Friday, February 10, 2012

Pasangan Anda Menipu : Apa Perlu Dilakukan?




Cuaca panas.
Kering dan sangat garing.

Membaca sampai mata berair - bukan sebab menangis, tapi sebab panas melampau. Rasa macam di Madinah suatu ketika dulu. Paling jauh pun setakat ini adalah Mekah, Madinah, dan kawasan-kawasan persinggahan seperti Abu Dhabi, Bahrain, Oman - jadi nak kata cuaca panas macam negara empat musim, jauh sekali. Tapi cuaca memang panas sekarang ini, sebab manusia semakin ramai, taupun benda-benda berkaitan alam sekitar, entah, aku tidak ambil peduli. Yang aku tahu, cuaca panas, aku perlukan banyak air minuman dan latihan sukan harus diteruskan. Noktah.

http://farm4.staticflickr.com/3133/2703793116_a7e65bcb5b.jpg
[Sumber gambar]

Sebelum meneruskan apa yang mahu dibincangkan, mari kita senaraikan contoh-contoh penipuan yang biasanya berlaku dalam hubungan, tidak kira pasangan bercinta, bertunang, berkahwin, hatta sudah bercerai berai. Alangkah dengan kawan-kawan pun boleh menipu, apatah lagi dengan pasangan yang sudah dipercayai sepenuh hati, separuh mati, sesuku duniawi. Eh. 

  • Ada lelaki atau perempuan lain. Lebih mengerikan jika sama jantina dengan dia.
  • Menipu untuk keseronokkan.
  • Pasang lain di belakang.
  • Berpoya-poya.
  • Ada masa lapang, tapi sengaja kata sibuk.
  • (dan banyak lagi)

Jadi, apa yang perlu dilakukan jika perkara sedemikian berlaku pada kita, atau kawan baik atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah begini? Ditipu, dikhianati, ditikam dari belakang adalah antara benda yang paling menyakitkan dalam perhubungan. Tanyalah sesiapa, ada di antara mereka yang boleh membiarkan diri ditipu, dibohongi dan mampu ketawa lagi?

Aku kenal seorang yang begitu, tapi itu adalah kes yang terpencil. Mungkin dia gila, mungkin dia terlampau kebal atau entah apa lagi, tapi dikhianati, ditipu oleh orang yang dia cintai dan berikan kepercayaan, dia tidak ada air mata. Kali pertama dia kena, dia menangis selama lima minit dan selepas itu dia teruskan hidup seperti biasa. Bila kena lagi dan lagi, dia hanya ketawa sahaja. Termenung memikirkan justifikasi apa yang dia perlukan dalam hidup dan kini dia teruskan hidup tanpa sebarang rasa. Yang dia tahu, ketawa sahaja. Sebab pada dia, konsep karma itu berlaku. Benda akan berulang, dan kalau tidak di dunia, di akhirat pasti akan tiba. Jadi dia memilih untuk hidup dan gembira.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan apabila pasangan kita disyaki atau terbukti telah menipu. Benda ini adalah cadangan berdasarkan situasi dan jika ia sesuatu yang anda tidak gembira selepas membacanya, aku mohon sila redha ataupun boleh sahaja berikan ulasan dan beritahu mengapa. Oh ya, cadangan ataupun kenyataan yang diberikan adalah pendapat peribadi aku sendiri.

Siasat kebenaran penipuan tersebut.
Sesuatu yang ajaibnya antara pasangan yang mempunyai ikatan hati, perasaan cinta - deria keenam kita akan berfungsi dengan baik dan bukan dengan membuta tuli seperti orang gila. Kadangkala gerak hati, deria itu akan tidak tenang dan kita boleh siasat, apa yang menyebabkan perkara itu berlaku. Tidak salah, diulangi TIDAK SALAH untuk kita menyiasat benda sedemikian dalam senyap-senyap, mengintip atau apa sahaja demi memastikan kebenaran. 

Tetapi, perlu diingatkan bahawa, janganlah sampai memakan diri. Buat dengan mengikut akal fikiran dan jangan nafsu amarah semata-mata. Kadangkala gerak hati boleh menipu juga bila otak kita sering berfikiran negatif dan mencurigai pasangan tidak tentu hala. Jadi, carilah kebenaran yang diperlukan. Jika ia terbukti benar, barulah fikirkan langkah seterusnya.

http://farm4.staticflickr.com/3102/3184120329_a48f719410.jpg
[Sumber gambar]

Apa perlu dilakukan dan kebenarannya, hati anda sudah dibohongi, dikhianati, ditikam dari belakang, dilanggar hingga remuk dan apa sahaja istilah yang biasa digunakan dalam menggambarkan sekeping hati itu dihiris dengan belati dan pecah bagai terhempas ke lantai dan sebagainya?

