Monday, March 05, 2012

Pasangan.


Susah payah bercinta, habiskan masa dengan orang lain. Kau kahwin dengan orang lain. Itu mujurlah kau bercinta dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain. Buatnya kau kahwin dengan orang lain, tapi bercinta dengan orang lain, lagi parah bunyinya kan?

Kalau kau dapat tangkap apa yang aku beritahulah. Kalau tak, serupa curah air ke daun keladi (masyarakat kita kalau buat pepatah mesti rasa macam kena betul dengan situasi, heh). Dan begitulah bila ada pertemuan yang menyakitkan antara kau dengan dia. Tidaklah menyakitkan bagi kalian berdua, tapi menyakitkan orang ramai disekeliling yang suka menjaja cerita. Terus ditebak dan dihebah kononnya kau adalah pasangan yang dia sembunyikan dari pengetahuan umum selama ini, walaupun hakikatnya kau dan dia punya pasangan istimewa masing-masing yang jauh di mata. Hanya benang takdir menentukan kau dan dia bertemu pada satu tempat, dan berkongsi cerita.

Lebihnya?
Tiada.

[Sumber gambar]

Dan begitu juga dengan siapa yang sedang kau sukai sekarang. Entah dia akan jadi milik kau, entah dia akan curang. Kau sendiri tidak tahu bagaimana, dan macam mana dengan masa hadapan. Tidak bolehkah kau berikan keyakinan kepada dia dengan sebenarnya? Tapi, bagaimana kalau dia menyeleweng juga di akhir nanti? Tidakkah pengorbanan itu akan jadi sia-sia?

Nah, di situ kata kuncinya kesetiaan.
Kalau kau setia, tetap menunggu dia dan dia berlaku celaka di belakang kau, ketahuilah, bukan kau yang salah, tetapi dia yang tidak menghargai kasih sayang yang dia sudah ada. Naluri manusia memang tidak pernah puas, tapi jika ditambah dengan naluri haiwan sekali, ia akan terus jadi buas. Ya, manusia memang ganas dalam menunjukkan mereka tidak culas. Dan begitulah, bila kejadian sedemikian tetap juga terjadi, apa yang kau perlu buat adalah tersenyum sendiri dan tidak perlu mengalirkan air mata. Manusia sedemikian terlalu bijak mengocak bahagia yang dia sendiri pernah berusaha untuk dapatkan, tetapi merosakkan dengan gunakan tangan sendiri. Hebat bukan?
Hebat.

Pasangan itu mungkin manusia yang kau sayangi sepenuh jiwa. Yang kau hargai sepenuhnya, walaupun dia mungkin tidak lakukan begitu rupa pada kau.

Alasan dia mungkin mudah.
Dia ada cara tersendiri untuk menunjukkan dia kisah.
Walaupun hakikatnya, ia semata tipu helah.
Kau telan sahaja walaupun mengah.
Kau hadam sahaja walaupun lelah.
Kau sudah malas mahu bertelagah.
Bila tipu muslihat dia semakin indah.
Kau senyum sahaja dan minta dia dijauhkan dari tulah.

Cantik.
Dia mungkin pasangan paling cantik untuk manusia lain, tapi dia kurang cantik untuk bergandingan dengan kau. Bukan dia tidak menarik, bukan kau kurang daya penarik, cuma bila dipasangkan berdua, kalian berdua nampak sedikit carik dan tiada istilah pelik. Mungkin juga jelik?

Entah.
Dia pasangan kan?
Kalaulah dia dan kau ada hubungan.
Ah, dia mohon manusia sekeliling berhenti berangan.
Dia sudah benci pasang angan.
Pergi mati sana impian.
Dia cuma hidup untuk masa hadapan.

Zara : Kadangkala kita mahu semua benda kekal seperti dahulunya, tapi kita kekal dalam angan dan impian. Manusia berubah dan manusia tidak akan kekal lama di satu tempat, walaupun kita pertaruhkan hati sendiri sebagai galang ganti. (Shafaza Zara, 5 Mac 2012)

13 comments:

laskar pelangi said...

ada betulnya zara bgtau. manusia tidak pernah puas dengan apa yg mereka ada. tp, bila semuanya sudah berakhir, menyesal tetap ada. kenapakah perlu ada menyesal bila diri sendiri yg cuba lari daripada kebahagian yg selama ni dikecapi. ya, manusia sentiasa tidak hargai apa yang dah dilalui selama ini.

bila ditinggalkan. kenapa airmata dan perempuan tak pernah nak berpisah. sentiasa berkepit. sentiasa menemani secara setia. rasa seperti membazirkan airmata pada yang tidak sudi. =,=

NorHidayahMuhdAsri said...

betul betul :|

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

kata2 yg t'akhir buat sy bfikir. di cantum lg dgn "ruang" ... uhhh..sukar kiranya., tp harapla btemu jawapan ^^

-misstaugeh-

Dila azie said...

Doa semoga dia menjadi jodoh kita kerana Dia Maha Mendengar (:

theKucas said...

betol-2.
tapi kalau same-2 usaha, akan ade keberkatan di akhirnye nanti..
;D

reenapple said...

aku rasa itu semua lumarah kehidupan. Jodoh itu sudah ditetapkan oleh Tuhan. Sama ada orang kau bercinta itu akan jadi pasangan kau di pelamin atau tidak, semuanya sudah ditentukan. =D

Aizat Shafiq said...

Sangat setuju...Kadang2 kita terlalu metakkan sesuatu kat tempat yang tinggi...yang akhirnya memakan diri sendiri...
Hurmmmm...

hensem said...

lord zara, maaf andai aku khilaf. tarawikh = solat sunat pada malam ramadan. tawarikh = sejarah. kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@hensem :

Thanks yo :D

Ain Dzaya said...

betul tu...sebenarnya susa untuk berhadapan dgn cinta..kdg2 kita cuba setia..tapi ada pihak lain cuba mencabar kesetiaan kita..tapi harus ke kita terus bersabar dgn karenah dia..ataupun kita terus dgn pendirian kita mencari yg lebih baik, yg lebih menghargai cinta yg kita berikan?

AcikTanpaNama said...

cinta itu umpama rusa..semakin diburu semakin jauh..namun bila dah dapat..akan jemu pula.

lilypie said...

salah diri sendiri sbb terlalu percaya dgn dia..
4 tahun setia tapi rupa2 curang belakang kita. Dia buang macam tu je.. sekarang hanya mampu berdoa je semoga tuhan bagi kekuatan kat diri ni..

mummy miqhael said...

Dari cara u tulis,mcm mendalam je mksudnye zara? Bf u curang ke??