Sakit dengan kemarahan manusia.
Benci dengan keadaan diri yang hanya menelan sahaja.
Geram dengan sikap diri yang tidak mahu melawan kata.
Dia hanya tunduk akur walaupun hati tersayat mengalir darah merah saga.

Perempuan itu.
Kegilaan dia.

Apakah dia khayal mahu gembira?
Apakah dia tamak mahu bahagia?
Apakah dia merepek bila mahu suka?
Apakah dia sewel bila dia enggan lihat derita?
Apakah dia hanya mampu menelan segala duka?
Apakah dia dilahirkan untuk sengsara?

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.
Selamanya.

Nota Kaki :
Selamat menempuh cabaran dalam hidup wahai manusia. Dua tahun masih lagi lemah dan banyak benda perlu ditelaah bagi melunaskan tanggungjawab pada nusa dan bangga. Jangan biarkan diri menderita hanya disebabkan rintangan yang datang melanda.

Zara : Sedang mengumpul kekuatan menghadapi hari yang mendatang kerana impian yang telah dicoretkan di atas laluan telah mula menunjukkan perkara yang dimahukan. Bila kebenaran mula terserlah, jangan pernah biarkan diri terhijab dengan kesilapan yang sama.


Tulis, Conteng Dan Jerit Demi Jiwa.




Entah sejak bila aku sudah mula ada garis panduan yang lebih jelas dalam menulis. Kalau boleh, sehari hanya sekali sahaja menulis di blog walaupun aku mungkin terdedah untuk menulis lebih banyak. Kepuasan aku menulis sebenarnya boleh dikatakan sama dengan menjilat aiskrim sewaktu hujan lebat. Nikmat membawa ke otak. Tapi itulah, dasar manusia. Kadangkala aku tidak menulis berhari-hari, aku biarkan kanvas kosong dan aku bergetanyang tenggelam dalam buku yang membuatkan aku lupa segala. Er, lebih kepada lupa makan dan minum sebenarnya.

http://farm4.static.flickr.com/3559/3594677554_332b9639fe.jpg
[Sumber gambar]

Bila menulis sendirian, ada sahaja benda yang mahu dijeritkan.
Perlahan.
Dalam diam sebenarnya.
Membunuh segala saraf demi meluahkan bukanlah mudah.


*******


Awak.
Tengok apa yang berlaku.
Dia sakit sendirian awak.
Ada awak peduli?
Tidak.

Dia menunggu awak.
Dia menunggu sampai dia lelah sendirian.
Tapi awak ada terbit rasa kasihan?
Tiada mungkin.
Tiada bukan?

Awak.
Dia belajar untuk ubatkan hati yang menderita.
Dia belajar untuk tahu bahawa menunggu itu bukan sengsara.
Dia belajar untuk lebih faham bahawa dia tidak boleh bermanja.
Dia belajar untuk mengerti jarak itu hanya satu unit ilmu kira-kira.

Awak.
Kegembiraan awak dengan manusia  itu sebenarnya buatkan dia terluka.
Tapi sejak dia belajar bahawa benda mustahil kalau dia sentiasa gembira.
Dia mula tahu bahawa dunia semakin gila.
Tapi, dia belum mahu berhenti dari buat kerja bikin hati bahagia.
Belum dan pastinya dia tidak akan putus asa.

http://farm4.static.flickr.com/3400/3594636710_e0f86336cc.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kata-kata santai awak pada dia sebenarnya ayat yang bawa derita.
Ketawa yang awak dengar dari mulut dia adalah ketawa menutup luka.
Senyuman yang awak lihat terukir dari bibir dia hanya kilasan gigit jiwa lara.
Dan segala penafian dia, hanya mahukan awak tidak sedar apa-apa.

Awak.
Dia bukan mahukan perhatian.
Dia bukan mahukan kasihan.
Dia hanya mahukan satu pengertian.
Bahawa dia manusia yang berpegang kepada persahabatan.
Walaupun, dia tidak menolak percintaan.

Awak.
Dia hanya mahukan senyuman.
Mampukah awak berikan?

*******

Ada benda yang ditunggu.
Moga ada berita baik.
Amin.


Nota Kaki :
Dalam perhubungan sebenarnya, ibarat kerja sepenuh masa. Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.


