Friday, March 23, 2012

Curang


Dicurangi.
Tetapi tetap mahu bertahan di sisi.
Masih mahu memberi peluang entah sampai infiniti.
Adakah kita mampu mengekalkan kekuatan hati?
Itu soalan untuk kita renungi.

Lari.
Kadangkala, betapa bersungguh kita mahukan sesuatu, kita terpaksa melepaskan sesuatu itu pergi. Betapa kita berusaha kuat mahu mempertahankan ia di sisi, ia tetap akan pergi. Kadangkala, kita harus terima bahawa, itu bukan milik kita. Bukan sesuatu yang yang kita mampu untuk tanggung di kemudian hari.

Oh!
Kita setia. Kita cuba berikan segala yang kita mampu dalam satu perhubungan. Tidak kira itu adalah hubungan sesama kawan, pasangan kekasih ataupun pasangan yang kita nikahi. Di saat kita mempertahankan kesetiaan kita daripada berpaling tadah dari manusia yang kita sayangi, kita ditikam dari belakang. Kadangkala kecurangan itu bahkan ditunjukkan secara terang-terangan tanpa memikirkan apakah perasaan kita sendiri. Dan kita, sebagai manusia yang setia, akan berusaha untuk memastikan kesetiaan itu akan berbaloi dengan apa yang telah kita korbankan. Terperangkap dalam situasi sedemikian, kita masih mahu menghadapi kenyataan yang pedih dengan tabah.

Rasa sakit?
Tetapi kita harus ingat, salah satu cara untuk melangkah ke hadapan dengan tenang adalah dengan berlalu pergi dan tinggalkan perkara yang menyakitkan dan membunuh kita. Kita tidak akan menang sentiasa dalam pertarungan yang kita hadapi, itu hakikat yang kita perlu sedar. Dan dengan berlalu pergi bukan bermaksud kita kalah, tapi kita sebenarnya menyediakan ruang untuk diri sendiri hidup di peluang yang lain. Kita menyelamatkan hati kita daripada terus musnah pada tangan yang sama. 

[Sumber gambar]

Dalam hidup ini, sangat berbaloi jika kita melawan untuk sesuatu yang memberikan kita kepuasan. Walaupun kita kalah, tetapi dengan melihat ke belakang, kita bangga dengan apa yang kita lalui, yang mengajar kita untuk menjadi lebih tabah, lebih kuat dalam menghadapi apa sahaja. Kadangkala kita perlu melihat apa yang kita miliki sekarang ini, pastinya lebih baik daripada apa yang kita lepaskan daripada terus melalui kesengsaraan sendiri.

Zalim.
Di sebalik kecurangan manusia dalam hidup kita, yang tidak pernah gagal menyakiti, membunuh setiap daripada apa yang kita pertahankan - satu kita ingat bahawa mereka tidak akan pernah berhenti. Ya, kecurangan itu satu nikmat yang hanya mereka yang mengerti betapa enaknya. Bila sekali mereka pernah curang, tidak mustahil mereka akan mengulanginya untuk kali kedua ataupun seterusnya. Adakah kita mahu bersama dengan mereka lagi? Boleh, tetapi tanya diri kita, apakah kita mampu menghadapi kesakitan itu setiap kali?

Aneh.
Sesetengah daripada kita memilih untuk kekal bersama.
Memilih untuk terus percaya dengan manusia yang mencurangi.
Bertahan di sebalik kesakitan yang menghiris setiap saat.
Tegar pandang ke langit agar tiada air mata yang mengalir.
Gigit bibir supaya muka kekal tidak berubah.
Sinaran mata tetap bercahaya dengan ceria.

Renung.
Dan, apakah pilihan yang ada untuk kita?
Teruskan mencari kegembiraan dan kebahagiaan sendiri.

Aman.
Kita akan jumpa ketenangan yang kita cari.

Zara : Kita boleh terus mengingati semua kenangan buruk dan menyedihkan atau tanam dan buang segalanya jauh-jauh serta mulakan hidup baru yang lebih baik. Pilihan di tangan kita sendiri. Usah terfaktab lama sangat dalam hidup ini. (Shafaza Zara, 23 Mac 2012)

18 comments:

Anonymous said...

As-salam Lord Zara,silent reader sini.Ya,dan masih ada manusia yang sanggup dicurang biarpun secara terang-terangan di depan mata.

'Kekasih tak dianggap'

dayah said...

jgn la mainkan perasaan sy wak :')

reenapple said...

kalau aku, aku lagi rela tinggalkan apa yang pernah buat aku sakit. Mungkin akan ada rasa menyesal kemudian hari tapi aku puas dapat berbuat sedemikian.

...miSS fAi... said...

kenyataannya ramai yang sanggup menepis realiti bahawa dia telah curang dengan kita. kdg2 bila kita setia, dia menguji kesetiaan kita. tapi kita lupe kan, yg pilihan terletak dalam tangan kita, pilihan untuk terus sengsara atau berubah...

