Thursday, January 26, 2012

Persahabatan Dua Dunia Berbeza.




Apa yang penting dalam hidup manusia?
Aku rasa selain hidup untuk diri sendiri, keluarga, cinta - manusia memerlukan seseorang (atau beberapa) yang lain sebagai kawan. Manusia macam aku banyak kenalan, banyak kawan, banyak teman, tapi aku ada beberapa sahaja yang boleh digelar sahabat. Kali ini, aku tujukan pada seseorang yang mencorakkan makna yang bukan sedikit dalam hidup aku. Manusia yang banyak mengajar aku nilai menjadi seorang manusia, tabah sebagaimana aku hari ini - lebih pantas mendongak lihat manusia yang melemparkan apa mereka suka tentang aku.

Dan hari ini, aku memilih untuk bercakap tentang seorang sahabat yang sangat memahami. Dengan hanya sepatah perkataan yang aku ucapkan, dia boleh meneka seluruh cerita dengan tepat. Kuasa apakah ini sahabat?

Aku rasa orang yang baca blog aku sejak daripada blog bahasa Inggeris, hingga ke Dunia Sebelah Zara - mungkin pernah terbaca tentang Pali. Seorang sahabat yang mencapai tahap keluarga. Ya, pada aku, Pali adalah sebahagian daripada keluarga aku. Orang yang aku tanpa segan dan silu akan kongsi semua benda. Mungkin dengan keluarga, mereka tidak dengar aku menangis, merintih, mengeluh tapi aku rasa, Pali sudah pinjamkan itu semua untuk aku. Dia dengar aku menangis, dia dengar aku menggila, dia ada sejak aku bertatih untuk mulakan segalanya bila hidup aku terumbang ambing suatu ketika dulu.

2008.
Aku mulakan tahun akhir pengajian di universiti. Disebabkan kemudahan yang aku ada di bilik, dan aku mungkin bosan ketika itu, aku guna Skype. Aku tegur sesiapa yang aku mahu dan masa itu, aku tegur Pali. Dia guna nama lain pada waktu tersebut - 'Jump Jump Jumper'. Betapa uniknya persahabatan kami bermula, sebab saling tidak mengenali, Pali bukan manusia yang aku kenal dari blog, ataupun dia kenal aku dari mana-mana laman sosial, cuma dari Skype.

Dan, waktu aku saling bertingkah dengan hidup sendiri, dengan persoalan peribadi yang menghantui, dia tolong aku untuk bangun perlahan-lahan dan menhadapi kenyataan dunia.

2009.
Kali pertama aku ucapkan selamat ulang tahun buat sahabat baik ini.

Waktu ini, Pali melalui satu keadaan yang mengujikan dalam hidup dia. Dan aku boleh katakan dia berjaya melaluinya dengan baik. Tahun 2009 menyaksikan banyak benda berlaku, Dari saat aku menamatkan pengajian, menghadiri temuduga kerja hingga memulakan kerjaya - aku boleh katakan semuanya ada kehadiran Pali. Aku ingat lagi masa aku mahu menghadiri temuduga kerja, ujian INSAK - Dia cuma cakap dengan aku satu benda yang aku pergi dengan berlapang dada.

" Aku cuma nak dengar kau berjaya, tu je. Benda lain tak nak!"

Persahabatan unik itu membawa kepada pelbagai cerita.
Tahun 2009, banyak benda berlaku, kami saling membantu, bila seorang jatuh, seorang yang lain akan tolong tarik ke atas semula. Membebel dengan cara masing-masing, tapa batasan dalam kosa kata, benda yang kami paling suka. 2009 berakhir dengan kami hanya masih lagi tidak berjumpa.

2010.
Permulaan tahun bagaikan banyak sangat benda yang tidak menarik. Tetapi Alhamdulillah, kami berjumpa akhirnya. Jumpa selepas melalui peristiwa yang tidak boleh dilupakan. Peristiwa yang membawa kepada lebih banyak pengertian hidup. Dan pada tahun 2010 juga aku rasa, Pali ada singgah di rumah. Jumpa keluarga aku atas urusan berkaitan komputer. Siap tulis lagi tips kalau datang ke rumah aku. [baca]

2011.
Jatuh, bangun, jatuh, bangun.
Sahabat itu ada.

Dan, apa yang aku banyak mahu cerita di atas dari tadi ini, sudah Pali tuliskan dalam penulisan dia sempena ulang tahun kelahiran  aku .

2012.
Ketika aku menulis dia, hari ini adalah ulang tahun ke-25 sahabat itu.
Seorang sahabat yang aku rasa aku akan cukup kesal kalau hilang daripada hidup. Bila menoleh kembali apa yang dilalui selama ini, aku tahu, aku sudah cukup bertuah.

Terima kasih sahabat.
Kau tahu lebih lanjut kenapa kau sentiasa seorang sahabat.

Nota Kaki :
Aku benci cuti lama.

Dan, bolehkah kamu undi aku untuk Best Educational Blog? - Siapa yang calonkan aku tu, terima kasih yang teramat sangat. [pautan]

Zara : Tanpa sahabat, aku mungkin manusia bodoh tanpa bantuan.


15 comments:

naziyatul fatihah said...

saya sayang sahabat yang susah bangun sentiasa dengan saya :)

kechixx said...

susah untuk mencari seorang kawan yg betul2 kenal erti persahabatan. dan alhamdulilah sahabat saya yang paling baik sampai ke hari nie ialah hasbeng saya;)

kueh bakar said...

sahabat adalah 'adik-beradik bukan sedarah'.

ramai orang ada kawan
sedikit orang ada sahabat

'kau tahu lebih lanjut..'
ha ah.btol.

Nurul Nadiah Karim said...

untung akak dapat sahabat yang baik macam tuu.syukur ^^

nouveaucloset said...

Assalamualaikum. Hye sis. Jum join giveaway Nouveau Closet. Mungkin rezeki kamu ^_^

http://nouveaucloset.blogspot.com/2012/01/giveaway-by-nouveau-closet.html

NIZAM said...

tp kekadang ada org salah tafsir bila kita bersahabat baik dgn opposite gender.

sy penah kena sound dgn bf kwn sy. adeyh, tapi takpela, terima je la. hahaha.

APi said...

beruntung sesiapa yang punya sahabat akrab..
tak kisah la lelaki ke perempuan..
satu kelebihan berbanding manusia lain yang tiada.. =)

takky said...

really jealous with this kind of friendship....
i hope i can find it 1...

congratz kak z coz u have a good and crazy awesome bestfriend...
^O^

Sharif said...

Nice.. Berbaloi utk dibaca

izzad b* said...

susah senang bersama.susah nak cari orng macam itu, anda bertuah :)

fakhri khairi said...

:)

Siesta said...

HI

awak dtg tgk baju preloved saye
http://www.kissaliens.blogspot.com
sorry,jgn marah k
thanks!

Adziim said...

Masa cuti pergi aktiviti outdoor.

Patrick Star said...

bukan senang nk dpt sahabat yg setia. kalau dh jumpa, jgn abaikn!

Salam kenal ;)
Jemput singgah ke Belog Patrick Star

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Nice entry indeed..

btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya... =)

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)