Monday, February 13, 2012

Lelaki #01 : Tak Nak Isteri Cikgu




Bila aku menulis tentang pelbagai isu ataupun dilema yang dihadapi oleh perempuan, ada pula yang pembaca lelaki yang bertanya, kenapa tak ada tentang lelaki. Ehem, aku kan biasanya tulis sesuatu secara umum, boleh sahaja diguna pakai oleh kedua-dua jantina. Mana ada bezakan sangat kan? Dan sebenarnya, apa yang aku tulis selama ini, ada sahaja tentang lelaki, mungkin sebab aku tak dedahkan jantina, maka ada yang tidak sedar. Tapi tidak mengapa.

*betulkan selendang*
Sejak bila aku pandai bezakan lelaki dan perempuan ni? Walaupun kadangkala alter-ego menjelma tatkala berkicau, aku masih layan dua-dua jantina serupa kan? Sampai hati betul kata aku bezakan, padahal orang selalu tak boleh bezakan jantina aku tahu?

http://farm6.staticflickr.com/5011/5471342717_806957f8c1.jpg
[Sumber gambar]

Kebetulan ada seorang rakan datang kepada aku, membawakan satu amanat yang diberikan kepada dia oleh rakan sekerja. Bila dia sebutkan permintaan kawan dia itu, aku terus ketawa. Ketawa dalam erti kata, bagaimana aku mahu menolong dia, bila kawannya buat permintaan yang agak menyukarkan diri mahu menolong. Nak tolong, tapi banyak betul syarat yang dikemukakan. Heh.

Kawan : Nak minta tolong.
Aku : Tolong apa?
Kawan : Ada kawan aku nak cari isteri.
Aku : Menarik.
Kawan : Aku tak tahu nak cakap dengan siapa, cakap dengan kau mungkin membantu.
Aku : Baik, aku dengar.
Kawan : Aku nak tolong pun tak tahu sebab tempat kerja aku mana ada perempuan. Kalau ada perempuan pun, dah kahwin. 
Aku : Teruskan.
Kawan : Tambahan, aku sendiri belum ada calon isteri. Dari aku cari untuk dia, baik aku carikan untuk diri sendiri.
Aku : Jadi kau nak suruh aku tolong carikan untuk kawan kau ni?
Kawan : Kalau kau ada kenal sesiapa yang nak, tolonglah.
Aku : Ada syarat ke?
Kawan : Tak ada pula. Dia ni kerja bagus. Jurutera, gaji empat angka, dah kerja 4 tahun, lulusan ijazah, muka pun boleh tahan kacak.
Aku : Ada gambar? Nak tengok.
Kawan : Sekejap aku tunjuk. (hulur telefon)
Aku : Boleh tahan pun nak suruh orang carikan. Serius tak ada syarat? Nanti ada syarat tiba-tiba, menyusahkan, serta memalukan kita nanti weh.
Kawan : Sekejap aku telefon dia.
Aku : Baiklah.
.
.
.
[menunggu]
.
.
.
Kawan : Baik, dah tanya. Ada syarat rupanya.
Aku : Apa dia?
Kawan : Dia tak nak cikgu atau pensyarah. Nak doktor atau jurutera sahaja.
Aku : (ketawa) Kali pertama aku dengar lelaki tak nak orang dalam bidang pendidikan.
Kawan : Dia kata sebab banyak sangat saudara mara dia kahwin dengan cikgu atau pensyarah, dia tak nak sama dengan mereka.
Aku : Itu menarik.
Kawan : Dan dia kata, sebab doktor atau jurutera sesuai dengan dia. Sebab gaji tak jauh beza, berbanding dengan cikgu atau pensyarah. Lagi satu kata dia setaraf. Cikgu atau pensyarah mungkin tak setaraf dengan dia.
Aku : Itu lagi menarik untuk didengar dan dibahan.
Kawan : Lagi satu dia kata cikgu atau pensyarah banyak sangat jumpa orang, nanti tak ada masa di rumah. Pergi kursus, mesyuarat, dan macam-macam aktiviti, payah.
Aku : Pelik betul budak tu.
Kawan : Dia tak nak cikgu, kau boleh tolong ke tak?
Aku : Beritahu dia, kebanyakan kawan aku yang ambil bahagian jurutera tak kerja jadi jurutera. Jadi pensyarah ataupun masuk bidang lain. Doktor pula biasanya kahwin dengan doktor juga.
Kawan : Dah dia nak jurutera atau doktor sahaja.
Aku : (ketawa) Aku harap kalau dia dapat isteri nanti, jangan isteri dia berhenti kerja jurutera atau doktor dan pilih untuk jadi cikgu atau pensyarah. Baru padan muka dia. 
Kawan : Dah tu memang tak boleh tolong?
Aku : Nanti aku tengokkan kalau ada.
Kawan : Tengokkan kalau ada sekali untuk aku.
Aku : Kau kes lain, lagi payah.
Kawan : Bolehlah. Kenalan kau lagi ramai.
Aku : Nantilah.


