Thursday, January 12, 2012

Awak, Dia Sudah Penat Mencari.




Awak.
Dia sudah penat mencari.
Kelibat awak yang sering muncul dalam mimpi.
Dalam diam, dia menahan sunyi.
Ajar diri supaya jangan rasa sepi.

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Awak yang dia tidak akan temui.
Walaupun dia ajar diri supaya terus menanti.
Gerangan manusia yang dia sendiri tidak kenali.

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Kalaupun awak wujud, dia tidak mahu bergerak lagi.
Sengaja dia mahu duduk diamkan diri.
Supaya awak yang datang ke sisi.

http://30.media.tumblr.com/tumblr_la3xciU6Nl1qbpwzeo1_500.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Mungkin awak pernah muncul dalam hidup dia.
Mungkin dia terlepas dari jatuh cinta.
Kalaupun awak melalui, dia harap awak akan menyapa.
Supaya dia kenal bahawa awaklah orangnya.

Awak.
Mungkin sebenarnya awak adalah orang yang sentiasa di sisi.
Dia masih tidak sedar akan isi hati.
Bahawa awak yang sedang menanti.
Agar dia tahu yang dia tidak pernah sendiri.
Cuma awak masih enggan berkongsi.
Perasaan hati, luahan rasa peribadi.
Awak masih mahu memerhati.

Awak.
Kalaulah awak yang sedang di samping dia sekarang ini.
Awak berikan masalah supaya dia berdikari.
Supaya dia kononnya belajar erti sunyi.
Bila awak tiada di sisi.
Awak mahu dia belajar singkir rasa sepi.
Supaya bila awak tiada, dia tidak akan menangisi.
Tapi bagaimana kalau kekosongan awak mula diisi?
Dengan orang lain yang awak tidak sangkai?

http://24.media.tumblr.com/tumblr_ledsir3Fhe1qe6d3qo1_500.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kalau awak datang, datanglah bila dia sudah bersedia.
Untuk mulakan segalanya.
Bukan termenung begitu sahaja.

Nota Kaki :
Tercucuk pin dalam jari masa menulis ini. Berdarah papan kekunci.

Zara : Kalaupun saya rindu, awak tidak akan pernah tahu kan?

21 comments:

NIZAM said...

selamat pagi cikgu zara :))

best la cikgu zara tulis.

Lifesaver Hamzah said...

sayunya baca...

kalau tercucuk jari..leh sembuh..kalau hati tercucuk sakit sampai bila tak tau nak sembuh kan?

Khaizarien said...

Menitis air dari kelopak hati...ini apa yang tersembunyi...buat dia yang tak pernah mengerti...

Sara Ali said...

sy penat....
semuanya sy rasa penat...
penat menunggu....
penat mencari...
penat disakiti...
n mcm2 la...

Iffah Afeefah said...

Waaa sgt memahmi situasi ni

thanx cikgu

JImmy said...

Awak,
Dia di sana sedang menanti.
Bagi dia saya adalah dunia.
Tapi saya masih lagi mencari,
menanti sebenarnya akan awak.
Adakah terlalu kejam saya ini?

Awak, mungkin di mata awak saya hanyalah seorang teman meluah perasaan. Tapi di mata dia saya adalah segalanya. Tapi di mata saya dia hanyalah seorang teman, dan awak adalah segalanya.

sabariah.noor said...

pah, sgt terkesan.. =(

♥BELLALICIOUS♥ said...

zara! sukenye post ni. bella rase nak nangis la bace. sebab terase. :(

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

sedih.knp dia tdk pernah mgerti.dan mbiarkn aq bgini T.T

saidatul_syamin said...

sedang mengalami perasaan sebegini. penat aku penat.

kueh bakar said...

awak
bagitahu padanya
penat boleh
tapi jangan berhenti mencari
kerana
tiada 'jodoh yang datang dengan semulajadi'
bagitahu padanya

purple ungu said...

ohemji.
terkesan di hati.
tepat pada masa ini.

reenapple said...

oh... aku sedang alaminya.. mengharapkan si dia yang aku tidak ketahui siapa akan muncul dalam hidup aku.. tapi aku taji.. tak pernah wujud si dia itu.. aku yang menipu pada diri sendiri..memberi harapan palsu..=)

laskar pelangi said...

penat oh penat =.=

Nurul Aziz said...

"Kalaupun saya rindu, awak tak akan pernah tahu kan?"

Love the quote ^^

missina said...

bagai cinta bertepuk sebelah tangan,,huhu

Chempaka said...

biar rindu ini aku yang tanggung, kerana aku rela merindu.. kerna yg ku rindu itu adalah kau..

suzie rahman said...

suke ayt2 nyer awk.semcm mngena diri sy.

AmirahSM said...

cikgu..sy nk join contest tuu..
still available??

http://miramiraie.blogspot.com/2012/01/hero-di-matakukini-tiada-di-sisiku.html

ishiko said...

kak zara nanti buat satu buku kumpul semua penulisan mcm BMT zahiril adzim >,<

Maya Natila said...

best ! somthg yg saya carik untuk future hubby sy yg sy belum temui lagi.. dr dulu terfikir ayat apa yg sy nak luahkan. tapi di sini seolah2 isi hati sy dah terluah ! thanks cikgu zara ! mohon share ya.. :)