Thursday, March 15, 2012

Kenapa Bukan Dia Bakal Menantu Keluarga?


Kadangkala kita akan terfikir sesuatu.
Mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
Mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
Mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
Mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?

Kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi.
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayangi?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita cintai?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
Mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dia lebih memahami?

Dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada. Setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia. Kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia.

[Sumber gambar]
 
Kadangkala awak akan terfikir sesuatu.
Bila keluarga berkumpul dan berbual, bukan nama si dia yang terpacul di dalam kelompok keluarga. Bukan nama si dia yang dikaitkan dengan awak. Nama kawan baik yang sering disebut, buatkan awak tertanya, apakah si dia tidak signifikan ataupun kawan baik awak terlampau penting dalam keluarga, hingga si dia terhimpit ke tepi. Dalam senyum dan gelak ketawa awak bersama keluarga, akal awak mencari jawapan bagi persoalan yang tercetus di minda. Kenapa kawan baik dan bukan si dia?

Kadangkala awak renung langit sendiri.
Awak cuba cari makna setiap perkara yang berlaku dalam hidup awak.
Akal nakal awak pantas menyenaraikan kebaikan dan kelemahan si dia.
Pada masa yang sama awak tidak mampu kekang akal awak dari senaraikan perkara yang sama melibatkan rakan baik awak sendiri. Awak mula lihat kebaikan dan kelemahan dia sepanjang masa awak bersama dia, berbanding masa awak dengan si dia. Hati awak mula memberontak, kenapa kebaikan dia lebih banyak berbanding manusia yang awak cinta?

Awak diselubungi rasa marah.
Marah pada diri sendiri kerana membanding beza dua manusia yang tidak sama.
Satu kekasih hati yang awak cinta.
Satu kawan baik sampai mati yang awak suka.
Mereka berdua tidak pernah sama dan serupa walaupun kekasih itu asalnya dari kawan juga.
Mendongkol geram hati sendiri yang selalu terluka.

Awak hanya diam bila fikiran sedemikian menyelubungi otak awak. Awak rasionalkan diri dengan menganggap itu hanya mainan minda bila otak tidak stabil dan rakan baik awak lebih memahami bagaimana mahu mengawal awak yang sering rendah diri berbanding manusia yang awak cintai. Awak tahu, hanya si kekasih yang awak cintai dan kawan baik itu hanya kawan yang sama sekali tidak akan melepasi garis persahabatan.

Awak tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kekasih.
Awak tahu dengan jelas kenapa awak bersama dengan kawan baik.
Kerana mereka mempunyai dua fungsi berbeza.
Kerana mereka mempunyai peranan dan sifat yang tidak akan sama.
Dan lebih penting, mereka berdua mempunyai perasaan yang istimewa.

Kawan baik akan kekal kawan baik.
Itu sahaja yang awak perlu ingat.
Kawan.
:)

Zara : Janji bermaksud segalanya. Tetapi bila janji dimusnahkan, maaf sudah tidak membawa apa-apa erti lagi. Segalanya tidak akan sama seperti kali pertama. (Shafaza Zara, 15 Mac 2012)

14 comments:

AmirahSM said...

menusuk kalbu..

F A R Y N said...

aku sangat agree!!

EZAN IDMA said...

sy pernah ada kawn baik yg betul2 suka kan saya. tp taktau kenapa sy takde hati dekat dia. smpai skrg kami berjauhan sbb 'rasa' itu membunuh persahabatn kami :(

hana said...

saya dh tersuka kawan baik saya sendiri tp die x terima saya..
macam mana pun kitorng still kawan baik..
erm..
=D

cik marikh said...

wowoww! tak nak komen pasal entry..

design blog santek..lebih kepada kewanitaan!..macam tak caye jekkk!

Atika Katimin said...

Kawan baik memang kadang-kadang lebih banyak memahami daripada si dia. Same goes here.

jejaka senja said...

boleh jadi orang yang paling kita kenal itulah yang menjadi orang yang paling asing dalam hidup kita kelak.

bubbye said...

erh.sentap.sbb betul2 berlaku U_U

Wadi AR said...

comelnye blog akak <3

reenapple said...

yaaa..kita kawan selamanya.. =)

khairul said...

Setiap pertemuan tu x semestinya jodoh...

khairul said...

Selalunya pertemuan tu hanya sebagai kawan bukanya jodoh..

AdiaLuze said...

Assalammualaikum & Salam Perkenalan...

Bercinta dengan teman baik mungkin leh jadi 'a gift' tapi tak mustahil juga boleh jadi 'a disaster' hehehee ...

P/S : Just nk ty .. Cantik la layout. Mana dapat? Leh ke kita tau .. Huhuhu

4feet8 said...

tak boleh terima kawan baik sebagai seseorg di hati. awal-awal lagi sudah warning dia(kwn baik)..