http://farm6.staticflickr.com/5177/5520244154_4b8d9163ab.jpg
[Sumber gambar]

Aku jujurnya ketawa bila dengar lelaki tidak mahu bakal isteri seorang guru atau pensyarah. Tidak, bukan aku kata kerjaya aku bagus sangat. Tidaklah, walaupun aku pernah menulis tentang "Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?" sebelum ini. Aku cuma rasa sebab musabab yang dia senaraikan agak kurang menyenangkan. Ke aku sahaja yang rasa begitu?

Entahlah.

  • Sebab banyak sangat saudara mara dia kahwin dengan cikgu atau pensyarah, dia tak nak sama dengan mereka. - Baiklah. Sebab tak nak sama dengan orang lain. Senang kata sebab nak istimewa berbanding saudara mara dan sepupu sepapat yang mempunyai pasangan yang bekerja sebagai cikgu atau pensyarah. Oh, kita masih dalam permainan bezakan pasangan yang saudara mara kita kahwini atau nikahi. Serupa budak kecil yang tak boleh sama pakaian dengan budak lain yang sebaya. Tak mengapa. Alasan peribadi.

  • Sebab gaji tak jauh beza, berbanding dengan cikgu atau pensyarah. - Ini isu sensitif bagi sesetengah orang. Bab duit memang tak boleh buat main dengan sesiapa. Tanyalah orang yang dah bekerja, bab duit, soal gaji memang sesuatu yang kurang menyenangkan. Lebih-lebih lagi bila orang bandingkan dua kerjaya yang langsung tidak sama. Nak bandingkan gaji jurutera dengan cikgu atau pensyarah, memanglah jauh beza. Lebih-lebih lagi kalau kau kerja dengan kilang-kilang yang hebat sebagai contohnya, mestilah gaji kau lebat. Sifir yang mudah.

  • Lagi satu kata dia setaraf. Cikgu atau pensyarah mungkin tak setaraf dengan dia. - Mungkin betul juga ini. Nanti kalau orang tanya dia, mungkin dia akan segan nak sebut nama pekerjaan isteri dia kan? Bunyi nama kerjaya aku, sebagai contoh - "cikgu" atau pun pensyarah (yang dianggap cikgu juga). Berbanding kalau sebut kerja doktor atau jurutera, bunyinya agak gah kan? Baru boleh bangga nak sebut dengan kuat dan lantang. Heh. Tapi untung juga sebenarnya bila lelaki begini dah tetapkan yang dia tak nak isteri yang tidak setaraf dengan dia. Mungkin dia nak melindungi wanita yang bakal dikahwini daripada diejek atau dicerca oleh kalum keluarga dia, agaknya.

  • Cikgu atau pensyarah banyak sangat jumpa orang, nanti tak ada masa di rumah. Pergi kursus, mesyuarat, dan macam-macam aktiviti, payah. - Tak tahu pula aku yang cikgu atau pensyarah asyik kursus dan mesyuarat tanpa henti. Setakat dalam pengetahuan aku, mengikut pemerhatian kerjaya sendiri, kawan-kawan, kenalan dan sebagainya, benda ini berjadual. Kalau ada dan perlu, baru perlu dihadiri. Kalau kita terlibat, baru hadiri. tak pernah dengar pula orang ada mesyuarat sepanjang tahun. Sekejap, kerja sebagai jurutera atau doktor tak payah jumpa orang ke? Bukankah pelanggan, pembekal, kontraktor dan sebagainya itu manusia? Pesakit, jururawat, pelawat dan sebagainya itu juga manusia bukan? Doktor dan jurutera tidak ada mesyuarat atau kursus (atau seminar, simposium, bengkel) ke? Rasa macam ada je kawan aku beritahu hari tu.