1. Tanya dengan baik atau berhemah dengan pasangan anda.
Benda ini sejujurnya adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Tanya dengan baik, selidik dengan dia sendiri. Dalam masa yang sama, sila kawal kemarahan dengan baik, sila kawal rasa geram dan segala perasaan kurang enak itu buat seketika. Cuba bertanya dengan dia, apa yang berlaku, dan selesaikan perkara tersebut dengan cepat. Sebab bila diselesaikan dengan cepat, hati kau sendiri akan rasa tenang, rasa terkawal semula bukan?

Tapi bagaimana jika si dia tetap menipu?
Ini adalah taktik dan teknik yang harus kau pelajari. Cara kau bertanya, cara dia menjawab - lebih baik kalau dia berhadapan dengan kau, jadi kau boleh perhatikan gerak geri, riak wajah dan banyak lagi ciri-ciri manusia yang sedang menipu. Ketahuilah, muka orang yang sedang menipu, cara dia bercakap semuanya akan dipengaruhi oleh faktor dia mengawal diri (sangat). Dan, disinilah pentingnya kenapa kau perlu siasat pada awalnya. Sebab kau sudah ada bukti. Gunakanlah bukti tersebut bila dia asyik berdalih dan menukar fakta.

2. Berdiam diri bagaikan tidak berlaku apa-apa.
Ini memerlukan kekuatan fizikal, mental dan emosi yang sangat tinggi. Kau nampak apa yang berlaku, kau tahu sesuatu yang buruk, yang sadis terjadi, tapi kau diamkan diri dan tutup mata kau sendiri. Kau sakit sendirian, tapi kau pujuk hati telan dan hadam segala kesakitan bagaikan tiada apa yang kau dengar, kau lihat atau kau baca. Kau memilih untuk teruskan hidup seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku.

Kau pendamkan rahsia kecurangan dia daripada pengetahuan kawan baik, keluarga dan sesiapa sahaja disekeliling kau termasuk daripada pasangan kau disebabkan kau ambil keputusan untuk selesaikan masalah tersebut dengan cara kau sendiri, tanpa pengetahuan sesiapa. Ini adalah sesuatu yang sangat berisiko disebabkan kita sendiri mungkin tidak tahu, sejauh mana hati kita mampu bertahan dengan beban yang kita tanggung. Sebagai contoh, pasangan kau punya orang baru, bagaimana kau mampu menyaksikan kecurangan dia, tanpa kau berkata apa-apa?

Kalau kau mampu, aku berikan tabik hormat penuh tinggi dengan manusia sebegini.
Oh, situasi itu tidak boleh digunakan (mungkin) dalam situasi orang berkahwin lebih daripada satu. Sebab terang-terangan, dia sudah punya ikatan yang sah, tetapi kalau ada perempuan/lelaki simpanan tanpa ikatan, itu sesuatu yang boleh dianggap sangat tabah jika mampu berdiam diri sahaja.

3. Bercakap dengan orang yang kau percayai/pakar.
Setiap daripada kita pastinya ada seseorang yang kita percayai untuk berkongsi rahsia, berkongsi cerita selain daripada pasangan kita sendiri. Kawan, keluarga, hatta manusia yang kita tidak pernah jumpa sekalipun, tetapi atas faktor selesa, kita mampu berkongsi segala perasaan dengan dia dalam mencari jalan penyelesaian dalam masalah yang menghimpit.

Dalam situasi begini, orang yang kita minta khidmat nasihat, seharusnya orang yang bersikap neutral dan tiada prejudis ataupun pandangan yang berat sebelah dalam memberikan pandangan dia. Ini disebabkan jika ia hanya berpaksikan satu pihak sahaja tanpa justifikasi yang sesuai dan berkaitan serta dipengaruhi emosi semata-mata, apa yang dicadangkan mungkin hanya akan membawa binasa. Maka, pilihlah mereka yang mampu menolong kau bila keadaan begini tanpa sikap yang dinyatakan sebentar tadi.

4. Berikan peluang (entah untuk kali ke berapa)
Selepas kau melalui 3 perkara di atas, kau mungkin berpuas hati dengan keputusan yang kau sendiri buat setelah berfikir dengan sebaiknya. Sebolehnya, ia difikir menggunakan akal serta gerak hati dan bukan otak semata-mata. Sebab otak boleh menipu bila keadaan terdesak dan kita terlampau tertekan. Pastinya, keputusan tersebut juga sudah didahulukan dengan solat sunat, doa dan sebagainya. Bukan membabi-buta dan semata-mata kerana cinta.