Zara : Jangan pernah sembunyikan perasaan kamu. Jika kamu mencintai seseorang, tunjukkan pada dia. Jika kamu mahu memiliki seseorang, rebutlah peluang tersebut. Hidup terlalu singkat untuk dikesali.

Tuesday, October 25, 2011

[Ulasan] : Ngeri dan Zombijaya - Novel Fixi





Terima kasih kepada Buku Fixi.
Ketagihan aku terhadap buku dapat dilunaskan dengan jayanya. Ya, ketagih aku pada buku sama dengan ketagihan aku pada Nescafe. Rangsangan adrenalin dari kafein itu sama tahapnya dengan buku. Inzal. Ya, boleh inzal kalau dapat membaca. Itu adalah kenapa dalam beg aku pastinya ada sebuah buku ke mana sahaja aku pergi. Lupakanlah teknologi di mana semua orang nak baca buku elektronik ( baca : e-book), aku lebih suka pegang buku secara fizikal. Sudah semestinya mencium buku tersebut - bau kertas buku adalah nikmat. Fetish buku? Diam.


Sebagai orang yang ketagih kepada buku, dapat (ya, dapat) Ngeri dan Zombijaya dalam tangan adalah seperti dapat hadiah. Mudah untuk belikan orang macam aku hadiah, buku sudah cukup. Oh, buku yang bertajuk "The Gift" oleh Cecilia Ahern aku sudah ada. Jadi, jangan terfikir mahu buat lawak dengan berikan buku itu dengan kata, ini kan hadiah? Satu salinan bagi sebuah buku sudah cukup. Eh, di mana aku tadi? Ya, ulasan buku-buku dari Fixi ini.

*******

http://fixi.com.my/wp-content/uploads/97896710384513-e1316108217739.jpg
[Sumber gambar]

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?

*******

NGERI adalah hasil garapan Gina Yap Lai Yoong. Kisah di dalam Ngeri membawa kita menelusuri kehidupan pelajar kolej dan sedikit cabaran yang biasanya kita hadapi dalam melayan karenah demi memuaskan hati pensyarah ataupun tutor di kolej atau universiti.

Dan ya, kisah di dalam Ngeri membuatkan aku terfikir, jika ia benar-benar berlaku, alangkah menakutkan. Setiap adegan di dalam skrip yang dibuat oleh Samuel dilaksanakan secara realiti oleh pembunuh sebenar dan ya, secara jujurnya, dalam rancangan pembunuhan yang kita biasa tonton di televisyen - belum ada pembunuhan sedemikian rupa. Mungkin ada kalau aku terlepas beberapa episod, tetapi kalau betul-betul diadaptasi, pastinya akan jadi episod menarik dalam siri sedemikian. Criminal Minds sebagai contohnya. 

Kalau Pecah oleh Nizambakeri lebih kepada sesuatu untuk CSI, Ngeri boleh menjadi satu episod pembunuhan panjang dan berterusan oleh penjenayah bersiri yang tidak sama corak pembunuhannya. Pastinya Dr. Reid dalam Criminal Minds pening kepala. Hotch mungkin terpaksa mengerah semua ahli pasukannya membuat profil penjenayah sadis sedemikian rupa. Pembunuhan anak penjual  burger dalam peti sejuk, mat rempit yang menang kejuaraan ala Pinochio, pencarian harta karun dengan mayat dipotong-potong kepada beberapa bahagian, dan akhir sekali profesor mereka menjadi mangsa.

Ada debaran, dan bagi penggemar cerita misteri dan suka berteka-teki dengan diri sendiri, silakan membacanya untuk mengetahui siapakah sebenarnya pembunuh yang cukup terancang ini. Dan ya, seperti juga Jerat yang ditulis oleh wanita, tiada adegan senggama di dalam ini. Cukup dengan senggama minda aku rasa. Lebih inzal dan ya, sesuai diletak di rak perpustakaan sekolah.

Oh, Gina sangat mesra di Twitter. Jadi kalau mahu bertanya apa-apa kepada dia, boleh cari dia di sana juga.

*******

http://fixi.com.my/wp-content/uploads/97896710384752-e1318519799631.jpg
[Sumber gambar]

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.

Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.