Macam aku katakan tadi. Hak dia lah kan bagaimana mahu memilih bakal isteri. Dah itu syarat yang dia tetapkan, dan mungkin dia akan rasa bahagia begitu. Terpulanglah pada dia. Nanti sahaja aku tengok dalam senarai aku, kalau ada rakan yang boleh dikenalkan. Kalau tidak, terpaksalah kawan aku cari kawan dia yang lain untuk membantu rakan dia yang tidak mahu beristerikan seorang guru atau pensyarah. Kami di lapangan pendidikan dan bekerja sebagai tenaga pengajar ini, bukanlah apa sangat kan?

Heh.

Nota Kaki :
Selamat datang ahli keluarga baru aku yang bernama Idraki Iftiqar. Selepas Sean, Adam Awraq, Iman Kenzo, Altamis, aku sudah ada bayi baru tiba. Indah rasa dunia. 

Zara : Kadangkala kegembiraan dan kebahagiaan itu perlu dibeli bila kita tidak dapat secara asli daripada tempat yang kita rasa kita mampu mengecap bahagia. Kita bayar dengan harga yang mahal sekalipun, kita masih mampu tersenyum kerana bahagia dan gembira itu jadi milik kita. (Shafaza Zara Syed Yusof, 13 Februari 2012)


52 comments:

nur anis said...

huhu..pelik pula rasa nak calon isteri doktor atau jurutera yang saya rasa kerjaya yang agak sibuk.

Syafiq Лomoтехн said...

tugas khas untuk kau: carikan aku satu nama untuk laptop baru aku! dm nanti di twitter. kalau di sini entah bila baru aku perasan haha.

1. syarat itu hak masing2. aku? asal syarat yang 4 lulus itu sudah lah.

*aku ngantuk, pinjam beg kertas!*

mizzkechique said...

nape mesti yg nk setaraf jawatan?? hurmm, memilih gak rupenye.. sbg org yg bukan dlm bidang pendidikan, kedoktoran mahupun kejuruteraan, ckp terasa.. gitula, nk yg bgus je.. tp blh ke yg jurutera n doktor tu jg hal ehwal rumahtangga dia dgn baik kelak??

inaks said...

mmg lawak la kwn korang nih...pd aku lagi mudah nk mengaku sy cikgu @ pensyarah berbanding sy doktor @ engineer..papepun sy doakan dier dipermudahkan mendapat jodoh...

TheBentPencil said...

sebagai anak seorang pensyarah dan guru meh saya jawab soalan ni:

ramai org kahwin pensyarah/guru: disebabkan stabiliti kerja. ya, most likely dia takkan ditukarkan ke tempat2 yang jauh secara tiba-tiba. nak pangkat pun jarang, kalau naik pun lambat naik.

gaji pensyarah tidak setanding jurutera: saya tidak tahu berapa gaji jurutera tetapi gaji pensyarah boleh melebihi 10k (DG48). tangga gaji kerajaan sekarang memang cukup lumayan, sampai ada yang komen ia tidak adil!

banyak sangat jumpa orang: tak juga. kalau yang berjawatan tinggi (biasanya selepas melebihi 20 tahun kerja) ya, mungkin selalu pergi sana sini. tetapi tidak terlalu lama melebihi seminggu. kadangkala boleh balik hari, dan boleh juga bawa keluarga. alang2 kursus di hotel, anak-anak terjun tiruk dalam kolam hotel. best!