Memberikan seseorang peluang untuk berubah itu baik. Macam kita biasa dengar, Nabi pun ampunkan umatnya. Tetapi ada beberapa keadaan, benda begitu tidak boleh digunakan. Aku percaya, setiap daripada kita mampu memaafkan, tetapi melupakan itu agak sukar dilakukan. Bukan disebabkan dendam atau apa (moga dijauhkan sifat dendam), tetapi lebih kepada sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati di masa akan datang, sentiasa berhaga-jaga kerana manusia suka sangat untuk kembali kepada kegiatan lama yang mereka suka.

Jadi, bagaimana lepas berikan peluang tapi terus dibohongi?
Fakta kelima (dan terakhir) di bawah ini adalah jalan terakhir yang selalu dipilih oleh setiap pasangan yang dilanda masalah.

5. Tinggalkan pasangan kau.
Normal.
Benda biasa.

Ini yang sangat biasa, tipikal yang dilakukan oleh manusia apabila mereka dikhianati, mereka ditipu dan sebagainya. Mereka akan meninggalkan penipu tersebut dan mula merancang untuk memulakan hidup baru dengan harapan yang lebih cemerlang. Boleh, tidak ada salahnya kalau kau mahu buat begitu, tetapi ini bukanlah satu langkah yang mudah. Cakap mahu tinggalkan seseorang memang mudah, senang, tapi mampukah kau tinggalkan manusia yang kau cinta begitu sahaja tanpa ada sedikit pun rasa sedih dan kecewa?

Ada di antara kita mampu melangkah pergi, dan teruskan hidup seperti tidak ada apa yang berlaku. Bukan disebabkan mereka tidak cinta tetapi lebih kepada penipuan itu terlampau perit untuk diingati ataupun dimaafkan sehingga membuatkan mereka tidak berpatah balik langsung kepada pasangan yang boleh dianggap telah mencemarkan hati mereka. Ini semua terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau mahu bina hidup baru, tinggalkan segala kenangan buruk dan hargai kenangan manis juga boleh.

Ikut suka kalian buat apa yang mampu buat diri gembira.
Sebab hidup kalian, kalian yang tentukan.

Allah sentiasa ada untuk kita.
Cuma mungkin kita yang tidak sentiasa ada untuk Allah.

Nota Kaki :
Kenapa tidak pernah buat keputusan yang menggembirakan hati sendiri, kenapa tidak pernah berikan ruang pada diri untuk bahagia atas pilihan sendiri? Itu soalan yang perlu kau jawab bila kau hadapi situasi yang merumitkan.

Zara : Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang baik bagi diri kita, untuk sesuatu yang lebih bagus sebenarnya dalam hidup kita. Kita tidak pernah tahu rahsia Tuhan kan? (Shafaza Zara, 10 Februari 2012)

5 comments:

Terbang Bersamaku said...

kalau saya, saya akan bagi dia peluang dulu...tapi bila sampai satu tahap yg menguji kesabaran, sy akan tiggalkan dia...

sbb sy rasa dlm perhubungan tue, kejujuran + keikhlasan tue anagt penting...

lisa said...

Salam :)lg baik, suruh dia berterus terang cara terbaik.sebelum tu kita perlu/wajib kumpul bukti sebanyak yg mungkin to prove him/her wrong. lepas kita serang dia, then baru terkelu lidah dia. my opinion :)

diyana said...

memg sedey giler bile dapat tau partner kte menipu. lg2 kalau da lama baru dapat tau yg dia buat perangai macam uh. memg patot tggalkan org mcm tu. tp kalau da syg gila mcm mana? adoshh! masalah2..

http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=dyanazakaria

Halimatun Sa'adiah said...

tu mmg nk kne belasah...
beautiful liar!

Anonymous said...

asslm kak zara.. well i'm ur silent reader. nak share one situation dgn akak. ade seorng lelaki ni. die sudah ad kekasih hati die. dorg dh 3 thun bersama. tp msk thun ke 3 tu ad lah seorg wanita lain yg cube menyatakan prasaan syg die dkt lelaki yg sudh berpunya itu. lelaki itu dlm pd masa yg sama still lagi lyn perempuan tu dn juga kekasih dia. lelaki itu dn perempuan itu mmg ad persaan syg diantara satu sama lain tp lelaki itu cinta akan kekasihnya. ouh dan lelaki itu prnah berjnji pada perempuan itu bahawa dia tdk akn mngmbil tahu brkenaan prmpuan itu sehingga la prempuan itu sdh mnjumpai someone.
Nak djdkn cerita prempuan itu pon sdh brjmpa dgn lelaki lain dan die beritahu kpd lelaki trsbut. Lelaki itu sedar kesilpn die lalu brterus trng dgn kekasihnya dn meminta peluang kedua. Patotkh kekasih lelaki itu beri peluang kpd lelaki itu k.zara?

*Insann kekeliruann