@nfaizura

Anonymous said...

tunang sy curang..benda dah settle dan sy maafkan dia..cuma kadang2 teringat jugak kenapa dia tergamak buat.perkara bodoh mcm tu..mm..kami masing2 jauh,sy di barat dia di selatan..sy faham sy sibuk kerja,byk abaikan dia..jumpa pn sbulan sekali...tp sy setia...xpernah ade niat or terlintas nak.skandal dgn perempuan lain...tp dia tergamak.dia menyesal...tp mmg tak sangka lah....ni first time sy share dgn org selepas sebulan berlaku...sy taktau nak share dgn siapa sampailah sy jumpe post nih....

Anonymous said...

saya tak tahu apa status hbgn kami.yg terang,dulu kami mmg bahagia.ntah di mana silapnya status saya kini hanya layak di gelar sebagai "kekasih tidak dianggap" sahaja.kalau nak curang,mmmg sy boleh buat,tapi saya bukan org macam tu.ntahlaa..saya rasa kalau saya mati pun,dia tak kan ambik tahu kot..sorry emo..xtau dgn siapa patut share..huhu

Anonymous said...

shit damn fcuk kenape pointer aku jd logo menyu? aku benci menyu punyu munyu..

Anonymous said...

yang menipu akan terus menipu ;
sama lah yang curang pun akan terus curang.

You should never trust someone again after they've betrayed your trust. What makes you think they'll change?!

mirul said...

@anon 1.15.

nasihat gua kat lu baik lu tinggalkan je tunang lu.memang lu dah maafkan dia,tapi lu jangan nak tipu diri sendiri la.mustahil lu boleh lupakan perbuatan dia sampai mati pun.

kalau 1 hari nanti lu ada konflik dengan tunang lu tu,gerenti kes ni lu ungkit balik nanti.

ramai lagi perempuan kat atas bumi ni.
tak mustahil lu akan jumpe dengan perempuan yang betul betul setia dengan lu.

Eyzan Encha said...

nothing much to say, totally agree!!!

saya pernah mengalah dan Tuhan anugerahkan saya kasih sayang yg lebih baik. (^_^)

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

sy sudah temui jwpnya zara.
tp..knp saat diri sudah mulai kuat...dia dtg mghmpiri... .: keliru, ka diri masih tdk mampu.... :.


misstaugeh;

Sofia Vy Nin said...

Sungguh, sakit baca entri ini. Tertusuk saya Zara. Hehe.

Anonymous said...

seorang bekas kekasih muncul dlm hidup kita lepas dia tinggalkan kita utk perempuan lain. dan setelah 3tahun dia muncul balik dlm keadaan yang sangat sedih kerana kekasih dia berlaku curang dengan dia. dia mengharapkan kita untuk bantu dia bangkit semula. melupakan semua yang dia lakukan padaku sebelum ni, aku bantu dia untuk bangkit semula, untuk menjadi kuat. tetapi..setahun berlalu, sekarang dia tinggalkan aku tanpa kata. perlu ke aku menyesali semua perbuatan aku? kerana dia hadir saat aku perlukan seseorang dan dia dah beri aku kebahagiaan yang tak pernah aku dapat selama ni. aku buntu!!

Anonymous said...

seorang bekas kekasih muncul dlm hidup kita lepas dia tinggalkan kita utk perempuan lain. dan setelah 3tahun dia muncul balik dlm keadaan yang sangat sedih kerana kekasih dia berlaku curang dengan dia. dia mengharapkan kita untuk bantu dia bangkit semula. melupakan semua yang dia lakukan padaku sebelum ni, aku bantu dia untuk bangkit semula, untuk menjadi kuat. tetapi..setahun berlalu, sekarang dia tinggalkan aku tanpa kata. perlu ke aku menyesali semua perbuatan aku? kerana dia hadir saat aku perlukan seseorang dan dia dah beri aku kebahagiaan yang tak pernah aku dapat selama ni. aku buntu!!

Anonymous said...

curang? perkara yang selalu aku lalui. aku dh pun bertunang dan setelah bertunang hampir xsmp 3bln,tunang aku buat hal. aku xtau apa salah aku. dia hny berdiam diri tanpa kata yang paling sedey bila dia cuba2 utk dekti perempuan lain. apa salah aku? mampukah aku bertahan n terus memaafkn dia? ye.. aku tutup kesalahan dia n memaafkn dia kerana family kami dan realitinya aku masih menyayanginya. maaf kerana terlebih. kbai. -.-

Anonymous said...

Sedih T_T

Anonymous said...

Tergamaknya...

sya_fiQa said...

, ad hikmah n alasan d'sebalik kejadian . Ingatlah allah xakan menduga hambanya , kalau kita xmampu n dugaan selalunya dtang ngan pakej iaitu jalan penyelesaiannya .