asalnya semasa saya mula belajar beberapa sem lepas, saya juga tidak mahu bekerja sebagai guru mahupun pensyarah. tapi setelah usia meningkat, difikirkan kembali, pensyarah di sini banyak yang mempunyai kehidupan stabil. mereka masih mempunyai masa untuk menghantar anak pergi balik ke sekolah, makan tengahari dan duduk semeja menolong mereka mengulangkaji. Malah ada rakan saya yang menjalankan side-income membuat cupcake!

berbanding dengan senior yang bekerja di syarikat pengeluaran, kadangkala anak dibiarkan di rumah penjagaan melebihi seminggu kerana tiada siapa boleh menjaga di rumah.

jadi tepuk dada tanya selera. anda mahu wanita yang bekerjaya tetap, gaji sederhana tinggi, dan masa terluang yang mencukupi? pilihlah pensyarah.

takky said...

mungkin dia x nk jelez kot...
kebanyakkan cikgu kan selalu luangkan masa dgn anak murid...
la nie pun byk anak murid yg cantik dan ensem...
x nk tergugat la tu agak ye...

(cuma alasan x matang dari saya)
hihihihihihi ^O^

khruz said...

ok. ini kelakar, seriously. my mum is a teacher, n she makes a great mum! :D

somehow rather berkenaan soal pasangan hidup ni its about attitude and aptitude, and most important of all: ACCEPTANCE.

i dont believe in listing up the requirements for your future spouse. once you've set up an objective, a target, for a relationship, it defeats the purpose of being in a relationship. my two cents tho ;)

lisa said...

pelik.kerjaya doktor, jurutera lagi sibuk berbanding cikgu. mak sy sendiri cikgu and dia still ada masa untuk family. jadi cikgu boleh dpt byk cuti :) apapun, itu hak masing2.

Tira said...

apela lelaki tu. ingat isteri barang ke..nak bini cam nie cam tu lah.. entah ape2 manusia zaman sekarang ni

zennaya said...

wow,memilih tak padan. Esok-esok bila dah kahwin,barula nak nyesal coz kerja doktor memang busy. Sentiasa on call. Kalau jurutera pun,saya rasa busy jugak. Saya rasa kerja cikgu lebih fleksibel jika dibandingkan dengan kerjaya lain. Bila cuti sekolah,cikgu pun cuti gak (kakak cikgu) Kalau dah set camnie,tak taula nak cakap ape. Speechless

NIZAM said...

Oh yeke? Ini sedikit pengalaman sy. ramai kawan sy memilih cikgu sbg pasangan hidup dgn alasan seorang guru tidak sibuk dan akan ada selalu dirumah.

jika suami dr bidang teknikal (akan menghabiskan byk masa utk fieldwork diluar. terkdg smpi berhari-hari meredah ceruk kg mana entah, atau berada dilaut berminggu2), maka guru adalah pilihan yang baik sbg calon isteri. bila blk rumah, akan ada isteri menyambut.

p/s: oh, macam sy nak ikut jejak langkah kwn sy je. hehe.

Lizzie Yasmin said...

ok 1st time jgk laki tak nak kawen cikgu. Rasanya kawen cikgu nie lagi senang. Cuti sama dgn anak2 sekolah. Masa kerja tak panjang walaupun abdikan diri pada kerja 24 jam. Laki pun ada jugak pandang pengkat.. huhuhu

Anonymous said...

hahahaha...kalu aku la, pilih cikgu la senang...tak sibuk sgt compare dgn lecturer and doktor..mybe laki ni suka jenis yg kasar2 sikit kut...hehee..lain org, lain taste.. =)

miss faten said...

Saya boleh merumuskan, lelaki ini sendiri yang memilih. Sebab itu dia tak mampu nak cari sendiri, sampai suruh orang carikan. Agaknya dalam kamus hidup dia takde erti jatuh cinta kot? Sampai nak kena letak kriteria semua :3


P.S: Rasanya komen saya berbaur stereotype haha :D

Piah the Becok said...

pffftt!!! mintak orang carikan, tapi banyak songeh. tak baik tahu. siap taraf-taraf bagai. selagi kerja itu halal sumber pendapatannya, apalagi nak kecoh? doktor lagi bizi kerjanya. kena on-call lagi. jadi cikgu, jadual teratur. tu belum dengar pendapat dia pasal agen insurans. entah-entah kutuk bermati-matian.

jojo3y said...

lelaki yg jenis terlampau memilih. mungkin itu gelaran yg sesuai untuk beliau ;)

4feet8 said...

mungkin juga dia nak yg cara berfikir yg sama sepertinya..boleh bertukar2 pendapat dlm level2 tertentu..

wanie mn said...

