Tuesday, March 06, 2012

Madu.



Madu itu sepatutnya rasa manis. 
Bukannya hamis.
Ataupun mendera perasaan menjadi sadis.
Hati sakit seperti digilis.

Madu itu sepatutnya dikaitkan dengan betapa cantiknya sebuah perkahwinan. Ya, kebahagiaan dan kegembiraan yang dirasai antara dua manusia yang berkongsi rasa, dan lebih daripada itu sebenarnya, mencambahkan kesenangan manusia. Itu sepatutnya yang diperkatakan tentang madu, kemanisan dalam berumahtangga, yang aku sendiri belum melaluinya. Barangkali, jauh dari genggaman sehingga kelihatan agak mustahil buat masa ini.

Madu itu kalau dalam perkahwinan, sering dikaitkan dengan kewujudan orang ketiga, keempat atau entah keberapa - biasanya ia bergantung kepada penerimaan, mungkin ada yang manis, mungkin ada yang rasa pahit seperti hempedu, ada yang membuatkan terbunuh seperti tercekik arsenik, tapi begitulah. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri, dan bagi yang sedang atau pernah melalui perkahwinan, mereka lebih arif tentunya. Aku rasa, disebabkan aku sendiri bukan pakar.

Bukan ahli yang sesuai untuk bicarakan sesuatu seperti ini.
Masih banyak lagi khilaf dan entah apa lagi.

http://farm4.staticflickr.com/3484/3233223138_8a83b81ff1.jpg
[Sumber gambar]

Tapi, kalau setakat kau menjalinkan hubungan tanpa ikatan sah seperti hanya bercinta (dan mungkin juga bertunang), aku tidak pasti mana penggunaan madu dibenarkan dalam hubungan sedemikian rupa. Adakah dengan kehadiran orang lain dalam hidup kau dan dia, kau anggap itu latihan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan? Menerima kewujudan manusia lain kononnya dengan hati terbuka, tapi hati kau bertempik menyatakan jalang tanpa henti.

Itu bukan madu.
Itu hempedu.

Kau cuba menyatakan semuanya baik dengan harapan kebaikan kau akan dibalas dengan kebaikan juga pada akhirnya. Tapi kau tidak menyedari, kau sedang buka ruang kelemahan untuk dimasuki oleh manusia yang sanggup buat apa sahaja asalkan keinginan dia dipenuhi walaupun kau akan dia sakiti. Ya, manusia sedemikian rupa, tiada rasa malu walaupu perlu berjalan tanpa seurat benang atas muka bumi - jika dengan melakukan sedemikian, segala hajatnya akan termakbul. Dan berhentilah jadi sedikit bebal dengan percaya manusia akan baik sahaja kalau kau baik dengan mereka. Tidak salah kurang percaya dengan orang lain.

Bukankah berhati-hati itu bagus?
Puan Mulia pernah beritahu aku satu benda yang buat aku terfikir suatu benda, katanya ia dipetik daripada Hamka, seingat aku. Maaf kalau aku silap, tapi begini bunyinya :

"Bila kita buat baik dan dibalas baik, itu perkara biasa.
Bila kita buat buruk tetapi dibalas buruk, itu perkara biasa.
Bila kita buat baik, tetapi dibalas buruk, itu juga perkara biasa.
Tetapi, bila kita buat buruk, tetapi dibalas dengan benda baik, itu perkara luar biasa."


Jadi, aku sendiri tidak pasti, bila kau buat pilihan untuk lihat sahaja manusia lain mahu mencemarkan hubungan yang kau bina setengah mati, apakah yang sedang bermain dalam fikiran kau. Terlalu lembut atau sudah terlampau penat barangkali?

Zara : Hidup ini bagaikan sebuah buku. Tidak perlu kita melangkau ke muka surat terakhir untuk melihat pengakhiran sebuah perjalanan. Lebih baik kita penuhi setiap satu halaman dengan benda yang baik dan bermanfaat. (Shafaza Zara, 6 Mac 2012)

6 comments:

fasya said...

Mungkin dia merasakan yang konsep madu dalam perhubungan tanpa ikatan bermakna dia tidak mengongkong...

Panglima Muda said...

ketamakan dunia menyebabkan madu itu menjadi hina. Mempertikaikan aturan ugama tidak akan menjadi sempurna...kenapa allah jadikan madu dan talak ? Kenapa menolak madu dan membiarkan pelacuran di depan mata

citah bukan mazid said...

mmm. bestnyee. seakan memahami .

reenapple said...

life is unexpected. =)

AcikTanpaNama said...

madu dalam hubungan tanpa ikatan? sila blah dan perjuangkan nasib anda..

kueh bakar said...

kapel bukanlah 'latihan sebelum kawin'.jika anggap begitu ia silap besar..

aku rasa sang lelaki lah yang mencipta perkataan 'madu' itu. ia sangat bermakna!

ahaks.