*******

Kalau hari itu aku ditebak dengan soalan di Mukabuku, apakah itu Twitterjaya (komuniti di Twitter sebenarnya), sekarang kita ada Zombijaya. Maka satu kawasan yang dipenuhi oleh zombi. Lupakan seketika ketawa dan gelak besar semasa menonton Zombi Kampung Pisang kerana Zombijaya ini membuatkan kau akan duduk tekun membaca sambil membayangkan suasana. Lagu yang sesuai dipasang adalah lagu Thriller oleh Michael Jackson ataupun Geli Mat (?). Baiklah, tak lawak, tapi ini keadaan di mana suatu tempat yang aman damai, secara tiba-tiba merebak wabak zombi.

Dalam Zombijaya, tidak dinyatakan dengan jelas bagaimana wabak zombi ini boleh muncul, tetapi aku rasakan ia bermula apabila Aliff digigit oleh anjing liar. Sepatutnya juga wabak itu hanya pada Aliff sahaja, tetapi akibat dia bersenggama (ya, dalam ini Zombijaya ada) dengan Ana, dan Ana juga bersenggama dengan Kamarul, maka wabak ini tersebar antara mereka berdua. Tetapi Kamarul tidak terjangkit. Aneh. Adakah disebabkan dia makan Viagra?

Aliff yang mula nampak dan teringin akan daging segar sentiasa - menggigit ketuanya dalam satu acara lintas langsung yang dipesongkan secara halus dengan kegiatan homoseksual dan suasana politik kita. Ya, Zombijaya adalah satu karya sinikal yang kalau kau mengambil tahu hal semasa, kau akan tahu ia menggambarkan suasana apa.

Ana pula, sebagai orang kedua yang menggigit tengkuk (leher) Ali, anak muridnya yang bergaduh disebabkan pensel dan seterusnya menggigit punggung guru besar dan menjangkitkan wabak ini ke seluruh sekolah. Sanjiv yang terkejut, menyelamatkan diri dan dia antara watak yang kekal hingga ke hampir-hampir penghujung cerita. 

Kamarul - dengan program realiti , menyindir secara halus dengan kebanjiranrancangan sedemikian rupa di kalangan kita semua. Rancangan realiti yang sepatutnya disertai oleh kamarul sebelum dia berhajat untuk berpatah balik semula ke Kuala Lumpur selepas tercetusnya kejadian zombi adalah 'Emperor Kelakar'. Rasa macam loceng berdering di telinga?

Nak aku menulis bagaimana keadaan sewaktu pergolakan dalam Zombijaya? Tidak perlu rasanya, kerana lebih baik kalau kamu baca sahaja tetapi sesuatu yang aku suka dalam Zombijaya, setiap adegan diceritakan dengan teliti dan diselitkan dengan unsur semasa secara sarkastik pun ya. Secebis mengenai Twitter - di mana berita kematian disebar sesuka hati tanpa tahu hujung pangkal dan kebenaran dan apabila kehadiran zombi di war-war di Twitter, orang meragui kesahihan berita. 

Nipis muncul sebagai seorang yang longgar skru otaknya, tetapi dia mampu bertahan dengan pelbagai cara. Di saat genting dan huru hara, manusia akan diuji dengan pelbagai perkara. Yang baik, mungkin jadi celaka, yang jahat, mungkin akan lebih baik - tetapi tidak mustahil akan ada yang jadi lebih kejam dan sadis demi kelangsungan hidup dan juga nafsu yang bermaharajalela.

Sedikit cetusan dan aku sudah berteka-teki dengan penulisnya, Adib Zaini di Twitter - siapakah watak terakhir yang muncul dengan sebaris ayat penuh tanda tanya. Kesan melecur di badan watak tersebut, aku mungkin boleh mengagak, tetapi biar aku simpan sahaja.  Aku perlu mengulang baca aku rasa demi mencari jawapan dan ya, aku baca novel setebal 307 halaman ini dalam masa kurang daripada 3 jam. Ah, aku memang begini kan? Nikmat buku itu aku perah sehingga ke akhirnya.

*******

Baiklah.
Mungkin setakat itu sahaja.
Kalau kamu berminat untuk mendapatkan buku di atas, boleh sahaja layari laman sesawang Buku Fixi dan dengan pembelian secara atas talian, kamu boleh mendapatkan beg Fixi dengan pembelian lebih RM 50. Er, aku tiada beg tersebut. 

http://fixi.com.my/wp-content/uploads/beg.jpg
[Sumber gambar]

Jadi, dapatkanlah sekarang.
Oh ya, kalau nak beli di Uya Distro juga boleh. Tapi tiada beg di atas. 

