Sunday, March 11, 2012

Kasta.


Kau kata kau tak pandang harta.
Tapi bila dia hanya makan gaji tidak lebih daripada tiga ribu - kau bising tidak tentu hala. Kau merungut betapa sikit nilai duit tersebut dalam keadaan hidup sekarang walaupun kau sebenarnya tidak layak untuk bersuara. Siapa kau hendak menyentuh soal kewangan manusia yang langsung tiada kaitan dengan hidup kau? Bukankah dia ada jalan hidup dia sendiri?

Kau kata kau tidak pandang harta.
Tapi bila kau tengok dia hanya pemegang segulung ijazah, kau pandang dia sebelah mata. Kau bising sebelah dia suruh dia sambung belajar dan cari pekerjaan lain. Adakah kau sedar bahawa dia punya impian itu juga? Tetapi dia tangguhkan dahulu kerana dia punya agenda lain dalam hidup yang dia rasa tidak perlu kongsikan semua dengan kau? Kau kata dia tidak fikirkan masa depan, tapi adakah kau lihat dia dari sudut pandangan berbeza? Yang dia sangat sukakan kehidupan dia sekarang dan dalam diam berusaha meningkatkan kebolehan diri tanpa perlu dia bising macam segerombolan kambing biri-biri?

Kau kata kau tidak pandang harta.
Tapi pasangan gelap kau yang silih berganti semuanya datang dari kalangan kaya dan berada. Kalaupun bukan mereka, pastinya keluarga mereka bukan calang-calang orang dalam masyarakat hedonisme dan materialistik semata ini. Mereka mampu berikan apa sahaja yang kau minta, hatta tubuh badan bersalut logam termahal di dunia. Kau hanya perlu keluarkan kata manis, senyuman meyakinkan dan mereka akan jatuh dalam permainan bertuhankan wang dan harta. Dia pernah tanya sama ada kau boleh tahan dengan dia yang tidak punya apa-apa, tapi kau bilang itu bukan ukuran. Ternyata, kau sedang berdusta.

[Sumber gambar]

Kau kata kau tidak pandang paras rupa.
Bunyinya macam mulia bila dengar kali pertama.
Tapi ayat kau seterusnya meruntun hati dia.

Kau kata kau tidak pandang paras rupa.
Tapi kau kata kalau ada lagi manusia yang lebih menarik dari dia pada pandangan mata kau, kau pasti akan tinggalkan dia. Bila dia tertanya-tanya sama ada dia cukup menarik atau tidak pada kau, kau dengan bersahaja menyatakan kalau kau rasa dia tidak menarik, pasti dia tidak akan jadi pilihan kerana kau banyak manusia lain yang boleh dijadikan pasangan. Betapa dalam diam dia menahan sakit hati kerana dia pilih kau bukan disebabkan paras rupa, tapi kerana kasih sayang mendalam pada kau. Malangnya, pilihan dia mungkin salah bila dengar pengakuan kau yang sedemikian rupa.

Kau kata kau tidak pandang paras rupa.
Tapi manusia yang kau jadikan simpanan dan hiburan masa lapang semestinya lebih bagus daripada dia. Apakah yang kau mahu tunjukkan sebenarnya? Kau boleh memiliki mereka sesuka hati tetapi mengikat dia hanya disebabkan dia tidak pernah beralih arah daripada kau yang banyak menyakiti? Dia diam bukan bermaksud dia redha. Dia diam bukan bermaksud dia tidak akan memberontak suatu hari nanti, cuma dia enggan membalas segala perbuatan kau atas dunia. Dia lebih rela lihat kau diheret oleh malaikat ke neraka daripada dia mengotorkan tangan dengan darah manusia durjana yang tidak layak hidup atas dunia.

Kau kata kau manusia yang tidak pandang kasta.
Tetapi adakah kau sedar, perbuatan kau sebenarnya menunjukkan yang sebaliknya?
Dalam diam kau buat pilihan sendiri dan menyakitkan dia. Kalau betul kau sudah tidak mahu dia dan hanya jadikan dia sebagai simpanan masa hadapan bila kau sudah tidak punya pilihan yang setia, lebih baik kau lepaskan daripada mengikat dia yang cukup setia menyeka perasaan gulau sendiri, setiap kali melihat perbuatan kau yang sering berulang menyakiti.

Kau kata kau mampu terima apa sahaja.
Tetapi bolehkah kau lihat dia bergerak dan meninggalkan kau selepas ini? Bolehkah kau lepaskan dia dengan hati terbuka selepas dia sudah menanggung segala kepahitan dengan hidup dengan kau yang membezakan segala perbuatan dan sifat dirinya? Bolehkah kau buat begitu bila dia juga mahu memilih yang terbaik buat dirinya?

Kasta itu mungkin wujud atas dunia.
Tapi kau yang pilih untuk jadikan ia sebagai panduan hidup kau yang gila.
Padahal kau boleh pilih untuk jadi seperti orang biasa.
Tapi kau mahu jadikan diri kau kononnya istimewa.
Dan untuk itu, kau harus korbankan suatu yang berharga.
Ya, dia.

Zara : Jangan menangisi kisah silam kerana ia sudah lama berlalu. Jangan terlalu risaukan masa hadapan hingga fikiran gulau kerana ia belum tiba lagi. Yang penting, hargai masa sekarang dan hadapinya dengan sebaik mungkin supaya tidak akan terjadi sebarang penyesalan. (Shafaza Zara, 11 Mac 2012)

5 comments:

Tukang Kebun said...

like...

FazFau said...

Belajar dari pengalaman. Harus pandang harta sb belum tentu dia disana pon pandang kita bukan kerana harta.Coretan you sesuai utuk 2 gender sb nowadays ramai guys yg tak de sifat pencari nafkah spt ayah kita dulu-dulu.
Just my 2cent.

btw nice entry:)
http://ffbeauties.blogspot.com/

FazFau said...

Belajar dari pengalaman. Harus pandang harta sb belum tentu dia disana pon pandang kita bukan kerana harta.Coretan you sesuai utuk 2 gender sb nowadays ramai guys yg tak de sifat pencari nafkah spt ayah kita dulu-dulu.
Just my 2cent.

btw nice entry:)
http://ffbeauties.blogspot.com/

takky said...

kak zara...
is 'he' do this 2 u?
if yes, please smash his brain 4 me...
show 2 him that u r not ordinary woman...
make him realise that...

~La dOLce vyDa~ said...

cikgu zara..nice entry..sama jer dengan kehidupan yg sedang saya jalani...can i copy next page after the picture..?