Monday, January 23, 2012

Dari 4 Detik Ke 7 Detik.




Rasa nak tempeleng diri sendiri bila masuk bilik dari dapur dan nampak dua panggilan tidak berjawab. Dua panggilan dengan 0306 dan 0301, mana boleh aku nak telefon semula. Nampak sangat ada orang mencuba sebanyak dua kali - mungkin dengan harapan aku jawab di awal pagi, sebelum dia masuk tidur beradu selepas penat berjalan. 

Nampak pesanan di Mukabuku.
Keinginan untuk tempeleng diri sendiri meningkat dua kali ganda. Laju aku membalas tapi tiada jawapan. Laju tangan berlari ke Twitter, jika ada teguran. Hampa. Mungkin disebabkan kebodohan dan kealpaan diri sendiri yang suka tinggalkan telefon genggam dalam bilik, memang tidak dapat dengar suara yang dirindui. Bebal sungguh rasa.

Bawa telefon ke dapur.
Biarkan di tepi dengan harapan ada orang akan berusaha untuk telefon kembali. Nampak lampu biru-hijau berkelipan. Aplikasi "WhatsApp" menyala. Ah, dia muncul di situ akhirnya. Bibir menguntum senyuman. Dapur ditinggalkan sementara. Berlari ke bilik, lihat di Twitter, dia juga muncul di situ, menegur kembali aku yang ribut bertanya adakah dia yang membuat panggilan tidak berjawab tersebut.

Aneh.
Jarak jauh, tapi hati aku tenang bila tahu dia selamat di sana. Dengan keluarga, mungkin itu lebih baik daripada aku tidak dengar langsung khabar berita. Dari empat denting ke belakang, aku harus menambah lagi tiga denting. Tujuh denting ke belakang, berderap lebih jauh.

[Sumber gambar]

Semoga selamat di sana.
Tiga minggu sehingga masing-masing dapat lihat wajah semula?
Walaupun dipisahkan oleh kepingan kaca dan jarak jauh yang kita sudah malas kira.

Nota Kaki :
Cuti seminggu tetapi jadual padat dengan entah apa-apa. Cari ruang untuk diri sendiri tetapi masih tidak berjumpa.

Zara : Sukakan seseorang bukan bermaksud kena bersama setiap masa. Berikan dia ruang dalam hidup dia. (Shafaza Zara, 21 Januari 2012)

8 comments:

tOyO said...

betul..betul..betul..^^,

ErnieFaizal Siti said...

orang yang istimewa bukan yang selalu berada di sisi atau yang selalu berada di depan mata.. tetapi dia yang selalu di hati.. :)

Malaysia Networks said...

Salam,
ayat yang penuh maksud tersirat..

:)

Saya ada membuat satu contest tuk blogger. Contest tu dinama Malaysia Top blogger (Februari 2012)
Hadiahnya cash usd50.

untuk maklumat lanjut ini urlnya.

http://malaysia.topglobalsite.com/p/contest-malaysia-top-blogger.html

maaf sbb menganggu, hanya nak menyebarkan je.

selamat bercuti


Faquhar

oshinz said...

ke paris??!!! hehehe. yang selalu dirindu itu yang selalu dalam hati dan minda. kalau depan mata mesti selalu nak bertekak. =)

takky said...

org yg disayangi ada di paris ke?
hihihiiihi c(;

Nurul Nadiah Karim said...

wohoo,ini mesti kes rindu yang amat lahh yea? ;)

cahaya said...

rindu.
jauh atau dekat.

bila rasa itu hadir.
tak siapa dapat halang.

mr_right said...

Jarak jauh itu kadang-kadang kita juga sudah lali untuk mencari sinar di sebalik hubungan itu. ops ! tersedehhh pulok ! hee.

Nice entry !!!