Nota Kaki :
1. Kitab Terfaktab sudah ada cetakan kedua. Segera hubungi Lejen Press dan Uya Distro untuk membuat tempahan.
2. Novel Amerika karya Ridhwan Saidi juga menarik. Mahu aku buat ulasan juga?
3. Oh, perlukah aku beritahu yang aku ada semua novel-novel keluaran Fixi ini? Ya, semuanya. 

Zara : Ada orang sedang berjauh hati. Adakah hati itu perlu sama dengan suhu di mana kamu berada sekarang ini? 

Monday, October 24, 2011

Cinta Itu Kenapa Dia Masih Bernyawa.


Manusia macam dia ada terlalu banyak benda yang dimahukan dalam hidup.
Impian dan cita-cita yang tinggi menyebabkan dia tidak kisah berkorban bila mahukan sesuatu. 

Tidak.
Perhiasan, pakaian ataupun benda berteknologi terbaru bukanlah satu keperluan jika dibandingkan dengan kehendak hatinya yang lain. Mengejar impian satu persatu dan dia yakin, walaupun dia rasakan dirinya terlampau lambat dalam mendapatkan apa yang semua orang mungkin ada, masih ada orang lain yang lebih lambat dan mungkin juga masih belum punya apa-apa. Terbiasa mendapatkan apa yang dimahukan sendiri membuatkan dia tidak percaya kebergantungan pada orang lain akan membuatkan dia bahagia.

Ya.
Itu mungkin penyebab dia dikatakan degil, keras kepala hanya kerana dia tidak pernah mahu menoleh meminta bantuan kecuali terdesak sebagai laluan keluar terakhir apabila terhimpit. Membuka mulut meminta bantuan ibarat merendahkan dirinya  yang tidak punya apa-apa sebagai cagaran dalam hidup. Dan sejak dia belajar bahawa dalam hidup ini tidak ada benda yang perlu ditangisi, kecuali pada sesuatu yang benar-benar layak, dia tahu ketawa dan senyuman adalah mengapa dia perlu lebih bahagia.

http://farm5.static.flickr.com/4106/4840126486_5902f84da5.jpg
[Sumber gambar]

Cinta.
Ya, kerana cinta itulah dia masih bernyawa.
Kerana cinta yang mendalam itulah dia masih mampu berdiri dan ketawa.
Kerana cinta yang tidak berubah itulah dia kekal ceria.
Ya, kerana cinta.

Cinta itu.
Cinta yang tidak pernah melukai hati batu.
Cinta yang tidak pernah membuatkan dia beku.
Cinta yang tidak pernah melalaikan waktu.
Cinta yang tidak pernah menjadikan dia berlalu.
Cinta itu.

Cinta dia.
Cinta pada keluarga.
Cinta pada manusia sekelilingnya.
Cinta pada Yang Maha Pencipta.

Cinta itu kenapa dia masih bernyawa.
Cinta itu yang menjadikan dia tidak kenal erti putus asa.
Cinta itu penyebab dia lebih kuat mengejar cita-cita.
Cinta itu menjadikan manusia.

http://farm5.static.flickr.com/4064/4428509102_5e5e29ccaf.jpg
[Sumber gambar]




Cinta.
Itu harta yang dia pertahankan dalam diri yang masih menghirup udara.
Betapa berkali-kali dia jatuh, dia tahu dia masih punya cinta.
Sakit, bercalar dan terluka, dia paksa diri untuk bangun demi cinta.
Mengubati diri sendiri dan bertahan itu sahaja dia perlu untuk teruskan hidup alam nyata.
Dia masih rasa diri diperlukan di atas dunia.

Cinta
Sebab itu dia seorang pencinta keluarga.
Sebab itu dia masih ketawa jika kawan buat celaka.
Sebab itu dia kenal diri dan tidak putus asa.
Sebab itu dia tidak mahu gagal demi mencari rahmat Yang Maha Esa.
Sebab itu dia enggan kembali sebagai hamba penuh dosa.

