Thursday, February 09, 2012

Barista Cinta : Kopi - Antologi Cerpen Fixi




Salam semua.
Lama tidak mencoret sesuatu di laman peribadi sendiri ini. Kekangan waktu dan tatkala mengatur semula kehidupan yang berantakan. Ah, benda bersifat peribadi janggal sekali mahu dikongsi untuk tatapan umum sementelahan banyak mata yang membaca dan ada juga mereka daripada kalangan yang dikenali. Perit dalam erti kata tidak mampu meluahkan perasaan, tetapi abaikan sahaja kerana bagaimana mahu beraksi jika lakonan dihidu kurang memberangsangkan?

Aneh sahaja kalau gerak tidak selari dengan cara pembawakan diri.
Kontang akal fikiran dalam memberikan sesuatu yang bermakna buat hati.
Namun, sama sekali aku tahu aku tidak pernah sendiri.
Kehidupan ini tidak terlampau kejam bila kita kenal diri.
Ah, aneh-aneh sahaja penulisan aku kali ini.

http://farm8.staticflickr.com/7171/6843182943_c8b9220435.jpg
[Flickr : Tekan untuk bacaan lebih jelas]

Seperti yang kamu semua dapat lihat dalam paparan di atas, itu adalah muka pertama tulisan aku untuk antologi cerpen yang bakal dilancarkan oleh Fixi dalam bulan Mac nanti. Merupakan cerpen ke sebelas daripada sembilan belas buah cerpen lain, yang ditulis oleh sembilan belas penulis lain. Antologi cerpen yang bertajuk KOPI ini boleh dilihat di laman Mukabuku yang disediakan. [pautan]

Jujurnya, mendapat peluang menulis untuk Fixi adalah satu peluang berharga walaupun mungkin akan ada suara sumbang yang menyatakan ia cuma sekadar cerpen. Tapi bagi aku, itu adalah satu tangga lagi yang aku daki selepas Kitab Terfaktab #1 dan Hero. Sebagai penulis blog, aku cuma seorang amatur dalam penulisan. Aku tulis mengikut kata hati aku, mengikut apa aku suka tanpa ada latihan secara bersijil. Tapi, pengalaman itu banyak membantu kita dalam hidup bukan?

Itu salah satu yang aku suka sebenarnya.

Jadi, tentang Barista Cinta.
Itu salah satu tulisan aku yang mungkin kalian akan lihat terdapat perbezaan dengan cara aku menulis di Kitab Terfaktab ataupun Hero. Pastinya dengan mengangkat Kopi sebagai tema dalam penulisan, ia sedikit sebanyak merangsang adrenalin penggemar kopi (lebih tepat lagi penagih tegar kafein!) macam aku dalam menulis. Usah ditanya berapa banyak aku sedut dan hirup kafein dalam melunaskan penulisan ini. Itu adalah rahsia.

Diam.
Aku sedang minum Kopi lagi.

Nota Kaki :
Jari bengkak akibat terhentak meja dalam keadaan tidak mampu mengawal amarah.
Celaka badan.

Zara : Bergerak ke hadapan? Tinggalkan benda yang menyakitkan jiwa? Kau sedang bercakap mengenai aku dan perhubungan kah? Itu benda mudah. Benda yang sangat mudah bila kau ada sebab yang sangat kukuh untuk melunaskannya. (Shafaza Zara, 9 Februari 2012)


7 comments:

Azizah Alwi said...

Nampak macam best.Tak sabar nak beli. :)

JImmy said...

Haruman bau kopi itu sudah cukup menenangkan minda. Belum kira ditambah dengan asap nikotin. Pasti bertambah enak rasanya. -@AbdRahman_MZ

takky said...

wah, makin bertambah koleksi buku kak z....
smoga berjaya menjadi seorang penulis yg disegani ramai....

owh ye, cuma nk bertanya ttg contest yg akak buat dulu...
ada apa2 cerita x?

MK Kimi said...

Setelah sekian lama aku tak jenguk blog kau dan tak tahu pkembangan hidup kau...skrg kau dah maju!

Tahniah! Yg pastinya aku akan beli KOPI!

=)

shandye. said...

congratulations!

can't wait to read the whole story. hehehe...

=)

✯Miz Purple Violet✯ said...

Love it! :)

wany kelip-kelip said...

oh..tenang