Knp tanak cikgu? Cikgu klu student cuti, ckgu pun cuti. Tp klu doktor, nt mst slalu kna tgglkn klu on call. Heheh :p

anyss said...

Assalamualaikum,
Yup...dia memang ada hak untuk memilih, tapi belah perempuan juga berhak untuk pilih dia ke tak. Jangan ingat bila gaji BESAU akan jamin bahagia...kalau perempuan tu mintak dia jadi IMAM solat jumaat, gamaknya lepas ke tak?

fathiah jasni said...

harapan aku satu je, semoga dia jumpa jodoh dgn cikg/pensyarah.. hahaha
btw, aku amat menyukai komen bernas dan gagah TheBentPencil :)

thepurplekurung said...

what is wrong with pensyarah or cikgu

BuDaK KaMPuNG said...

cikgu ajar sekolah mane ? . . . . Muar kat mane ? sy kat pagoh, . . .

erysweetie said...

pensyarah yg ada phd nak banding ngn jurutera yang hanya degree mane lebih gah? *thinking*

dan untung bebenau sape kahwin dgn cikgu..kerja separuh hari(mengajar) tp gaji same macam org kerja full day sampai pukul 5...

dah tau selok belok nak mengajar dan mendidik anak.

dan yg paling sedih..dia tak menjadikan agama sebagai ciri utama yang dia mahukan sebagai seorang pendamping hidupnya.

Anonymous said...

tunang sy seorang pensyarah. mmg kdg2 busy dengan bengkel, buat modul, KI n bla3. plus dia n.pengurusi jdual waktu. kdg2 mmg sgt bz. tp xde lah sepanjang mas bz. byk msa kot boleh spend time sama2, sy siap tolong jagakan test untuk student dia lg. teman dia marking paper kat kedai mamak sampai pagi. =)

Lucifer said...

Saya bangga dia seorang bakal cikgu, walau dia sibuk dengan aktiviti hariannya melalui proses menjadi seorang cikgu, dia memahamkan saya, yang menjadi cikgu ini bukan calang-calang susahnya, apatah lagi pensyarah yang cuba membentuk buluh yang dah keras.

missina said...

pelik,,slalunya dengar org suka isteri cikgu sbb banyak masa,,at least taklah sesibuk doktor yg keje tak tentu masa,,mungkin kedengaran lebih gah la,,tp klu utk peruntukan masa tu memang susah sgt,,ekceli saya nurse,,tahulah jugak mcmmana pekerjaan doktr nih,,

by the way,,klu dia nak engineer jugak,,anak sepupu sy ada sorang,,solo lagi,,engineer petronas kt Terengganu,,putih,alim dan cantik,,;)

p/s sibuk nak kenenkan org padahal diri sendri pun solo lagi nih,,,uhuh

arianna adrianna said...

aku tawarkan diri aku, kak zara. rekemenkan aku pada dia. aku pun tengah cari calon suami. *wink*wink*

nota: tapi aku tak bergelar jurutera lagi, baru bergelar bekas pelajar kejuruteraan. memang merancang untuk menjadi seorang jurutera. haha. apa kejadahnya nya aku mengiklan diri disini?? ;p

Enjin Yok Rho Sak said...

*My father was a teacher (dah pencen dah).. until now after working as an Enjin Nyok for more than 2 years, my salary not even closed to my father's pension... hahaha

*Had a fren-- pensyarah.. every week when others are working 5days per week, she just working about 8 hour per week... hurmm

*Thinking of being che gu-- working hour only 7a.m to 1p.m.. more than that is optionally.. DG41 salary + allowance for less than 5 hours working per day = higher than fresh graduates engineer...