Sebab cinta.
Ya, semuanya sebab cinta.
Cinta yang wujud dalam dirinya.
Cinta yang menjadikan dia manusia.

Nota Kaki :
Tiada semua mampu berpatah balik dan memulakan sesuatu dari mula, tapi semua orang mampu bermula hari ini, saat ini dan mempunyai pengakhiran yang baik.

Zara : Jika kita terus kekal menunggu tanpa melakukan apa-apa dengan asyik tertanya-tanya apakah ini yang patut kita buat, kita mungkin tidak akan dapat berbuat apa-apa langsung. Pengalaman itu yang kita panggil atas setiap kesilapan (dan mungkin juga kebaikan) yang kita pernah lakukan.

Sunday, October 23, 2011

[Gambar] : Celaru - Dalam Pembinaan.




Terlampau banyak yang berlaku dalam dua tiga hari.
Tidak.
Sebenarnya terlampau banyak benda berlaku dalam masa sehari.
Tidak.
Kenyataannya, dalam beberapa jam sahaja banyak yang terjadi.
Itu fakta.

http://farm7.static.flickr.com/6113/6270274312_bb6a482b3e.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr] : Gambar tiada kena mengena dengan penulisan.

"Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa."
(Kahlil Gibran)

Sesuatu yang aku sangat pasti sejak kebelakangan ini adalah terlampau banyak benda yang mahu dipersembahkan demi memenuhi keperluan manusia lain di sisi. Aneh sebenarnya jika difikirkan, kerana itu kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang aku mahu lakukan memandangkan setiap kehendak manusia adalah berbeza.

Dan yang lebih anehnya, benda yang tidak ada kena mengena dengan aku dikaitkan dan disampaikan dengan tujuan yang aku sendiri tidak mengerti. Aku manusia yang memilih untuk kekal diam dan hidup dalam dunia aku sendiri asalkan segala kebahagiaan aku tidak kau renggut dengan kata nista ataupun perbuatan durjana. Aku masih lagi kuat untuk menyeka air mata kalau itu pertahanan terakhir yang ampuh.


http://farm7.static.flickr.com/6237/6270611225_14e534a93f.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr]

Tatkala memejamkan mata, yang aku lihat hanya karya seorang hamba yang merajai sebuah takhta di sebalik desiran pasir pantai pukulan ombak manja. Mungkinkah epilog bahagia bakal menerjah sebuah pawana usang milik bersama, itu tautan jiwa yang tahu dan rasa. Senyuman terukir bukan satu enigma.

Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.

Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.

Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.

Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.
Mendung, pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.


Menelaah setiap runut buat jiwa kacau. Membaca setiap bait buat diri keliru. Hadam dalam rongga, pasak tiang neraca, kulum segala derita. Kalau ini puncak bahagia, pasti akan didaki dan terus didakap penuh luka. Tangan paut erat sendirian, walaupun dilempar kata celaka. Diam pembunuh jiwa!

http://farm7.static.flickr.com/6110/6271913442_6299855e88.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr]
Selamat datang kebahagiaan.
Selamat datang kegembiraan.
Selamat datang kasih sayang.
Selamat datang generasi akan datang.


Di sebalik kegembiraan orang lain bersama dengan manusia yang mereka cintai sepenuh hati dan jiwa serta meneruskan legasi perhubungan, ternyata bukan mudah untuk mengekang nafas manusia yang masih tegar membunuh dengan kata-kata tajam yang tiada makna. Hati kena kental. Jiwa kena tabah. Tapi itulah, sekuat mana pun hati manusia, calar dan kesan yang ditinggalkan itu masih lagi membunuh sebenarnya.

I : Tengok tu, umur 19 dah kahwin.
II : Ni yang umur 20 lebih pun tak ada nak kahwin lagi.

I : Entah menunggu siapa agaknya.
II : Kalau ada yang ditunggulah.

I : Kalau tak ada, boleh masuk kumpulan lanjut usia.
II : Orang umur 20 lebih dah mula kelek anak.

I : Sibuk kerja sangat, lupa nak fikir masa depan nak berumahtangga la.
II : Banyak duit kalau tak ada keluarga nak buat apa?


Percayalah.
Kalau boleh membunuh tanpa dapat dikesan dan ditangkap, mungkin lauk ayam goreng sudah bermandi darah manusia. Itu sahaja.

