Thursday, January 05, 2012

#02 : Ini Cerita Seorang Perempuan.




Salam semua.
Tahun dua puluh dua belas muncul. Alhamdulillah. Banyak benda yang pada mulanya agak bercelaru, tapi berjalan lancar. Tugasan kerja mula muncul satu demi satu dan ya, disebabkan aku kononnya enggan bergantung kepada orang lain terpaksa menerima hakikat yang aku masih memerlukan orang lain dalam hidup aku. Betapa aku tidak mahu buat orang rasa kehadiran aku menyusahkan mereka (walaupun mungkin tidak), aku kena akui yang sedikit sebanyak, bercerita dengan seseorang yang boleh buat aku gembira, boleh menyebabkan tekanan itu melayah pergi.

http://farm8.staticflickr.com/7152/6633536111_454c40c3a9.jpg
[Koleksi peribadi Flickr aku]

Hari pertama persekolahan dua puluh dua belas. 
Malam sebelumnya aku habiskan masa dengan seseorang dengan berbual tentang banyak perkara. Daripada sekecil dan seremeh perkara sehinggalah apa sahaja yang mengganggu otak aku. Mungkin disebabkan terlalu lama tidak berbual atau apa, aku dengan degilnya, enggan tidur dan dia terpaksa melayan aku bercakap. Dekat empat jam berbual dengan diselang seli banyak benda termasuklah agenda dia membasuh pakaian dan kemunculan yang tidak disangka (batuk) dan ya, akhirnya aku menurut juga untuk tidur sekejap sebelum gerak bangun untuk ke sekolah. Dan seperti yang anda semua mungkin tahu, pengguna Twitter khususnya, jam Biologi aku tidak pernah mengkhianati. Betapa lambat aku tidur, jam 4 atau 5 pagi aku mesti sudah terjaga untuk memulakan hari. Dan pagi  tadi khususnya (4 Januari 2012) - aku rasa mata aku agak seperti panda mahu ke sekolah. Terima kasih kepada bantuan alat solek yang mungkin mampu sembunyikan itu semua. Heh.

Jumpa budak-budak semula selepas lebih kurang sebulan lebih mereka bercuti sememangnya enak. Enak dari segi, itulah benda yang aku suka buat. Aku dan kerja agaknya lahir bersama, walaupun penat macam mana sekalipun, itu masih benda yang aku suka buat. Tak ada masa mahu merisaukan benda lain, sedangkan apa yang aku hajati belum dapat dalam genggaman. Aneh, mungkin juga. 

http://farm8.staticflickr.com/7012/6634691879_e8691ccbb8.jpg
[Koleksi peribadi Flickr] - Hari pertama persekolahan 2012 - 4 Januari 2012 - Mata panda.

Seorang rakan bertanyakan aku semalam apakah aku sudah berpunya. Dia mengulang pertanyaan serupa entah untuk kali keberapa. Ironinya, dia mahu mengenalkan seorang rakannya kepada aku. Pertanyaan dia buatkan aku sedikit gundah. Bagaimana mahu menyusun ayat menolak dengan baik, sedangkan aku sebenarnya mempunyai orang yang aku suka? Ya, aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi kalau sudah mahu dikenalkan dengan lebih lanjut, dalam erti kata lain menjalinkan hubungan, aku tidak mampu untuk berbuat demikian. Bagi sesetengah orang mungkinlah dilayankan sahaja, tapi adakah anda tahu membuatkan orang lain menangis dan kecewa serta sakit hati adalah perbuatan yang keji? Walaupun kau kata setakat mahu menghabiskan masa kononnya, kau tetap buat perkara yang melibatkan hati manusia. Dan hati manusia bukanlah semudah kau mencanai seluar dalam ketika mahu diperah.

Aku memilih untuk bercakap benda ini secara berkias dengan seseorang yang memahami aku. Seorang kembar, teman baik yang memahami aku secara hati ke hati. Berhati-hati juga kot? (sambil buat mata berputar dan jeling).

SA : Mungkin dah tiba masa awak berterus terang.
Aku : Maksudnya?
SA : Tentang benda yang selalu orang tanya pada awak.
Aku : Kenapa?
SA : Sebab saya tahu awak dah penat.
Aku : Tapi saya tak nak orang lain kena usik.
SA : Kena usik? Siapa?
Aku : Siapa lagi?
SA : Oh, tiada masalah punya.
Aku : Betul ke?
SA : Perlahan-lahan, awak kan pandai menulis?
Aku : Bolehlah.
SA : Jadi, buatlah apa awak suka. Awak ada kebebasan itu.
Aku : Saya cuma tak mahu gunakan kebebasan itu sewenangnya.
SA : Awak boleh bercerita dengan baik. Gunakanlah itu.
Aku : Betul?
SA : Betul.



Ya, saya sayang awak SA!
Dan bercakap dengan dia sememangnya membantu. Membantu dari segi aku pergi ke sekolah dengan hati berlapang dada. Mampu tersenyum sepanjang hari walaupun sakit kaki dan hati atas beberapa sebab yang muncul secara tiba-tiba. Anehnya, segala sakit itu terhapus bila mengenangkan apa yang berlaku dan betapa masih ada wajah-wajah yang bersemangat mahu belajar.

Nota Kaki :
Penat tetapi gembira.

Zara : Banyak benda nak beritahu, tapi bila benda tak macam yang kita nak, kita jadi manusia yang hadam segalanya sendirian. (Shafaza Zara, 4 Disember 2012)

12 comments:

frogprincesz said...

happy 4 u... :)
live life with no regrets... :)

reenapple said...

tumpang happy...=D

sweet..=)

Lifesaver Hamzah said...

comelnya cikgu kita!hehehe

cikpepel said...

yang...kenapa 4 disember? da la bezday aku plak tu..rs cm terus jd tua setahun dr usia..hehe

MiszMaryaNe said...

semoga hari2 yg mendatang akan lebih ceria...=)

Azza Azman said...

kadang kadang berterus terang je yang kamu awak dah ada pilihan sendiri.. atau masih belum bersedia untuk umumkannya?

Wan85 said...

http://wanwidget.com/
best bila tgk cikgu pon ada blog, hehehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

lama x baca nukilan zara..apa kabar? selamat kembali bertugas ya :)



pstt..mcm bnyk je aksesori pakai gi sekolah..boleh eh? hehe ~ gurau

Ila Aqilah said...

selamat memulakan persekolahan kak zara :)

terus terang itu lebaih baik..huhu..

EZAN IDMA said...

Mata panda pon comel :)

AmirahSM said...

kak zara cikgu skolah mne?? sy cikgu gak..contest kak zara buat tuu still available x??

Nora Mieza said...

cikgu yg rugged.