Ain Dzaya said...

ain pun pelik nape tanak cikgu n pensyarah..bagi ain mereka nie lebih byk masa terluang untuk famili dari yg terlalu berkerjaya samapai xde masa nak spend time dgn famili...


psstt...janji ALLAH untuk orang bakal berkahwin ♥

APi said...

dah kalau lelaki yang jadi cikgu mintak calon bini doktor atau engineer tak ke lagi haru jadinya..
ah, citarasa manusia, lain-lain..

Edura Hanum said...

ikutkan lelaki itu sebenarnya high taste juga.tapi mungkin dia ada sebab yang munasabab dia memilih pasangan hidup yang mempunyai pekerjaan sebegitu.maybe dia perlukan seorang teman yang boleh berkongsi pendapat.bila bekerja satu profesion senang untuk berbincang dan memberikan pendapat

Anonymous said...

Sweet nyer!! Cmburu nyer..

Anonymous said...

dpt kahwin dengan CIKGU kan besh! :)

kueh bakar said...

patutlah masih bujang..

semoga dia dan ariana kawin.amin

hahaha

kueh bakar said...

patutlah masih bujang..

semoga dia dan ariana kawin.amin

hahaha

CigaR said...

tolong carikan untuk saya boleh? ;)

lynna said...

haha patut x kawin2 pemilih rupanya.. pelik jawatan isteri tu akan mengambarkan kebahagiaan suami ka??
dia kata cikgu byk jumpa org, bkn doktor pun sama ka, selalu on call dan-dan kalau yg keja kat emergency tu.. kan baik dia pilih sebab agama ja, x susah2 sgt..karang dpt doktor atau jurutera tp yg suka bersosial dan memeningkan kepala..
tp this guy memang menang la haha

✯Miz Purple Violet✯ said...

Demand tinggi. Tapi, takpe. Hak dia. Bagi saya, pasangan yang merupakan cikgu mahupun pensyarah selalu menjadi idaman saya. :)

Anonymous said...

xnak sudah. . . :P

mira_nas said...

haha.. that one of a kind.. slalunya pompuan yang jd cikgu ni lboleh nak kata hot stuff gak. anyway.. tu hak dia la kan.. best of luck to that guy..

@izwanyusof89 said...

kat kelas ni,ramai gak student engineering cari yg engineering gak.. haha..

reenapple said...

LOl, apa kurangnya cikgu.. ish... patutla kakak sepupu aku yang kerja cikgu bujang lagi.. tak de yang nak peristerian cikgu rupanya.. =.=

SehahNazri said...

salamun alaikum.hehe ye ke nak doktor tak busy??hehe saya medical student.and ape yg sy perhati,laki kebanyakan nye tak nak wife doctor.sebb tinggi taraf sgt,plus kata busy.. so mcm pelik pulak bile org nak wife doctor..haha yang laki doctor sllu wife doctor gak tu,mungkin kawen masa stdy kot.kalau da keje,selalunye rase laki doctor tanak wife doctor..lagi la anak2 terbiar ktanye.

indah-chan said...

wah. syarat gtu pun suka hati dialah. kesian jgk engineer/doctor yg blom berumah tangga, ada jugak org cari diorg.

tapi cikgu best what!!! xsetaraf??! looks like dia hidup zaman dolu2, yg mana cikgu itu hanya pelepas kepada yang xdapat jadi pape, ohh tidak sayang, tidak sama sekali.

saya xsetuju soal setaraf, tapi kalo soal tahap pemikiran (bukan dari segi gaji) memang patut disyaratkan. Nabi pun minta kita cari pasangan yang compatible dengan level of thinking so that we can share opinions and love meaningfully.

paham??!

opss, saya pun mahu cari calon suami, tak kesah dari bidang apa, tapi mesti dahulukan agama dan bermentality menarik ^_^

Nur_cahayamataku said...

Salam..
Saya kerja engineer kat kilang...Tak ramai perempuan dalam group saya. Rata2 kawan kerja saya, wife dorang kerja guru..
Sebab kerjaya guru ni lagi fleksible dan ada banyak masa dengan family..
Kalau kerja engineer macam saya..Selalu sibuk..Pergi pagi, balik petang/malam..