Nota Kaki :
Diam bukan tanda aku terima segala yang kau lungsurkan pada jiwa seorang hamba.

Zara : Letakkan semua benda yang menyebabkan kita sedih ke tepi dan ingat segala yang menggembirakan. Lupakan segala masalah dan hargai segala nikmat yang ada.

Saturday, October 22, 2011

Itu Hanya Dia, Bukan Kamu.


Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya manusia itu muncul semula. Manusia yang pernah menghiasi impian dan angan-angan dalam mengejar apa yang dimahukan selama ini. Dalam diam, dalam tanpa pengetahuan manusia itu, dia sebenarnya sudah menjadi antara penyebab dia mahu memberikan tumpuan - menjejakkan kaki ke tanah asing tersebut. Demi cita-cita yang belum pernah padam, dia tetap mahu ke sana. Kalaupun tidak dapat meneruskan cita-cita, sebagai pelawat pastinya sudah boleh menjadikan dia tersenyum bahagia.

http://farm7.static.flickr.com/6050/6265932814_4c0fe83f06.jpg
Koleksi peribadi : Flickr

Manusia itu adalah rakan yang baik. Entah sejak bila, secara tiba-tiba manusia itu semakin lama semakin menjauh. Jarak bukan alasan disebabkan mereka sendiri tidak pernah bertemu dan persahabatan mereka dengan anehnya terjalin akibat tercetusnya suatu perkara dahulu. Sudah lebih setahun mengenali satu sama lain, manusia itu dan dia belum pernah menemui titik pertemuan. Dan persahabatan yang terjalin atas kawan disebabkan kawan itu sebenarnya memberikan kenangan yang cukup baik. Tetapi apa yang dialami oleh dia kini hanyalah satu perasaan kosong.

http://farm7.static.flickr.com/6038/6266319076_6aa4da4184.jpg
Koleksi peribadi : Flickr

Dan kisah mereka - manusia itu dan dia hanyalah sebahagian daripada kehidupan yang kadangkala tragis. Kadangkala kejam, kadangkala hanya perlukan satu sebab untuk terus menerus memberikan sesuatu kepada manusia lainnya. Dia mungkin hanya berdiam dan memerhati kerana dia tahu manusia itu sudah tidak lagi mempedulikan apa yang berlaku dan anehnya, perbualan sebaris mereka diakhiri dengan pertanyaan dia tidak memahami apa yang dibalas oleh manusia itu.


Senyum.
Dia senyum kerana dia tahu segalanya akan baik jika dia kekalkan senyuman.
Dia tahu dengan berdiam diri, dia akan jadi kawan yang lebih baik.
Dia tahu dengan menyepikan diri, dia sebenarnya memberikan makna diri.
Dan dia enggan kehilangan terlampau banyak lagi.
Sakit yang ditanggung sendirian sebenarnya tidak terperi.


Padang bola tetap padang bola. Tetapi mungkin ianya lebih indah bila ditambah dengan bunga yang mekar mewangi. Tiada siapa mampu mengubah kenyataan sebuah padang bola kerana keindahannya mampu bertambah. Walaupun kehadiran bunga hanya di luar pagar pemisah, padang bola tetap indah di mata dan jiwa. Kerana itulah padang bola ada kelebihan yang tiada siapa mahu endah. Wujud sendirian - tetapi tetap indah.

Dan kedengaran serta kelihatan sesuatu yang membuatkan dia mahu tegar menunggu manusia itu.
Sesuatu yang membuatkan dia tersenyum dan memanjatkan doa agar segalanya lebih baik dari sebelumnya.
Agar persahabatan itu berterusan demi sebuah senyuman yang pernah mati.
Agar persahabatan itu lebih baik dari apa yang dilalui akibat khianat manusia.
Agar manusia itu tidak pernah berubah.

Anata no koto wo kangaeteiru.

Dan itu sahaja.
Itu sahaja.
Mungkin.

Nota Kaki :
Kelemahan manusia adalah terlalu bergantung kepada manusia lain sehingga tanpa disedari mengakibatkan lebih banyak kesakitan dalam usaha memperbaiki sesuatu yang pincang. Anehnya, kita kurang menyedari kepedihan yang dialami bila melalui kepayahan begitu.

