Sunday, March 04, 2012

Peminat.



Jadi manusia yang pernah jatuh hati dengan seseorang dalam masa yang singkat tanpa diketahui apa yang menyebabkan perkara demikian boleh terjadi, mungkin pernah dilalui oleh ramai orang. Kita tidak tahu kenapa kita boleh menyukai seseorang yang secara tiba-tiba muncul dan sama ada hati terbiar, kosong ataupun kesunyian, kita biarkan kebaikan dia menapak dalam hati, walaupun ternyata dia bukan orang yang kita cintai. Sakitnya bila mengetahui dia berpunya di saat hati yang terbiar itu mula kenal rasa sayang, pastinya membunuh lebih daripada keadaan asal yang hanya kosong tanpa perasaan.

Rahsia tersimpan kukuh. 
Dibiarkan sahaja, dan bila perasaan mula bernanah, kau beritahu kesakitan itu pada manusia yang kau paling percaya. Dia jadi pemerhati kau menyulam kesakitan sendiri, mengubati hati dengan ketawa sepi serta memberikan galakan pada manusia yang kau pernah sukai. Manusia yang kau sukai pula menunjukkan dengan gembira, pasangan dia pada kau, tanpa mengetahui kau sedang memendam perasaan yang tidak kesampaian pada dia. Kau cuma rasa sayang dan takut kehilangan, walaupun hakikatnya kau bukan cintakan dia. Hanya sayang tanpa cinta tapi kau tidak sanggup kehilangan manusia yang bikin kau ketawa.

Rahsia terbongkar.
Dia tahu kau simpan rasa suka pada dia. Dari gelak ketawa palsu kau yang cuba disembunyikan, dia masih mampu hidu kepincangan tarian kau di atas persahabatan yang terusik sedikit garisannya bila kau ketahui kebenaran dia sudah berpunya. Celakanya diri bila kau tahu yang dia sudah menyedari perasaan kau pada dia. Bahkan, dia berterus terang yang kau hanya kekal sebagai kawan baik, dan dia tahu kau simpan perasaan sayang pada dia. Dia tak menafikan, dan kau hanya ketawa kosong melepaskan perasaan sebab bila dia nyatakan, kau sudah tidak lagi terkesan. Menyukai dia hanya sebagai seorang kawan kerana kau tidak pernah terlintas mahu jadikan dia pasangan.

[Sumber gambar]
Ya.
Kau pernah jadi peminat dia. Meminati personaliti dia tanpa kau sedari, itu hanya minat semata dan bukan cinta. Mungkin reaksi yang kau tanggung terlampau dalam sebab kau sukar mahu tunjukkan rasa sayang pada manusia lain sekeliling kau. Dan bila kau bertemu lagi dengan dia, kau sudah mampu tenung mata dia tanpa mengalihkan pandangan seperti kali pertama kau jumpa dia. Tanpa rasa sedih, tanpa rasa memalukan sebab kau hanya nampak dia sebagai kawan, dan bukan manusia yang kau dambakan sebuah percintaan.

Bila kau berpisah sebelum kau sempat memulakan sesuatu, itu bukanlah apa yang kita panggil sebagai kecewa dalam perhubungan. Itu lebih kepada kau tidak memikirkan perasaan sendiri dan bertindak melulu dalam membuat keputusan.

Zara : Bila mata memandang dengan sinis, kami hanya tersenyum manis. Ah, kalian tidak tahu persahabatan kami ibarat magis. Nah, cemburu bakal buat kalian menangis. (Shafaza Zara, 3 Mac 2012)

15 comments:

Seri Ayu said...

ayat yang mendalam :)



salam ziarah dari melaka..

Akim Iqbal said...

Woha !

Izzat Aziz said...

pasang surut je perasaan bila baca, tapi nice.

ima said...

saya suka paragraph terakhir entry nie.

Sofia Vy Nin said...

Saya suka template baru anda!

Claudia Scha said...

enjoy reading your entry :) two thumbs up for this

reenapple said...

ohooo.. sepertinya aku sedang membaca kisah tentang aku.. hehehe.

*suka template baru.. =)

takky said...

gamba lens kamera 2 ingatkan saya dekat bloger bro slyver....

btw, cantek templat baru akak....

sori coz x taw mcm mane nak bagi kate2 semangat dekat akak...
bcos akak lebih kuat daripada saya dalam hadapi kehidupan realiti ini...
yg mampu saya katakan,

dont't give up because ur superwomen...gambattene GTZ

kueh bakar said...

biasanya, jika perempuan meluahkan, dan bertepuk sebelah tangan - lelaki akan menjauhi.

dan,
jika lelaki meluahkan, dan bertepuk sebelah tangan - perempuan tidak menjauhi.

aku rasa perempuan lebih jujur dalam berkawan.atau mungkin lebih lemah dalam emosi boleh memerangkapkan..

lelaki makhluk yg lebih banyak 'yg tersirat' dari 'yg tersurat'.

Yong Sofea said...

sedih :(

syahmiafnan said...

Dan ada lelaki dalam hidup Cikgu Zara yang memberi seribu satu makna. Saya lah orangnya yang dicari selama ini.

syahmiafnan said...

Dan ada lelaki dalam hidup Cikgu Zara yang memberi seribu satu makna. Saya lah orangnya yang dicari selama ini.

@xiM said...

Hai..

theKucas said...

same dengan kisah saye..
slalu meluahkan, tapi slalu kecundang..
hehe..

#cantek template baru..ari-2 rase nak g sini..

;D

sitti mariam said...

mana pergi nya button share ? heheh :)