Pelik la bila lelaki yang tetapkan syarat tak nak kahwin dengan guru or pensyarah..Memang pelik sangat..

Sebab kawan2 saya semua hasut saya suruh berhenti engineer jadi guru, supaya saya ada lebih masa dengan family bila kahwin nanti.

shera haifa said...

pelik.. lelaki nk seorang perempuan yg kerja sbgai doktor/enginer.
mungkin dye nk isteri dye sama sibuk dengan dye kot. so isteri dye xakan ada affair lah nti..hehe

Sheeda Minhaj said...

Tertarik dengan tajuk entry akak nih...agak cool akak bila bercakap dengan kawan akak tu, kalau saya mungkin saya dah bercakap terus dengan si jurutera tu sampil sumpah seranah....saya ingatkan orang darah raja2 sahaja nak setaraf, yang ade pangkat sikit dlm pekerjaan pon nak main setaraf..itu hak peribadi dia, masing2 punya hal tetapi perkataan "TAK SETARAF" itu amat menyakitkan...bukan dapat dosa pun...saya doakan dia kahwin dengan doktor yang betul 2 berdedikasi..mungkin dia ni spesis jurutera bengap yang tak pernah tahu betapa sibuknya kerjaya sebagai doktor itu....

Arai Lekir said...

kerja jurutera dan doktor tu busy la... i lebih prefer cikgu ..tapi kalau dia nk jurutera dan doktor jugak nak buat mcm manakan.. semoga dia bertemu jodoh

Anonymous said...

assalamuaalaikum..
nak komen la kan..
1) lelaki itu ada pilihan/syarat tersendiri menunjukkan dia berani dan jelas tahu apa kehendak hati dia. syabas. tak perlu org lain nak mengata dia. wat dosa ja. dr bhadapan dgn org yg kt xkisah tp sebenarnya lepas kwen, xpuas hati dgn pilihan itu, cari lain pulak.cne tu? apa yang perlu kita buat, doakan yang terbaik untuk dia & agar dia bertemu jodoh dengan pilihan hati dia kelak. amin

2) jangan la komen kata doktor ni sibukkkkk je memanjang. kecik tau hati.. hehe.. perubatan ni bidang luas. pakar bius, pakar bersalin mmg sibuk, tapi kalo pakar kulit, pakar kesihatan keluarga(family medicine), xde la sibuk sangat. depends. kbyakan ya. tp masih ada yg boleh mjadi isteri yg baik. pls ubah pemikiran & stigma itu! kalo xde doktor perempuan islam, cube bayangkan.. kiter sebenarnya saling mmerlukan. tp dr bce komen2 diatas, doktor ni didoublestandardkan. come on la.

3) Prof Dr Muhaya tu doktor pakar mata.. isteri saifulislam.com- hazrizal jamil tu pon doktor.. bahagia je rumahtangga diorg.

4) percayalah kebahagiaan, keceriaan, keselesaan,kasih sayng semua datang dr Allah. Bukan kite manusia yang boleh meramal masa depan dr segi melihat zahirnya sahaja. kl blaku kegagalan, mgkin krn kesilapan dr peribadi individu itu sendiri, bkn profession. peace :)

-dayah-

Anonymous said...

aku benci keja cikgu ni.....mcmla diorang hotstuff sgt nak dijadikan bini...meluat aku

farhana said...

keje engineer ni xla bz mana pon. tgk pada company. tp keje office hour la kan. sume ckp bz sgt..tp org dlm field ni masih bole lagi spend masa dgn parents. ade kwn yg jd jurutera same ngn saya ni masih ada masa nk masak dan jaga anak. compare ngn sedara die yg jadi cikgu, kalau balik kampung, die yg buat kuih sendiri.. jadi takleh nk ckp jurutera tu bz sgt. doctor mgkin lebih bz sbb kene on call.

Anonymous said...

Peliknya kata pensyarah tak setaraf engineer...pensyarah ipta yg baru grad doctorate gred ds51/52 lg tinggi kot gaji dari sesetengah engineer

So..tak setaraf in terms of what?

Pelik2 juga org zaman sekarang