Zara : Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya. Seperti juga kau duduk termenung di luar pintu sebuah rumah, tangan teragak-agak mahu menekan loceng atau mengetuk pintu rumah tersebut. Adakah ada ruang yang istimewa untuk kita?

Friday, October 21, 2011

Awak Belajar Tentang Dia Setiap Hari.


Selamat datang kasih sayang.
Selamat datang segala dugaan.
Selamat datang pahit manis kehidupan.
Selamat datang kebahagiaan perasaan.
Selamat datang kegembiraan.
Selamat pulang kedukaan.

http://farm7.static.flickr.com/6239/6262582299_9abd851404.jpg
[Koleksi peribadi] : Cawan atas meja kerja.

Awak.
Setiap hari adalah proses pembelajaran.
Pembelajaran yang menyeronokkan. 

Setiap apa yang dilalui ibarat kelas Sosiologi - belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam dengan memahami tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya. Apa yang dihadapi setiap hari adalah perkara baru yang membawa kepada perkongsian yang menggembirakan setelah melalui kepayahan yang panjang.

Awak.
Dia kata awak tidak mendengar.
Tetapi pada awak, awak sudah mendengar.
Awak sudah berikan perhatian dalam setiap butir bicara.
Bahkan awak boleh mengulangi setiap perkataan yang dia hamburkan.
Tetapi pada dia, awak sekadar mendengar.
Apa yang dia mungkin harapkan lain. 

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata awak tidak ambil kisah.
Padahal dia adalah manusia yang awak paling ambil kisah.
Manusia yang awak jaga dengan sepenuh hati.
Tetapi itulah, naluri awak dan dia tidak sama.
Awak dan dia perlu memahami persamaan dalam menilai perhubungan.
Dia mungkin perlu tengok awak sangat mengambil berat.
Awak mungkin perlu tunjukkan yang awak paling mengambil berat.
Aneh?

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

Awak.
Dia kata dia tidak rasakan awak bersama dia.
Padahal awak sedang berdiri di hadapan dia.
Renung mata dan amati gerak geri dia.
Pelik dengan cara dia.
Mungkin bukan kehadiran fizikal yang dia mahukan.
Mungkin benda lain.
Mungkin perasaan itu yang perlu ada.

Dan di situ awak sedang belajar.
Dan dia juga perlu belajar.

http://farm7.static.flickr.com/6099/6265235667_4143273d0a.jpg
[Koleksi peribadi - Flickr] : Ya, tangan aku.

Dan apa yang awak pelajari itulah sebenarnya bakal menguatkan awak dan dia dalam perhubungan. 
Awak akan menikmati satu rasa yang lebih baik (mungkin) setelah awak lebih kenal dia (dan dia kenal awak) dalam menyulam rasa.

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?

Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.

Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.

Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.

Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.

Saya berikan awak kata laluan.

Awak buka dengan perlahan.
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?

Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.

Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?



Itu sahaja.
Tinggal dahulu.

Nota Kaki :
Kau tanya aku bagaimana menghirup udara yang kadangkala menyesakkan nafas dan menendang nyawa? Jawapannya mudah sahaja. Kau lebih tahu apa penapis untuk membiarkan kau terus bernyawa dan menikmati bahagia.

Zara : Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?

Thursday, October 20, 2011

Itu Mungkin Rindu, Kot?


http://farm7.static.flickr.com/6112/6259873587_d160fbf6f3.jpg
Koleksi peribadi : Meja belajar di bilik aku - 19 Oktober 2011

Saya rasa saya rindu awak.
Mungkinlah.
Kot?

Kadangkala bila rindu datang menjelma, saya akan mendengar muzik kegemaran ataupun melihat gambar kita bersama. Bukan untuk mengingatkan diri saya tentang awak, tetapi untuk membuatkan saya rasa saya bersama awak. Dengan begitu sebenarnya, saya boleh mengabaikan jarak yang jauh dan mengurangkan rasa sakit sendirian dalam menjalani kehidupan seharian.

Saya rasa saya rindu awak.
Mungkinlah.
Kot?

Nota Kaki :
Senyum sahaja membaca telahan orang.

Zara : Dan semakin lama, aku semakin mengerti perbezaan itu yang membawa kepada satu persamaan yang lebih unik. Bukankah hidup akau lebih bahagia bila perbezaan itu membawa kepada timbangan neraca yang sekata?

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template