Friday, March 16, 2012

Mocha #02



Entah kenapa si perempuan merasakan lelaki tersebut semakin ketagih pada kopi. Daripada seorang yang tidak gemarkan kopi, lelaki itu berubah menjadi pemburu kopi yang bukan calang-calang. Tidak masuk ke dalam sistem penghadaman dia kopi campuran, dia memburu biji kopi terbaik bahkan dia buat pengakuan yang dia gilakan kopi kerana dia gilakan perempuan itu. Nah, kegilaan apakah ini yang cuba ditunjukkan wahai lelaki?

Degil.
Lelaki itu degil.
Malangnya, dia juga bersama dengan seorang perempuan yang degil.
Kalau dia satu kali degil, mungkin perempuan itu dua kali ganda degil.
Nah, pasangan degil.

[Sumber gambar]
15 Mac 2012
2213 - Berlengas ruang sempit dinding biru.
1813 - Suatu tempat berlainan benua, tapi masih berkongsi cerita sama.

Lelaki : Hari ini tak minum kopi lagi. Semalam dah minum banyak kopi.
Perempuan : Tadi minum di kedai. Keluar dan terpandang kedai yang saya minum dengan kawan hari tu. Kopi yang sama, tapi rasa tidak sama.
Lelaki : Rasa tak sama macam mana? Lebih pahit ke?
Perempuan : Rasa tak sama sebab hari tu minum berteman, ini minum seorang. Jadi, dia punya perasaan tak sama.
Lelaki : Oh, perasaan yang tak sama. Ingatkan dia punya rasa kopi tu.
Perempuan : Minum kopi dengan perasaan sayang. Sekurang-kurangnya, itu yang sama amalkan. Dan ya, saya punya selera memang berasaskan aroma.
Lelaki : Baiklah. Dalam masa seminggu, 250g lebih kurang 82 cawan kopi. Banyak tu rasanya yang saya minum. Yang pasti, bukan minum sampai 80 cawan.
Perempuan : Sebab awak buat dalam kadar yang awak tak pasti. Tolong, demi kebaikan diri awak, kawal diri. Ini dah terbalik,  saya ketagih, tapi saya belajar kawal.
Lelaki : Saya kawal. Saya minum teh hari ini.
Perempuan : Kita saling sayang mencintai kan?
Lelaki : Saya cintakan awak lebih.
Perempuan : Saya cintakan awak lebih dari awak boleh cintakan saya. Heh! Memandangkan kita saling mencintai, kita dah setuju untuk jaga diri masing-masing kan? Sentiasa sihat dan baik kan?
Lelaki : Betul. 
Perempuan : Kalau benda itu datangkan kebaikan, saya nak dengar cakap awak, kurangkan degil.
Lelaki : Awak memang degil. Saya rasa jumpa nak ketuk-ketuk awak. Biar lagi comel, boleh?
Perempuan : Lagi bantut maksud awak?

*******

Awak, kalau kita sayang sesama sendiri, jangan degil lagi boleh? Kita berdua jangan degil.


Nota Kaki : 
Masih ingat lagi tentang Moon dan lelaki kulit cantik? Siapa yang belum pernah baca tentang mereka, boleh tekan sini. Berita baiknya, Moon sudah melahirkan seorang bayi comel. Tahniah Moon!

Zara : Sesetengah manusia lebih rela sendirian kerana mereka penat untuk memberikan segalanya tetapi akhirnya ia semua hanya sia-sia. (Shafaza Zara, 16 Mac 2012)

5 comments:

Azizah Alwi said...

Kak Zara ini sangat sweet ok. Senyum-senyum sambil baca. :)

Anonymous said...

KAK ZARA are sweet talker.!hewhew.. adore u <3

White Hijab said...

sweet and sedap mcm white coffee ! =)

cleffairy said...

Degil... dan ego...kekadang memang asam garam dalam bercinta. Anyway, Zara... I mentioned you in my blog post... I hope you don't mind. Here is the post: http://cleffairy.com/?p=6949

AcikTanpaNama said...

sweet bila dapat rasa bahagia itu..tapi kalau tidak dpat rasa..bagaimana..bagai nota kaki..

"ada orang lebih bahagia sendirian...."